Sejak Syafiah lahir, saya rasa hikmah paling besar yang saya dapat adalah "health conscious". Saya lebih banyak membaca dan berkongsi tentang penyakit & rawatan yang pelik-pelik. Bagi saya, inilah salah satu cara untuk saya berani berdepan dengan pelbagai kemungkinan & mendidik diri sendiri supaya jangan panik. Seterusnya, mengkaitkan asal kejadian & setiap perjanjian itu adalah datangnya dari Allah Yang Maha Hebat. Setiap manusia seharusnya berani bangkit untuk menghadapi keputusan dari Penciptanya.
Hikmah bersabar bila diuji pula, insyaAllah syurga bakal menanti.
Entah apa la agaknya yang saya dok menceceh kan pasal medical term. Now let me share them with you complete with few helpful links. Semoga pengumpulan link yang berkaitan ini dapat memberikan manfaat kepada semua.
1. ROP - Retinopathy of Prematurity. http://www.nei.nih.gov/health/rop/
2. CSF - Cerebrospinal fluid.
Hikmah bersabar bila diuji pula, insyaAllah syurga bakal menanti.
Entah apa la agaknya yang saya dok menceceh kan pasal medical term. Now let me share them with you complete with few helpful links. Semoga pengumpulan link yang berkaitan ini dapat memberikan manfaat kepada semua.
1. ROP - Retinopathy of Prematurity. http://www.nei.nih.gov/health/rop/
2. CSF - Cerebrospinal fluid.
3. IV - Intravenous.
Rupa Syafiah masa kena EVD dulu.
5. LP - Lumbar Puncture. Kindly refer to my previous post.
6. Hydrocephalus & Hydrocephalus Association. Ia berlainan dengan Hydrancephalus.
7. Satu lagi yang saya belum pernah sebut. Tentang IVH - Intraventricular Hemorrhage. IVH inilah yang menyebabkan terjadinya hydrocephalus dalam kes anak saya bilamana parut di dalam ventrikel Syafiah telah menyebabkan blockage kepada CSFnya.
Lain-lain tu nanti saya tambah lagi kemudian ye.
Saya dapati setiap kali saya buat entry baru, entry saya itu akan termasuk ke dalam Beras Terpilih sejak berminggu yang lalu. Saya hanya sedar bila saya check di Feedjit. Kata Kak Jie, "ooo elok tu sue..dia feed blog sue kat situ...blog sue terpilih antara beras yg terpilih..heheheh..beras mahai ooo skrg ni... cabaran utk buat entri yg lebih baik tu... tahniah !". (elok eikk... tak dapat la nak huhahuha sangat :P).
Alah... saya ni menulis ikut angin. Nak cerita selalu tang sosio politik tu idak le. Rasa kerdil je di Beras Terpilih tu. Saya lebih gembira bercerita & mendidik masyarakat tentang kehidupan dan kesihatan. Namun ada sesetengah blogger tidak suka membaca kisah peribadi. Tang ni saya rasa ada sikit silap... dari kisah peribadi itulah kita dapat berkongsi pengetahuan yang lain. Contohnya dalam kes anak saya - Syafiah. Manfaatnya merentasi benua.
Sama ada mataku yang kero atau apa ye... cuba perhatikan gambar di bawah ni. Rasa-rasanya siapa dia... Macam cabut alis eikk? Astagafirullah... Saya memohon maaf seandainya gambar ini bukanlah insan yang berkenaan. Tak pasal-pasal je jadi bahan umpatan. Jika benar dia, padanlah saya kurang minat padanya dari mula lagi dia masuk TV. Seperti ada sesuatu mengusik tangkai hati ini.
Disclaimer:
- Saya bukan seorang doktor, cuma suka baca nota doktor & perihalan perubatan serta amalan-amalannya. Catatan ini adalah berdasarkan pengalaman semata-mata.
- Saya juga bukan kaki gosip.. ahakss!





18 comments:
suealeen
kak zar pun gitu, lepas di diagnosekan oleh doktor, kakzar carik seberapa banyak maklumat dari internet simptom, rawatan, nama ubat dsb. Jadi member pada persatuan mereka so setiap bulan akan dapat latest news tentant penemuan terbaru..
Gambar wanita tu.. eh biar betul.. adakah dia..??? kenapa lain sangat.. injek ke?
ni bkn muke dato dr mashitah ke?
ape ke hey laen bona muke ye...
pkai tuutttt ke?lame tak nmpk muke ye kat tb skg nie....
pic tu cm kat vvip dinner jerk...
hukhukhukkkk...
macam dia...
cumanya perhaps because of the make over...
boleh percaya itu dia..
nak buat penambahan..tu mmg gambo dr mashitah...
buktinya...
http://ritz712.multiply.com/photos/album/12/Dato_Dr_Mashitah_IbrahimHusband_studio_photos#1
HUH! Artis terkini...waaaa..apa nak jadi nih?
>>> kak zar:
tu la... tapi dalam kes hydrocephalus ni, tak ramai parents specially malay yang buat shunt. ramai yang biar kepala anak membesar. at least berusaha la dulu. korek maklumat sebanyak mungkin. insyaAllah tak de la panik sangat.
neway, kak zar didiagnose dengan sakit apa ye kalau tak keberatan?
>>> awa:
kalo klik kat pic tu masuk link lain. lagi banyak gambo dia. berprasangka baik je la... dia makan tempe ikut dskt ler tu... :P
langkawi tu on je la... insyaAllah ada rezeki lebih. waida pun macam berminat. kali ni kita bukak penyertaan dari fam kita dah la..
>>> ~*Krsty_Pinky*~:
terasa banyak sungguh perubahan hambaAllah yang sorang ni. ni sama geng je dengan ust Firdaus tu...
>>> Web Sutera:
hari ni saje cite 2 'celeb' cukup menggemparkan. satu yang ini, satu lagi citer ekin af3 botakkan kepala... alahai donia!
sue semoga syafiah beransur sembuh ye? bagus lah meluaskan minda kita membaca tentang penyakit2 ni.
Alhamdulillah Safiyah dah oke. Itu yg utama.
Dulu kalau tak silap si baju biru tu pernah buat kenyataan di akhbar yg si isteri boleh memangkas kening dgn keizinan suami. Suami dia izinkan lah tu, ahak. Wallahualam.
dlm gambar si baju biru tu,dia + hubby capture kat studio...
utk ape + kenapa,hanya derang 2 yang tau...
me tak nampak apa silapnya gambar sibaju biru tewww.. gambar lamer dier naper tak tempel sekali sebelah ker.. hmmm
bila tahu istilah medical yang digunakan akan rasa lebih faham dengan rawatan yang diberi... semoga tabah dan bersabar dalam apa jua ujian diberiNYA.
rasanya dia yang berkening halus tu masa muda dulu tak mampu nak melaram, tu yang dah tua makin menjadi nak tunjuk 'lawa'nya.
>>> kak elle:
membaca dah jadi satu keperluan untuk mengetahui tentang satu2 trauma penyebab & komplikasi yang bakal berlaku.
>>> asr:
alhamdulillah..
ada eikk dia kata gitu? dalam pkran ni yang paling terkesan sekali bila dia bagi statement pasal pelacur tu.
>>> ~*Krsty_Pinky*~:
dia tulis kat link yang ko bagi tu 'studio' tapi dari yang aku tengok macam bukan studio tapi kat rumah mak andam or something like that.
>>> me:
tak de plak tulis gambar si baju biru tu salah apa2 pun, cor baca balik. kalau klik gambar tu dapat la ke link lain.
sendiri baca, sendiri pandang & sendiri nilai.
*tiba2 teringat ulama' suq di akhir zaman*
>>> kak rina:
insyaAllah, Allah akan guide kami untuk melalui ujian ini, kak Rina. tabah itu sesungguhnya berasal dariNya bukan dari diri saya sendiri. tq.
saya rasa gambar dia ni terbocor di internet. itu je. mungkin tak de niat lain. cuma kita ni sebagai perempuan specially seorang isteri, kena hati2 la sket pada fitnah yang banyak di akhir zaman ni.
sue...memang perubahan besar tu yang gambar mokcik tu...hehe..
kak iza pun kalu ada apa2 masalah kesitan mulalah menggoogle segala maklumat...thanks to the web...sangat berguna...
>>> kak iza:
link semua tu amat berguna kepada saya untuk memahami situasi sebenar yang dilalui oleh anak saya & berguna juga untuk orang lain sebab ia berkaitan dengan kanak2/bayi. sama2la kita manfaatkan web ni.
Sue,
Akak ada kenal kawan yg anaknya sama spt safiah semasa dari beberapa bulan. Alhamdulillah, skrg anak ini kelihatan `sihat dan normal'..ketawa, menangis, belajar bercakap, berjalan, bermain dll. Bersabar dan berdoa banyak2 Sue. Setiap dugaan ada hikmah disebaliknya.
(kiss)
>>> kak kiss:
alhamdulillah.. teringin nak jumpa kawan kak kiss tu.. saya yakin dengan hikmah yang Allah bakal beri pada kami, insyaAllah.
Post a Comment