Sunday, June 29, 2008

Prof. Datuk Dr. Mohd Razali Agus & Dato' Seri Anwar Ibrahim Dari Mata Seorang Perempuan


Tentang NC Unisel (petikan dari KOSMO! Sabtu 28 Jun 2008, muka surat 2):

Shah Alam - Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) Prof. Datuk Dr. Mohd Razali Agus ditamatkan perkhidmatannya oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuat kuasa 31 JUlai depan.

Mohd Razali, 52, berkata, surat penamatan perkhidmatannya itu diserahkan kepada pembantu peribadi beliau kira-kira pukul 4 petang semalam semasa beliau menghadiri mesyuarat di kampus Unisel di Bestari Jaya.

Beliau belum disahkan jawatan sebagai Naib Canselor walau pun sudah 11 bulan memegang jawatan itu.

"Surat itu tiada letter head (kepala surat) kerajaan negeri tetapi daripada Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) untuk menamatkan perkhidmatan saya dengan memberi sebulan notis.

"Surat itu juga tidak dinyatakan sebarang alasan berhubung penamatan perkhidmatan saya.

"Walau pun hari terakhir saya ialah pada 31 Julai depan, tetapi saya telah diberi cuti sebulan gaji penuh bermula hari ini (semalam)," katanya dalam sidang akhbar di sini petang semalam.

Sementara itu, Abdul Khalid ketika diminta mengulas berkata, perkhidmatan Razali ditamatkan disebabkan perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Menurutnya, sebelum ini Razali telah diberikan tempoh percubaan menjawat jawatan Naib Canselor di universiti itu selama enam bulan.

Bagaimana pun katanya, perkhidmatan pengurusannya (Razali) tidak memuaskan hati pihak lembaga mesyuarat Unisel.

Komen saya:

Well said, Prof. :

- Memanglah TSKI takkan issue surat dengan letter head pejabat MB sebab Unisel itu diuruskan oleh syarikat. Kaitannya dengan TSKI adalah syarikat itu adalah syarikat negeri Selangor yang mana TSKI menjadi pengerusinya (mana-mana MB Selangor).

- Sekiranya belum disahkan jawatan maknanya masih under probation. Saya ada seorang kawan dulu yang waktu probationnya dilanjutkan kepada 6 bulan dari 3 bulan kerana prestasi tidak bagus.

- TSKI issue surat berdasarkan kepada keputusan pihak lembaga mesyuarat Unisel. Maknanya bukan dia seorang diri membuat keputusan tersebut.

- TSKI masih bermurah hati untuk beri Prof cuti bergaji sebab dalam tempoh sebulan tu Prof boleh prepare diri bagi menghadapi masa hadapan. Contohnya mungkin boleh mencari kerja lain atau buka biz sendiri.

- Pangkat dan harta di dunia ni takkan kekal selamanya. Pinjaman Allah swt berikan sementara saja. Tu sebab kita sebagai manusia kena sentiasa bersedia. Kalau saya, dah 6 bulan pun tak confirm lagi tu saya akan faham sendiri apa maknanya. Tak perlu diberikan alasan apa-apa. Mungkin Prof kena bukak balik letter of appointment dulu. Kena tengok balik apa syaratnya.

- Jadi, apasal sampai kena masuk paper buat press conference? Menyatakan secara terbuka hanya akan membuka pekung di dada. Hanya menjatuhkan reputasi golongan terpelajar saja. Seolah-olah kita sendiri tidak produktif & inovatif. Kita perlu belajar untuk bermuhasabah diri!



****************************************



Tentang Dato' Seri Anwar Ibrahim:

Saya terbaca berita ini dari blog Rocky's Bru (sini dan sini). It's like a bomb everywhere in the blogging world. You should read Coffee Boy, engaged and in blue by Rocky's Bru too:

Saiful Bukhary (left, in blue), who lodged a police report against Anwar, has been to the DPM's office. Read some very colorful comments in RPK's Malaysia Today here. Vernon alerted me to this pic and another of Saiful and his tunang. They were engaged last month. Click here for Vernon the Mr Manager's take on the "coffee boy".


Baca juga Liwat yang terlewat oleh Pak Bakaq.


Komen saya:

Dulu pun masa DSAI dituduh sodomi, saya tak percaya. Tambah pula kenyataan asyik berubah-ubah. Saya bukanlah peminat dia. Malah jika boleh saya berharap sangat yang Tok Guru Nik Aziz/YB Husam Musa/Tok Guru Haji Hadi yang pegang teraju negara jika ditakdirkan Allah swt. Namun sehingga selepas 6 tahun DSAI masuk penjara pun, saya tetap tak percaya hinggalah DSAI dibuktikan tidak bersalah dan bebas dari tuduhan-tuduhan tersebut.

Kenapa saya tidak percaya? Mari kita selami perkara ini dari hati seorang ibu, seorang wanita iaitu Datin Seri Wan Azizah. Saya faham benar apakah perasaannya jika suami curang, ada perempuan lain di belakang. Apatah lagi jika suami "gay". Korang rasa perempuan tu akan stay dengan suami dia tak? Jika DSWA terus setia dengan DSAI, apasal saya nak percaya pada berita mengarut.

Al-Hujraat [49:6] : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Adakah di antara kita ni yang sanggup diaibkan seperti DSAI? Tilam diusung ke mahkamah? 6 tahun merengkok di penjara? Berpisah dengan keluarga yang rata-ratanya pula adalah wanita (DSAI ada seorang anak lelaki)? Kalau ada yang sekuat itu menerima dugaan, maka korang berhak nak kutuk dia apa pun. Tapi jika tidak, baik diam saja. Tunggu saja dia dibuktikan bersalah. Dia tidak bersalah sebelum dia dibuktikan bersalah. Kalau korang bawak 4 orang saksi Muslim (of course yang adil, yang waras, yang dapat membezakan haq & bathil) yang nampak sendiri perbuatan DSAI dengan orang-orang tersebut, maka baru saya akan percaya.

Hadits Ar ba’in ke 35:

Dari Abu Hurairah rodhiallohu ‘anhu berkata, Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian saling dengki, jangan saling menipu, jangan saling membenci, jangan saling membelakangi, dan jangan kalian membeli suatu barang yang (akan) dibeli orang. Jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, tidak layak untuk saling menzalimi, berbohong kepadanya dan acuh kepadanya. Taqwa itu ada disini (beliau sambil menunjuk dadanya 3 kali). Cukuplah seseorang dikatakan jahat jika ia menghina saudaranya sesama muslim. Haram bagi seorang muslim dari muslim yang lainnya, darahnya, hartanya, dan harga dirinya” (HR. Muslim)


Arghh... apa nak jadi dengan Malaysia ni pun entah la... Tup-tup lepas akuan bersumpah RPK keluar pula cerita pasal ni. Tak sudah-sudah nak busukkan orang dengan cara aib. Ada puak yang tak de keje lain, asyik porak perandakan keamanan je. Korang nak sorok apa kali ni? Oitt... cerita minyak & barang naik ni kambus dalam perigi ka? Apa nak buat bagi pelabur mai Malaysia ni tak mao pikiaq ka?

**UPDATE** (8.00 PM):

Lawak.. lawak... DSAI sekarang ni dah jadi rakyat biasa je. Kalau nak dakwa, dakwalah semua peliwat di Malaysia ni. Baru adil kan? Ni pantang dengar nama DSAI sket, terus je nak tangkap dia. Awat yang peduli sangat pasai dia? Bila tu DSAI balik dari buat umrah? Bila pulak budak Saiful tu kata DSAI liwat dia? 25 Jun 2008? Penin sungguh dengan Malaysia ni...

Moga polis atau badan kehakiman di Malaysia ni bukan takat teliti & adili kes Anwar ni je. Teliti jugak dalam kes Altantuya, kes RPK, kes Lingam... Jangan nak pasai Anwar sorang ja, kes lain-lain tu buat diam...

Saturday, June 28, 2008

Sukan Sebagai Satu Riadah


Saya dan suami baru pulang dari Perlawanan Badminton Antara Rumah Sukan WHB. Rumah methana (oren) dia tu dapat nombor tiga. Dapat jugaklah hadiah saguhati merupakan wang tunai. Bertuahlah hai badan... dapat co baik hati. Macam-macam benefits dah rasa. Hahaha... suami kata bagus gak tak dapat nombor satu atau dua, sebab souvenir dia tu tak cantik... ada ka?

Bila tengok depa-depa tu main rasa cam geram semacam je. Terutamanya yang pompuan-pompuan. Tapi ada satu team pompuan ni winning 3 games in a row! Yang lelaki pulak saya dapati yang mana pandai main bola sepak agak kureng berbisa main badminton.

Saya ni kategori minah-minah yang kuat bersukan jugak dulu. Antara sukan yang jadi kegemaran saya:
1. Badminton. Wakil sekolah.
2. Atlit. Wakil sekolah jugak. 400m, 4 x 400m, 800m & 1500m (my record for this one is 8 mins). Tapi kalau jarak dekat saya tak daya. Saya tengok kawan-kawan yang kuat lari jarak dekat tak daya pulak nak lari jarak jauh. Berlari jarak jauh ni memerlukan teknik pernafasan dan larian yang betul agar tak semput.
3. Hoki.
4. Tenis.
5. Bola Baling.
6. Rounders/softball.

I love any kind of sports. Sampai sekarang saya suka menonton perlawanan-perlawanan sukan tapi ada jugak yang kurengnya seperti bola sepak (orang lain suka wa tak suka.. huhu!), bola jaring (tak suka main sukan yang terbatas), ping pong (meja kecik sangat.. haha) dan beberapa sukan yang lain. Tak dapat nak recall dengan baik ketika ini. Memory lost sebab dah lama sangat tak bersukan sejak saya berkahwin kecuali berbasikal, jalan kaki & berenang. Malah saya juga boleh mengangkat badan dengan cara menelentang.

Tadi sempat juga angkat raket & main dengan my crime partner. Mula tu kekok jugak weih.. dah lama betul saya tak angkat raket ni sejak bersara. Dah la orang tu kena main 3 games, tambah pulak 1 game tak rasmi yang hanya bertujuan nak memuaskan kegianan isteri terhadap badminton. Thank you, abang! Sapa suruh dia tak belikan raket untuk saya ni. Asyik-asyik main dengan kawan-kawan dia je. Huhu... saya masih boleh buat smash & backhand!

Oh ye... masa darjah 4 ketika Acek tinggal di Sitiawan, saya masih ingat meminjam raket tenis jiran sebelah rumahnya untuk melepaskan gian bermain badminton. Raket tenis ni bila dihayun baru terasa lain macamnya. Agak berat. No wonder sekali-sekala pemain tenis akan memegang raketnya dengan kedua-dua belah tangan. Saya masih ingat nama anak jiran Acek tu - Sandy namanya. Berbangsa Tionghua.

On they way home, singgah hypermarket. Memang itu tujuan asal saya ikut suami. Nak cari stock barangan dapur. Tak tahan dugaan betul lalu seksyen sukan. Beli sepasang raket untuk diri sendiri & tambah sepasang lagi untuk anak-anak sebagai galakan bersukan & beriadah.

Sejak saya 'berhenti' bersukan ni terasa badan tak bermaya seperti dulu. Letihnya jika tak buat apa-apa di rumah. Kalau buat banyak benda, cergas pulak! Kena bersukan balik la nampak gayanya...

Friday, June 27, 2008

Psikologi Kanak-Kanak - Sindrom Anak Kedua


Entry ini adalah sambungan kepada entry Tuan Syed, Middle Child Syndrome & Mak.

Sumber


Saya ada sebutkan mengenai soal jawab di Pa&Ma Julai 2008, muka surat 79. Berikut saya taipkan semula persoalan Sindrom Anak Kedua:

Terlalu DEGIL

Soalan
Saya ada tiga orang anak yang masing-masing berusia lima tahun, tiga tahun dan lima bulan. Masalahnya anak saya yang berusia tiga tahun ini terlalu degil dan suka sangat melawan. Pantang saja kita mengajar dia sesuatu perkara yang betul, contohnya membuang sampah ke dalam tong sampah pasti kita yang disuruhnya kembali.

Memandangkan saya seorang saja yang bekerja jadi pendapatan keluarga tidaklah seberapa untuk menyara kami sekeluarga jadi suami saya merancang untuk bekerja kembali. Setiap kali diberitahu "ayah mahu pergi bekerja" diajukan kepada anak saya yang tiga tahun ini, dia akan meradang dan menjawab dengan panjang lebar seribu satu jawapan mengapa dia tidak mahu ayahnya keluar bekerja walau pun dipujuk dengan manja sekali. Tolonglah saya, bagaimana dan apakah yang harus saya lakukan.

Minah
Julau, Sarikei.


Jawapan
Secara amnya, dalam kebanyakan kes memang sering berlaku anak yang tengah atau anak kedua yang bersifat seperti anak puan. Ia mungkin boleh dirujuk kepada sindrom anak kedua. Tanpa ibu bapa sedari mereka telah "mengabaikan" anak kedua ini ekoran hadirnya orang baru dalam keluarga. Ketika mendapat anal sulung, perhatian ditumpahkan kepadanya. Apatah lagi, anak sulung memang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang berumah tangga. Persediaan sudah dilakukan seawal kehamilan. Pendek kata mereka diberi sepenuh perhatian.

Anak kedua pula, oleh kerana sudah ada pengalaman mengandung anak pertama, tidaklah serisau mana seperti kandungan pertama. Kelengkapan bayi juga mungkin diturunkan dari kakak/abang kepadanya. Serba serbinya bukan yang asal (mungkin sedikit barang-barang baru). Selepas itu, belum puas bermanja, lahir pula si adik yang baru. Tumpuan ibu pada adik pula. Si kakak/abang sudah besar, jadi boleh berdikari dan punya ramai kawan. Mungkin juga sudah bersekolah. Oleh itu, anak tengah atau anak kedua akan berasa diabaikan dan tidak diberi kasih sayang secukupnya. Oleh sebab itu, mereka memberontak dan dimanifestasikan dalam perlakuan dan mungkin juga percakapan mereka.

Namun, saya tahu, bukan ibu bapa itu sengaja membahagi-bahagikan kasih. Cuma mungkin sebahagian besar daripada ibu bapa tidak tahu yang anak begitu memerhati dan merasai perbezaan perhatian itu. Kanak-kanak memang sensitif dan cepat merajuk. Cara paling mudah adalah memujuknya. Letakkan dirinya sentiasa di zon selesa. Libatkan dia dalam membesarkan adik yang bongsu. Jadikanlah dia "figure" penting. Tunjukkan yang ibu amat sayangkan dan perlukan dia. Jika beli baju baru untuk kakak/abang. Belikan untuknya juga. Jika bergaduh dengan si kakak/abang, jangan selalu memenangkan kakak/abang dengan mengatakan adik mesti dengan kata kakak. Sesekali, kakak/abang perlu mengalah dengan si adik. Tentu dia berasa ibu bapanya adil dan sayangkannya.

Tambahan lagi, apabila ayahnya yang selama ini ada di rumah, mahu bekerja semula, dia mulai bimbang. Ini kerana, selama ini dia cukup selesa di samping ayahnya. Ia akan berasa kehilangan dan bimbang kerana dia sudah boleh berfikir apa akan jadi sekiranya ayahnya bekerja. Tentu menjadi seperti ibunya yang balik lambat, jarang berada di rumah, terpaksa dihantar kepada orang lain atau taska. Ini kerana anak-anak mahukan perhatian. Puan dan suami perlu tawan hatinya semula. Pujuk dengan lembut. Ia mengambil masa. Jadi jangan jemu, puan dan suami perlu konsisten dan kuatkan semangat untuknya dan keluarga.




**************************************



Cerita ni sedikit-sebanyak menyerupai pengalaman saya. Pengalaman saya sendiri dengan Adam:

1. Walau pun dia kadangkala melawan tapi masih dengar kata. Buang sampah masih dalam tong sampah.

2. Dalam entry terdahulu saya ada beritahu tentang Adam suka membawa diri. Dia mencari kasih-sayang lain dengan menjadi rapat dengan Maktoknya.

3. Dalam entry terdahulu juga, saya ceritakan Adam suka buat kakaknya lately, tapi sejak seminggu lepas, selepas dinasihatkan, dia tidak lagi membuat kakaknya.

4. Dia suka buat hal/projek sendiri. Hari ni dia selerakkan susu tepungnya sendiri (spoilt my mood for the whole day, k!). Ada je hal dia, tak kiralah yang kreatif atau kurang baik!

5. Setiap kali saya belikan baju untuk Mastura, saya beli sekali baju untuknya.

6. Adakalnya saya menangkan dia. Bergantung kepada siapa yang buat salah.

7. Ada satu barang mainan baru. Orang belikan untuk adiknya. Tapi since dia nak main, saya berikan dia peluang dengan berkata, "Ni mainan adik. Adam pinjam je".

8. Adam tidak pernah buat adik. Tidak pernah gigit. Malah dia selalu datang dan mencium adiknya jika berpeluang.

Saya harap Adam terus mengekalkan kebaikannya sehingga dewasa dan menjadi anak yang soleh dan taat pada perintah Allah swt... I love you, Adam.

Puteri Junjung Buih & Banjar


Adh-Dhariyat [51:56] : Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Ada beberapa pengalaman sebenar saya ketika saya belajar di sebuah sekolah menengah di Ipoh dan juga ketika saya berada di sebuah IPTA di Lembah Klang. Namun satu yang terkesan sehingga sekarang adalah cerita berikut:

Saya sempat tinggal di hostel untuk 3 semester. Bilik saya sepanjang 3 semester itu adalah bilik yang sama saja. Cuma posisi tempat tidornya kadang-kadang di bawah, kadang-kadang di atas. Setiap bilik ada 2 katil double decker bermakna kami berempat.

Resmi orang perempuan ni, suka ajak kawan-kawan lain study, makan & kadang-kadang tertidur beramai-ramai di tempat yang sempit. Dua dari kami di situ mengambil kursus Pengurusan Hartanah & seorang lagi kursusnya sama dengan saya. Cuma mereka yang lain itu berpangkat senior, hanya saya yang junior.

Sepanjang saya di IPT saya kerap bermimpi bertemu dengan 2 lelaki - seorang berjubah hitam, seorang lagi berjubah putih. Bukan sekali dua tapi berkali-kali. Dua lelaki ini kerap mengekori saya dalam mimpi-mimpi itu. Seolah-olah macam bodyguard.

Kemudian lagi, pernah terjadi pada suatu malam ketika saya di antara tidur & jaga, saya terasa seperti seolah-olah badan saya diusap dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Saya menoleh ke belakang ternampak seperti susuk tubuh seorang wanita berambut panjang dengan badannya sedikit agam. Keadaan bilik agak samar. Cahaya bilik tu kami terima dari dewan makan bertentangan dengan bilik kami (huhu.. setiap kali chef dia tu masak.. terliuq ooo!). Dalam hati, "Lantak la.. aku nak tidur. Aku tak kacau ko, ko takkan kacau aku!". Saya pulak suka tidur dengan muka yang mengadap ke dinding! Lampu bilik semuanya ada tiga. Setiap kali ingin tidur, semua lampu dipadamkan kerana salah seorang dari kami tidak boleh tidur dengan lampu yang terpasang.

Keesokan harinya saya hanya mendiamkan diri. Mungkin khayalan saya. Lagi pun untuk tidak menakutkan kawan-kawan saya yang lain. Yang anehnya, ada sepasang telekung di bawah bantal saya. Saya check telekung saya dalam almari ada. Telekung siapa pulak ni? Semalam tak de pun? Tak puas hati, semua orang saya tanya kot-kot ada yang kehilangan telekung. Habis satu level, malah kawan-kawan dari blok yang lain pun saya tanya. Tapi jawapannya tiada. Saya pun simpanlah telekung tu.

Pada suatu hari yang lain, ketika room mate saya & saya ke dewan makan, salah seorang kawan room mate saya yang tertidur di bilik kami di sebelah malamnya membuka cerita.

Kak NHR : "Terima kasih ler kejutkan aku semalam ye"

Saya : "Saya tak kejutkan akak"

Kak S : "Aku pun bukan"

Kak NI : "Bukan aku"

Kak K : "Aku pun bukan"

Huh! Siapa pulak yang kejutkan kak NHR ni?

Kak NHR : "Wei.. jangan la memain korang ni. Orang tu siap cakap kat aku, "NHR bangun. Ko tu tak solat Isya' lagi. Pergilah balik ke bilik ko". Bih tu sapa yang kejutkan aku?!". Dia cakap dia macam mamai-mamai je time tu.

Kami semua terdiam. Kemudian Kak K mulalah cerita yang suatu malam, di antara sedar dengan tidak, sebelum tidur seolah-olah ada seseorang duduk di atas lengannya dan dia dihimpit serasakan seperti sesak nafas sekejap. Dia takut. Cuma dia pun jenis diamkan diri. Bila bangun katanya tangan dia jadi sakit.

Selepas semua orang cerita bab masing-masing, giliran saya pula cerita yang saya pernah diusap. Masing-masing cakap kenapa saya tak beritahu lebih awal. Nak buat apa? Bukannya boleh buat apa pun. Lagi pun ada ke orang nak percaya cerita saya tu? Sejak itu, salah satu lampu di bilik kami mesti dipasang ketika kami tidur.

Di kampung, arwah ayah saya sakit. Sakitnya sehinggakan dari hospital, arwah mencuba perubatan alternatif. Di antara ramai-ramai pengamal perubatan tu, dua daripadanya beritahu mak ayah tentang, "Ada anak encik kat rumah tu yang diekori ketika jaga & tidurnya" dan "Salah seorang Fatimah (merujuk kepada anak perempuan) tu bawalah ke mari, saya ingin berjumpa dengan dia".

Saya pun ikut. Satu di Sungai Petani, satu lagi di Bagan Serai. Yang Pak A di Sungai Petani tu beramal menggunakan bacaan al-Quran. Dia akan menulis nama penuh pesakit lantas diberikan ayat al-Quran yang bersesuaian untuk si pesakit amalkan sendiri setiap hari. Yang Pak A di Bagan Serai tu lain macam sket. Bukannya saya nak percaya sangat pun. Pergi tu untuk penuhi permintaan keluarga je. Lagi pun masa tu otak pun bukannya betul nak digest benda-benda macam tu.

Pak A SP : "Kamu selalu sedekah al-Fatihah tak?"

Saya : "Selalu jugak. Terutamanya bila saya ingat arwah tok"

Pak A SP : "Walau pun ibu bapa kamu masih hidup, kamu boleh jugak sedekahkan al-Fatihah untuk mereka. Amalkan selalu selepas Subuh" (at least dapatlah lesson yang berguna).

Pak A BS pula mention yang usap saya di bilik tu - Puteri Junjung Buih, yang berpakaian hitam di dalam mimpi - Sheikh Abdul Kadir Jailani, yang berpakaian putih pula - Nabi Hidir. Arghh! Biar betul? Biarlah dia nak cakap apa pun. Pak A BS ni cerita benda ni sekitar tahun 1998 dulu.

Pastu nak dijadikan cerita, Didi sepupu saya nak bernikah. Tahun cerita 2006. Saya ke PH lebih awal disebabkan hari Khamis tu cuti umum, maka Jumaat pun kami ambil cuti sekali. Mak pun kami bawak lebih awal.

Tengah orang bersantaian tu, Acek ni pi bukak la lagu-lagu Banjar (VCD) sambil la mintak mak translate yang mana-mana mak faham. Tiba-tiba ada satu lagu ni keluar mention tentang Puteri Junjung Buih. Erkkk! Biar betul? Saya perhatikan mak, mak perhatikan saya. Wujud rupanya Puteri Junjung Buih ni. Punya la jahil. Tapi kami diam je & mak pun terus je translate ayat-ayat yang dia faham. Buat seolah-olah tak tahu je.

Pastu mak jumpa saya & kami pun bukak balik le cerita purba tu. Sebenarnya mak tak berapa selesa dengar lagu-lagu Banjar ni kat situ. Entah tak tahu sebab apa. Sebab Acek bukak kuat sangat ke pun entah la. Dan dia sebenarnya memang tak selesa nak bersurah (walau pun reti) jika jumpa kulaan tok-tok yang lain. Padahal itulah asal keturunan kami. Acek pernah mention nak ke Banjarmasin, Kalimantan nak cari asal keturunan kami ni. Saya bukan takat Kalimantan, di Ta'if pun saya teringin cari tapi apakan daya saya tak kenal seorang pun. Golongan peringkat moyang tu langsung tiada, jadi amat susah nak trace semula family tree.

Sedikit cerita tentang Puteri Junjung Buih:

Puteri Junjung Buih adalah seorang Raja Puteri dari Kerajaan Negara Dipa menurut Hikayat Banjar. Puteri ini berasal dari unsur etnis pribumi Kalimantan. Puteri Junjung Buih merupakan anak dari Lambung Mangkurat yang diperolehnya ketika "balampah" (bahasa Banjar : bertapa) yang muncul dari dalam buih di sungai. Raja puteri ini kemudian menikah dengan Pangeran Suryanata dari Majapahit. Salah seorang anak mereka yaitu Pangeran Aria Dewangga menikah dengan Putri Kabuwaringin, puteri dari Lambung Mangkurat (unsur pendiri negeri), kemudian mereka berdualah yang menurunkan raja-raja dari Kerajaan Negara Dipa, Kerajaan Negara Daha hingga Kesultanan Banjar dan Kesultanan Kotawaringin.

Menurut mitologi rakyat pesisir Kalimantan seorang raja haruslah keturunan raja puteri ini sehingga raja-raja Kalimantan mengaku sebagai keturunan Puteri Junjung Buih. Beberapa kerajaan di Kalimantan Barat juga mengaku sebagai keturunan Puteri Junjung Buih. Dalam tradisi Kerajaan Kutai, Putri Junjung Buih merupakan isteri kedua dari Aji Batara Agung Dewa Sakti Raja Kutai Kartanegara ke-1.

Menurut Drg Marthin Bayer, Puteri Junjung Buih adalah sama dengan Kameloh Putak Janjulen Karangan yang dikenal dalam masyarakat Dayak.

"Sumber"

Sedikit berkenaan dengan Banjar:

Ketika awal abad ke-16, Kalimantan Selatan diperintah oleh kerajaan Negara Daha. Di daerah-daerah taklukknya, sebuah pajak atau cukai haruslah dibayar oleh kerajaan daerah itu kepada raja Daha. Ini menyebabakan daerah Banjarmasin berkeinginan untuk keluar daripada pengaruh Daha. Ketua daerah Banjarmasin, Patih Masih, kemudiannya berbincang dengan ketua daerah lain iaitu Patih Balit, Patih Muhur, Patih Balitung dan Patih Kuwin[1] untuk memerdekakan daerah mereka daripada kerajaan Daha. Mereka kemudiannya berpakat untuk meminta tolong daripada Raden Samudera, seorang cucu Maharaja Sukarama; seorang raja Daha. Raden Samudera ketika itu sedang dalam penyembunyian di daerah Muara Barito kerana ancaman bapa saudaranya, Pangeran Tumenggung yang ketika itu adalah raja Daha. Dibawah pimpinan Raden Samudera, tercetuslah pemberontakan Banjar ini dengan bantuan Kesultanan Demak dari Jawa[1]. Setelah berjaya menumpaskan kerajaan Daha, Raden Samudera memeluk Islam dan memakai gelaran Sultan Suriansyah[1] dan dimahkotakan sebagai sultan Banjar pertama.

Kesultanan Banjar kemudiannya kalah di tangan tentera Belanda pada tahun 1905 dan sultan terakhirnya ialah Sultan Tamjidullah III Abdul Rahman[2].

"Seterusnya"

Sumber-sumber lain:
1. Kisah Dayak, Banjar, Mongolia dan Sang Ratu Langi .
2. Kapten Arab, Pangeran dan Saudagar Kapal.
3. Orang Banjar dan Dayak di Kalimantan Selatan: Asal Usul dan Perhubungan Mereka.
4. Kerajaan Banjar.
5. Siapa Melayu Sebenar.
6. Banjar Kingdom.
7. Muhammad Arsyad al-Banjari.
8. Mufti Jamaluddin al-Banjari.

Dulu-dulu masa kecil, kakak saya kata Banjar ni ada sikit kena mengena dengan Mongolia. You'll be surprise if you read the source of number 1. Apa yang pasti Puteri Junjung Buih tu memang wujud dalam sejarah Banjar. Dan siapakah yang mengusap tubuh saya ketika itu, hanya Allah swt yang tahu, wallahu'alam. Isk! Seram pulak rasanya...

Owh ye.. antara blogger Banjar yang saya kenali - Abang Long & Cikliah. Tak lupa juga - Al-Banjari.

**UPDATE** (8.55 pm)

Dari segi bahasa, ada sebahagian besar yang seakan-akan sama dengan bahasa Sarawak/Sabah & juga Tagalog. Dulu masa seorang kawan Sarawak bertutur dalam bahasanya, saya boleh memahami apa yang mereka katakan dengan baik.

Thursday, June 26, 2008

Craving For Budu


Kalau uncle Mat Saman Kati buat entry Kicap Cina, Kicap Melayu, I'm going to write about budu. Eventhough I'm not originated from the East Coast neither Kelantan nor Terengganu, but I really love their foods especially budu. There's a friend from Kuala Terengganu, who whenever goes back to her hometown, I'd request her to buy budu cap Limau. To my surprise, I found the image of budu cap Limau in Wikipedia.


For more info, here



Her mom : "Ni bawak balik budu banyak-banyak ni makan jugak ke?".

She : "Tak le. Ni nak bagi kawan".

Her mom : "Banyaknya kawan Ya makan budu. Orang sini ke?".

She : "Takkk! Dia orang Perak!"

Her mother was surprised!

The lab test has been carried out by dieticians (and scientists, of course!) in various countries such as Japan, the US, Australia, New Zealand and Germany on the contents of budu. The findings are interesting!

Part of the research findings:

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoeacirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.



Read more here and here.



There... you should take budu more as a side dish. Arghh... now I'm craving for food lorrr! No wonder, it's already noon. Unfortunately, there's no budu stock in the house!

And hey.. seriously it supports my theory that most people of East Coast are intelligent and clever. No matter in what aspects especially in business & education. That's why they're different from us. Don't you think?

Wednesday, June 25, 2008

Seindah-Indah Perhiasan Adalah Wanita Solehah



sumber



Surah an-Nur:31 : Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


Pertamanya, saya adalah seorang wanita yang tidak bergincu & tidak juga mempunyai kasut tumit tinggi. Orang Islam 'dilipat' sana-sini. Sekonyong-konyong keluarlah berita di The Star tentang dress code di Kelantan lantas Jed Yoong seorang yang bukan Muslim menempelak seperti di bawah:

Wong Chun Wai can’t stop obsessing about how women in Kota Bharu dress. This time, he has gone too far by LYING that the Kota Bharu City Council (MPKB) has “issued an order to ban female workers of the MBKB and permit holders from putting on lipsticks or wearing high-heels”.

THIS IS FALSE. No by-law has been passed or enforced. An advisory on “preferred” modes of Islamic dressing was distributed.

Sinar Harian has corrected this blatant lie and irresponsible, unscrupulous and defamatory report by The Star and Bernama.

Oh yeah, Wong Chun Wai’s puppy, Tony Pua, also slammed PAS earlier about dressing. Looks like the two Chinamen have a fetish for Islamic wear. Or are they both just sex maniacs obsessed with what women wear?

Sumber



Ada pulak yang samakan PAS akhir-akhir ini sebagai Taliban. Weih korang... korang kenal ke dengan Taliban tu? Kenal yang sekenal-kenalnya. Sebelum kata orang tu Taliban, orang ni Taliban, baik kenal dengan siapa itu Taliban terlebih dahulu daripada mencedok sumber dari barat. Tak kenal? Baik diam.

Ni perang doktrin sebenarnya. Contohnya : orang kafir bila letak perkataan 'terrorist' selalu dalam surat khabar, apakah yang akan terjadi? Yang jadi adalah perkataan tu lekat dalam kotak fikiran. Maka manusia pun beranggapan bahawa yang berjanggut & berserban itu 'terrorist'. Betapa senangnya dakyah tersebut menjajah minda manusia. Tak payah keluar berperang lagi. Cukup dengan perang saraf!

Kiranya ni sama keslah dengan masa saya belajar dulu. Setiap subjek tak kiralah Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris terutamanya di dalam soalan esei ditekankan tentang kebaikan privatisation. Hingga kini saya masih mengingatinya menunjukkan betapa hebatnya doktrin yang diciptakan di peringkat sekolah. Sedangkan apabila kerja, birokrasi/karenah syarikat hasil penswastaan ni memang benar wujud dan adakalanya menyusahkan rakyat!

Begitu juga jika ada manusia yang kata B*/Ameno pembela rakyat & membangunkan rakyat selama ini. Heh.. cuba tanya lebuhraya Shah Alam-Batu Arang tu dibina atas duit siapa? Atau jalan belakang Saujana Utama ni sumber duit/kontraktor/pembinanya siapa? Kebanyakan kemudahan di Malaysia ni dibina oleh siapa kalau nak tahu? Pemaju! Jadi siapa-siapa nak claim Projek B* (satu lagi doktrin sesat dan menyesatkan) tu memang dasarlah! Setiap pemerintah WAJIB sediakan kemudahan untuk rakyat jelatanya & saya tak rasa bangga pun.

Berbalik kepada topik, tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya punca rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingati Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

”Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

”Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


Pilihan di tangan wanita itu sendiri sama ada nak jadi wanita solehah mahu pun wanita jahiliyah. Saya merasakan amat bagus sekali pihak berkuasa tersebut mengambil inisiatif mengingatkan kaum wanita tentang pakaian Islam yang sebenarnya. Seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah. Bukan yang bergincu atau yang bertumit tinggi! Reti?

Baca juga Roslan SMS Corner, Kembara Minda Perjuangan...Suara, Ustaz Rosly Dhoby & Malaysiakini.

Tuesday, June 24, 2008

Macam Ni Nak Rasa Derita Rakyat?


Saya rasa 'terhina' sedikit dengan kenyataan juak-juak B* tentang YB-YB yang berbasikal ke sesi pertama Parlimen semalam. Kenyataan bongkak N@zri @ziz sedikit sebanyak semacam melukakan perasaan orang yang berasal dari kampung macam saya. Begitu juga setelah saya membaca blog seorang rakan blogger C-bOk yang mengatakan mereka itu badut. It's pretty obvious that they're missing the point! Sudahlah usul kenaikan minyak diterima dengan baik oleh juak-juak B* ni. Undi 129 mengatasi 78. Adakah keputusan itu adalah hakikat dari tuntutan rakyat? Nehii!

Beginilah agaknya rakyat bawahan di mata pemimpin.

Tahukah anda bahawa arwah ayah berbasikal hingga ke akhir hayatnya. Begitu juga mak, sehingga kini masih kuat mengayuh basikal. Ini kerana kedua-duanya adalah insan yang tidak berkemampuan untuk membeli motorsikal apatah lagi kereta. Lesen pun tiada.

"Seorang MP mesti berkelakuan seperti seorang MP"

Bagaimana? Naik Mercedes/BMW? Or the least Perdana? Atau naik kereta berpemandu sedangkan pemimpin boleh lena di dalamnya? Sedarkah korang tu dinaikkan jadi pemimpin oleh siapa?

Sedarkah jika seorang pemimpin naik kereta sebagai penumpang, punyai pemandu yang diupah, punyai marshall yang juga diupah, kemudian menyuruh rakyat ke tepi untuk memberikan laluan, maka perbuatan itu amatlah menindas rakyat. Adakah itu yang dinamakan kena berkelakuan seperti seorang MP? Pernah satu pagi ketika suami bekerja di Kelana Jaya, ketika itu banyak kenderaan sedang beratur untuk membayar tol di Tol Subang, puak-puak ni meminta kami ke tepi sedangkan rakyat yang menggunakan laluan tersebut amat sedia maklum bahawa kesesakan - bumper-to-bumper - setiap pagi terjadi di sana. Macam ni nak rasa derita rakyat? Sudahlah bersesak, disuruh ke tepi pula.

Tahukah anda bahawa sejak saya melihat YB-YB ini berbasikal, walau pun setakat dari Bank Negara ke Parlimen, perasaan saya membara untuk naik basikal semula? Pagi tadi saya ke kedai runcit untuk membeli susu anak dengan berjalan kaki. Ketika pulang hujan turun renyai-renyai. Dalam hati.. alangkah bagusnya jika ada basikal.

Saya ada basikal mini tapi ia tersadai di rumah Awa. Basikal itu saya beli suatu masa dulu untuk adik saya ke tempat kerja dia. Tayar dia pun dah flat sebab lamanya tersadai di rumah. Saya bercadang untuk membeli basikal tua kerana untuk mengayuh basikal mini memang sedikit memenatkan (kesian YB Tian Chua). Sekali kayuh untuk basikal tua, mungkin 3 kali kayuh untuk basikal mini.

Lihatlah... perlakuan orang berpengaruh sebenarnya dapat mempengaruhi insan-insan kerdil seperti saya. Percaya atau tak jika saya katakan orang kita lebih rasa mesra dan diterima jika pemimpin tidak bongkak dan menjalani kehidupan seperti rakyat biasa juga. Perlakuan mereka memberikan motivasi untuk saya juga mengharungi saat-saat sukar ini.

Jadikanlah kepimpinan Rasulullah saw & Saidina Umar al-Khattab sebagai panduan. Mari saya ceritakan sedikit bagi yang terlupa.

Kisah Nabi Ketika Di Medan Khandak:

IMAM Bukhari meriwayatkan dalam Shih Bukharinya yang dinukil dari Jabir r.a. katanya: "Pada hari persiapan perang Khandak, kami bekerja keras menggali parit. Tiba-tiba kami dapati satu bungkah batu besar dalam parit yang sedang digali, lalu kami maklumkan kepada Nabi s.a.w. Setelah mendengar berita itu, Nabi s.a.w. menyatakan untuk turun sendiri ke dalam parit bagi mengatasi masalah batu besar itu.

Ketika Nabi s.a.w. turun menghampiri batu besar itu, aku terlihat beberapa ketul batu dibalut dengan kain dan diikat pada perut Nabi s.a.w..

Sudah tiga hari kami menggali parit dalam keadaan tiada sebarang makanan untuk mengalas perut kami. Semua bekerja dalam keadaan lapar, Nabi s.a.w. sendiri menanggung lapar sehingga perutnya dialas dengan ketul-ketul batu untuk mengurangkan rasa lapar yang sangat mencengkam."

Demikianlah keadaan Nabi membuat persiapan perang dalam keadaan lapar. Meskipun demikian namun Nabi s.a.w. tidak menyerah kalah dengan halangan batu besar yang hampir menggagalkan rancangan membina parit bagi menghalang kemaraan tentera al-Ahzab.

seterusnya.



Kisah Saidina Umar al-Khattab ra meronda melihat keadaan rakyat di waktu malam:

Pada suatu malam sedang Saidina Umar meronda di sekeliling kota dan kampung untuk melihat rakyatnya dari dekat, terdengar tangisan anak-anak. Saidina Umar menghampiri pondok buruk asal tangisan itu. Bersamaan terdengar suara sibuk di dapur, suara tangisan tidak lagi terdengar. Kerana belum masak akhirnya anak-anaknya tertidur dalam kelaparan.

Melihat keadaan yang menyayat hati itu, Saidina Umar memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Saidina Umar bertanya tentang hal kehidupan Ibu itu bersama anak-anaknya. Ibu itu mengadu bahwa dia dan anaknya sudah berhari-hari tidak makan, bila anaknya menangis hendak makan, dia pura-pura memasak dengan memasukkan beberapa ketul batu ke dalam periuk, sehingga mereka diam sebentar kerana menyangka ibunya memasak sesuatu.

Mendengar kata-kata ibu itu, Saidina Umar merasa hatinya tersayat-sayat amat sedih, lantas mohon diri keluar dari rumah itu. Dalam kegelapan malam, Saidina Umar terus menuju ke Baitumal lalu mengambil sendiri beberapa karung gandum untuk dihantar ke rumah tadi. Setelah memberi salam dan masuk, ia mengambil sendiri gandum dari karung yang di bawanya, lalu dimasaknya. Setelah siap, Saidina Umar sendiri menghidangkan makanan untuk ibu dan anak-anak itu. Melihat mereka gembira menghadap makanan, Saidina Umar berasa amat lega dan senang.

Zuhudnya Saidina Umar, pangkat dan jabatan yang dipegangnya tidak membuatnya mengharapkan layanan istimewa, tetapi beliaulah yang melayani. Kisah kepemimpinan Saidina Umar Al-Khattab R.A patut jadi suri tauladan buat pemimpin masa kini.


Untuk YB Zul & rakan-rakan, teruskan usaha naik basikal anda. Walau pun minyak tidak akan turun tapi saya terpengaruh untuk naik basikal sama seperti anda yang menjadikan berbasikal sebagai satu amalan hidup (sesekali jangan lupa bawak motor tu ye..).

Pada sesiapa yang memperkecilkan usaha pemimpin merasai derita rakyat, kamu semua sebenarnya tidak layak jadi umat Muhammad saw, wallahu'alam.

Owh lupa nak tambah, YB-YB B* suruh rakyat ubah gaya hidup, YB-YB PR dah tunjuk. Korang bila lagi?

Monday, June 23, 2008

Tuan Syed, Middle Child Syndrome & Mak


There was once, a male lecturer - Tuan Syed - asked us this question when he first time met us.

Tuan Syed : “Inilah soalan pertama saya dalam kelas ni. Siapa antara semua ni yang merupakan anak nombor dua?”

Few had raised their hands.

Tuan Syed : “Pengalaman saya, anak nombor dua ni selalunya trouble maker.” then he chuckled.

Yeah.. he’s precise!

My son has turned out to be a bit aggressive lately. Most of the time, he’ll be extra creative, doing his ‘projects’ with or without kakak. Playing and arranging glasses, writing his masterpiece on the wall, playing with something not to be played (toothbrush, roll on, talc), etc. The unnatural, he likes to pinch or beat kakak sometimes with hanger or anything that near to him after he teased her.

Now with mak around, he likes to turn himself to be with my mak most. Eating, bathing and sleeping with her everyday. Every single action will be with mak. When Achu comes, he always wants to tag along and leave the house to go to Achu’s home. I’m not jealous but it’s pretty obvious that he’s sending us a signal that he feels ‘unwanted’. Macam membawa diri! Macam tunjuk perasaan!

I red somewhere in the Pa&Ma about a mother who sent a letter to the editor regarding her middle child. The syndrome called ‘middle child syndrome'. Another syndrome which is related is ‘second child syndrome’.

Adding second and third children greatly impacts the family structure, and a middle child is created. Yes, the “Middle Child Syndrome” is very real. Middle kids bemoan their fate as being ignored and often grow resentful of all the parental attention given to the oldest and the baby of the family, and feel short-shifted. Three kids triangulate sibling relationships, with one child at any given point feeling like the odd man out from the chumminess of the other two.

(More to read, please click here!)


Another one:

Okay, so I'm exaggerating, but you get the idea: The second child really does get shafted. After you've seen your firstborn sit up for the first time, crawl for the first time, take her first steps and speak her first words, let's be honest ‑- it's hard to drum up the same level of enthusiasm for the second (though you are of course delighted to see her thrive). You can't help but feel guilty that your littler one spends most of her time relegated to the car seat as you shuttle her big sis to her various social calendar engagements and after-preschool activities. Though your first child took long leisurely naps undisturbed in her crib, your second one is transferred constantly from crib to car seat and back again.

(More to read, please click here!)



From the answer given in Pa&Ma, the specialist didn't blame the parents as they have given extra or equal attention to their kids. It's natural!

Furthermore, after Syafiah was borned, the attention turned to her dramatically. Even after we discharged last week, I can feel the loose connection between me and him. Of course, I feel guilty! Managing people's behavior, especially kids, is not always easy. I need to be fair and equal.

Eventhough that he's 'changing' from time to time, spank & brutality is not an answer. I'll remain cool and patient! When he beats kakak, I'll chase him around the house like a 'crazy woman' (sambil ngilai-ngilai & geletek-geletek, of course!). I always hug my kids and gigit their ears too! (Gigit yang tak sakitlah!).

Letting Adam to be with mak now, doesn't mean that I don't care about him, doesn't mean that I don't love him. In fact, I love him more as he is unique! My jewel in the heart!

It's just about their quality time together. My mom is no longer young. The Almighty God can take her anytime. Before she goes, I just want to let her days fill with happy memories. Biarlah Adam terus rapat dengan mak...



***********************************




Gambar ehsan Dengan Izin

N Gobalakrishnan (KeADILan - Padang Serai), Tian Chua (KeADILan - Batu), dan Hee Loy Sian (KeADILan - Petaling Jaya Selatan).

Sila baca blog YB Kulim - Zulkifli Nordin.

Bravo-bravo... jimat duit minyak!

Saturday, June 21, 2008

Wajah-Wajah Seorang Anak



Ditembak menggunakan IXUS


Ditembak dari phone camera Awa


Ditembak oleh Didi semasa pertunangan ~*Krsty_Pinky*~


Semasa berhenti rehat di RnR Simpang 5 pada hari raya ke-2. On the way balik SB


Bersama Anisah Umairah (sebaya cuma Anisah lahir awal tahun) & Muhammad Aliff


Ditembak menggunakan phone camera Abang di rumah Abg Kemal (dia dah pindah ke?)


Di suatu corner di dalam rumah.


Di PH. Tempat peranginan yang FOC

Saja share koleksi gambar-gambar Adam. Wajah yang tidak berdosa, polos & always mistaken as a girl! Perhaps, it's because of his straight hair style & dimples on both cheeks.

Friday, June 20, 2008

Di Pondok Kecil


Bila saya dok cari lirik lagu Nada Murni yang ASR tulis dalam komen tu, saya cari juga video dia kotnye ada. Tapi saya jumpa satu lagu yang menyentuh jiwa ni- Di Pondok Kecil. Sesungguhnya saya amat meminati Nada Murni (sekarang Hijaz & Rabbani) & juga The Zikr (sekarang Raihan).



Di Pondok Kecil
Album :
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com/

Dipondok kecil di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun

Di suatu hari ayah berkata
Jaga adik mu ayahkan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
Air mata mengalir hatiku pilu

Diam-diamlah sayang jangan menangis
Doakan ayah semoga diterima
Diam adik ku sayang jangan menangis
Andai ayah gugur doakan dia syahid

Selamat berjuangan ayah tercinta
Kau pergi dulu ayah ke medan juang
Ku iringi doa moga berjaya
Beroleh kemenangan demi agama Islam

Wahai abang ku kemana
Ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

Duhai adik ku sayang jangan bersedih
Ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
Berjuangan dan berkorban walau dimana jua

Pada Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayah ku minta diampunkan
Berilah rahmat bantulah dia
Untuk menegakkan agama Islam


Sesuai untuk Hari Bapa, lagu ni famous sekitar tahun '90an dulu. Kebanyakan lagu Nada Murni & The Zikr telah disadur semula & diberikan nafas baru. Antara yang meruntun jiwa - Munajat, Hura-Hara dan banyak lagi. Selimut Putih pulak membuatkan kita meremang bulu roma. Saya juga amat meminati kumpulan nasyid yang lain di antaranya adalah Diwani.

Semoga bermanfaat!

Hinakah Mencegah Yang Mungkar?


Kenapa beria-ia pertahankan artis? Bila ramai sangat yang support artis berbanding dengan ulama' saya rasa memang ada masalah betul dengan kepala-kepala orang-orang ini. Maka kedengaranlah urusan orang Islam dicampuri dengan komen-komen orang jahil & bukan Islam.

"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya kepada Malaysiakini 17/6/08. (Disokong oleh saudara Faisal Tehrani). Kemudian Saudara Roslan Aziz memohon maaf. Sila baca blognya & Malaysiakini. Alhamdulillah.

“They (Pas Youth) should go live in a cave!” This was the response by Karyawan president Freddie Fernandez when asked to comment on the call by Selangor Pas Youth to ban Ella and Mas Idayu from performing at the Sultan of Selangor Cup on July 6 (Malay Mail 18/6/08).


Di bawah ini merupakan satu contoh lain bila saya bagi komen dalam satu blog:

I said...

i agree with master * & a*****..

i just want to share a link to Jed Yoong. If, like he says, PAS protesting the Ella and dangdut concert is “trivial”, then why is he so upset?.


kalo di kelantan boleh pisahkan lelaki & perempuan masa buat konsert, saya nak tengok perkara sama berlaku di selangor.
June 19, 2008 10:00 AM



He said...

Suealeen,

You have your right to your opinion and to your stand on your ideology. Equally, we must also respect other communities concern in a multi-racial community. That aside, Muslims must be guided by the Quran in their behavior and actions; but only they themselves can decide for themselves.
June 19, 2008 7:37 PM



I said...

****,
my right and my ideology is Islam. is that a problem?

one thing i would like to ask you. which communities that want to watch ela/mas idayu in concert?

yes, Muslims must be guided by the Quran, but it can't be Quran alone without someone else who set up a good example and guide i.e. anyone who feels it brings no good should voice it out especially ulama. jika anda mentafsir Quran & Hadis secara terus tanpa merujuk kepada yang ahli, maka anda sebenarnya berfahaman Wahabi (bagi yang Muslim). pengajian Quran & Hadis itu perlu dirujuk kepada yang pakar sebab di sebalik penurunan ayat itu adalah berdasarkan peristiwa.

kita tak kisah siapa yang nak menyanyi, yang kita kisahkan apa yang bakal berlaku bila ada konsert.

just look at kelantan, of course everyone can sing but they strictly asking for male singers only. places were divided into 2 - male area & female area.

pernah baca Perjanjian/Piagam Madinah yang dibuat Rasulullah saw dengan multiracial di Madinah?
June 19, 2008 8:51 PM



He said...

Suealeen,

As I said, it is your right and your belief and yours. If you think any Muslims can direct your life and way of behavior and that you are subordinated to their thoughts and beliefs and that you believed they had such rights and duty to act at such, and you think they are doing right, and you preferred to be so, yes, you have all your rights and you are doing right. I do not disagree with your desire to be under subordination and preference. Equally, if any others also thinks at such, they also have that same right. I have not disagreed with you or any one else who had their preference, so long as it does not infringed upon individual rights in a society governed by the rules and constitution which forms our legal system encompassing individual rights and freedom. As I remain,and held tight, a community have their own character and belief system and that community is governed by their own rules and system which they subscribe; no objection.



And he didn't answer me correctly on who will gonna watch the girls' concert? M? C? I? R? Or Muslim? How about Islam rules & constitution?

Tang mana yang baik bila artis MUSLIMAH menyanyi?:
1. Suara?
2. Pakaian?
3. Bercampur lelaki dan perempuan?
4. Gejala sosial?
5. Waktu mula pukul berapa?
6. Waktu tamat pukul berapa?
7. Bila masa nak solat?

Inilah dosa-dosa yang berentetan dan bersalingkait. Orang kita sudah terlalu biasa dengan hiburan sehingga merasakan budaya "Tak Apa" itu telah meresap ke dalam jiwa. Terlalu liberal. Padahal dosa tetap wujud walau pun sebesar zarah mahu pun seperti sebiji pasir. Ingat lagu Raihan? "Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai" (menggambarkan betapa banyaknya dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari). Cegahlah sebelum parah (tapi memang sungguh parah dah!)

Saya dengan ini menyokong tulisan Pak Bakaq:

Saya yakin, kepada Pemuda PAS Selangor, apa yang mereka lakukan adalah berdasarkan perintah amar ma'ruf nahi munkar. Sultan Selangor pula menyifatkan bantahan itu bersifat munafik dan remeh-temeh.

Oleh kerana Pemuda PAS Selangor mengaku hendak memperjuangkan Islam dan Sultan Selangor mengaku beragama Islam, eloklah gunakan panduan yang telah dikurniakan Allah s.w.t. kepada orang-orang yang beragama Islam.

“Dan jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat.” (An-Nisa’: 59)

“Dan tidak patut bagi lelaki-lelaki mukmin dan bagi perempuan-perempuan Mu’minah, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan, ada pilihan lain bagi mereka tentang urusan mereka.” (Al-Ahzab: 36)



Mari kita renungi Hadis Nabi saw di bawah:

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyi wanita” ( HR Ibnu Majah)

Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”

Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ash, katanya dia mendengar Rasulullah bersabda :
“Allah tidak menghapus ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah habis, umat manusia mangangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si pemimpin yang bodoh memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka semuannya”. (HR.Muslim)


Nak jadi ultra tak boleh, nak jadi moderate tak boleh. Sememangnya jalan ke arah bahagia abadi itu terlalu sukar dan berliku. Ada pula yang mengatakan perlu untuk mendekati secara lembut sesuatu golongan agar mereka tidak lari bersesuaian dengan maksud di bawah:

Aal-e-Imran [3:159] : Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Selama hari ini tak cukup lembut gamaknya.

Namun cuba perhatikan ayat di bawah pula:

Al-Maeda [5:54] : Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.

Bagi bukan Muslim tu boleh tak tinggalkan (jangan dicampuri) urusan orang Muslim? Ada yang kata faham tentang Islam tetapi takut jika dengan enforcer bila Islam ditegakkan. Kalau tak buat salah apesal nak takut? Dan kepada Pemuda PAS, jangan takut dengan celaan orang yang mencela. Teruskan perjuangan anda.

Thursday, June 19, 2008

Mari Belajar Terma Perubatan


Sejak Syafiah lahir, saya rasa hikmah paling besar yang saya dapat adalah "health conscious". Saya lebih banyak membaca dan berkongsi tentang penyakit & rawatan yang pelik-pelik. Bagi saya, inilah salah satu cara untuk saya berani berdepan dengan pelbagai kemungkinan & mendidik diri sendiri supaya jangan panik. Seterusnya, mengkaitkan asal kejadian & setiap perjanjian itu adalah datangnya dari Allah Yang Maha Hebat. Setiap manusia seharusnya berani bangkit untuk menghadapi keputusan dari Penciptanya.

Hikmah bersabar bila diuji pula, insyaAllah syurga bakal menanti.

Entah apa la agaknya yang saya dok menceceh kan pasal medical term. Now let me share them with you complete with few helpful links. Semoga pengumpulan link yang berkaitan ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

1. ROP - Retinopathy of Prematurity. http://www.nei.nih.gov/health/rop/

2. CSF - Cerebrospinal fluid.



3. IV - Intravenous.

Rupa Syafiah masa kena EVD dulu.

5. LP - Lumbar Puncture. Kindly refer to my previous post.

6. Hydrocephalus & Hydrocephalus Association. Ia berlainan dengan Hydrancephalus.

7. Satu lagi yang saya belum pernah sebut. Tentang IVH - Intraventricular Hemorrhage. IVH inilah yang menyebabkan terjadinya hydrocephalus dalam kes anak saya bilamana parut di dalam ventrikel Syafiah telah menyebabkan blockage kepada CSFnya.

Lain-lain tu nanti saya tambah lagi kemudian ye.

Saya dapati setiap kali saya buat entry baru, entry saya itu akan termasuk ke dalam Beras Terpilih sejak berminggu yang lalu. Saya hanya sedar bila saya check di Feedjit. Kata Kak Jie, "ooo elok tu sue..dia feed blog sue kat situ...blog sue terpilih antara beras yg terpilih..heheheh..beras mahai ooo skrg ni... cabaran utk buat entri yg lebih baik tu... tahniah !". (elok eikk... tak dapat la nak huhahuha sangat :P).

Alah... saya ni menulis ikut angin. Nak cerita selalu tang sosio politik tu idak le. Rasa kerdil je di Beras Terpilih tu. Saya lebih gembira bercerita & mendidik masyarakat tentang kehidupan dan kesihatan. Namun ada sesetengah blogger tidak suka membaca kisah peribadi. Tang ni saya rasa ada sikit silap... dari kisah peribadi itulah kita dapat berkongsi pengetahuan yang lain. Contohnya dalam kes anak saya - Syafiah. Manfaatnya merentasi benua.

Sama ada mataku yang kero atau apa ye... cuba perhatikan gambar di bawah ni. Rasa-rasanya siapa dia... Macam cabut alis eikk? Astagafirullah... Saya memohon maaf seandainya gambar ini bukanlah insan yang berkenaan. Tak pasal-pasal je jadi bahan umpatan. Jika benar dia, padanlah saya kurang minat padanya dari mula lagi dia masuk TV. Seperti ada sesuatu mengusik tangkai hati ini.




Disclaimer:
- Saya bukan seorang doktor, cuma suka baca nota doktor & perihalan perubatan serta amalan-amalannya. Catatan ini adalah berdasarkan pengalaman semata-mata.
- Saya juga bukan kaki gosip.. ahakss!

Wednesday, June 18, 2008

A Shunted Girl


Firstly, I'm so sorry for haven't updated anything in my blog within these 2 weeks. The reason - we've been staying in the HSB for 9 days from 10/06/08-18/06/08! Saya baru je discharged dari HSB pukul 3.00 petang tadi.

The chronology:

Day 1 - Tuesday, 10 June 2008.
We've met with Dr. A as stated in the appointment around 9.00 am, a young doctor who is about my age. He scheduled the CT scan on 11 am. Meanwhile, we've to stay in the ward. Later, around 5 pm, the neuro team came to meet us. They intended to do the Lumbar Puncture (LP) but failed. After several discussion, they changed the plan from EVD to VP Shunt.

Ntah la nak kata ignorant ke hapa.. saya tak rasa nak tengok langsung result CT scan masa tu. Dengan air mata yang merumbai-umbai, walau pun saya dah boleh agak itu yang bakal berlaku, saya ambil sedikit nafas dan membaca Bismillah sebelum menandatangani surat kebenaran untuk VP Shunt. Dalam hati.. Ya Allah.. aku hanya berusaha walau pun bukan itu yang aku mahukan!

Later that night, hati saya terusik lagi ketika darah si kecil diambil. Enam kali cari IV tak boleh, kebanyakkannya dah collapsed since she was in NICU.

Sebelum pukul 12 tengah malam, nurse datang ingatkan supaya Syafiah mula puasa pukul 2 pagi. Saya kuatkan hati supaya tak menyusukan dia & bertindak 'menipunya' dengan pacifier walau pun sebenarnya dia tidak sukakannya. Maafkan ibu, nak.. tapi saya rasa Allah swt banyak membantu ketika itu. Dia tidak menangis walau sedikit pun!


Day 2 - Wednesday, 11 June 2008.
She was brought to the OT on 8.00 am and the operation started on 9.00 am. Ya Allah, jika dia hanya dipinjamkan seketika buat kami, saya akan relakan. Sepanjang tempoh itu saya di surau, solat & membaca al-Quran. Hati ini pilu tak dapat nak digambarkan. Sesungguhnya saya tidak punya apa-apa kekuatan langsung jika tidak dariNya. Lepas tu hati jadi sedikit tenang.

Pukul 10.30 pagi saya ke OT semula. Tidak lama selepas itu Dr. S (a Chinese woman anaesthetist) keluar dan berborak dengan saya. She said, "Your baby is strong!" (petang tu bila belek tangan dia lebam sampai hitam. Dia mesti cuba nak lepaskan diri masa dibius!).

Anak saya dibawa keluar dari OT & ruang rehat agak lambat. Malah back up ventilator pun tiada. Dalam pukul 12 tengahari barulah staff dari NICU datang dengan sebuah inkubator yang cukup-cukup muat je untuk badan Syafiah. Sepanjang pemerhatian di ruang rehat & NICU, oksigen dia maksimum. Alhamdulillah. Tak sampai sejam dibedah juga dia telah sedar.

Dia berada di NICU pun tak lama. Dalam pukul 5, dia dihantar semula ke wad kanak-kanak. Bila diberikan susu terus je mahu minum & alhamdulillah tiada muntah-muntah.



Rupa budak yang kena bedah.


Day 3 - Thursday, 12 June 2008.
Drip dia dioffkan pagi ini. Dia minum & membuang seperti hari-hari yang biasa. Demam pun tiada.


Day 4-6 - Friday-Sunday, 13-15 June 2008.
No extra ordinary activities except I started to fall sick and have a running nose! There a lot of babies in there who are having lung infection! Some with barking sound. Looking back, I could stand the test during the confinement period! Finally.. after a lot of ujian, my physical couldn't resist any test anymore. So did Syafiah, she began to have a fever and cough 2 days before discharging.


Day 7 - Monday, 16 June 2008.
Scheduled for CT scan again. She was asked to fast again started from 6 am. On 11 am, she was given the carbohydrate to make her sleep but failed. They brought her to ED as the scanner was broken on the ground floor. Once again Dr. KC who was accompanied us, gave her a sedative through her IV but to no avail. She's alive and kicking! Delayed...


Day 8 - Tuesday, 17 June 2008.
The neurologists came for a visit as usual asked whether there's any improvement. Indeed, her AF is softer & not tense like before. Asking whether we should go on the CT scan, Dr. SA said there's no need to do so since I said it's beginning to show improvement.


Day 9 - Wednesday, 18 June 2008.
Discharged after they pulled out the 14-stitches.




Gambar menunjukkan bekas jahitan di kepala, pam & tiub yang disalurkan dari kepala terus ke perut.



Please read here for more info.


Sebenarnya selepas semua ini berlaku, saya sendiri dah tak tahu apa lagi yang saya nak rasa. Suatu hari di surau, saya terdengar salah seorang mak guard berkata, "Apa yang nak jadi ke depan ni, kita redah je la."

Macam-macam perkara buruk yang saya dengar mengenai shunt ni seperti anak akan jadi lembik kaki dan tangan lepas setahun, pergerakannya akan jadi lambat, pertumbuhan otaknya tidak akan jadi normal seperti budak lain. Tapi apakah pilihan yang saya ada? Jika dibiarkan, kepalanya bakal membesar. Saya sebagai pemegang amanah hanya mampu berusaha apa yang saya rasakan terbaik untuk anak saya. Walau hati ini robek sekali pun. Walau saya menangis tak henti sekali pun.

Saya selalu membayangkan yang baik-baik, dengan izin Allah, Syafiah pasti sembuh. Doa ibu bapa pasti makbul! Allah tidak akan menzalimi hambaNya dan macam-macam lagi perkataan hikmah sentiasa saya tanamkan dalam diri yang lemah ini. Kadang-kadang naluri manusia & seorang ibu ini tewas juga... tambah pula bila orang kata "Sabarlah""Kesiannya dia" (kadang-kadang tertekan makcik tau!).

Sesekali saya menitip & mengingatkan diri sendiri bahawa, inilah JANJI antara Syafiah dan Penciptanya. Jika dia begitu utuh sekali melalui ujian untuk dirinya sendiri, saya perlu lebih kuat berdiri di ketika ini. Tidak sesekali Allah swt itu menurunkan ujian pada hamba-hambaNya kecuali kepada yang mampu.

Beberapa link berguna mengenai perkara ini:
1. VP SHUNT IMPLANT .... it's a lifetime thing.
2. Mimi.hu - List of Articles.
3. Penyakit Meningitis.
4. Staphylococcal Meningitis.

And hey.. the H***m personnel called again when we're in the Dr. A's room on that Tuesday morning! She asked me to call her whenever we discharged from the hospital and she'd arrange for the interview again! Sound promising eh?

Monday, June 9, 2008

2 Hour Admission and Thank You, Docs!


Morning

I called H***m to request for the delay & explained about the mistake made in the resume. I received an unfriendly sound like no.. no.. we won't gonna hire you because of this mistake. Then, fine lah.. I said thanks at the end of the conversation. Don't care much if it is not meant to be mine. What I care most is about my children!


Afternoon

My husband came home and we rushed out to the hospital at about 1.30pm for an ROP appointment on 2pm. Arrived around 2.30pm.

Somebody who is a doctor has advised me:

"tomorrow, bring along something to read eg magazines books etc while waiting..it is going to be long for sure..even if u doa sampai keluar air mata berdarah pun it will be long! ..and btw be grateful while medical care is still FREE here..next thing u know, u have to pay for them. the gov will happily quote how much the americans, the brits and the aussies are paying their medical bills...so i say dont complaint even if u have to wait for few hours...instead buy something nice (not neccesarily expensive) eg chocolates or something and give them to those underpaid and overworked doctors and nurses who sees your child, as tokens of your appreciation..ask them how are they doing, have they eaten lunch or something...i bet they'll give extra attention to you and your daughter...!"



So I bought these at a kedai runcit on the 2nd floor:


Crunchies is my favorite though it's d*** sweet! Hey.. do you notice those included are biskut biji asam & biskut jem tersepit (I don't know what to call!)? Ini stock cerita lama ni... remind me a lot of memories.

While waiting:

Syafiah yang dah pandai hold her bottle!

Less than 10 people! 2 cute babies for ROP. Good... Syafiah was examined by Dr. SR (not me ok!) around 4.00pm. Dr. SR has noted Syafiah has have both optic disc palor. Hope it won't be that severe. Oh! You should go to the noon clinic! I'm so glad.. In fact, my husband didn't have to take full day leave!

Dr. SR called Dr. S, explained.. bla bla bla.. Dr. S asked her to write a referral letter to paed clinic. She brought this letter to a nurse, that nurse then led us to paed clinic which located at the same place - door to door.

When we arrived, Dr. T was speaking to Dr. S on the phone about us. Dr. S was actually in the NICU. There stood another paed specialist, Dr. N. After a few discussion, we agreed that Syafiah should be admitted to the ward. When asked Dr. T where has Dr. IH gone, she said, "Dr. I cuti.. cuti yang panjangggg!". To my surprise, my hubby told me that he'd be on leave for one year! Wonder why?

On the 'hotel' bed. Yah.. one bed for RM1.50/night!

Syafiah has been admitted to 8c ward (paed ward). Waited for a while in the ward, took her weigh (5.525 kg today), blood pressure & also temperature. All okay. After speaking to Dr. KC, he called the neurologist to ask for his opinions on Syafiah's case. CT scan would only be done on Wednesday, thus if we want, we'll have to stay for another 2 days. Meanwhile, do nothing except wait!

He kindly said that we should go home first as Syafiah is no longer under the care of paed clinic. She should be under the care of neuro team. Now between these 2 - hospital & home - which one do you prefer? Ding dong ding dong.. while waiting for him to issue a referral letter to neuro, we were eating 6pm heavy meal & borak-borak with other mothers there. Mom A is a mom with an infection's baby, Mom B is a mom with a down syndrom baby (plus jantung berlubang) and a newly arrived Mom C with a cramped baby! And surprise again, Mom B is married to my husband's senior who are at my age! Orang sekampung rupanya....

Dr. KC has released us around 7pm after meeting his patients and we've to go there again tomorrow morning to see the neuro who I supposed to be either Dr. T/Dr. S/Dr. E/Dr. Y anytime after 9am.

Puzzle huh! So many doctors!

Now, I would like to say thank you to the following:
1. Dr. A - an eye resident who advised us as quoted.
2. Dr. SR - an eye specialist who took the initiative and care for Syafiah's condition.
3. Dr. S - a paed specialist in NICU. Still remember how she touched my shoulder on the 3rd day after Syafiah was borned to console me.
4. Dr. T - a paed specialist in the paed clinic. We used to see her at NICU too.
5. Dr. N - a paed specialist. Never knewn him before. His gaya is like a computer programmer with a bag on his shoulder.
6. Dr. IH - paed HOD who is now going on leave for a year!
7. Dr. KC - a paed specialist. A broad shoulder and tall guy. Kinda a funny also!
8. Dr. T - a neurologist. A handsome and nice guy!
9. Dr. E - a neurologist. "Sabarlah", pat on my husband's shoulder."

Not to forget:
10. Dr. ZAR - an O&G & fertility specialist. Always meet him at Section 9 especially when eating time!
11. Dr. NN - an O&G and medical director.
12. Dr. RI - a paed specialist. Muka iras-iras Haliza Misbun, only she looks cuter and wearing scarf! Live in Bukit Jelutong with husband and the one and only boy.
13. Dr. F - a paed specialist.
14. Dr. K - a paed specialist. "Hoi budak botak!" he said to Adam.

And to all doctors in the world. I know how much time you spend not for your personal. Sacrifice a lot! BIGGEST THANKS!

By the way, there'll be a "Hari Jururawat Peringkat HSB" with the guest honnor - TSKI on this coming Wednesday (thanks to the nurses too.. especially in NICU). Hey.. we should create one day for the doctors too. Have you ever heard of it? Ermmm.... I never heard of it...

I feel and I know that my girl will go for an operation latest by this week. It's important for her brain. I should not be panicked.. there's a lot more to come in our life - be it, good or bad. This is just a piece of it. Pray that she'll just be ok and can tahan to fast for 8 hours before the operation. More importantly, she'll safe and survive. Allah.. please help her..

I know that you're strong, girl!!

'Advice' according to Niamah!!!


I cut and paste this from Advice, advice everywhere by Patrick Teoh. Don't recognise him? Then go back to no land ok!

"A commentor on the other post here said......start doing something about the whole situation instead of whining like babies! What good does it bring lahhh.... We all angry, mogok dont come to work, strike, then what? Got difference ar? The first thing to change is not govt but our attitudes.

Well, thank you for that piece of advice!!! You obviously are missing the point. Sure we should start doing something about it. What? Live with it? Say, okay what to do la? Thank you very much.

It is this type of attitude that needs changing.

Am I angry because price of fuel has increased? Am I angry that the government no longer subsidises fuel prices? No. I am angry because of how I as a Malaysian citizen has been treated in the whole scheme of this price increase thing. Instead of giving me ample warning and advising me on proper steps and precautions to take and giving me a target date to prepare for the impending crunch they say..SURPRISE! CAUGHT YA THERE! HAHAHAHAHA...

And I am supposed to find that amusing? And what's with the f**king advice?
"




*****************************



Aiyooo.. see... I'm talking about this again and again. The point is he also feels same way like I do... pissed off when someone advises another way round! They just don't get the point.

Leave this petrol hikes story behind. I just need to breathe... inhale... exhalleeee!

Today there'll be another battle in the hospital in the afternoon. I just hope it won't turn out to be like last week. 2 : 50. Many doctors were on leave! Or maybe 4 hours wait like last month.... we were waiting in real pain while the doctor was having 2 patients for operation! But lucky and to be grateful it is free! Mom also grumbles when q-ing up to get her prescription at a gomen clinic in TP. Usually on Monday once a month. Pity veteran people like her. I hope this waiting & q-ing thing will change in the next future. Change lah! For good and God's sake! If we don't make an appointment that'll be another story!

Owh... I've an interview this morning. To kill my excitement, I checked through the resume in the Jobstreet again. There's a slight mistake in my education field. :P. so nice, huh! Arghh... I should make a correction directly and explain to them wisely! Or should I call them today to tell them about the mistake? What if they are attracted to meet me on this particular thing (and certainly my job experience)? Yeah... better ask them first and if they still interested, we can reschedule the interview to some other time. Hopefully lah!

I hope and pray that Allah swt will bless me with this job, insyaAllah. Hopefully, I can help my husband in easing the burden of this life! But I won't hurt if this is not meant for me.... at least I can be 'ceria' as I'd carry on my duty as a mother at home! Allah swt will reward something for us, I believe! Ni pun hati dok berbelah bagi tau... tak lena tido semalaman!

Anyone who interested in playing Final Fortress out there?

Sunday, June 8, 2008

Pictures from 'Abang'


Downloaded these on Friday from hubby's HP. The 'Girl' was not shy anymore. Sometimes appears, sometimes disappears... arghhh.. we should change our HP! *owh.. my HP is outdated.. product of 2004!*










See... the increasing of Syafiah's COH is too obvious!



********************************





I think instead going on for a kapchai/bike, we better buy a horse! Kuda lari laju jugak kan... kalau tidak orang tak panggil la kuasa kuda. I'm now going through a website - Purebred Arabian. Takpe la one time shot for transportation and whatnot. Tak payah bayar roadtax (tax kuda ada ke?), tak payah isi minyak... Di SU ni ada beberapa ekor milik YDPA, ada stable kuda lagi kat situ.. & saper-saper teringin naik kuda datang ler sini... Kena charge berapa tah tak ingat!

Bab mengarut serah.. tak ingat.. maintenance tinggi! Dust dia, syampu dia, makanan dia... wallahhhh! Roboh kocek!

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez