Hari ni Selasa, 240407/6 Rabiulakhir 1428
2 hari lagi kena ISO audit lagi untuk ntah kali ke berapa.. aku sebenarnya tak prepare langsung sebab hati aku ni tak de kat sini... some of us here say that ISO stands for Itu Susahkan Orang.. yepp really true.. paperworks like h***. Kontraktor kejar payments lagi dan aku rasa cam nak lari je... the truth is I can't stand on repetitive tasks anymore or else I'll feel it's an unchallenging life. Boss should give me more new jobs/tasks.. so that I can perform better. Aku ni sorang manusia yang suka pada benda2 baru... dan cepat bosan kalo buat benda yang berulang-ulang.. I'm so used to the system sampai aku rasa kerja itu tiada cabarannya...
One more thing is I really hate paperworks (though I can say I'm really good at it.. not to show off.. but yes.. really is)... what are these guys thrying to prove by making such a good paperwork but in fact the end products are not so well? How about the after sales?
I wish I can establish my own company.. (what a big wish.. sigh).. one fine day.. insya-Allah.. even just for selling 2nd hand book or a center for bakery thing... Allah.. gives me strength to do my work because of you.. and please make my dreams come true... ameennn
Tuesday, April 24, 2007
Monday, April 16, 2007
Pertunangan Kakak Iparku
Monday, April 16, 2007
Posted by
Sue.Aleen
Aku suka gambo ni dan cara akak disolek... nice and simple

Semalam Ahad, 15 April 2007/27 Rabiulawal 1428... akak aku sah dah tuko gelaran dari 'bujang' ke 'tunangan' orang... Jemputan ramai. Dah macam kenduri.. (kalo aku dah sah aku nikah je terus). Akak ni anak sulong dari 5 saudara yang mana adik-adiknya adalah lelaki (kecuali aku... the 1st lady.. hehe.. menantu sulong yang pertama)... Aku harap sangat dia dilangsungkan tahun ni tapi nampak gayanya plannye tahun depan....
To akak, jeng... jeng... jeng... darah tengah manis... Pelbagai dugaan bakal diharungi... aku doakan kalian bahagia dan berkekalan serta akan sah diijabkabulkan..
p/s : Mana bakal biras aku tu? Tak kenal yang mana satu pun.. berahsia sungguh akak ni.. hishh.. for more pictures click here...
Saturday, April 14, 2007
Kabus
Saturday, April 14, 2007
Posted by
Sue.Aleen

Ijok - Saujana Utama

Fraser Hill
Kabus sepanjang jalan hari ni dari Sungai Besar ke Saujana Utama tebal sangat.. kata orang2 tua bakal hujan.. kalo tebal mungkin lebat dan luarbiasa... why dari Sungai Besar? Hari ni kan baru hari Sabtu? Well semalam balik ke Sungai Besar hantar bebudak sebab hari ni kena keje... Actually tengahari sok ada kenduri arwah dan majlis pertunangan kakak ipar.. takkan petang ni baru nak balik. Konon tunjuk muka awal la... Hari tu kat Fraser Hill pun sama gak... berkabus...
My sis-in-law is the first kid in the family, whilst my husband is 2nd... but her bro got married 1st in 2003. Dah sampai seru kenalah kawennn.. I've to call her 'kakak' though my age is one year old older than her... Fenin? Senang citer husband aku lagi muda la dari aku.. even sis-in-law pun lagi muda dari aku...
Satu perkara yang aku kurang senangi dalam hidup ini adalah sikap berlebihan walau pun orang akan kata itu hak merekalah. Contohnya dalam bab merisik dan pertunangan... Kisah aku simple dan aku nak share kat sini bahawasanya bersederhana itu tak salah pun malah membawa kebaikan.
Aku bertunang dulu dalam tahun 2002. Asalnya bukan untuk bertunang. Mak mertua aku telefon ibu kat kampung tanya pasal kami berdua dan katanya dia nak ke Penang ziarah saudara mereka. Since rumah aku just on the way.. dia kata dia nak singgah... dan barangkali terus merisik (itu kata dia la).. ibu menjawab dengan selamba, "Buat apa nak merisik lagi. Bukankah mereka berdua itu saling mengenal?". Maka, berangkatlah mereka - ibu mertua, bapa mertua, adik ipar dan bakal suami - ke rumah aku. Sebenarnya aku tak pernah kenal mereka kecuali kakak ipar aku yang bakal melangsungkan pertunangan esok. Itu pun jumpak dalam 2 kali kot. Kira inilah kali pertama pertemuan untuk semua orang kecuali aku dan husband yang dah kenal sebelum itu disebabkan kami bekerja di bawah satu bumbung.
Aku dan husband pun pergila beli cincin belah rotan. Harga pun tak seberapa. Hari yang dirancang itu pun datang. Masa dia orang tiba tu pukul 12 tengahari. Aku tak siap apa pun.. baju kurung pun pakai baju biasa je.. Dia orang datang je aku terus tuko baju. Bersolek sendiri itu pun untuk bergambar.
Bapa saudaraku jadi wakil (sebab dia akan jadi wali sebab arwah ayahanda dah tiada). "Jadi, depa berdua ni macamana kira ni?" tanya Angah selamba dan direct je. Setelah depa tetapkan semuanya, terus je pintu bilik aku diketuk sedangkan aku tak siap lagi. Masa sarung cincin tu rupanya depa dah siap bawak dua cincin walau pun kami beli sendiri satu. Hantaran lelaki bagi 3, kami balas 5 on the spot...
Pastu terus je masuk waktu Zohor dan kami pun solat. Sesiapa yang datang rumah aku PASTI dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan walau pun tetamu tak berapa kerat. Wakil lelaki yang 4 orang tu sampai tak larat nak habiskan. Mana taknya.. aku ada 5 adik-beradik. 3 kakakku dah jadi tukang masak untuk hari itu sahaja...
Aku suka betul begitu... nak melamar datang terus je dengan mak ayah tak yah hantar wakil dan beradat bagai... Cukuplah berlapik kata memula bicara...
Nabi Muhammad s.a.w. telah menganjurkan agar acara merisik dan bertunang itu agar dirahsiakan.. so why not ikut... para ulama bersepakat mengatakan bahawa jika sesuatu perkara itu tiada dalam al-Quran dan al-Sunnah maka ia adalah bida'ah. Jadi.. baik hati2... wallahu'alam

Friday, April 13, 2007
Tazkirah Jumaat
Friday, April 13, 2007
Posted by
Sue.Aleen
Jumaat, 13 April 2007/25 Rabiulawal 1428
Sembahyang Jumaat difardukan di Mekah sebelum Hijrah, tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana Islam ketika itu masih lemah, tidak berupaya menghimpunkan orang ramai untuk mendirikannya.
Dalam surah al-Jumaat: 9, terdapat firman Allah: Wahai orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingati Allah dan meninggalkan urusan jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui.
Sembahyang Jumaat menghimpunkan orang Islam setempat, membolehkan mereka saling mengenali antara satu dengan yang lain, mengeratkan silaturahim, bertukar-tukar fikiran, maklumat dan sebagainya, mendengar nasihat, menyamaratakan antara jemaah, juga saluran menyampaikan mesej, wadah ilmu, terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan agama dan masalah masyarakat. Allah mengharamkan urusan dunia, seperti jual beli dan setiap kegiatan yang memalingkan diri daripada menunaikan sembahyang Jumaat apabila seseorang itu mendengar azan sembahyang Jumaat. Mereka yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali atau lebih tanpa uzur akan dimeterai, dibutakan hatinya, tidak mendapat hidayah, tidak dapat membezakan antara yang baik dan jahat dan telah membelakangkan Islam jauh ke belakang.
Sebuah hadis dari Ibn Asad bin Zararah, dari bapa saudaranya, dari Nabi baginda bersabda: Barang siapa meninggalkan Jumaat tiga kali, Allah telah memeterai hatinya dan menjadikan hatinya hati orang munafik - hadis riwayat Abu Bakar bin Ali al-Marwazi dan Abu Ya'la. Dalam sebuah hadis lain dari Ibn Abbas dari Rasulullah, baginda bersabda: Barang siapa meninggalkan Jumaat tiga kali Jumaat berturut-turut maka sesungguhnya dia telah membelakangkan Islam ke belakangnya - hadis riwayat Abu Ya'la.
Hari Jumaat adalah hari istimewa, yang dimuliakan Allah mempunyai kelebihan berbanding dengan hari-hari lain. Ia adalah penghulu segala hari sayyidu `l-ayyaam, lebih istimewa daripada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Allah menjadikan hari ini sebagai Hari Raya, iaitu hari yang penuh dengan keistimewaan dan keberkatan untuk melakukan amal ibadah.
Hari Raya sehari dalam seminggu. Dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah dijelaskan bahawa Rasulullah bersabda pada satu hari Jumaat dari hari-hari Jumaat: Wahai semua kaum Muslimin, sesungguhnya Allah telah menjadikan hari ini hari raya bagi kamu, mandilah dan hendaklah kamu bersiwak - hadis riwayat Tabrani. Allah menjadikan Adam pada hari Jumaat, menurunkannya ke bumi juga mengambil nyawanya. Pada hari itu ada satu saat di mana sekiranya seorang itu berdoa kepada Allah dan waktunya bertepatan dengan saat tersebut, Allah akan memperkenankannya.
Tidak ada satu malaikat muqarrabin pun, sama ada di langit atau di bumi, angin, gunung atau laut, melainkan kesemuanya takut belaka pada hari Jumaat - maksud hadis riwayat Ibn Majah dan Imam Ahmad. Dalam surah al-Ahzab: 56 dijelaskan: Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, ucapkan selawat dan salam yang sempurna kepadanya.
Hadis dari Abdullah bin Amr bin Al-Asy menyatakan bahawa beliau mendengar baginda bersabda: Barang siapa berselawat ke atasku satu selawat nescaya Allah berselawat, iaitu memberi rahmat kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu - maksud hadis riwayat Muslim. Manusia yang paling utama bersama Nabi pada hari kiamat kelak ialah orang yang banyak mengucap selawat - maksud hadis riwayat Muslim. Manusia yang paling utama bersama Nabi pada hari kiamat kelak ialah orang yang banyak mengucap selawat - maksud hadis riwayat At-Tarmizi.
Daripada Aus bin Aus beliau berkata, Rasulullah bersabda: Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu ialah hari Jumaat, kerana itu perbanyakkan berselawat ke atasku, maka sesungguhnya selawat kamu itu diperlihatkan kepadaku. Mereka bertanya: Ya Rasulullah bagaimana selawat kami diperlihatkan pada tuan, padahal tuan sudah hancur. Baginda menjawab, sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas bumi jasad para ambiya - riwayat Abu Daud, an-Nasaiy dan Ibn Majah.
Terdapat hadis-hadis yang membicarakan tentang waktu mustajab yang berlaku pada hari Jumaat. Ada hadis yang menjelaskan bahawa waktu berkenaan ialah antara duduknya imam di atas mimbar sehinggalah selesai sembahyang Jumaat.
Dalam hadis lain, dinyatakan bahawa waktu yang dimaksudkan ialah sesudah asar. Hadis yang diterima dari Abu Salamah bin Abdul Rahman pula menyatakan bahawa ada beberapa orang sahabat yang berkumpul sambil membicarakan tentang waktu mustajab yang dimaksudkan. Mereka sepakat menyatakan bahawa saat tersebut ialah pada saat yang akhir. Ahmad bin Hambal pula menyatakan bahawa kebanyakan hadis yang diterima menyatakan bahawa saat itu ialah setelah habis asar, walaupun demikian, berkemungkinan bahawa waktunya ialah setelah gelincir matahari. Dijadikan demikian, iaitu tanpa ketentuan masa secara pasti ialah kerana setiap orang itu digalakkan memperbanyakkan ibadah dalam usaha mencari waktu mustajab pada hari Jumaat yang penuh dengan keistimewaan dan kemuliaan daripada Allah.
Kerana itu jadikan hari Jumaat dengan bersedekah menurut keupayaan, memperbanyak istighfar, sembahyang sunat, tasbih, tahajud dan witir, zikir, mudah-mudahan ia jadi kifarah bagi segala hari yang lain, selawat pada malam harinya dan sebagainya. Jangan dijadikan dia masyghul dengan pekerjaan dunia. Orang yang mati pada hari atau malam Jumaat terpelihara daripada fitnah kubur, seperti yang dijelaskan dalam hadis dari Abdullah bin Umar daripada Nabi, baginda bersabda: Tidak ada seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat, atau malam Jumaat, kecuali Allah memelihara akan dia daripada fitnah kubur - riwayat at-Tarmizi.
Beban kerja atau tugas yang terus-menerus mengasak menyebabkan waktu untuk berada di masjid-masjid begitu terhad. Mesti makan atau mengalas perut terlebih dahulu sebelum menunaikan kewajipan Jumaat. Walaupun demikian tidak dinafikan adanya mereka yang mempunyai waktu yang begitu panjang, yang datang ke masjid ketika azan Jumaat hampir dilaungkan. Sebahagian daripada mereka menghabiskan masa di meja makan, padahal mereka keluar dari tempat kerja pada pukul 12 tengah hari dan meninggalkan meja makan sebaik-baik sahaja bilal melaungkan azan. Kalau saudara rujuk dalam kitab-kitab fikah, kita dianjurkan supaya mandi, sembahyang Jumaat, bermula dari terbit fajar hingga waktu menunaikan sembahyang. Waktu hampir hendak pergi ke masjid adalah waktu afdal dengan menghilangkan bau yang cemar lagi busuk di badan, bersugi, mencukur bulu ari-ari, mengandam misai, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan sebagainya.
Menghias diri dengan memakai pakaian putih, iaitu baju dan serban. Sebaik-baik pakaian ialah pakaian berwarna putih. Sunat ke masjid lebih awal. Berjalan dengan penuh khusyuk, hadir hati kepada Allah, tawaduk merendah diri dan niat iktikad ketika berada di masjid sehingga tiba waktu sembahyang.
Sunat ke masjid lebih awal. Dijelaskan dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah bahawa baginda bersabda: Barang siapa mandi pada hari Jumaat seperti mandi junub, kemudian pergi ke masjid di saat yang pertama, maka dia seolah-olah telah berkorban seekor unta. Barang siapa pergi pada saat kedua, dia seolah-olah berkorban seekor lembu. Barang siapa pergi pada saat ketiga dia seolah-olah berkorban seekor kambing yang bertanduk dan barang siapa pergi pada saat keempat, dia seolah-olah berkorban ibu ayam dan barang siapa pergi pada saat kelima, dia seolah-olah berkorban sebiji telur. Maka apabila keluar imam hadirlah malaikat untuk mendengar khutbah - hadis riwayat al-Jamaah, kecuali Ibn Majah.
Hadis ini menjelaskan bahawa semakin awal seseorang itu menghadirkan diri di masjid pada hari Jumaat, maka semakin besarlah ganjarannya. Hadis ini adalah berdasarkan kepada kelapangan juga sikap seseorang terhadap kehadiran mereka ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Bagi mereka yang mempunyai urusan yang ketat dan memiliki waktu yang singkat untuk menunaikan sembahyang Jumaat, maka di atas kebijaksanaan merekalah bagaimana hendak menggunakan waktu yang singkat itu, mengambil kesempatan untuk meraih rahmat, juga janji-janji Allah pada mereka yang melakukan banyak ibadah di hari Jumaat. Dalam usaha meraih keredaan Allah dan pahala Jumaat seseorang itu tidak boleh melangkah pundak makmum yang lain dalam usaha untuk mengambil tempat dalam masjid atau untuk mendapatkan saf hadapan.
Dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Basyr, beliau menjelaskan seorang lelaki telah datang melangkah tengkuk orang lain pada hari Jumaat ketika Nabi sedang berkhutbah, baginda bersabda kepadanya: Duduk. Sesungguhnya engkau telah menyakiti - hadis riwayat Abu Daud dan an-Nasaiy. Orang yang telah menunaikan sembahyang Jumaat, tidak sayugia baginya meninggalkan majlis. Sunat baginya membaca al-Fatihah. Qulhuwa `Llahu ahad, Qul a'udhu bi-rabbi `l-falaq dan Qul a'udhu bi-rabbin `n-nas sebelum berkata-kata. Mudah-mudahan dengan berbuat demikian seseorang itu akan terpelihara daripada segala kejahatan dan bahaya, diikuti dengan menyebut sifat-sifat Allah, di samping memohon doa. Sunat mendirikan sembahyang sunat Jumaat selepas sempurna melakukan sembahyang. Saidina Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa Nabi sembahyang dua rakaat setelah menunaikan Jumaat. Hadis dari Abu Hurairah pula meriwayatkan bahawa baginda melakukan sembahyang sunat Jumaat empat rakaat, manakala Saidina Ali dan Saidina Abdulah ibn Abbas menyatakan bahawa baginda mendirikan sembahyang sebanyak enam rakaat.Kesemua riwayat mengenai perlakukan baginda itu adalah sahih, yang dilakukan dalam keadaan yang berbeza dan yang paling sempurna lagi afdal itu ialah enam rakaat.

Wednesday, April 11, 2007
Salam Perkenalan
Wednesday, April 11, 2007
Posted by
Sue.Aleen
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh
1stly.. I'm a bit surprise as I couldn't log into yesterday's blog... Baru jer nak berjinak-jinak dengan blog sendiri tiba2 not user friendly.. don't know where gone wrong... but never mind I can create another blog...
Why owning one? I guess this is just as a tribute to myself.. and to fill in my free time... and guess what... my boss has a long leave this week.. takyah dengar dia bebel-bebel (mumbling type person... -:).. sometimes with no reason... Pelik la dia tu... well, enough about him. At least that is one of his weakest points. Yang lain-lain ok...
During free time I like to log into these two webs:
1. Didi (my favorite cousin who works as a graphic designer and a photographer. You'll fall in love to his works!).
2. Saujana Utama Community (you'll fall in love with its community!)
Dah masuk 2 minggu aku ada bibik kat rumah... on and off la.. on siang... malam dia balik kat kongsi... usia aku baru nak cecah 30.. alhamdulillah aku rasa macam semuanya dah complete in life.. dah aku rasai semuanya... bila lalui hidup macam ni.. terasa sangat betapa perlunya aku bersyukur kepada-Nya... alhamdulillah

Subscribe to:
Posts (Atom)