Sunday, February 24, 2008

Many Stories


Many stories this & last week.... banyak sangat sampai tak tahu nak cerita yang mana... ada cerita menarik & tak kurang cerita tak menarik/sedih...

Oklah.. aku citer dulu bab CT scan Syafiah. Result CT scan tu dah memang diagak - otak dia bengkak terutamanya yang sebelah kanan. Pendarahan yang terjadi telah membuatkan darahnya tidak dapat ke mana & telah diburukkan lagi dengan penambahan CSF (cerebrospinal fluid). Kata neurosurgeon, memang darah tu akan mengecut jugak pada akhirnya tapi secara perlahan. Secara amnya, CSF ni bertindak melembabkan otak dan membekalkan nutrien kepada otak. Ia dikeluarkan secara semulajadi pada setiap manusia setiap hari & akan diserap ke liang-liang tertentu di dalam otak. Jika liang ini tersumbat (akibat dari pendarahan atau lain-lain), maka CSF ni akan berkumpul di dalam otak dan boleh menyebabkan 'hydrochepalus', satu keadaan di mana menyebabkan ukur lilit kepala akan bertambah besar. Biasa kan tengok baby kepala besar dan mata mengecil. Di kampung kami, ada sorang baby yang tidak dirawat dari awal hingga kini. Aku syak budak tu mesti rasa sakit kepala sebab neurosurgeon pun cakap macam tu.

The very next day, Syafiah dimasukkan ke bilik bedah. Pembedahan makan masa lebih kurang 2-3 jam. Masa ayah dia beri kebenaran bertulis kepada pakar bius tu, jam telah menunjukkan pukul 10 lebih. Lepas tu kami pun balik dan yang lain terserah kepada Allah s.w.t. Lewat petang tu kami ke Hospital Sungai Buloh lagi. Dia dipindahkan ke bilik. Aku syak kalo dia tak dipindahkan ke bilik mungkin ibu bapa yang lain tu akan seram sejuk melihat keadaannya yang bertiub di ubun-ubun.

"Bila abih bedah?," tanya aku pada nurse yang ditugaskan jaga dia - Zurida.

"Dia balik NICU pukul 1, kak. Sedar pun pukul 3. Kuat semangat dia ni," jawab dia balik.

"Ceritalah, kak, apa neuro kata kat akak semalam? Kita pun nak tau jugak"

"Banyak sangat dia cite..."

Kat hidung, dia orang letak balik oksigen untuk monitor keadaan dia sampai dia betul-betul stabil. Seperti biasa, dia asyik mengeliat saja. Mungkin rimas dengan segala macam wayar yang berselirat kat badan tu. Syukurlah dia ok. Hubby aku tak sanggup tengok kepala dia tapi aku selak sebab aku nak tengok sangat rupa tiub tu macamana. She's on air the next day. Sampai hari ni aku tak dapat cite banyak pasal Syafiah ni sebab selagi tak jumpak balik neurosurgeon hari Rabu minggu depan selagi tu tiada perkembangan terkini. Cuma bleh cite - dia aktif, berat badan dia naik, ukur lilit kepala tak berubah, dia gelak & nangis jugak cam baby lain cuma kepala je ada tiub. Cite bab bedah ni aku tak cite kat mak aku until last Thursday night (malam Jumaat). Dia cakap kenapa tak cite kat dia, aku cuma bleh kata yang aku tak nak menyusahkan hati dia. Dia bercakap pun macam nak nangis je...

Ada satu hikmah yang paling aku rasa sejak Syafiah dok hospital. Iaitu aku dapat menimba ilmu dalam bahagian perubatan specially bahagian kanak-kanak & neuro (salah satu cita-cita aku dari kecil tapi bila besar berubah arah ke engineering). Padanlah ayat pertama diturunkan itu bermula dengan 'Iqra''. Di sebaliknya terkandung hikmah yang cukup besar ertinya. Aku tidak panik bila specialists terangkan itu ini sebab aku ada basic knowledge mengenainya. At least aku dah prepare dulu... alhamdulillah.



(For more pictures, please visit my friendster - suealeenmna)

Itu cite minggu lepas. Cite sedih yang mengusik kalbu aku sebagai sorang ibu - kematian 'kawan' Syafiah kat bilik sebelah. Baby ni lelaki. Dia stay sana sejak dari lahir sampai le ke saat kematian pada usia 6-7 bulan. Maknanya... kesemua ahli keluarga kecuali ayah ibu belum pernah melihatnya dalam keadaan hidup. Yang pulang hanyalah jasad. Aku terasa sangat kehilangannya sebab 2 hari sebelum dia meninggal tu, aku lawat dia. Dia hanya tengok aku dengan lirikan matanya. Senyap je. Bergerak pun tidak. Aku masih terbayang lagi pandangan mata dia tu sampai ke hari ni. Sehari lepas aku tengok dia tu aku tak ke hospital macam biasa. Rupanya dia dah dipindahkan ke wad paed di tingkat 7. Tak berapa jam lepas dia dipindahkan dia meninggal dunia. Sedih & hibanya tak dapat jumpa dia & his family for the last time.

Cite sedih kedua - pemergian suami sepupu mak. Citenya adik aku nak masak sup kaki ayam. Tak tahu resepi terus je dia call mak. Masa call, mak bagitahu la tentang cite sedih ni. Adik aku sms aku dan semo ahli keluarga yang lain. Kebetulan hari Khamis tu aku pergi lawat Syafiah. Bila balik baru dapat sembang lama dengan mak. Ikut cite mak, arwah pergi ke Batu 6 nak cari lauk ke hapa aku tak ingat. Arwah naik motor. Pastu mak kata dia pening & jatuh motor. Dan tak pasti plak accident ke idak. Di bawak ke Hospital Pt Buntar & dia meninggal di sana. Arwah ni hidup membujang dari lepas kehilangan isterinya. Isteri dia sepupu dengan mak. Arwah isteri dia meninggal dalam tahun 1991/92. Anak dia yang bongsu masa tu belum sampai setahun. Anak-anak seramai 7 orang arwah suami dia la yang jaga dengan sabar lepas tu. Sekarang ni arwah suami dia plak menyusul. Anak-anak arwah pun rapat dengan kami. Nak kira macam mana ye.. sepupu 2 kali kan...

Cite semalam. Aku & hubby pergi Midvalley lepas jenguk Syafiah yang aktif sepanjang masa kami di sana. Mastura & Adam di bawah penjagaan Awa. She only fell asleep when we were about to move. Hubby kena keje extra sebab ada exhibition. Dia bukanlah orang sale tapi orang finance. Bila ada exhibition sorang orang finance kena accompany sekali orang-orang sales.

Sementara dia keje tu aku merayap la. Aku ingat nak merayap jauh ke KLCC tapi rasa malas. Aku di MPH 2 jam. Lepak atas lantai sampai kaki pun naik kebas, orang terlanggar pun tak sedar. Sedar-sedar orang tu mohon maaf je. Tak cukup baca di situ, aku beli 2 buku - Penyejuk Jiwa (Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni) & Terapi Zikir Dan Doa. Section favorite aku tentula kat bahagian Agama & Politik. Tapi ntah kenapa semalam politik tak berapa menarik perhatian. Aku tengok ada beberapa orang students Lim Kok Wing agaknya tengah promo buku politik & kajian mereka tentang Pak Lah.

Merayap plak kat bawah sekali (JJCM), beli donut (aku jadi tempted dengan donut sebab few blogs asyik mention pasal JCo & Big Apple.. wahaha).. pastu aku balik ke MIVEC. Few rows of chairs. Empty. Lepak sana plak. Baca buku yang aku beli tu sambil makan donut. Nobody's there. Tak bising. The ceiling is triply high. Rasa macam tenggelam je sorang-sorang kat situ. But it was fun thing to do. Dah lama tak wat cam tu sejak lepas kawen & ada anak. Lately macam addicted dengan buku Dr 'Aidh ni.. corak penulisan dia best..

Rasa dahaga menyerang. Turun balik tapi tak sempat sampai ke bawah aku ternampak Toys R Us. Masuk kat dalam. Konon nak cari sesuatu untuk anak aku yang berunsurkan Mickey Mouse. Mastura tu minat abih dengan MM. Tengah aku dok belek botol susu jenama Philips yang boleh tahan berbulan tu (apa ke namanya.. lupa plak.. but made in England), aku terdengar suara yang familiar. Jason? Johnson? Isk.. camne leh lupa nama mamat ni.. bila dia lalu memang sah le dia cuma aku malas nak tegur. Dia dengan anak pompuan dia. Actually, he's one of the contractors.. cite pasal contractor ni.. ari apa tah ada sorang contractor wat lawatan mengejut ke rumah beberapa hari lepas. Cehh.. aku cakap jangan datang, laki aku tak de.. this Chinese didn't understand lak... sembang kejap pastu dia kasi duit untuk Syafiah. Huh.. alhamdulillah dah benti keje pun orang ingat lagi... walau pun bukan sebangsa seagama..

Lupa segala masuk kat tempat kanak-kanak ni. Adorable. Tapi harga.. phewww.. boleh tahan JJCM seminggu! Tengah membelek tu, hubby tepon. Dia kata dah nak balik. Aku cakap nanti aku tunggu kat depan JJ & aku kata ia sama level dengan Toys R Us tu. Actually aku nampak dia belek info kat level atas tapi bio je la. Kalo dia call balik best je aku nak cakap cuba pandang kanan ke bawah.. saya sedang memerhati.. Pastu aku tengok dia terus je turun escalator and he caught me! Pastu mula la nak JJCM untuk dinner plak. Ajak dia pergi Big Apple. Fuhh.. ramainye manusia tengah beratur. Ended up terperangkap di Nandos. Best dating dengan suami.. masih gak macam masa 'muda-muda' dulu...

Sebenarnya dia ajak aku tengok wayang larut malam tapi tak nak la.. anak-anak kat rumah. Sian tinggal lama-lama. Tu la jadi mak ni... semua benda nak ingat. Bukan senang nak dapat peluang berdua-duaan. Lagi pun nak beratur tu yang aku tak minat sebenonye... ramai sangat orang.. ramai gak yang wat maksiat. Malas la... baik aku balik tengok anak aku atau setidak-tidaknya tido selepas baca buku lagi bagus...

Tuesday, February 12, 2008

Syafiah - 110208



semalam for the 1st time ever, aku & hubby dapat riba syafiah. pic ada ambik tapi usb cable dengan phone hubby aku tu 'tak ngam'... usb tu dapat baca jenama hp tapi tak dapat view pics. nak send to email, jap2 ok jap2 tak ok dia punya GPRS. perasaannya tak dapat nak gambarkan dengan kata2 masa riba syafiah tu. sebak pun ada sebab inilah anak pertama kami yang tak dapat kami pegang & riba lepas kelahiran. mula tu aku tak expect bleh riba dia tapi masa kami lawat tu dia asyik tak diam je. ngeliat sana ngeliat sini... mimik muka cam nak nangis pun ada.

"mak bleh angkat dia kalo nak," kata dr sathia. (bleh eikk? isk best ni...)

"tapi kena wrap badan dia dengan lampin dulu,"

so, dia pun tolong aku wrap syafiah... bila angkat tu nampak telinga dia yang terlipat ke dalam sebab dok asyik mengiring ke kanan. kepala pun kepek sket... nevermind la.. lagi pun dia pompuan.. besar nanti pakai tudung tak nampak la kesannya. in fact, mak cakap kepala aku pun kepek gak sebelah sebab aku suka menyusu nenen mak yang sebelah kiri. ntah la.. aku sendiri pun tak perasan.

"tu la duduk pun tak reti diam.. mana telinga tak jadi macam tu," kata dr lagi dengan pelat India dia tu.

aku pegang dia lama gak... sampai ke masa nurse nak bagi susu. lepas dia muntah2 last week bila susu dia cecah 30ml/3 hour, diaorang rendahkan balik pemberian susu tu. semalam 21ml/2 hour. kira2 balik lebih banyak dari sebelum ni cuma masa tu dipendekkan.

badan dia kecik tapi rasa berat gak.

"jom kita cabut wayar ni & bawak dia lari nak," kata hubby aku. (they're wires for checking up the pulse, oxigen, etc.)

"pandai la hang.. kang jadik apa2 nanti baru tau," kadang2 aku terbahasa 'aku-hang' dengan hubby aku... penangan sebab pernah dan masih jadi kawan baik lagi... bukan makna aku tak respect dia.. tapi kadang2 bila dah berkahwin ni orang tend to forget that the relationship sometimes supposed to be 'best friend'. so, 'aku-hang', 'adik-abang' and so forth are commonly use in our relationship..

semalam jugak 2nd time for me to change her diaper. ntah kenapa agaknya (terover excited kot), terkena lak gam tape tu kat perut dia yang sensitip tu.. apa lagi nangis la dia sekejap. pastu... tido lagi.. huh.. baik betol budak ni..

hari ni dia dijadualkan untuk CT scan pada kepala dia which is necessary as there was bleeding inside her brain on the 3rd day. hopefully she'll be okay and calm. aku berserah je pada Allah s.w.t. atas apa jua keputusanNya. aku yakin Dia takkan kecewakan harapan kami, insyaAllah.

rezeki syafiah gamaknya... baru je aku iklan sewa rumah kat blog ni, ada yang dah confirm nak sewa rumah tu tengah bulan ni je. so, i've deleted the post. so kena la jugak buat house checking this coming saturday.. manalah tahu rumah tu tunggang-langgang haru-biru... maklumlah yang sewa tu orang bujang. ada gak callers lain sebelum ni tapi kami tolak cara baik. aku kena timbang kemungkinan2 negatif (contohnya rumah tu jadi tempat ibadat diaorang ke.. tak ke naya). bukannya aku bersikap racism. mintak maaf bebanyak ye....

aku terpaksa gak delete ceramah ust akhil hayy sebelum ni sebab bila kena embed, slow lak ceramah dia tu. so, at last aku tonton kat youtube je la. aku masukkan post tu sebelum ni sebab ia berkenaan dengan anak.

karang2 petang sket nak mengemas, nak pindahkan penyangkut baju kat sebelah ni ke atas. nak bagi laluan untuk playpen syafiah. serba salah nak beli ari tu.. tak beli karang baby tido kat bawah, kakak & abang dia kaco lak. bebudak berdua tu sebelum ni tido kat bawah je. hampar tilam letak je depa kat situ tergolek-golek. lagi pun senang aku nak monitor. bilik ni plak samar2, nyaman dok kat sini... pandai le syafiah guna komputer karang.. dah dengar ibu ayah dok keletak2 guna komputer ni tiap hari...

isk.. tak sabo nak jumpak dia petang ni.. bleh aku riba dia lagi...

Saturday, February 2, 2008

Syafiah - 020208



Pic kat sebelah ni pic Syafiah masa kami lawat dia semalam. Semalam karung TPN (don't know what does it stand for) tu dah tak de. TPN is a nutrimix, also containing amino acid. The green bag was supplied by BBraun and most of the babies there have this bag for their nutrition supply. Ada yang cucuk kat pusat, ada yang cucuk kot lengan. Lipid was still there.

Hari ni Sabtu. So lawat lagi. Huhu... progresif sungguh Kak Lang ni. Lipid pulak tak de. So she depends fully on my milk. The consume volume increased to 21 ml/given/2 hour. Berbekas-bekas susu kat dalam peti ais tu dah susut. Kalo dulu sampai nurse suruh bawak balik simpan kat rumah dulu sebab one time 20 bekas susu tu aku punya je. Just to share a good info, kalo simpan susu ibu dalam tempat sejuk beku tu, susu bleh tahan 2 minggu. In case kalo susu aku pun habih, dia orang akan bagi enfalac yang ready made. Mahey ooo enfalac ni... dapat dari DEMC dulu pun enfalac jugak.

Mastura dan Adam pun masih diberi susu lagi.. bukan susu badan la... susu tepung dan depa ni tak tunjuk sign nak berhenti langsung. Akibat dari suruhan nurse tu, aku bawak balik susu-susu ni dan beri plak kat Adam sebab Adam pun masih 2 tahun. Mahu la plak tu... Kalo pam susu di rumah, dia siap tunggu kat depan sebab teringin nak minum. Sua suruh hisap tak nak la plak..tapi kalo beri dalam botol ok je hentam... macam-macam..

Selagi Syafiah ni tak kuo hospital lagi tu le dok asyik citer pasal dia je. Maklumle dia ni special case. Yang dua lagi tu bukannya tak special, special gak tapi lahirkan dia dan experience yang kita orang lalui sejak dia dilahirkan tak sama dengan lahirkan budak cukup bulan. The feeling was up and down, like a roller coaster!

Dulu mak dan pak kita yang rasa. La ni kita plak. So bagi insan-insan yang masih punya ibu bapa tu.. hargailah mereka kerana suatu masa nanti kita pasti akan lalui apa yang telah mereka lalui. Dan setiap saat dengan anak itu cukup berharga. Tak dapat nak gambar dengan kata-kata...

Friday, February 1, 2008

Syafiah - 310108





Setelah 2 hari lepak kat rumah tak jenguk Syafiah, semalam kita orang pergi lawat dia lagi. Hati rasa gembira tak terkira sebab dari jauh dah perasan yang respirator tu derang dah cabut. Alhamdulillah... 2 hari tak tengok ada perkembangan menarik si 'tough fighter' ni. Wayar bagai dah makin kurang. Yang tinggal lagi semua pengesan-pengesan je - oksigen, blood pressure, pulse, respiration. Lipid dan asid amino mungkin takkan diberi lagi sekiranya dia menunjukkan perkembangan baik dalam aspek penyusuan. Semalam susu dah naik dari 8ml (290108) ke 14ml. Berat badan pun dah naik dengan baik lepas apa yang dah jadi pada dia pada hari ke 3. She almost lost all her blood that day! Bagi Dr Ismail, perkembangan dia cepat jugak setelah apa yang telah dia lalui. Dia dijadualkan untuk ROP screening pada 040208. ROP screening ni untuk check dia punya mata. Yang check nanti pun pakar mata bukan paed. Di akhir explanation Dr Ismail tu dia sempat plak cubit pipi Syafiah tu. I guess semo kat situ mesti suka pada baby. Specialistsnya harmoni tau - Dr Ismail, Dr Khoo & Dr Sathia.

Ada budak baru kat NICU tu, ambilalih tempat kembar pertama India yang dilahirkan 220108. Risik-risik pada jururawat tu, rupanya kembar pertama tu dah meninggal. Innalillah (but it's good also as she went straight to heaven). Kesian la plak pada parents dia walau pun depa India. Dah la tengah pantang, anak plak tak survive. Luckily the 2nd one survives and she is located in incubator next to Syafiah. On her right side, a Malay boy named Demirell Qalysh. Borned on 281207. Weight about 700++gm when he was borned. The new girl was admitted there as she's a vacuum baby. Masa aku lawat Syafiah pada 290108 tu ada 2 kembar lelaki dimasukkan kat situ. Chinese. Syafiah dengan budak 'vacuum' tu je yang tak masuk incubator kaca. Macam-macam bangsa ada kat situ hatta sampai ke Indonesia pun. Bila aku nak balik je selalu aku pesan kat telinga Syafiah, jangan takut, belajar ilmu perubatan dari Dr Ismail tau, kat situ ramai kawan.. and hopefully they're all survive.

Though I've my own baby but still I'm so eager to touch others. Even not so called touch directly, I'll touch their hearts by saying Assalamualaikum or Hi. I know that they can hear just like when they are in our wombs. Thus, I hope, will make them strong and feel wanted. Segelintir mak pak depa ni tak jenguk anak-anak depa. I know as I've been there almost everyday from 160108-270108. But maybe in time I arrive, they just left.

Seronok tengok gelagat baby-baby ni. Walau pun kecik tapi ada yang lasak ya amat termasuk la Syafiah. Ada 3 hari yang dia lembik je. Orang sentuh pun wat tak heran.. huh.. sombong or simply just overdosed? Hehehe... masa tu Allah je yang tahu perasaan aku ni. Angkat tangan dia tak bergerak seriau ooo... but deep within I knew that she's strong and I believed in her and also the Creator. Moga dia terus sihat dan Allah s.w.t. menghilangkan kedukaan kami dengan menghilangkan kesan parut di dalam otaknya, insyaAllah.
 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez