Showing posts with label Bicara Agama. Show all posts
Showing posts with label Bicara Agama. Show all posts

Saturday, May 15, 2010

'Fatwa' yang masih disebarkan..


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. [al-Hujurat 49:6]





Sikap paling nyata tidak menepati kehendak al-Quran apabila setiap khabar yang diterima baik melalui surat menyurat, lafaz mulut, SMS, e-mail yang difowardkan, tulisan yang diposkan di ruang siber dan bermacam lagi, diambil bulat-bulat tanpa menyelidik dan lebih parah disebar-sebarkan pula. Berani saya katakan hampir 90% yang menyebarkan khabar-khabar yang mereka terima sebenarnya tidak langsung menyelidik kebenaran khabar tersebut.


Semalam saya berdiskusi di ruangan mukabuku milik seorang kawan. Salah seorang pengkritik/pengomen telah menulis begini, "... najib tak bole tulis MOHD sahaja sebab bahasa arab maknanya anjing mulut besar.... maaf sahabat...betul kan MUHAMMAD". Dia juga seterusnya menyatakan ada satu gambar di dindingnya untuk dikongsikan bersama. Gambar itu adalah gambar di atas.

Yang amat menjadi keraguan saya adalah berkenaan sumber dokumen dalam gambar tersebut. Benarkah dari Arab Saudi? Mengapakah tidak diletakkan sumbernya? Soalan kedua yang terdetik dalam minda saya, "Setahu aku yang tak berapa cerdik Bahasa Arab ni, anjing dalam bahasa Arab adalah 'kalbun'. Dalam MOHD tak de plak perkataan kalbun". Dan bukankah MOHD tetap disebut sebagai Muhammad? Sebagaimana ABD disebut sebagai Abdul. Tak pula orang menyebut MOHD sebagai MOHD.

Dengan pimpinan dari Allah, alhamdulillah, maka pencarian kebenaran bermula. Dari satu web ke satu web yang lain saya jelajahi. Antaranya:


Dari web yang kedua, saya telah mendapat link yang sebenar kepada jawapan seorang Mufti iaitu Mufti Ebrahim Desai.


Seperti yang tertera dalam jawapan beliau:

The advise to call a Mosque a Musjid, spell Makkah instead of Mecca and spell Muhammad in full is correct.

However, the reasoning behind mosque being mosquito, Mecca being a pub and Mohd being a dog is not correct.

and Allah Ta'ala Knows Best

Mufti Ebrahim Desai


Malangnya web Buletin Pengguna Islam (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) sendiri meletakkan email itu tanpa bukti yang kukuh.

Ternyata kita pada hari ini sangat gemar menurut atau mengikut tanpa menyelidik terlebih dahulu. Padahal apa yang kita percaya itu kadangkala tidak benar sama sekali. Ini termasuklah juga dalam perkara menyambut sambutan² bermusim seperti Hari Ibu. Padahal jika menurut apa yang digariskan oleh Islam, sudah cukup lengkap. Bak kata Ustaz Zahazan dalam Utusan Online - Jangan Sayang Ibu Bapa Bermusim.

Hentikanlah penyebaran 'fatwa' di atas. Moga kita sama² dipimpin hidayahNya untuk membezakan yang benar dan juga yang salah untuk berdepan dengan segala fitnah di akhir zaman ini, insyaAllah.





Thursday, December 17, 2009

Bilakah Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah?


Disediakan oleh:
Ust Tuan Mohd Sapuan bin Tuan Ismail
Pensyarah KIAS


Setiap kali menjelangnya awal Muharram, kita semua akan diingatkan dengan peristiwa hijrah Rasul. Ini kerana peristiwa hijrah Rasul merupakan satu perkara yang sangat penting dalam sejarah, bukan sahaja kepada kita kaum muslimin, bahkan juga alam keseluruhannya. Betapa tidak, hijrah telah mengubah corak peradaban dunia. Dan kesannya masih boleh dilihat dan dikecapi sehingga hari ini.

Umat Islam telah menjadikan peristiwa hijrah Rasul sebagai permulaan tahun dalam kalendar Islam. Kerana itu, setiap kali tahun Islam disebut, ia akan dinyatakan dengan hijrah. Sebagai contoh: “tahun 1429H akan meninggalkan kita tidak lama lagi, dan tahun 1430H pula akan menyusul”. Huruf H yang diletakkan di hujung angka tahun itu adalah singkatan kepada hijrah, sebagaimana yang kita semua maklum.

Disebabkan permulaan tahun hijrah adalah pada bulan Muharram, mungkin ramai yang keliru dan menganggap bahawa hijrah Rasul berlaku pada 1hb Muharram. Sebenarnya hijrah Rasul bukanlah berlaku pada bulan Muharram, bahkan ia berlaku pada bulan Rabiul Awwal. Syeikh Sofyurrahman al-Mubarakfuri menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. meninggalkan rumah pada malam 27 Safar tahun ke 14 daripada kenabian. Ia bersamaan 12 atau 13hb September 622M. Kemudian, baginda bersembunyi di dalam gua selama tiga malam, iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dan pada malam Isnin, 1 Rabiul Awwal, bersamaan 16 September 622M, baginda berdua beredar meninggalkan gua bersama dengan Abdullah bin Uraiqith, yang memandu jalan. Baginda sampai di Quba' pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, tahun pertama Hijrah. Ia bersamaan dengan 23 September 622M. Baginda berada di Quba' selama empat hari, iaitu hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Pada hari kelima, iaitu hari Jumaat, 12 Rabiul Awwal, baginda sampai ke Madinah. (Ringkasan kitab ar-Rahiqul Makhtum, m/s 154-166).

Persoalannya, kenapakah hijrah dimulakan pada bulan Muharram, sedangkan hijrah Rasul berlaku pada bulan Rabiul Awwal? Sebenarnya, permulaan bilangan tahun hijrah, sekalipun dihitung bermula dengan hijrah Rasul, namun ia hanya bermula pada zaman pemerintahan Saidina Umar r.a. iaitu pada tahun ke 17 Hijrah. Ada juga yang menyatakan pada Rabiul Awwal tahun ke 16 hijrah (1). Sebelum dari tarikh tersebut, umat Islam sudahpun mempunyai nama-nama bulan, namun mereka tidak menentukan tahunnya.

Terdapat banyak faktor yang mendorong Saidina Umar menentukan tarikh, antaranya ialah kerana kerana Saidina Umar menerima satu surat tentang pengumpulan harta, dan ia bertulis pada bulan Sya'ban. Beliau bertanya: Sya'ban yang mana satu, Sya'ban yang lepas, atau Sya'ban sekarang, atau Sya'ban akan datang? Ada juga yang menyatakan bahawa orang pertama yang menulis tentang tarikh ialah Ya'la bin Umayyah r.a.. Beliau telah menulis surat dari Yaman, kepada Saidina Umar dengan menulis tarikh, dan Saidina Umar menganggap baik perkara tersebut, akhirnya beliau ingin memulakan penentuan tarikh. Antara faktornya juga ialah Abu Musa al-Asy'ari telah menulis satu surat kepada Saidina Umar, menyatakan bahawa telah sampai kepada beliau banyak surat-surat daripada Saidina Umar tanpa tarikh (dan ini boleh menimbulkan kekeliruan). Lalu Saidina Umar mengumpulkan para sahabat untuk membincangkan tentang penentuan tarikh.

Setelah Saidina Umar r.a. mengumpulkan para sahabat untuk menentukan permulaan tarikh, timbul empat cadangan dalam menentukan permulaan tahun Islam. Empat perkara tersebut ialah daripada tarikh kelahiran baginda, atau dari tarikh baginda dibangkitkan menjadi rasul, dari tarikh hijrah atau dari tarikh kewafatan baginda. Lalu akhirnya mereka sepakat untuk menjadikan hijrah Rasul sebagai asas permulaan tarikh Islam. Mereka tidak menjadikan tarikh kelahiran dan kebangkitan sebagai asas, kerana terdapat khilaf tentang bilakah kedua-dua peristiwa tersebut berlaku. Dan tarikh kewafatan pula, sekalipun jelas waktunya, adalah tidak sesuai dijadikan permulaan tarikh, kerana ia merupakan tarikh yang amat menyedihkan. Jadi tidak sesuai tarikh yang sedar diambil untuk diulang-ulangi sebutannya. Kerana itulah peristiwa hijrah adalah peristiwa yang paling sesuai untuk dijadikan asas permulaan tarikh. Kerana inilah, bila timbulnya pelbagai pendapat tentang bilakah asas yang sesuai untuk dimulakan tarikh, Saidina Umar menyatakan kata-katanya yang masyhur,

الهجرة فرقت بين الحق والباطل، فأرخوا بها

“ Hijrahlah yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Maka jadikanlah ia asas permulaan tarikh ”.

Berkata al-Imam as-Suhaili, para sahabat sebenarnya mengambil asas tahun hijrah berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah Ayat 108 yang bermaksud:

“ Sesungguhnya masjid yang diasaskan di atas ketaqwaan (Masjid Quba') sejak dari hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalamnya ”. Surah at-Taubah: 108. Terangnya lagi: “ Ini kerana sudah jelas bahawa hari tersebut bukanlah hari pertama yang sebenar (permulaan umur dunia). Bahkan hari pertama yang disandarkan kepada sesuatu yang tidak dinyatakan dalam ayat tersebut, iaitu zaman pertama kemenangan Islam, dan zaman pertama Nabi s.a.w. boleh beribadah dengan aman (tanpa sebarang gangguan) dan zaman permulaan pembinaan masjid ”. Kerana itulah sepakat para sahabat memulakan tahun Islam dengan tarikh hijrah, iaitu hari pertama Nabi s.a.w. dan para sahabat memasuki Madinah.

Dan setelah para sahabat sepakat untuk menjadikan peristiwa hijrah sebagai asas permulaan tahun Islam, mereka membincangkan pula, tentang dari bulan manakah kita akan mulakan perhitungan tahun. Maka timbullah pelbagai pendapat. Ada yang mencadangkan supaya dimulakan dengan rejab, dan ada pula dengan ramadhan. Namun Saidina Usman mencadangkan supaya dimulakan dengan bulan muharram. Antara alasannya ialah ia adalah bulan haram (bulan yang dihormati oleh masyarakat arab, kerana diharamkan berperang padanya), dan ia juga adalah masa kembalinya para jemaah daripada menunaikan ibadah haji. Dan antara sahabat yang juga mencadangkan bulan muharram ialah Saidina Umar dan Saidina Ali. Akhirnya, mereka telah memilih bulan muharram sebagai permulaan tahun hijrah, dan bukannya rabiul awwal. Dan antara sebab yang mungkin paling tepat kerana memilih bulan muharram dan bukannya bulan rabiul awwal ialah, kerana permulaan keazaman untuk berhijrah adalah pada bulan muharram. Ini kerana perjanjian Aqabah berlaku pada bulan zulhijjah. Dan perjanjian tersebutlah yang membawa kepada peristiwa hijrah. Dan bulan pertama yang muncul setelah zulhijjah ialah muharram, kerana itu sesuai dijadikan muharram sebagai bulan pertama, kalendar tahun umat Islam.

Inilah sebahagian fakta yang berkaitan dengan persoalan tarikh hijrah. Semoga fakta ini, sedikit sebanyak menghilangkan kekeliruan tentang persoalan bilakah sebenarnya berlaku peristiwa hijrah Nabi s.a.w. Hijrah sebenarnya mengingatkan kita tentang pengorbanan dan matlamat perjuangan umat Islam. Hijrah juga menginsafkan kita bahawa kita sentiasa bergerak menuju Allah SWT. Kerana itu kita sentiasa perlu menambahkan kebaikan dan amal soleh kita. Orang yang berhijrah adalah orang yang berusaha meninggalkan dosa-dosa dan maksiat. Dan perkara itu tidak akan tercapai melainkan dengan keazaman yang tinggi. Sama-samalah kita berhijrah kerana Allah untuk sampai kepada Allah. Dan ingatlah bahawa orang yang berhijrah sentiasa memerlukan bimbingan Allah dalam hijrahnya menuju Allah. Hijrah bukan kerana Allah adalh sia-sia,dan hijrah tanpa bimbingan Allah, tidak akan sampai ke destinasinya.

• Sumber utama artikel ini ialah kitab Fathul Bari, Syarah Sohih Bukhari. (Kitab Manaqib al-Ansar, bab at-Tarikh, juz 7, m/s 341, 342).

(1) Berdasarkan peristiwa ini, kita berpendapat bahawa fadhilat yang dinyatakan dalam membaca doa awal tahun dan doa akhir tahun adalah palsu. Ini kerana pada zaman baginda, belum ditentukan lagi permulaan tahun. Dan tiada yang boleh menyatakan fadhilat seseuatu kecuali Allah dan rasulNya. Dan sesungguhnya agama Islam itu sudah sempurna. Dan amalan tersebut tiada dijumpai asasnya dalam kitab-kitab hadis.



Maklumat Penulis:

Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail
Sarjana Muda Syariah & Pengajian Islam, Univ. Mu'tah, Jordan.
UPI, KIAS
0136353463


Sumber dari Gema Ilmiah.








p.s. : Lamanya tak mencoret sesuatu di sini... 6 bulan!

Friday, May 15, 2009

Memanjat sebuah doa




Hampir setiap umat Islam berdoa kepada Allah. Tapi apabila doa tidak dimakbulkan-NYA, adakah wajar kita berputus asa?

Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul'" - surah al-Baqarah: 186.

Allah tidak akan menghampakan permohonan dan permintaan hamba-Nya lebih-lebih lagi yang beriman dan beramal soleh kerana Allah sangat dekat kepada setiap hamba-hamba-Nya. "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." - surah al-A'raf:55.


Marilah kita perbanyakkan doa di penghulu segala hari ini. Moga ada di antara doa² kita akan diangkat dan dimakbulkan. Terutamanya doa daripada pihak yang dizalimi, wallahu'alam.

Friday, December 26, 2008

Du'a dan zikir di hari Jumaat


Hari Jumaat adalah hari yang paling afdal dalam seminggu. Allah s.w.t. telah mengkhususkannya untuk kaum muslimin yang belum pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya sebagai kurnia dan pemuliaan terhadap umat ini. Pada hari tersebut terdapat ibadah-ibadah yang khusus.

Di bawah ini akan disampaikan dalil-dalil yang menyebutkan keutamaannya dan sunnah-sunnah serta kewajipan yang diperintahkan dalam rangka memuliakan hari Jumaat.

Bersumber dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. mengatakan:
"Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam a.s., dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat pula."
(HR. Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i, Tirmidzi dan disahihkannya. Lihat Fiqhus Sunnah oleh Sayyid Sabiq bab Jumaat)


Ibadah khusus yang mulia pada hari Jumaat adalah solat Jumaat. Barangsiapa meninggalkannya tanpa ada alasan syar’i akan mendapatkan dosa besar dan akan diazab dengan azab yang pedih (Masyhur Hasan Salman dalam Al-Qaulul Mubin fi Akhtha’il Mushallin).

Rasulullah s.a.w. mengatakan tentang suatu kaum yang meninggalkannya:
"Sungguh aku berkeinginan untuk memerintahkan seorang laki-laki solat bersama dengan manusia kemudian aku akan membakar rumah-rumah mereka yang tidak melakukan solat Jumaat."
(HR. Muslim, Ad-Darimi dan Al-Baihaqi)


Dalam suatu riwayat yang bersumber dari Muhammad bin Abdirrahman bin Zahrah, aku mendengar pakcikku berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa mendengar panggilan azan pada hari Jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik."
(HR. Al-Baihaqi, AbuYa’la, disahihkan oleh Ibnu Hajar dan Ibnu Mundzir. Hadith ini dihasankan oleh Masyhur Hasan Salman dalam Al-Qaulul Mubin fi Akhtha’il Mushallin)


Berikut ini ada beberapa hal yang disunnahkan berkenaan dengan keutamaan hari Jumaat:

1) Disunnahkan berdoa kerana berdoa pada hari itu akan dikabulkan terutama pada waktu/saat mustajab (mudah terkabul doa). Para ulama berbeza pendapat tentang waktu-waktu terkabulnya doa pada hari Jumaat tersebut.

Ada yang berpendapat pada saat imam duduk di antara dua khutbah, antara duduknya imam sampai selesainya solat, dan ada pula yang berpendapat akhir waktu dari hari Jumaat iaitu akhir waktu dari solat Asar. Pendapat yang terakhir inilah yang dikuatkan oleh Ibnul Qayyim dalam Zadul Ma`ad bab Jumaat dan Al-Hafidh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari. Ibnul Qayyim mengatakan inilah pendapat jumhur ulama dan para sahabat.

Hal ini terdapat dalam hadith bersumber dari Jabir bin Abdillah:
Dari Jabir bin Abdillah dari Rasulullah s.a.w. bahawasanya beliau berkata:"Pada hari Jumaat ada dua belas waktu. Tidak ditemukan seorang muslim yang sedang memohon sesuatu kepada Allah ‘Azzawa Jalla kecuali pasti Dia memberinya. Maka carilah waktu itu, iaitu akhir waktu setelah `Asar."
(HR. Abu Dawud, disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih Sunan Abu Dawud, hadith 926 hal. 196)


Doa yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w. adalah meminta kebaikan di dunia dan akhirat dan meminta perlindungan dari neraka. Dalam suatu hadith bahawa orang yang meminta dimasukkan ke dalam syurga maka syurga mengatakan:
"Ya Allah, masukkan dia ke dalam syurga."

Dan barang siapa yang meminta perlindungan neraka kepada Allah s.w.t. maka neraka akan berkata: "Ya Allah, lindungilah dia dari neraka."
(HR. Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 6151/6, lihat Shifatun Naar fil Kitab was Sunnah oleh Mahmud bin Khalifah Al-Jasim).


2) Disunnahkan memperbanyak bacaan salawat Nabi s.a.w.

Hadith dari Aus bin Aus r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkata:
"Seutama-utama hari adalah hari Jumaat. Padanya diciptakan dan dimatikan Adam a.s., ditiup sangkakala dan dibinasakannya manusia. Oleh kerana itu perbanyaklah selawat atasku pada hari itu kerana selawatmu akan sampai kepadaku." Para shahabat bertanya: "Bagaimana boleh sampai sedangkan jasadmu telah dimakan tanah?" Berkata: "Allah s.w.t. mengharamkan tanah untuk memakan (membusukkan) jasad para Nabi."
(HR. Abu Dawud, Sahih, lihat Sahih Sunan Abu Dawud hal. 196 hadith no.925 oleh Syaikh Nashiruddin Al-Albani)


3) Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh ImamNawawi).

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. Dalilnya adalah hadith dari Abu Darda r.a. dari Nabi s.a.w. berkata:
"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal."
(HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)


Pada lafaz Tirmidzi:"Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal." Dia berkata: "Hadith hasan."


Pada hadith yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda r.a. bahawa Nabi s.a.w. berkata:
"Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal."


Hadith tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah r.a. Dan pada lafaz Nasai menyatakan:
"Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal."


Pada hadith yang marfu’ dari Ali bin Abi Thalib r.a.:
"Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya."
(Lihat Tafsir Ibnu Katsir Surah Al-Kahfi)


Disunnahkan pula membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat fajar (subuh). Abu Hurairah mengatakan:
"Rasulullah s.a.w. membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat subuh hari Jumaat."(Muttafaqun `alaihi)


Menurut Ath-Thabrani dari Ibnu Mas’ud bahawa Nabi s.a.w. terus menerus membaca kedua surah tersebut. Menurut riwayat dari Ibnu Abbas dan Abi Hurairah r.a. berkata bahawa:
Rasulullah s.a.w. membaca surah Al-Jumaat dan Munafiqun pada hari Jumaat (HR. Muslim). Demikian pula Nabi s.a.w. membaca surah Sabbihisma dan Al-Ghasyiyah pada solat Jumaat (lihat Tafsir Ibnu Katsir surah Al-A`la dan Al-Ghasyiyah).


Wallahua’lam.

Maraji’:
1. Al-Adzkar, Al-Imam An-Nawawi tahqiq Abdul Qadir Al-Arnauth
2. Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq
3. Fathul Bari, Ibnu Hajar Al-Asqalani
4. Tamamul Minnah, Muhammad Nashiruddin Al-Albani
5. Ikhtishar Syarh Shahih Muslim, Al-Imam An-Nawawi
6. Tafsir Ibnu Katsir, Ibnu Katsir
7. Taisirul `Alam Syarhu `Umdatul Ahkam, Abdullah bin Abdirrahman bin Shalih Al Bisaam
8. Subulus Salam, Imam Ash-Shan`ani
9. Bulughul Maram min Adillatil Ahkam, Ibnu Hajar Al-Asqalani
10. Zadul Ma’ad, Ibnul Qayyim Al-Jauziyah
11. Al-Qaulul Mubin fi Akhtha’il Mushallin, Masyhur Hasan Salman.
12. Shifatun Nar fil Kitab was Sunnah, Mahmud bin Khalifah Al- Jasim.
13. Shahih Sunan Abi Dawud, Muhammad Nashiruddin Al-Albani.



p.s. : Bagi sesiapa yang berhajat terutamanya atas kesejahteraan anakanda masing², moleklah kiranya memperbanyakkan ibadah pada hari ini. InsyaAllah ada waktu²nya doa akan terkabul.. ameen.

Saturday, November 22, 2008

Sedikit cerita mengenai pembahagian harta pusaka...


Entry ini agak panjang tapi berbaloi menimba sedikit ilmu daripadanya.

Tiba² idea tercetus untuk menulis mengenai perkara ini setelah saya membaca blog Kak Rina. Apatah lagi dalam saya bercuti seminggu ke Perak tu, kami telah berjaya melangsaikan projek yang sekian kalinya tertangguh. Bertahun. 7 tahun lamanya.

Projek pembahagian harta pusaka! Ayah tidaklah meninggalkan kami dengan harta yang banyak. Sen tiada. Cuma geran tanah ada tiga. Itu pun nasib² JPS nak buat parit di atas sebahagian tanah Tg Piandang tu, kalo tak, gamaknya lagi delaylah projek kami ni. Saya kira wang pampasan untuk bahagian bapa & mak saudara kami telah pun dihabiskan, tapi hak waris si mati masih berada di Amanah Raya!



Ada sekeping tanah lagi di Sungai Labu. Tapi saya menganggap tanah ini tidak wujud walau pun saya dengar mengenainya. Biarlah ia dilakukan oleh orang² yang berkenaan. Jika ada hak saya di situ yang hanya Allah mengetahui, saya redhakan.

Sejarahnya tanah di Tg Piandang tu dimiliki oleh 3 dari 4 adik beradik - ayah, Acek dan Chu. Diwarisi dari tokwan Hamid. Yang di Jebong, milik ayah sendiri. Di Tg Piandang adalah tanah bendang, di Jebong ditanam dengan kelapa sawit yang kini sama usianya dengan saya. Mak kata orang dulu² banyak tanah tapi tak bergeran. Tanah diteroka dengan pesat, malah ada yang dibeli dengan harga yang teramat murah. Untuk tanah di Jebong, ayah membelinya dengan harga RM400! Itu cerita dululah.. cerita sekarang tanah tu dah bernilai puluhan ribu ringgit.

Sedikit salahfaham telah berlaku pada hari kami menghantar borang permohonan bilamana ada yang mahu dibahagikan secara muafakat dan ada yang mahu secara faraid. Yang berkeras mahukan pembahagian secara faraid adalah saya sendiri!

Alasan saya:-
1- saya mahu hak² itu diberikan oleh orang yang ahli.
2- saya tidak mahu dipertanggungjawabkan di mahkamah akhirat kelak atas apa yang telah ditulis atau diputuskan.
3- saya mahu, jika tidak hak saya, hak ibu saya terpelihara.

Selain itu, yang paling utama - IA ADALAH KETETAPAN ALLAH SWT:

An-Nisa [4:11] : Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

An-Nisa [4:12] : Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutang kamu dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.

An-Nisa [4:13] : Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar.

An-Nisa [4:14] : Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api Neraka, kekallah dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina.


Bunyi macam 'gila harta' kan... tapi kita tidak akan dapat meneka apa yang akan berlaku di masa akan datang. Cuba fikir sejenak apa yang akan berlaku pada ibu saya jika namanya tiada di dalam geran. Sungguh pun ada nama salah seorang saudara kami, merujuk kembali kepada ayat dari surah An-Nisa [4:11], hanya Allah swt saja yang tahu yang terbaik dan siapa yang lebih bermanfaat. Kita yang berjiwa lemah ini tidak akan tahu!

Sabda Rasulullah saw:

Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ianya adalah separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku. (Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)

Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka. (Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud)


Terasa benar sabda Rasulullah saw tersebut, terutamanya bahagian di mana "ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku", wallahu'alam.

Untuk mempelajari tentang ilmu faraid ini, anda boleh melayari web ini. Carta² berkaitan ada diletakkan sekali bagi memudahkan pemahaman. Sedikit petikannya:

Walaupun hukumnya adalah jelas WAJIB, namun realitinya, sebanyak sejuta kes tanah pusaka di Malaysia (laporan Pejabat Tanah) dianggar bernilai RM38 bilion masih tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan dan 90% daripadanya adalah milik orang Melayu (yang rata-ratanya beragama Islam). Begitu juga mengikut laporan KWSP, lebih daripada RM70 juta wang KWSP tidak dituntut oleh waris. Ini bermakna begitu banyak sekali harta-harta umat Islam yang terbeku dan mereka yang berhak dan layak tidak mendapat bahagian mereka. Ini juga bermakna sistem faraid tidak berjalan dengan baik pada ketika ini. Timbul persoalan dari segi hukumnya, siapakah yang akan menanggung dosa-dosa ini?

Di samping itu begitu banyak kes berlakunya pertelingkahan dan perselisihan di kalangan umat Islam kerana merebut harta pusaka sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah di atas. Lebih malang dan amat menyedihkan ada yang menyebut bahawa ALLAH tidak adil dalam menentukan bahagian faraid.



Alhamdulillah, belumlah sampai tahap "dua orang bertelingkah kerana harta pusaka". Adik-beradik saya tidak gilakan harta yang seciput. Terima kasih atas didikan ibu ayah. Jika tidak, tak le delay sampai 7 tahun. Namun atas dasar ia WAJIB ditunaikan, maka kami perlu juga meluangkan masa untuk menjejakkan kaki ke PTD dan mahkamah. Tahun depan setelah mendapat 'court order', kami perlu menjejakkan kaki pula ke Amanah Raya di Ipoh. Sama ada boleh/tidak menghantar wakil, itu saya tidak pasti.

Saya percaya pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana ALLAH sebagai pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu. Ada hikmahnya.

Tentang bahagian saya dan wang pampasan yang bakal diterima, insyaAllah saya akan memberikannya pada seseorang sekitar ahli keluarga saya sendiri di suatu masa akan datang. Siapa orangnya biarlah saya tentukan. Yang pasti "dia" bukanlah suami atau anak² saya sendiri. Tunggu sehingga geran baru dikeluarkan. Saya lebih suka mendiamkan diri dan tidak suka menghebahkan dalam hal memberi dan menerima ini. Biarlah si penerima saja yang tahu dan kelihatan seolah-olah seperti saya tidak memberi apa² pada pandangan mata orang lain.



Thursday, November 6, 2008

Dialog Rasulullah s.a.w. dengan Seorang Arab Desa


Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya:

"Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."

Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya : "Tanyalah apa yang engkau kehendaki"

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim.

Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya.

Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil.

Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik.

Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah.

Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku.

Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).

Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat.

Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa.

Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya.

Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya.

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat.

Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat.

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku.

Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu.

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.

Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.

Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.

Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya.

Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka.

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat.

Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya.

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku.

Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat.

Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?

Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan.

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?

Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?

Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?

Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.

Dia berkata: Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?

Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah.

Telah berkata Imam Mustaghfirin: "Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanfaat selain hadis ini.... Wassalam.

"Kesempurnaan diri muslim" - Hadis Munthahharah.

Thursday, October 23, 2008

Pengalaman mengubahsuai 'rumah' orang & sikap amanah


Apa perasaan korang kalau diberikan 'kunci' untuk masuk ke rumah orang? Tuan rumah pula minta korang alih²kan barang dan mengubahsuai rumah tersebut. Perkataan 'jurutera' mungkin tidak tepat. Lebih tepat lagi korang masuk ke rumahnya sebagai kontraktor kelas F yang langsung tak pernah dapat job. Selama hari ini dok asyik 'bertukang' di rumah sendiri.

Walau pun sekadar rumah maya, amanah tetap amanah. 1 sen memegang hak orang juga tetap dikatakan amanah. Bagaimana pula keadaannya dengan pemimpin atau pemerintah? Tidak bergetarkah hati mereka kala mereka memegang amanah yang besar?

Al-Ahzab [33:72] : Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.



Saya tidak mahu melihat orang lain. Semalam kala Aboo mengizinkan saya menjadi kontraktor rumahnya, barang sedikit pun saya teramat risau untuk mengusiknya. Bergetar dan masih berbekas di hati saya hingga ke pagi ini. Saya taklah kata saya ni cukup amanah cuma perasaan risau tu tetap menyelubungi saya.

Mungkin orang akan cakap... alahhh... blog je. Bukannya apa²pun. Ko ni terbawa-bawalah... Sikap tak apa² inilah yang menyebabkan rasa tanggungjawab pada amanah itu kurang pada hari ini. Saya kata sikap ini, sikap meringan-ringankan.

Alahhh.. tak apalah masak cincai² untuk banduan ni, lagi pun depa penjenayah. Alahhh.. tak apalah guna RM5 billion je. Nanti bayar le balik. Misalnyalah. Yang kita lupa.. satu sen hak banduan @ orang itu tetap haknya. Jangan sampai terambil hak orang lain. Nak menurut orang tu kelak di akhirat nanti bukannya kerja mudah. Tambah lagi sekiranya orang itu tidak bersalah atau dianiayai atau ada perasaan tak puas hati di kalangan mereka.

Pernyataan demi pernyataan kita keluarkan. Cuba kita kira berapa banyak "Alahhh..." yang kita tuturkan seharian. Yang kita lupa lagi, lagi banyak kita berkata (yang tidak berfaedah) maka lagi banyaklah salahnya. Tambah pula kita tak kenal dengan orang² yang berkenaan. Setiap apa yang kita kata dan tulis akan dipertanggungjawabkan.

An-Nisa [4:114] : Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.



Sabda Nabi Muhammad SAW (ertinya):

Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang imam pemimpin dan bertanggung jawab atas rakyatnya. Seorang suami pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggung jawab atas penggunaan harta suaminya. Seorang pelayan pemimpin bertanggung jawab atas pengunaan harta majikannya. Seorang anak bertanggung jawab atas penggunaan harta ayahnya. (HR. Al Bukhari:5788, Muslim: 1829, Abu Dawud: 2926, Tarmidzi: 1705)


Astaghfirullah... begitulah besarnya amanah ini bagi yang beriman.


Selagi tuan rumah tidak mengatakan yang dia redha saya memasuki rumahnya dan tiada kerosakan yang saya lakukan, selagi itulah agaknya hati saya ini berdebar-debar....

Thursday, September 18, 2008

Cerita Hanzalah & Syafiah...


Oh! Tak de la persamaan apa. It's just I was looking for a video from Rabbani. Title of the song - Hanzalah (or Handzalah). There's one in Imeem but I prefer Youtube. Let me share you the lyrics:-

Hanzalah

Relakanlah perpisahan kita ini
Iringilah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tidak henti
Moga Islam terus berdiri

Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga

Berpisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah

Dengan nama-Mu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin

Handzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke Firdausi

Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan
Rela menyahut seruan
Demi Islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan


It's an interesting short story in a beutiful song about one of the Prophet Muhammad's (pbuh) best friends who died as a martyr. The hadith is as follows:

Qatadah menceritakan bahwa pada perang Uhud, Rasulullah Saw. berkata, "Hanzalah akan dimandikan oleh malaikat." Maka para sahabat bertanya kepada keluarga Hanzalah, "Apa yang terjadi dengannya?" Qatadah juga bertanya kepada isteri Hanzalah, lalu ia menjawab, "Ketika terdengar seruan perang Uhud, Hanzalah segera pergi untuk berjihad padahal sedang berhadas besar." Rasulullah Saw. berkata, "Kerana itulah ia akan dimandikan malaikat." (HR Ibnu Ishaq dari Ashim bin `Umar bin Qatadah)

Dalam kisah lain, Urwah bercerita, "Aku benar-benar melihat malaikat sedang memandikan Hanzalah di antara langit dan bumi dengan air dari awan dalam sebuah tempat besar terbuat dari perak." Abu Asid al-Sa`idi lalu berkata, "Kami pergi melihat Hanzalah, kepalanya meneteskan air." (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan Ibnu Sa'ad dari Hisyam bin Urwah)


You can find the story here. And another story of Hanzalah - here. Petikan:

"Bagaimana keadaan kamu wahai Hanzalah?" Hanzalah lalu menjawab: "Aku telah berpura-pura." (sesetengah riwayat mengatakan dia telah berkata "munafiq") Abu Bakar terkejut mendengar jawapan Hanzalah lalu bertanya maksud ungkapannya itu. Jawab Hanzalah: "Kami ketika berada di sisi Rasululullah selalu diperingatkan dengan neraka dan syurga hingga kita terasa bagaikan kedua-duanya berada di hadapan mata. Tetapi apabila kita keluar meninggalkan Rasululullah sallalahu alaihi wasallam kita mula sibuk dengab isteri dan anak-anak serta harta benda. Dengan itu banyak perkara yang kita lupakan." Sambut Abu Bakar: "Demi Allah kami juga mengalami perkara yang sama." Mereka berdua lantas bertemu dengan Rasululullah sallallahu alaihi wasallam mengadu tentang apa yang mereka rasai dan alami.


Syahdu! Betapa hebatnya cinta kepada Allah swt berbanding kepada cinta kepada isteri yang baru dikahwininya. Padahal Rasulullah saw telah mengecualikannya dari pergi berperang bagi meraikan sahabat yang baru berkahwin.

Saya mula berangan jika saya ditakdirkan untuk mengandung dan bersalin lagi, sekiranya lelaki, saya akan pertimbangkan nama anak sama ada Hanzalah atau pun Mu'az. Moga dia atau mereka? bersemangat seperti sahabat Nabi saw. Kali ni turn saya kasi nama. Syafiah tu suami yang cadangkan. Huh! Berangan... Syafiah pun tak cukup besar lagi. Tapi kan... ritu.. tak ingat bulan bila.. saya dah nyatakan hasrat nak anak lagi next year tapi akur dengan keputusan si pemberi, KIV dululah... Kuasa Allah swt tu tak siapa yang tahu kan...

Sepanjang Ramadhan ni banyak kali juga saya memasak sendiri. Antara masakan yang masuk dalam senarai - nasi minyak, creamy carbonara - spiral/fettucini (twice), ayam masak kurma & merah, mee bandung, koay tiau kerang, dll. Semalam masa akak dan Atip datang ke rumah pun saya buat creamy carbonara plus nasi goreng, pertembungan dua budaya! Oh, 2 hari ni saya dah mula tepek² biskut. Hari Selasa saya buat Biskut Walnut Cappucino. Anak² hentam dah tinggal berapa ketoi je. Semalam saya buat kek lapis prune. Saya tak pernah beli biskut dari orang, melainkan tahun bila tu saya beli kek lapis. So far, buat sendiri ni menjadi alhamdulillah...

Hari Isnin lepas pula ada ROP appointment di HSB selepas 2 bulan 'cuti' dari jumpa doktor. Syafiah pergi dengan suami je. Anak² di rumah tiada siapa yang jaga kecuali saya. Doktor kata regressive cuma lambat. Di sana kata suami, dia jumpa dengan Demirell (mak dia saya tak tau nama, cuma saya gelarkan dia "Saubah" sebab wajah dia macam mak saudara suami.. hehe. Suka hati je kannn). Demirell ni lahir cuma seberat 500++ gm. Jiran sebelah Syafiah masa kat NICU. Appointment dia kata mak pak dia masih sebulan sekali.

Hari Selasa dengan Dr. RI pula. Berat dia naik 400 gm je dari bulan lepas. Saya minta suami buat appointment lagi untuk bulan depan untuk dikhitankan tapi suami cakap tunggu umur dia setahun je la i.e. bulan Januari tahun depan. COH Syafiah turun 0.5 sm. Sebenarnya tak sabar nak tengok badan dia membesar supaya pembesaran tu setara dengan kepalanya. Jadi, dia boleh meniarap sendiri atau mungkin boleh terus duduk bak kata Kak Bib.

Moga bulan penuh berkat ni akan menjadi asbab du'a saya terangkat dan dikabulkan, insyaAllah.

Wednesday, September 17, 2008

Kefahaman Asas Mengenai Nuzul Al-Quran




Nuzul Al-Quran

Maksud

Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.

Maksud Al-Quran pula bukanlah merujuk kepada 'kitab' akan tetapi ia bermaksud 'pembacaan'. Asal perkataan adalah dari bahasa Arab, "qara'a".


Bagaimana & Bila Diturunkan

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.

Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

Pendapat Pertama

Al-Anfal [8:41] : Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah dan untuk RasulNya dan untuk kerabat (Rasulullah) dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada Hari Al-Furqan, iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar) dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ayat tersebut di atas adalah merupakan penjelasan kepada hukum pembahagian harta rampasan perang dan bukan kepada terturunnya Al-Quran itu sendiri. Wallahu'alam.

Pendapat Kedua

Al-Qadr [97:1] : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.

Ad-Dukhan [44:2] : Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran.

Ad-Dukhan [44:3] : Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).

Ad-Dukhan [44:4] : (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).


Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

Saya percaya ramai yang keliru dengan perkataan "Al-Quran diturunkan" sedangkan kebanyakan dari kita faham & yakin bahawa Al-Quran itu diturunkan kepada Nabi saw secara berperingkat selama 23 tahun. Apa yang dimaksudkan dengan "Al-Quran diturunkan" itu adalah merujuk kepada kejadian Al-Quran diturunkan sekaligus di Baitul Izzah di langit dunia.

Menurut Imam as-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan: Al-Quran diturunkan ke langit dunia pada malam al-Qadr secara sekali gus, kemudian diturunkan pula secara berperingkat selama dua puluh tahun, ada pendapat yang mengatakan dua puluh tiga tahun dan ada pula dua puluh lima tahun sejak Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi dan Rasul berdasarkan peristiwa dan keadaan tertentu yang hanya diketahui oleh Allah SWT pada tempoh tersebut.

Tetapi kenapa al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia dan diturunkan tidak sekali gus malah berperingkat-peringkat ke atas baginda, perkara ini telah dijawab oleh Allah menerusi ayat 32 surah al-Furqan yang bermaksud: "Berkatalah orang-orang Kafir : Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepada (Muhammad) sekali turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan hatinya dan Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara ansur-ansuran)."


Sedikit Info Mengenai Nama Rasul & Nabi

Selak² mengenai Nuzul al-Quran telah membawa saya ke maklumat lain yang saya rasa amat berguna. Perlu sebagai satu pengetahuan am. Sebab pada akhirnya, jika umat Islam ditanya mengenainya, kita mampu menjawab dan tidak keliru, sama seperti tarikh dan masa kejadian Nuzul al-Quran yang setentunya bukan pada 17 Ramadhan.

Nama² 25 Rasul Dalam Kitab Injil/Taurat

1. Adam - Adam
2. Enoch - Idris
3. Noah - Nuh
4. Heber/Eber - Hud
5. Shelah/Shaloh - Soleh
6. Abraham - Ibrahim
7. Lot - Lut
8. Ishmael - Ismail
9. Isaac - Ishak
10. Jacob - Yaakob
11. Joseph/Yosef - Yusuf
12. Job - Ayub
13. Jethro - Syuaib
14. David - Daud
15. Solomon - Sulaiman
16. Elijah - Ilyas
17. Elisha - Ilyasha’
18. Jonah - Yunus
19. Aaron - Harun
20. Moses - Musa
21. Ezra/Ezekiel/Yehezkiel - Zulkifli
22. Zechariah - Zakaria
23. John the Baptist - Yahya
24. Jesus - Isa
25. Ahmad - Muhammad saw

Sudah tentulah versi cerita umat Islam dan umat yang lain ada percanggahan walau pun ada juga di antaranya yang mempunyai persamaan. Baca dan bandingkanlah.

Info Menarik:

1. Jethro mengingatkan saya pada cerita NCIS.

2. Rahil adalah merupakan nama bagi ibu Nabi Yusuf as di mana di dalam bahasa Hebrew/Ibrani adalah Rachel. Adik-beradik Nabi Yusuf as adalah 12 orang (kelompok orang Yahudi yang 12 adalah berasal dari anak² Nabi Yaakub as), di mana adik-beradik seibu sebapanya bernama Benjamin/Bunyamin. Laiya/Layya (Leah) merupakan kakak Rahil juga mengahwini Nabi Yaakub as. Yang menariknya lagi, anak² Nabi Yaakub as telah menurunkan para Rasul yang lahir dari Bani Israel (now we know why, the Js have been acting the way they are today... sejarah tidak akan berubah. Sedangkan adik-beradik pun mahu berbunuhan, inikan pula terhadap orang Islam).

Bunyamin merupakan moyang kepada Nabi Yunus as. Nabi Musa as, Harun as, Ilyas as dan Ilyasa as adalah keturunan Lawi. Sedangkan Nabi Daud as, Sulaiman as, Zakaria as, Yahya as dan Isa as (terdapat khilaf ulama' mengenai hal ini. Ini adalah kerana Nabi Isa as tidak berbapa) adalah anak cucu Yahudza. Lawi dan Yahudza merupakan anak Nabi Yaakub as dengan Laiya/Layya.

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". Bapanya berkata: "Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia." Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu dan akan mengajarmu tafsir mimpi serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Ya’akub sebagaimana Dia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [Yusuf (12:4-6)]

Cukup takat ni je... di lain kesempatan, insyaAllah saya akan selak lagi lipatan sejarah.


Sunday, August 17, 2008

It's Nisfu Syaaban & Lunar Eclipse Today!


1. Yong and family arrived around 6 pm yesterday. Her hubby got something to do in KL. Related to his work.


2. Mak & Awa were fasting yesterday. To show respect, we waited and accompanied them for breaking fast.


3. Everyone was reciting al-Quran in the night. Yong intended to stay but her hubby insisted to go home. They went home on 10 pm and arrived on 2.30 am.


4. Today is Nisfu Syaaban ('nisfu' means half). From Dr. Yusof al-Qaradhawi:


Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).

(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).

(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

Source :
here.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabiin dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.

Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabiiin itu dan dilakukan juga oleh para ulama.

Source :
here.


In my humble opinion, orang yang melaksanakan ibadah itu lillahi ta'ala dalam bulan Syaaban lebih baik dari pada orang yang membuang buang waktunya melakukan hal yg bersifat duniawi i.e bergosip, mencaci-maki, menfitnah - atau hal lainnya.

Taken from a forum "Nisfu Syaaban - Specifying the 15th of Sha`ban with some Acts of Worship":

The sad fact is that less and less people are fasting, salawat, zikir, performing qiyam and even reading the Quran. In the days of the Prophet S.A.W everyday activities includes fasting, salawat, zikir, performing qiyam and even reading the Quran.

The real question would be, is it wrong to fast, zikir, performing qiyam and even reading the Quran on 15 Syaaban or 4 Rejab or 6 Muharram or any other date for the matter? In fact we are encourage to do that almost everyday of the year (beside the days where fasting is not allowed). I am sure the Prophet S.A.W fast, recite quran and perform qiyam on 15 Syaaban because that is his daily activities.

Muslim are making too many excuses not to fast, read Quran, salawat and zikir. Their reason was that fasting is only in Ramadhan, qiyam is only the last 10 days of Ramadan, reading quran is only when we are kids and salawat & zikir only at Majlis tahlil.

Regardless whether the hadith is false, but it does not let us go astray and does encourage people to fast, recite quran and perform extra prayers. That is why this activities have been pass on from generations to generations from the ones who brought Islam to this region.

When we do this activities, we do it not because it is 15 Syaaban, we do it for Allah blessings.

It is sad, this news about Rejab & Syaaban have created an excuse for more people not to fast, read quran, salawat, zikir and perform qiyam.


5. On reciting Yassin (no matter in the night of Nisfu Syaaban or any other nights):

At-Tirmizi mengikhraj hadis dari Anas RA dari Nabi SAW, beliau bersabda:

"Sungguh bagi tiap sesuatu adalah jantung sedang jantung al-Quran adalah surah Yasin; maka Allah mencatat untuknya sebab bacaan surah Yasin tersebut senilai bacaan al-Quran sepuluh kali."

6. On Bida'ah:


Syed 'Ali bin Muhammad Ba 'Alawi menyebut dalam Pengenalan buku al-Sunnah wa al-Bid‘ah oleh al-Haddad dengan katanya:

Semua para Imam adalah benar pada jalan mereka dan mendapat ganjaran di sisi Allah atas ijtihad mereka setelah berusaha gigih mencari kebenaran. adapun orang-orang seperti [Muhammad al-Shuqayri] pengarang, al-Sunan wa al-Mubtada'at, ilmu mereka hanya terhad kepada hadith Rasulullah , "setiap yang baharu itu bid‘ah," dengan membuang semua hadith-hadith Baginda yang lain, yang menjelaskan perolehan kebaikan dan menyediakan hukum berhubung semua perkara baharu…Adapun apa yang dimaksudkan dengan hadith “setiap perkara yang baharu itu bid‘ah” adalah perkara baharu yang bertentangan dengan dalil-dalil Shari‘at. Hanya itu dan itu sahaja perkara baharu yang menyesatkan. (Al-Haddad, al-Sunnah wa al-Bid‘ah (hal. 5-6)).

Berikut pula adalah beberapa peristiwa di mana para Sahabat melakukan ‘perkara baharu’ berasaskan ijtihad masing-masing berpandukan prinsip-prinsip Sunnah:

[Kita menyedari antara hujah balas golongan yang menolak dalil dari peristiwa di bawah ini, akan beralasan bahawa pada ketika para Sahabat (r.anhum ajmain) melakukan amalan-amalan yang disebutkan ini, Rasulullah masih hidup pada masa itu dan boleh membetulkan, samada membenar atau melarang perlakuan sedemikian. Namun perlu kita ingat bahawa ‘semangat’ atau kecenderungan mengadakan ‘perkara baharu’ yang tidak diajarkan Rasulullah itu ternyata wujud di kalangan Sahabat dan mereka tidak merasakan itu suatu kesalahan. Malah Rasulullah sendiri tidak pula melarang Sahabat dari melakukan ‘perkara baharu’ itu, walaupun pada awalnya beliau sendiri tidak pernah mengajarkannya atau melakukannya, dengan syarat perlakuan tersebut tidak bercanggah dengan ajaran yang dibawanya, dan berasaskan prinsip umum Shari‘at.~ Penterjemah].

Rasulullah bersabda kepada Bilal – moga-moga Allah merahmatinya—pada ketika waktu Sembahyang Subuh: "Wahai Bilal, ceritakan kepadaku amalan Islam engkau yang manakah yang paling engkau harapkan ganjarannya, kerana sesungguhnya aku telah mendengar bunyi tapak kasutmu di dalam Syurga.” Beliau menjawab: “Aku tidak melakukan apa-apa yang lebihku harapkan ganjarannya melainkan aku tidak pernah mengambil air sembahyang samada siang atau malam melainkan aku lakukan sembahyang apa yang patut aku sembahyang”, Diriwayatkan daripada Abu Hurairah oleh Bukhari, Muslim, dan Ahmad. dalam riwayat yang lain Bilal berkata: "Aku tidak pernah melaungkan Azan melainkan aku kerjakan sembahyang dua rakaat selepas itu, dan tidak batal air sembahyangku melainkan aku mengambilnya kembali dan mengerjakan sembahyang dua rakaat selepas itu apa yang aku berhutang dengan Allah, ” mendengar itu Rasulullah bersabda “bihima”, maksudnya "dengan dua amalan itu [kamu masuk Syurga]."Diriwayatkan daripada Buraydah al-Aslami oleh al-Tirmidhi sebagai hadith Hasan Sahih Gharib. Al-Hakim mengesahkan ianya Sahih dan turut dipersetujui oleh al-Dhahabi .

Ibn Hajar seterusnya berkata: "Hadith ini mengesahkan bahawa ijtihad dibenarkan dalam penetapan ‘masa’ bagi melakukan sesuatu amalan ibadat". Fath al-Bari (cetakan 1959, 3:63 #1098). (Pentj: Kritikan bahawa penetapan masa untuk sesuatu amalan ibadat tertentu tidak dibenarkan hanya kerana ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah jelas sekali tidak berasas. Contohnya seperti membaca Surah Yasin di malam Jumaat dan lain-lain).

Source : here.


7. We're fasting today as:


Aisyah r.a. juga berkata: Sesungguhnya ia (Nabi Muhammad) berpuasa pada bulan Syaaban keseluruhannya dan baginda bersabda:

Laksanakanlah amalan sedaya yang kamu mampu, sesungguhnya Allah SWT tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Dan sebaik-baik solat (sunat) pada sisi Rasulullah SAW ialah yang berterusan meskipun sedikit, kerana baginda apabila solat (sunat) baginda akan sentiasa terus melakukannya. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Usamah bin Zaid berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sebulan seperti mana kamu berpuasa pada bulan Syaaban. Jawab Nabi SAW: Itulah bulan di mana manusia mengabaikannya iaitu bulan antara Rejab dan Ramadan (Syaaban). Ia adalah bulan di mana segala amalan akan diangkat kepada Tuhan sekelian alam dan aku suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa. (riwayat Nasai dan Ahmad).

Dari Ali bin Abi Thalib secara marfu' bahwa Rasululah SAW bersabda, "Bila datang malam nisfu syaaban, maka bangunlah pada malamnya dan berpuasalah siangnya. Sesungguhnya Allah SWT turun pada malam itu sejak terbenamnya matahari ke langit dunia dan berkata, "Adakah orang yang minta ampun, Aku akan mengampuninya. Adakah yang minta rezeki, Aku akan memberinya rezeki. Adakah orang sakit, maka Aku akan menyembuhkannya, hingga terbit fajar. (HR Ibnu Majah)


8. On Taqlid and Ittiba'. One of our problems nowadays is we tend to believe on an Ulama' alone whilst there's ijma' and ijtihad of other ulama'. 'Semakin tunduk semakin berisi'. On the nature of human being, one of the 4 muktabar ulama' - Imam Malik bin Anas said:


Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang salah dan benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan kitab dan sunnah, ambillah dan yang tidak maka tinggalkanlah.

Source :
here.



9. On 'Perbezaan Pendapat' or Ikhtilaf:


Perbezaaan pendapat yang berlaku di kalangan umat Islam terdahulu dalam sejarah awal Islam dan masih berlaku hingga kini adalah sebahagian daripada manifestasi kepelbagaian ini. Fenomena ini bermanfaat dan positif sekiranya perbezaan itu tidak melampaui batas dan tetap menjaga adab-adab dan etika yang betul sepertimana yang digariskan oleh syara'. Perlu diketahui bahawa adanya perkara-perkara yang boleh kita menerima perbezaan pendapat dan inilah yang dinamakan sebagai perkara-perkara juz'i (cabang) atau zanni (tidak muktamad), manakala dalam perkara-perkara kulli (dasar) atau qat'i (muktamad) maka kita tidak sekali-kali boleh mempertikaikannya.


Source : here.


10. On Lunar Eclipse (Gerhana Bulan Separa). Thank God for the sahur, I could see one of the most beautiful moments on earth! The moment of His miracle! I was watching it on 5 am. MasyaAllah, subhanAllah! Unfortunately, I couldn't post you any pictures! Click on link for the explanation from Angkasa. Anyway, this is the second eclipse within a month!



The TRUTH comes from Allah swt. I'm just a servant, wallahu'alam...

Friday, August 15, 2008

Buku 'Haram' & Saudara Zulkifli Nordin



Buku terbitan SIS berjudul Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism karya Norani Othman, seorang profesor sosiologi di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Bangi telah diharamkan oleh KDN. Rujuk sini.

Petikan blog JIL FITYAN:

Di Malaysia, Sisters-In-Islam diketuai oleh barisan kepimpinan yang melibatkan anak-anak Perdana Menteri. Anak Mahathir iaitu Marina Mahathir dan Pak Lah merupakan ketua-ketua Sisters-in-Islam di Malaysia. Pak Lah sendiri pernah membuat kenyataan media yang menyatakan bahawa secara peribadi, beliau berpendapat tidak salah murtad. Ini menjadi berita-berita luar negara bagi suratkhabar-suratkhabar di seluruh dunia ketika itu tetapi tidak disiarkan oleh media massa perdana di Malaysia.

Tun Mahathir juga pernah membuat kenyataan bahawa murtad sepatutnya dibenarkan kerana tiada paksaan dalam beragama. Bekas Presiden UIA, Sanusi Junid sewaktu ditanya tentang isu murtad di dalam sebuah seminar di UIA, pernah membuat kenyataan bahawa sekiranya murtad dihukum, nanti akan wujud pusat penyembelihan orang-orang murtad. Sanusi Junid menyatakan bahawa masalah akan timbul apabila orang-orang bukan Islam juga mahu membuat pusat penyembelihan mereka untuk orang-orang yang mahu keluar dari agama mereka dan masuk Islam. Penulis sendiri hadir dalam seminar tersebut. Ini menunjukkan penentangan kuat UMNO terhadap sebarang tindakan atau hukuman ke atas orang murtad.


Saya berhak untuk tidak menyokong mana² terbitan SIS atas pendirian mereka terhadap isu murtad Lina Joy (yakni membenarkan), atas tindakan Amina Wadud yang pernah mencetus kontroversi apabila menjadi Imam wanita pertama yang mengimami solat berjemaah yang disertai oleh lelaki dan perempuan dan juga perkara² lain. Atas perkara² tersebut saya berhak merasa sangsi kerana secara amnya, saya dapat menangkap intipati buku terbitan mereka tersebut. Saya berhak untuk tidak menyokong terbitan golongan yang bersikap liberal, bebas dan memperjuangkan kesamarataan antara lelaki dan wanita serta yang menempelak golongan ulama’ pewaris Rasulullah saw. Selawat dan salam ke atas Baginda di hari Jumaat yang mulia ini. Saya berhak untuk bersikap menjauhkan yang lara dari golongan yang keliru dan mengelirukan.

Buku-buku bukan terbitan SIS lain yang diharamkan sebelum ini termasuk:

Tajuk buku serta penerbitan dalam bahasa Inggeris yang diharamkan ialah:

1. Unveiled At Last: Bob Sjogren (YWAM Publishing, US);
2. The Last of the Giants: George Otis Jr (Fleming H.Revell, US);
3. Inside the Community: Understanding Muslims Through Their Traditions: Phil Parshall (Baker Books, US);
4. Now You Can Know What Muslims Believe: (Ministries to Muslims, US);
5. Blind Following of Madhhabs: Shaykh Muhammad Sultaan (Al-Hidaayah Publishing, UK);
6. My Journey from the Christianity of Ahlul Sunnah Wal Jamaah to the Islam of the Prophet: Saim Bakar;
7. Answering Islam The Crescent in Light of the Cross: Norman L Geisler, Abdul Saleeb (Baker Books, US);
8. Islam in Context Past, Present and Future: Peter G. Riddell, Peter Cotterell (Baker Academic, US);
9. Feminism and Islamic Fundamentalism, The Limit of Postmodern Analysis: Haideh Moghissi (Zed Books Ltd,UK);
10. Islam At the Crossroads Understanding Its Beliefs, History and Conflicts: Paul Marshall, Roberta Green, Lela Gilbert (Baker Books, US);
11. Glad News! God Loves You My Muslims Friend: Samy Tanagho (Authentic Media, US);
12. The Fifth Pillar A Spiritual pilgrimage: David Zeidan (Piquant, Great Britian);
13. Heart of the Koran oleh Lex Hixton (The Theosophical Publishing House, US);
14. The Life and Times of Muhammad: Sir John Glubb (Madison Books, US);
15. Inside Islam The Faith, The People And The Conflicts of the World’s Fastest Growing Religion, (Marlowe & Company, US);
16. Jesus and Muhammad Profound Differences and Suprising Similarities: Mark A. Gabriel (Charisma House, US);
17. Nine Parts of Desire The Hidden World of Islamic Women: Geraldine Brooks (Anchor Books, US);
18. Introducing Islam: The Basics: Kim Whiteheads (Mason Crest Publishers, Jordan);
19. Introducing Islam: Islam, Christianity, and Judaism: Dorothy Kavanaugh (Mason Crest, Jordan);
20. Murder in the Name of Allah: Hazrat Mirza, Tahir Ahmad (Lutterworth Press, Great Britain); dan,
21. The New Paths in Muslim Evangelism, Evangelical, Approaches to Contextualization (Baker Book House, US).

Buku terbitan tempatan yang diharamkan ialah;

1. Ringkasan Mafatih Al-Jinan Kunci Pembuka Syurga: Syeikh At-Tuisy (Jasmin Enterprise, Kuala Lumpur);
2. Bahaya Tarikat Sufi/Tasawuf Terhadap Masyarakat: Ustaz Rasul bin Dahri (Perniagaan Jaha Bersaudara, Johor); dan,
3. Apa itu Ahmadiyah?: Mirza Bashiruddin, Mahmud Ahmad (Jemaat Islam Ahmadiah, Batu Caves).

Buku yang diterbitkan di Indonesia pula ialah:

1. Petunjuk Membuat Azimat dan Benda Bertuah: Abd. Hamid Zahwan (C.V. Aneka, Solo),
2. Islam Tanpa Syariat Menggali Universalitas Tradisi: Ziauddin Sardar (Penerbit Grafindo);
3. Ombak Hidup Mengalami Damai di Mata Taufan (Yayasan Isahi Nusantara, Jakarta),
4. The Passion of Christ Kesengsaraan Al-Masihi; Mujarobat Ilmu Kekebalan: Ahmad Toha, Abdul Ghoni (CV Bintang);
5. Menyoal Relevensi Sunnah Dalam Islam Modern: Daniel W. Brown, Jaziar Radianti (Penerbitan Mizan, Bandung);
6. Rahsia Manusia Menyingkap Ruh Ilahi: Syekh Nur ad-Din ar-Raniri (Pustaka Sufi, Yogyakarta);
7. Ikhtisar Tajul Muluk (Mahkota Raja): Abd.Hamid Zahwan (CV Aneka, Solo);
8. Pilihan Do’a Jaljalut Mengantisipasi Gejolak Zaman Modern: Muh. Rofi’.SI (CV Aneka, Solo);
9. Pengantar Psikologi Al-Quran Dimensi Keilmuan di Balik Mushaf Utsmani: Dr Lukman Saksonro (PT Grafikatama Jaya);
10. One True God Risiko Sejarah Bertuhan Satu: Rodney Stark, Sadat Ismail (Penerbit Qalam,Yogyakarta);
11. Dalam Qur’an: Dr Mir Valiudin (Pustaka Firdaus, Jakarta); dan,
12. Al-Adyan Dialog Pluralisme Agama: Fathimah Usman (LKiS Yogyakarta).

Banyak lagi buku yang diharamkan. Jangan kata dah baca semua ni, pastu nak melangkah baca buku baru pulak.

Jika kuat iman, tidak salahnya untuk membaca terbitan tersebut. Saya akui iman saya tak kuat. Saya pun tak kata salah kalo pi baca. Bacalah apa sahaja. Saya juga sokong kata² DSAI sebelum ini yang pernah mengatakan pengharaman sesuatu bahan bacaan akan menyebabkan masyarakat menjadi jumud dan bebal. Apakah dengan menolak satu buku terbitan SIS akan membuatkan saya jadi bebal dan jumud sedangkan beribu malah berjuta lagi bahan bacaan di luar sana yang saya boleh pilih dan baca. Itu pun tak habis. Satu yang tidak menjadi kudis!

Tersebut pasal kes Lina Joy, mengingatkan saya pada Saudara Zulkifli Nordin yang ditempelak hebat atas kehadiran beliau semasa forum yang diadakan oleh Bar Council baru² ini yang langsung tidak memanggil pakar dalam undang² Islam dan ulama’ Islam itu sendiri untuk berbincang. Pertama kali saya diperdengarkan dengan suara beliau adalah semasa saya belajar di ITM sekitar tahun 1997.

Bagi yang lupa, pada 22 Julai 2006, lebih kurang 100 orang bukan Islam telah berkumpul di Johor Bahru bagi membincangkan berkenaan dengan agama Islam tanpa menjemput orang yang ahli dalam agama Islam itu sendiri. Tindakan beliau, saya rasakan berkaitan dengan perkara itu kerana ada dalam ceramah² beliau seringkali ditekankan dengan perkara yang serupa.

Kata beliau dalam salah satu siri ceramahnya pada pagi 22 Julai 2006 tersebut, puak² NGO ni berkumpul di Johor. Agenda mereka adalah untuk menghentam Islam. NGO ini walaupun sedikit, tapi 'kabel besar'. Kabelnya adalah melalui SIS. SIS ini katanya walaupun dikenali sebagai NGO tetapi mereka sebenarnya adalah syarikat dengan 18 ahli lembaga pengarah. Boss SIS ini ialah Zainah Anwar - siapa yang tak kenal sampai nama pun masuk wiki, dan kakaknya pula adalah Zarinah Anwar.

Born in the state of Johor, Zainah's father is Tan Sri Anwar Malik, who was credited as the man who gave the United Malays National Organisation or UMNO its name – initially United Malays Organisation. This was at a meeting in Batu Pahat when seven Umno founders from Johor Baru met Datuk Onn Jaafar to call for a unification of all the disparate Malay nationalist groups at the time. He later became Onn’s private secretary when Onn became Johor’s Mentri Besar.

Her elder sister is Datuk Zarinah Anwar, the chairman of the Malaysian Securities Commission.Her younger brother is Ahmad Zakii Anwar, a well-known Malaysian artist.
Jadi, atas sebab inilah yang membuatkan saya lagi kuat menolak untuk memiliki atau membaca buku berkenaan. Dah habis baca buku ulama tersohor? Buku fiqh yang lain pun masih belum habis baca, kenapa mesti ribut² pula nak baca buku terbitan SIS.

"Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak bisa melakukannya dengan tangannya, hendaklah ia mengubahnya dengan lisannya. Jika tidak bisa melakukannya dengan lisannya, hendaklah ia melakukan dengan hatinya. Itulah iman yang paling lemah." (Diriwayatkan Muslim).


Lihatlah betapa dekatnya hubungan antara isu buku SIS yang haram, Bar Council dengan Saudara Zulkifli Nordin. Masalah pokoknya bukan politik akan tetapi ia melibatkan akidah umat Islam.

Wednesday, July 30, 2008

Perjalanan istimewa Israk Mikraj


i

Hari ini, 27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj - perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsake Sidratil Muntaha di langit ketujuh.

Firman Allah bermaksud: "Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra', ayat 1)

Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.

Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawadan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama. Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa.

Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.

Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah bermaksud: "Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha." Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya."

Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah disitu yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.

"Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." - (Surah an-Najm, ayat 13-18).

Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui.

Jibril menjawab: "Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga."

Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun,pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.

Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.

Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah.

Apabila puteri itu mendengar perkataan "Allah", dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah."

Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah.

Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyita. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.

Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran."

Dari sumber yang lain, dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW, bersabda:
“Ada empat orang yang pandai bercakap semasa kecil, iaitu anak Masyitah, zaman Firaun, anak yang menjadi saksi Nabi Yusuf (bersama Zulaikha) sahabat Juraij (yang dituduh anaknya) dan Isa bin Maryam.”

Masyitah dan keluarganya mati mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun itu tidak lain tidak bukan juga seorang hamba kepada Allah swt.



------------------------------



Dua Golongan yang Akan Menjadi Penghuni Neraka

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

(H.R. Muslim)


Keterangan:

Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.



Kata aku:

Wahai PENGUASA,
Lupakah kamu pada Tuhan? Menahan manusia lain tanpa bicara malah dirinya dipukul, ditelanjangkan serta dimalukan. Hukuman rimba mana yang kamu pakai? Tidak malukah kamu mengaku kamu itu orang Islam? Cuba kamu lihat mereka² ini, apakah salah mereka... bagaimana nasib isteri dan anak² mereka? Apakah hati kamu penuh benci dan tiada perikemanusiaan? LUPAKAH KAMU PADA ALLAH YANG LEBIH BERKUASA DARI KAMU? Lupakah kamu udara yang kamu sedut percuma itu datang dari siapa?


Wahai WANITA,
Islam sendiri mengangkat martabatmu dari liang² jahiliyyah itu. Kenapa masih ingkar? Kenapa tidak mahu menutup maruah dirimu? Apakah sehingga mata kian tertutup? Apakah bilamana kain putih menutup seluruh wajahmu? Kenapakah tidak mahu menundukkan wajahmu?

Mahu apa lagi wahai wanita yang beruntung? Rasulullah saw sendiri telah bersabda dalam 40 hadis akhir zaman itu. Gembirakah engkau berbuat sesuatu menurut nafsu hatimu? Bahagiakah engkau? Atau alpakah engkau tentang bala yang bakal menanti? Masih adakah seseorang seperti Masyitah lagi di zaman ini?

Oh Tuhanku Yang Maha Berkuasa... kupohon padaMu agar zuriat dan keturunanku agar mereka dilindungi dan dibimbing Engkau ke jalan yang lurus, teguh dan peliharalah iman mereka, bimbinglah mereka bagi menjalani kehidupan sebenar sebagai orang² Muslim yang Mukmin, pasangkanlah mereka dengan pemuda/pemudi yang Mukmin, ya Allah... ameen ya Rabbal 'Alamin...
i

Friday, July 11, 2008

Path To The Truth


Amaran! Perbincangan ini agak berat namun agak membuka minda terutamanya di tengah-tengah gawat keadaan politik sekarang. Lari topik la ye!


Wonderful story about former Catholic Priest who used to work in Vatican and left all that for Islam after he found the right Path to the Truth.


Allah swt blessed me with a discussion yesterday at this blog (sungguh lari dari topik ok) with Kaki Ayam (hey.. where did you get the idea to use this nick? Hehe.. sorry.. sorry.. it sounds funny to me!). I was shacking. Jiwa kecil bergetar berbincang sesuatu yang berat dan besar dan sebenarnya masih menggetarkan. Sesungguhnya yang mendorong kepada perbincangan itu juga tak lain dan tak bukan dari Tuhan Yang Satu. Bimbangnya bukan kepalang. Bimbang andainya kurang berhikmah.

Al-Ankaboot [29:46] : Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.


Untuk pengetahuan, saya telah mendapat satu buku ini di pejabat lama - Mencari Kebenaran, Suatu Dialog Islam-Kristian (Judul Asal : Dialog Masalah Ketuhanan Jesus Oleh K. D. Bahaudin Mudhary yang diceritakan kembali oleh Rossem dalam bentuk komik. Terbitan 1998). Saya amat resah untuk membaca pada mulanya. Bimbang hati jadi lara. Namun saya kuatkan hati dan membacanya. Ternyata ia juga amat berguna untuk umat Islam, tak kira golongan mana termasuk yang hanyut sekali pun. Dan jangan bimbang untuk membuka dan membaca Bible. Mohonlah hikmah dari Allah swt.

Saya bukanlah arif benar soal agama. Itu sesuatu yang perlu akui oleh sesiapa juga:

Al-Kahf [18:109] : Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.


Sepanjang perbincangan tersebut jika diamati saya tidak pernah menghina agama-agama lain cuma persoalan timbul bila saya mengatakan bahawa:

"Islam memang mudah tapi kita ni selalu sangat ambil yang mudah, tak ambil yang berat... akibat nak ambil yang mudah jadilah seperti Bible/New Testament yang diolah mengikut kesedapan nafsu manusia sendiri" (dirosakkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri).

Sesungguhnya buktinya amat nyata. Bersumber dari ayat-ayat Bible sendiri yang menampakkan tanda-tanda campur tangan pengolahan manusia. Do you know that there are hundreds if not thousands Bible version out there and on the nets including:
- Old Testament
- New Testament
- King James Version (KJV)
- New Revised Standard Version Bible (NRSV)
- Holy Bible New Living Translation
- The Gospel New Testament
- Dan lain-lain

Itu belum masuk yang dicetak di dalam bahasa asing. Adakah kepelbagaian versi ini menunjukkan bahawa manusia lebih pandai dari Tuhan yang menciptakan akal manusia itu sendiri?

Untuk satu topik iaitu Tuhan menyesal/bertaubat saja terdapat kepelbagaian versi dalam satu buku - 1 Samuel 15:11 (rujuk juga 35), Genesis 6:6, Genesis 6:7 serta Exodus 32:14. Itu belum masuk bab keTuhanan - Tuhan Yang Esa (Satu), ketuhanan Jesus & Jesus tidak bersatu dengan Tuhan. Saya kecilkan skop ke 1 Samuel 15:11 sahaja:
- King James Version - "It repenteth me"
- New International Version (UK) - "I am grieved"
- The New Revised Standard Version - "I am regret"
- World English Bible - "It grieves me"
- New American Standard Bible - "I regret"
- NKJV - ""I greatly regret"
- 21st Century King James Version - "I repent"
- Young's Literal Translation - "I have repented"
- Darby Translation - "It repenteth me"

Ayat-ayat lain sila rujuk & bandingkan : Ulangan 4:35, markus 12:29, ulangan 6:4, ulangan 4:39 2 samuel 7:22 (Tuhan Itu Esa), Matius 5:9, matius 26:2, matius 5:45, matius 27:30,matius 21:18&19, matius 4:5, matius 27:1&2, yohanes 17:23, yohanes 17:3, yohanes 14:28, yohanes 12:45, yohanes 17:8, yohanes 5:30, Lukas 4:1&2, Lukas 2:21 (Ketuhanan Jesus) & Jesus tidak bersatu dengan Tuhan - Matius 27:46. Ulangan = Deuteronomy, Markus = Mark, Samuel = Samuel, Matius = Matthew, Yohanes = John & Lucas = Luke.

Dalam hati dan secara logik akal terdetik, wajarkah Tuhan itu bertaubat? Bukankah Dia Maha Sempurna? Apakah mungkin Dia selemah itu sepertimana seorang manusia? Siapakah pula yang akan menerima taubatNya? Sila rujuk pada 20 Sifat-Sifat Allah yang mana di antaranya adalah Qudrah yakni Yang Berkuasa. Lawan sifat ini adalah Ajaz yakni yang lemah.

Namun ada juga chapter yang menafikan termasuk dari I Samuel 15:29 iaitu "And also the Strength of Israel will not lie nor repent; for He is not a man, that He should repent" Sumber - 21st Century King James Version.

Dan tidak mungkin kalam dari Tuhan sekiranya corak bahasa yang digunakan adalah bahasa romen-romen/bernafsu. Sungguh pun "reading in context" akan membuatkan manusia itu berasa takut, bahasa yang digunakan adalah amat tidak kena kerana Allah itu Maha Indah dan sukakan yang indah. Jadi, susunan ayatnya juga sepatutnya adalah indah. It is generally agreed that the closing visions of the Book of Ezekiel (Old Testament) are referred to in the book of Revelation (New Testament). Yehezkiel/Ezekiel adalah merujuk kepada Nabi Zulkifli a.s. bagi umat Islam (namun sudah tentulah ceritanya berlainan).

Sila baca lagi Leviticus 25:44-46, Exodus 21:20-21 & Titus 2:9. Supports slavery? Are you sure?

Al-Baqara [2:4] : Dan juga orang-orang yang beriman kepada kitab "al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).


Sebagai Muslim, memang kita mengiktiraf Taurat, Zabur dan Injil kerana ayat-ayatnya datang dari Maha Pencipta. Akan tetapi kita hanya mengiktiraf versi ASLI yang entah di mana.

Berikut merupakan definisi Old Testament, New Testament, Dead Sea Scroll & Al-Quran mengikut tafsiran Yusuf Estes, bekas paderi yang mempunyai PhD dalam 'Christianity Theological':

Old Testament

There exists today a number of different versions in the ancient Hebrew language of the Jewish Book called the Torah [Law] and this is usually referred to in Christianity as The Old Testament. Naturally, there have been many different translations to a great number of languages over the centuries and one could not expect them to be identical in text or meaning. What we have in English today still remains somewhat similar to large amounts of these older documents.


New Testament

There are also different versions of the Gospel or what is commonly called The New Testament in the Koine Greek language and Latin and these also have many translations to even other langugaes. Even amongst the English translations there are great differences. To mention two very clear differences for example; the Catholic Bible [c. 325 A.D] contains 73 books in total, while the Protestant Bible contains only 66 books, and although the newer (Protestant version) was taken from the Catholic Bible even then these books do not match completely with each other. There is no common denominator for any of the many different versions of the Bible.


Dead Sea Scrolls

There have been a number of scrolls and parchments found in places surrounding what we call the "Holy Land" over the centuries, not the least of which are those often referred to as the "Dead Sea Scrolls" or as they are known to the scholars "Wadi Qumran Scrolls." These were discovered in the last century around 1930 and have been proven to be very ancient and could well be older than any other extant manuscripts. Much of what has been translated from these scrolls is similar to some of the oldest manuscripts, but there are still very important differences worthy of note. We would like to recommend some important reading on this topic at the end of this paper.


Quran Means "Recitation"

The word "Quran" means "that which is recited; or that which is dictated in memory form." As such, it is not a book, nor is it something that reaches us only in written form. The documentation in writing about the Quran has been preserved in museums throughout the world, including the Topekopi Palace in Istanbul, Turkey, the museum in Tashkent, Uzbekistan and also in England. Keep in mind also, the Quran is only considered "Quran" while it is in the recitation form, not in the written or the book form. The word for what is written and held in the hand to be read by the eye is called "mus-haf" (meaning script or that which is written down).


Only One Version - Arabic

There are no different versions of the Quran in the Arabic language, only different translations and of course, none of these would be considered to hold the value and authenticity of the original Arabic Recitation. The Quran is divided up into 30 equal parts, called "Juz'" (parts) in the Arabic language. These are learned by Muslims from their very early beginnings as children.


Memorized by Millions - Entirely

The important thing to keep in mind about the Quran is the memorization and transmission of the actual "Rectiation" just as it came to Muhammad, peace be upon him, from the Angel Gabriel and was learned and memorized by his companions and they in turn, passed it down to their followers and continued in this way until we see today, over 10,000,000 (ten million) Muslims who have committed the entire Quran to memory. This is not a small feat. After all, how many other works of literary value have been memorized and passed down through so many generations, in the original language, without a single change in even one sentence?


Each Muslim Has "Quran" Memorized

All Muslims have memorzied a portion of the Quran in the Arabic language, as this is an important part of their daily prayers. Many Muslims have memorized large portions of the Quran from one tenth to one half to all of the entire Quran, and all in the original Arabic language. It should be noted, there are over one and a half billion (1,500,000,000) Muslims worldwide and only about 10% are Arab, all the rest are learing the Quran in Arabic as a second language.

Seterusnya, sila baca di sini




Antara pautan lain yang amat berguna selain dari pautan-pautan di atas dalam hal ini:
- Seruan Kebangkitan
- How I came to Islâm by Cat Steven
- 101 Clear Contradictions in the Bible
- If Jesus Was God
- Sunnah Online
- Indeks Buku al-Kitab (Versi Indonesia/Melayu)
- Sifat 20
- Jernihkan Fikrah Dalam Berdakwah.
- Kewajipan Berdakwah Bagi Para Aktivis
- Membongkar Hakikat Agama Kristian
- Trinity, Godhead
- The Trinity Concept - A New Perspective
- Bible Islam

Aal-e-Imran [3:79] : Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah. Tetapi (sepatutnya dia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya.


Syaikhul Islam ibnu Taimiyah rhm. mengatakan, "Dakwah adalah wajib hukumnya bagi siapa yang mengikuti Rasulullah saw. dan mereka adalah bagian dari umatnya. Kewajiban ini berlaku bagi setiap kelompok, iaitu fardhu kifayah, kewajiban yang gugur pada sebagian kelompok bila telah ada sebagian yang lain melaksanakannya. Sebagaimana firman Allah Ta'ala, 'Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan' (Ali-Imran: 104)." (Majmu' Fatawa, Ibnu Taimiyah, hlm. 8/20).

Al-Ankaboot [29:49] : (Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim.


Silalah tuan puan merujuk kepada tafsir al-Quran & Hadith juga semasa menghadam dan memahami kedua-dua ajaran agama. Kita juga sering dikelirukan dengan soalan bahawa di dalam al-Quran juga terdapat ayat yang bercanggah. Namun sebenarnya ia bukanlah bercanggah. Akan tetapi melengkapi ayat-ayat yang lain jua, wallahu'alam.

Yang mana salah datang dari saya seorang hamba-Nya, yang mana benar dari Dia semata. Sebarang kemusykilan lain silalah berhubung dengan ustaz-ustaz dan alim ulama' yang lebih arif. Hidayah Allah swt tu datang dari Allah jua.. moga dengan usaha yang sedikit ini mampu meningkatkan kesedaran umat Islam agar berhati-hati di luar sana, insyaAllah.

BACA DAN TAFSIRLAH DENGAN MATA HATI

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez