
Semalam (150607, 29 Jamadil Awal 1428) lepas lepak kat rumah Acik, aku bawak budak2 ni naik ke kawasan Fasa 4D, SBCR. Since hubby aku pun tak balik lagi dari main badminton dengan member2 dia cam biasa (Rabu & Jumaat), aku pun ambil ler kesempatan tu nak merayo-rayo dan melepak kat kawasan tu cam biasa aku buat jugak. View memang cantik le... tapi semalam hujan so tak berapa nampak Genting. Kalau bernasib baik dan cuaca cerah insyaAllah boleh nampak Genting dari Saujana Utama.

Bila balik cam teringin sangat la buat macaroni-&-cheese macam yang aku dok selalu buat tu. Tapi kali ni aku menaram ingredientnya - mixed vege + traffic lights capsicum. Senang nak sediakan tapi kenyangnya boleh tahan... aku suka plak rasa capsicum kuning tu. Lepas ni boleh beli lagi...

0 comments:
Post a Comment