Wednesday, May 27, 2009

Blog Syafiah dibuka semula


Kenapa saya tutup sekejap blog Syafiah si kecil yang hebat itu?

Saya melakukan layout make-over secara besar-besaran selepas terpengaruh dengan salah seorang blogger yang juga kawan baik alam maya saya iaitu Intan! Intan menukar blognya kepada magazine layout yang kemas dan teratur. Tapi sekarang ni dia revert balik layout blog tu kepada layout sebelum ni. Whatelahapen?


Screenshot blog Syafiah


Layout blog ni dinamakan sebagai Reflection dan saya dapat di btemplates.com. Saya sukakan templates di sini sebab ia pelbagai. Nak buat sendiri nanti²lah. Kebanyakan blog menarik ni diadaptasikan dari Wordpress. Saya ada akaun di sana tapi sehingga kini saya masih tak selesa untuk berpindah. Antara ciri² menarik:

1- Featured post/glider content.
2- Fixed width.
3- Right sidebar.
4- Search form.
5- Navigation tab.
6- 3 columns.

Nak tambah gempak lagi, saya mencari kod untuk navigation tab jenis multi level drop down menu (lihat di sebelah kanan sidebar, di atas sekali). Sebenarnya saya nak gantikan navigation tab yang asal tu, tapi saya masih mencari penyelesaiannya. Saya dapat kod untuk drop down menu itu di bloggerstop.net.

Sebenarnya saya berkenan betul dengan slide show tab view menu. Contohnya boleh dilihat di sini. Lihat sebelah kiri, di bahagian bawah Home. Cuma saya belum ada mood nak masukkan ia ke dalam mana² blog yang saya ada ni. Nantilah...

Selain itu saya dapat juga ilmu untuk memainkan Youtube secara autoplay dan loop selepas kita memasukkan kodnya ke dalam mana² tempat terutamanya di dalam blog. Dan tandatangan di bawah ini, saya dapatkan kodnya dari My Live Signature tanpa membuka akaun di sana.

Berminat? Cubalah sendiri dengan memasuki website yang berkenaan... selamat mencuba!



Monday, May 25, 2009

Syafiah's blog is closing down




until further notice... thank you!

Friday, May 22, 2009

Mahkamah Rayuan Putuskan Dr Zambry MB Perak Yang Sah



Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dengan undian tiga hakim memberi keputusan menyebelahi Zambry.

Hakim Dato' Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Dato' Zainun Ali dan Hakim Dato' Ahmad Maarop memberi keputusannya itu jam 3.50 petang tadi.



22 Mei, 2009 16:15 PM

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ialah Menteri Besar Perak yang sah, Mahkamah Rayuan membuat keputusan hari ini.

-- BERNAMA





Allahuakbar... keputusan ini diterima dengan hati terbuka. Semuanya dengan kuasa Allah swt jua... 

Cadangan mendaftarkan penulis blog - Dr Rais


SHAH ALAM, 21 Mei (Bernama) -- Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini berkata pandangan sesetengah pihak bahawa penulis blog di Malaysia patut didaftarkan perlu diperhalusi daripada segi perundangan.

Beliau berkata perlu dilihat sama ada pendaftaran itu boleh dilakukan mengikut undang-undang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun, katanya penulis blog yang didapati memutarbelitkan fakta boleh diambil tindakan mengikut Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas cadangan itu selepas melawat Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas Selangor di sini, Khamis.

Dr Rais berkata kerajaan juga sedang meneliti akta baru iaitu Akta Tandatangan Multimedia yang diproses sejak tiga tahun lepas, yang akan meneguhkan lagi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Dr Rais berkata beliau mahu para pegawai kementerian meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang internet termasuk blog, sesuai dengan peredaran zaman.

Katanya jika beliau yang telah merentas zaman di bawah lima Perdana Menteri mampu mempelajari perkara-perkara baru menerusi internet apatah lagi para pegawai kementerian.

Beliau berkata Pegawai Penerangan juga perlu mendekati rakyat dan menyampaikan maklumat kerajaan melalui saluran tidak formal seperti berinteraksi dengan masyarakat di kedai kopi, gerai dan pasar.

"Penyampaian maklumat secara kurang formal tetapi secara langsung dijangka lebih berkesan," katanya.

Dr Rais berkata kakitangan kementerian, khususnya Pegawai Penerangan merupakan mata dan telinga kerajaan dan mereka perlu memainkan peranan menyelami hati rakyat.

-- BERNAMA




1- Berapa banyak blog di Malaysia ni? Yang bercerita hal peribadi pun ramai. Jika seseorang itu berblog mengenai negaranya akan tetapi dia sendiri bukan berada di negara ni pula bagaimana ye? Dunia internet ni luas malah merentasi benua. Perlukah juga didaftarkan?


2- Saya pernah tinggal dengan seorang Pegawai Penerangan semasa saya bujang dulu. Aktif berpolitik je dia. Tak de dalam agendanya nak mendekati hati nurani rakyat. Apatah lagi yang tidak sekapal dengannya. Pesan saya pada Pegawai Penerangan, bukan kak Z sorang je, silalah ambil pot dengan rakyat ni. Siapa ada tengok Bersamamu semalam? Sedikit ringkasan mengenainya ada di sini. Pergilah jenguk²kan keluarga ini, malah mungkin banyak lagi keluarga dhaif di luar sana tu. Jangan asyik claim duit OT aje...


3- Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar) telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II. Al-Fatihah kepada antara insan yang dipilih untuk menemuiNya pada pagi Jumaat yang mulia ini. PRK lagi kita lepas Penanti. Ini bukan mainan politik ye!

Tuesday, May 19, 2009

Palestin : Masihkah kita mengingati mereka?


Lagu di bawah ini dibawakan oleh Saudara Muadz bin Dzulkefly. Kali pertama saya mendengarnya di Stadium Melawati, Shah Alam ketika ceramah perdana yang lepas. Kala beliau mendendangkan lagu berikut yang berdasarkan kepada sebuah hadith Rasulullah saw, air mata mengalir laju tidak mampu ditahan. Adalah dikatakan bahawa Palestin adalah sebuah negara yang menghasilkan pemegang PhD teramai di dunia, subhanallah. Terasa semangat membakar, bak kata cik suami, terasa seperti mahu ke Palestin secara tiba² saja.





Maksud hadith:
Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya "Di mana mereka itu?"
Baginda menjawab "Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya"

Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah ibn Ahmad dalam Musnad Ahmad, dan al-Haithami dalam Zawaidnya telah memberikan komentar : "Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah Bin Ahmad (anak Imam Ahmad Bin Hanbal) dan juga al-Tabrani, dan perawinya adalah orang-orang yang thiqah (dipercayai)".




Saudara Muadz merupakan anak kepada Dr. Dzulkefly, ahli Parlimen Kuala Selangor. Bekas pelajar terbaik Syariah di UIA serta fasih berbahasa Arab. Al-Fatihah buat semua pejuang yang berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi ini.




Aku masih memboikot beberapa produk asas sama ada keluaran atau mendapat lesen mengeluarkan oleh syarikat Yahudi. Ya Ampun, wahai saudaraku di Palestin, aku tidak dapat banyak membantu kalian. Hanya doa dan ingatan yang tak putus mampuku iringkan buat kalian. Moga anak²ku berjiwa kental seperti mereka dalam menegakkan Islam di muka bumi ini kelak, insya-Allah! Ketika aku menulis semua ini, air mata tetap tidak dapat mampuku tahan daripada terus mengalir. Sama ketika aku berada di stadium itu. Allahuakbar!!


Sunday, May 17, 2009

Ringkasan ceramah perdana malam tadi


Antara Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim ke 7, perlawanan bola Liga Super 2009 Selangor vs Pulau Pinang di Stadium Shah Alam, perlawanan bola Liga Perdana Inggeris Arsenal vs MU, BUM 2009 di Subang Jaya (Tun Mahathir adalah speaker) dan Ceramah Perdana - Krisis Perak : Demokrasi Tercabar, mana satu pilihan kalbu?

Mahu ke Konsert Akademi Fantasia kena bayar RM50/RM10, Astro pun tiada. Mahu ke perlawanan bola Selangor vs Pulau Pinang tiket kena bayar, Astro pun tiada. Mahu menonton perlawanan Arsenal vs Manchester United, Astro pun tiada. Benci pada bola pula tu, terbayang bola tu seperti kepala cucu Rasulullah saw saja. Mahu ke BUM 2009 kena bayar RM60, apatah lagi tuan speakernya Tun Mahathir.

Allah swt tahu apa yang terbaik untuk kami. Sudah²nya tanpa perancangan kami ke ceramah perdana yang disebar luas ke seantero dunia melalui teknologi terpantas - internet. Anjuran - Jabatan Pilihanraya PAS Negeri dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor. Percuma. Dekat. Cuma bayar duit petrol. Selebihnya Lillahi Taala.. bersedekah sekadar ikut kemampuan.

Senarai penceramah -
1. Sdra Mohamad Radzi Bin Hj Yusof (Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Selangor)
2. Hjh Wan Hasrina Wan Hassan (Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor).
3. YB Ronnie Liu Tian Khiew (Exco Kerajaan Negeri Selangor & Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan).
4. Y.B. Dato' Dr. Hasan Mohd. Ali (Exco Kerajaan Negeri Selangor & Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor)
5. Y.B. Ustaz Nasharudin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS & Ahli Parlimen Bachok)
6. Y.A.B. Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak & Ahli Parlimen Bukit Gantang)

Acara bermula dari pukul 8.00 malam dengan alunan nasyid daripada Saudara Muadz sehingga menghampiri waktu Isyak. Saya langsung tidak sedar air mata terus mengalir apabila video klip tentang Palestin dimainkan. Kemudiannya solat Isyak berjemaah. Saya nak sangat tengok gambar masa ni sebab saya rasa saat ni begitu istimewa. Saya berada di dalam saf pertama wanita.

Sekitar 7.50 malam

Sekitar 8.00 malam

Sekitar 8.30 malam

Sekitar 8.45 malam

Sekitar 9.00 malam

Waktu Hj Nizar memberikan ucapan

Majlis bersurai selepas pukul 12 tengah malam


Acara rasmi hanya bermula pada pukul 9.30 malam dimulai dengan bacaan doa. Kemudian dengan kata² aluan Saudara Mohamad Radzi. Ketika Hjh Wan Hasrina berucap dewan menjadi gamat dengan kehadiran Hj Nizar dan ucapannya terhenti seketika. YB Ronnie tidak menyentuh banyak perihal Perak. YB Dr Hassan Ali menyentuh secara ringkas tentang aktiviti kerajaan negeri Selangor dan menyeru agar rakyat terus mencari golongan miskin. Beliau masih tidak banyak berubah dari beliau yang dulu semasa beliau memegang jawatan MP Parit Buntar. Masih bertenaga dan penuh impresi.

Ini kali pertama saya menonton dan mendengar ucapan Ustaz Nasharudin bin Md Isa. Perwatakannya seperti ramai pemimpin PAS yang lain. Malah mungkin juga seperti Ustaz Taib Azamudeen sedikit. Bersahaja namun masih mampu membuatkan orang ketawa. Kemelut di Perak akan dibawa ke medan antarabangsa. Terutamanya yang melibatkan pencabulan undang² pada sidang DUN pada 7 Mei 2009 kemungkinan akan dibawa ke The Commonwealth Parliamentary Association (CPA), Inter-Parliamentary Union (IPU) dan juga Asian Parliamentary Assembly (APA). Ustaz Nasa juga ada menyebut tentang 11 akhbar antarabangsa yang telah menyiarkan berita negatif tentang Dato Seri Najib namun berita² tersebut tidak dinafikan.

Sebelum Hj Nizar berucap, kami dihidangkan dengan tayangan klip video sidang DUN Perak. Melihat pihak tertentu dengan begitu rakus mencabul undang². Bila wajah² seperti Dr Zambry, Ganesan ditayangkan... dewan menjadi begitu gamat.

Ucapan Hj Nizar dimulakan lebih kurang pada pukul 11.15 malam. Menceritakan secara ringkas dari mula hingga ke akhir tentang krisis di Perak. Beliau juga menceritakan keadaan sebenar di dalam sidang DUN hingga beliau mengiringi YM Raja Nazrin ke kereta baginda. Antara point yang menarik, lebih kurang 30 orang tidak dikenali (disebut sebagai polis) membuat 'human chain' untuk mengasak YB Sivakumar dan yb² lain yang cuba mempertahankan speaker yang sah, namun tidak berjaya. Datang lagi lebih kurang 30 orang dari pintu belakang, mengasak pula dari belakang. Seorang YB PR telah dipijak oleh lelaki² berkenaan. Percubaan mereka berjaya dan YB Sivakumar diangkut keluar dari dewan.

Mufti Perak juga menyaksikan peristiwa tersebut dan ADUN² BN hanya menjadi pemerhati yang duduk di tempat mereka sendiri. Ketika mengiringi YM Raja Nazrin ke lif diraja, SUK Perak tidak membenarkan Hj Nizar masuk ke dalam bersama baginda. Namun YM Raja Nazrin mempelawa Hj Nizar untuk bersama baginda. Bersama di dalam lif tersebut adalah Dr Zambry (disebut Mugabe oleh Hj Nizar. Hj Nizar, mohon sembah derhaka... saya tak suka dengan perkataan ini. Mungkin Hj Nizar terlalu geram. Tetapi kesian pada Robert Mugabe.. dia sendiri tak kenal dengan Dr Zambry..).

Sekembalinya Hj Nizar ke dewan, beliau telah mengarahkan speaker haram - Ganesan untuk keluar dari dewan. Tiba² saja Dr Zambri mengemukakan usul untuk menangguhkan sidang DUN. Ini dipersetujui beberapa ADUN BN yang membuatkan akhirnya speaker tidak sah mengumumkan sidang ditangguh (macam tu je? Abih bersidang dan bergelut nak buat apa? Takat nak lantik speaker? Lantik speaker depan timbalan speaker pulak tu. Cit!!).

Maaflah saya tak boleh nak cerita lebih. Lagi pun saya tak bawak pen dan kertas. Cuma mendengar, kalau silap sila betulkan. Bunyi² pembubaran DUN Perak jelas kedengaran. Mungkin dalam waktu terdekat, insyaAllah. Sebagai rakyat biasa, saya hanya mampu berdoa yang terbaik agar Allah swt memberikan petunjuk kepada insan² di atas sana, maksud saya bukan orang yang telah mati tapi yang masih hidup!

Pesan saya untuk yang nak ke ceramah - sila:
- bawak pensil dan kertas.
- pakai selipar (nak ambil wudhuk senang, mungkin juga boleh buat amal dengan meminjamkannya pada orang lain).
- bawa recorder.
- bawa kamera. Lebih bagus DSLR.
- bawa jajan dan air.
- bawa duit lebih.
- bawa telekung untuk wanita.
- bawa binocular.
- bawa tikar (jika dibuat di kawasan lapang)
- buang air siap².
- dan yang paling afdhal, jangan lupa bawa juga penyokong BN supaya deme boleh dengar sendiri butiran dari mulut orang² yang terlibat. Hidayah kena cari oii... moga deme dapat hidayah itu melalui program sebegini, insyaAllah.



Rindunye nak bergiat dalam jemaah balik..

Saturday, May 16, 2009

Guru O Guru - Usman Awang (1979)


OrkutPix.com™




Guru O Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

~USMAN AWANG ~
1979



Selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru terutamanya kepada cikgu Salmiah (tadika), cikgu Rokiah, cikgu Yati, cikgu Dahlia, cikgu Ibrahim, ust Hassan Abrar, cikgu Latif (adik Razak Mohaideen), cikgu S Rohana, cikgu Lee Chuan Hooi (meninggal kemalangan motor, sebab tak ikat topi keledar dengan betul), cikgu Phoon Khai Kong, cikgu Ayub, cikgu Mohamed, cikgu Zul, cikgu Noriza (mesti Mubin dah besar dan ada adik sekarang ni), ustaz Shafie, puan Hanim, cikgu Rosli, cikgu Chong Nee Kim (paling dikehendaki sebab dia support aku sampai ke U), Puan Salehaton Hussain Sazaly, Puan Hadjar, Encik Zakaria, Puan Saniah, Encik Rosmin, Encik Ahmad Fuzi, Puan Fairuz (seronok bermalam di rumah puan) dan lain² yang saya tak dapat ingat nama kalian, saya mohon maaf sangat² namun jasa kalian tetap dihargai dan tidak mampu untuk saya balas. Ucapan selamat hari guru ini juga saya tujukan buat Yong dan Acek, dua ahli keluarga kami yang menjadi warga dan bekas warga pendidik yang amat komited dengan kerjaya mereka. Dan untuk Syafiah juga kerana menjadi 'guru' tidak langsung kepada ibunya ini.


"You cannot teach a man anything; you can only help him find it within himself."

- Galielo Galilei

Friday, May 15, 2009

Memanjat sebuah doa




Hampir setiap umat Islam berdoa kepada Allah. Tapi apabila doa tidak dimakbulkan-NYA, adakah wajar kita berputus asa?

Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul'" - surah al-Baqarah: 186.

Allah tidak akan menghampakan permohonan dan permintaan hamba-Nya lebih-lebih lagi yang beriman dan beramal soleh kerana Allah sangat dekat kepada setiap hamba-hamba-Nya. "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." - surah al-A'raf:55.


Marilah kita perbanyakkan doa di penghulu segala hari ini. Moga ada di antara doa² kita akan diangkat dan dimakbulkan. Terutamanya doa daripada pihak yang dizalimi, wallahu'alam.

Wednesday, May 13, 2009

D-Day for Khir Toyo in privileges panel inquiry


Wednesday May 13, 2009
By EDWARD RAJENDRA


SHAH ALAM: Former Selangor Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo who did not attend the state privileges committee inquiry in March and made negative media reports on it will know his fate next Tuesday.

A decision will be made based on his explanation yesterday over his failure to attend the Select Committee on Competence, Accountability and Transparency (Selcat) inquiry and attacking it in the media.

Also giving their reasons yesterday for attacking the inquiry in the media in March were assemblymen Datuk Warno Dogol (Sabak Bernam), Datuk Mohd Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), Mohd Isa Abu Kassim (Batang Kali) and Datuk Marsum Paing (Dengkil).

In the eight-day Selcat inquiry in March witnesses had testified that millions of ringgit from the state’s business arm were squandered by Balkis, a charity headed by Dr Khir’s wife Datin Zaharah Kechik while he was in office.

Yesterday, Dr Khir told reporters after a closed-door inquiry that he was barred from making any press statements on the meeting.

“Just cannot say anything because the privileges committee chairman Teng Chang Khim has told me so,” he said.

Teng later said that he too was bound by the Standing Orders and could not reveal matters that transpired in the inquiry.

“If all of them are found guilty they could be asked to apologise, be given a warning, suspended from the state assembly or even be stripped of their salaries and allowances,” he said, adding that he had previously been suspended for 30 months during Dr Khir’s administration.

[...]



Macam²lah Pak Khir & the geng ni... simple thing also cannot do meh.. Pergi je la menjawab kalau tak salah. Kat dunia bleh la nak 'lari', kat Padang Mahsyar nanti nak tak nak kenalah bersemuka dan menjawab. Anggota lain memberi kesaksian sedangkan mulut terkunci rapat.

Allah berfirman dalam surah Taha, ayat 124-126 bermaksud:

"Dan barang siapa berpaling daripada peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannnya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: "Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."


Monday, May 11, 2009

Pesan Mursyidul Am PAS


KOTA BHARU : YAB Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan beberapa kenyataan dan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia sebentar tadi sebagaimana di maklumkan melalui talipon oleh sdr. Mat Ali semasa dihubungi sebentar tadi. Beliau bersama Tok Guru semasa pengumuman kemenangan Nizar di umumkan.

Kata Tok Guru :

"Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"

Selain itu dimaklumkan setelah Tuan Guru menerima berita itu beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur.

Sumber : KedahLanie..!!


Alhamdulillah ya Allah kerana Engkau menerima doa orang yang sabar dan dizalimi. Ameen....

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu... Siti Jaliha







Duhai Bonda
Munsyid : NowSeeHeart

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Korban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda


Entry ini walau pun banyaknya gambar mak je, saya tuju jugak ucapan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu² yang melayari blog ini terutamanya warga SU.net, Beras Padu dan Beras Terpilih serta sesiapa saja yang terbaca entry ini (termasuklah diri tuan punya tanah ni). Teruslah menjadi wanita yang unggul, permata dunia dan akhirat, insyaAllah. Sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah. Yang bawah ni pulak gambar mak mertua saya...


Maimi bin Abbas (populer dengan panggilan Mak Mon.. namanya mengingatkan aku pada Florida)

Friday, May 8, 2009

Bersiaran dengan Maxis broadband




Saya dapat parcel yang ditunggu dari hari Rabu. Parcel yang mengandungi barang² di atas. Seseorang nun di utara sana mengirim dari hari Selasa. Perkhidmatan courier. Kebiasaannya courier akan tiba sehari selepas dikirim. Namun ia hanya tiba pada hari ini. Hari Jumaat. Takleh la nak cakap syarikat mana, nanti menjejas periuk nasi orang pula.

Sekarang ni dok mengetest line le ni. Alhamdulillah line Maxis sini bagus tapi tak berapa bagus di kawasan sahabat saya tu berada. Tak berapa bagus ke tak de langsung? Hish! Dia nak tukar selera ke Celcom pulak. Lepas ni boleh la saya terminate line streamyx yang kengkadang jadi snailmyx ni. Boleh la saya menggedik dengan Maxis broadband pulak... yuhuuu! Boleh bawak balik kampung malam ni... *tapi bila balik Perak kang hampeh jugak*.


p/s : 'Boss', laptop sebijik plak bleh? *wink*

Kronologi Sidang DUN Perak 7 Mei 2009 & gambar pilihan


olahan dari YB Idham Lim diambil dari de' anje online:

8.20 pagi: Kami mula bergerak ke DUN Perak Ipoh. Hampir 100 orang bersama puluhan polis yang berkumpul hadapan hotel penginapan kami, sebelum bergerak ke dewan.
Segala persiapan yang perlu telah kami lakukan untuk mempertahankan hak rakyat Perak yang dicintai. Penyokong mengerumuni MB Nizar semasa sampai dihotel pagi tadi

8.27 pagi: Kawalan ketat untuk ke Dewan Undangan Negeri. Dalam perjalanan ke Dewan Undangan Negeri saya menempuh 4 sekatan polis walaupun hotel penginapan kami hanya sekitar 1 km dari Dewan Undangan Negeri.

Inilah keadaan yang menampakkan sengaja dicipta untuk menyusahkan pergerakan kami ke Dewan Undangan Negeri. Sementara itu satu notis pihak polis telah ditampal di sekitar Ipoh merupakan arahan mahkamah yang melarang orang ramai mendekati 500 meter dari bangunan Dewan Undangan Negeri.

8.35 pagi: Ahli Parlimen Ampang ditahan. Ahli Parlimen Ampang, YB. Pn. Zuraidah ditahan ketika cuba masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri, di pintu hadapan bangunan.

9.10 pagi: Kami dihalang oleh polis Masuk Ke Dewan. Seramai 16 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya yang sampai sekitar 8.45 pagi tadi telah dihalang oleh polis untuk masuk ke dalam dewan Negeri tempat Persidangan yang akan diadakan pagi ini.

Walaupun dengan alasan untuk meletakkan barang sebelum perbarisan diadakan kami gagal untuk masuk sehingga sekarang. Kawalan dari polis sangat ketat dan saya beranggapan Sidang Dewan yang paling ketat dikawal polis setakat ini dalam sejarah demokrasi dunia.

Doakan keselamatan kami.

9.20 pagi: Kami berada di hadapan pintu Dewan. Kami berada di hadapan pintu masuk menunggu pintu dewan yang dimaklumkan oleh pihak polis cuma akan dibuka jam 9.45 pagi nanti.

Semua barang yang dibawa diperiksa dengan teliti dan di scan berkali. Saya menyaksikan hampir 50 orang polis yang berkawal di dua pintu masuk yang dibuka

9.45 pagi: Kami masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk telah berubah, kami mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.

Kedudukan kami sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak.

9.55 pagi: Apabila ADUN Lompat Jelapang ke Dewan, kebanyakan ADUN DAP menyoraknya dengan panggilan KATAN dengan suara yang kuat.

Hee duduk di bahagian tempat duduk ADUN BN. Kelihatan sama OSMAN dan JAMALUDDIN, ADUN lompat dari Behrang dan Changkat Jering.

10.00 pagi: Penasihat Undang-undang diarahkan keluar ikut Ketetapan Speaker semasa masuk ke Dewan sebelum dewan bersidang ialah:
1. Minta orang yang tidak dijemput keluar dewan. Saya ada senarai di sini.
2. Kedudukan tempat duduk ikut sebelum ini.
3. Saya tidak mahu 7 digantung berada dalam dewan sebab mereka digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, bukannya saya. kalau tidak keluar saya tidak mahu mulakan mesyuarat.
4. Kepada 3 orang yang meletak jawatan juga diarah keluar.
5. Saya mahu kesemua yang tersebut termasuk Penasihat Undang-undang keluar dewan.
6. Saya tidak masuk siapa-siapa bercakap sebelum mereka keluar dewan. Saya buat keputusan dengan jawatankuasa yang dilantik oleh dewan ini.

Mereka yang dihalau speaker belum keluar dewan, YB Tajol Rosli didapati bangun untuk mencelah tetapi tidak diizinkan oleh Speaker.

Menurut perintah Tetap 11 adalah sah dan itu hak saya, Umum Speaker. Speaker masih mengulangi arahan supaya keluar Dewan

10:10 pagi: Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat SPeaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.

Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR. Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.

Kepada 10 orang masih belum keluar, Speaker berulang kali mengatakan Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar.

10.20 pagi: Keadaan kecoh berlarutan. Pangkor cuba mengemukakan usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula, dan suasana dalam dewan semakin kecoh.

keadaan kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak adun masuk kedalan dewan setengah jam yang lepas. Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula.


10.30 pagi: Arahan speaker masih belum di ikuti. Sidang masih tidak dapat dimulai, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.

Sementara itu Speaker berulangkali keputusan mengantung dilakukan oleh JK Hak dan Kebebasan, itu bukan keputusan saya. saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh JK yang dilantik dalam dewan ini.

Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUN PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digantung oleh speaker.


10.40 pagi: Hee, timbalan speaker cuba ambil kuasa Speaker yang masih sah.
Hee dikerumuni oleh ADUN PR ketika cuba merampas kerusi Speaker. ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat.

Cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.

saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir.

10.50 pagi: BN Rampas kuasa Speaker dalam dewan, Ganesan dicalonkan sebagai Speaker baru. ADUN BN sedang berkerumun adun Jelapang dalam dewan semacan sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.

Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.

Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.

11.00 pagi: Ganesan angkat sumpah dimeja ADUN yang dikelilingi ADUN BN sebagai speaker haram. Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker)

ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan.

ADUN Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram. Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat.

11.10 pagi: Ganesesan sedang meneruskan Sidang Haram. Ganesan cuba merampas kuasa Speaker...lucu Sidang Haram Sedang berlangsung.

Ganesan di meja ADUN sedang mengendalikan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap Dewan Negeri.

Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demokrasi.

Lucu, aneh, tapi benar...

11.18 pagi: Speaker Sivakumar umumkan semua Usul yang sedang dibentang BN telah ditolaknya di dalam kamar bertarikh 7 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditangguh sejam dan diterima oleh Sidang Haram (ikut skrip) iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.

Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.

11.30 pagi: Walaupun Sidang Haram umum tangguh sidang namun ADUN BN masih tidak keluar dewan. Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan.

Semasa mengumumkan demikian dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak.
Sekarang keadaan kembali tegang. dan sesekejap sunyi kembali.

Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?

11.44 pagi: Saya telah arahkan ADUN PR jangan keluar kalau tidak perlu. Semua ADUN PR saya pohon kepada mereka semua jangan keluar jika tidak ada sesuatu yang penting perlu dilakukan. Sekiranya mereka yang ingin keluar walaupun untuk ke tandas mereka saya pohon keluar berdua.

Sementara itu Speaker yang masih sah, Sivakumar masih berada dikerusinya dan tidak berganjak. Kekuatan, ketegasan mereka nampak lebih kuat pada hari ini sehingga ada yang membuat cerita lucu : "silap jampi oleh bomoh, makin kuat bukan makin lemah ".

12.23 tgahari: Banyak Ahli Parlimen PR ditangkap diluar bangunan Dewan Negeri. Saya menerima berita ramai dikalangan ahli Parlimen PR yang datang untuk menyaksikan sidang pada hari ini ditangkap, dari beberapa SMS dan makluman dari talipon yang diterima oleh rakan disebelah saya dalan dewan, ADUN Kuala Kurau, YB. Yunus, beliau memaklumkan antaranya Ust. Mujahid, Sdr. Tian chua,dan Yb. Salhuddin.


12.35 tghari: Keadaan tenang di dalam Dewan. Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya di bawah pokok dan satu di bawah syiling.

Kelihatan semasa ini Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sedang berada di kerusinya dan tidak berganjak sedikitpun dari tempat duduknya sejak pagi tadi.

12.20 tghari: Tadi baru beliau memaklumkan kepada dewan bahawa sidang tidak akan dimulai jika mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.

12.30 tghari: Ganesan cuba jalan tugasnya tetapi dihalang ADUN PR keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan. Hee dikerumuni oleh ADUN-Adun PR dengan pelbagai macam-macam kata dalam bahasa yang saya faham.

Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya.

Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.

12.49 tghari: Speaker berulang kali arah speaker haram keluar dewan Ganesan di kerusi ADUN dengan jubah Speaker haramnya Speaker sivakumar disabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.

1.00 tghari: Ganesan tangguh sidang satu jam lagi... Ganesan cuba mengendalikan Sidang Dun kali kedua. Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menengelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.

Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi.

Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam.

1.21 tghari: Lega bila ke tandas, dah tahan nak ke tandas sejak pagi tadi.... Pergi tandas pun hari ini berbekalkan sebotol air mineral bila dimaklumkan oleh teman-teman semacam air dicatu bila tandas dah tidak ada air.

Saya tidak pasti kenapa ini boleh berlaku, dan tidak pernah berlaku sebelum dari ini. Seingat saya dalam 3 sidang dibangunan ini sejak awal kemenangan Pakatan Rakyat Di Perak tahun 2008 dulu air ditandas tidak pernah kering...

Adakah ini juga sabotah kepada kami ADUN ? seperti pembesar suara speaker yang sudah tidak berfungsi.

2.03 petang: Hampir semua ADUN PR dan BN berada di Dewan. Ganesan dihalang oleh ADUN PR diiringi dengan laungan bubar Dun.ADUN PR suruh dia keluar sebab dia bukan ADUN. ‘Sidang Syiling’ haram Sidang yang ditangguhkan sejak sejam yang lepas akan dimulakan bila-bila masa. Jangkaan seterusnya amat sukar untuk dipastikan setakat ini.

Menurut maklumat yang saya terima Raja Muda Perak masih berada di kamar Diraja untuk menerima isyarat bagi merasmikan sidang pada hari ini.

Kekecohan mengenai status 3 katak dan 7 ADUN yang digantung mewarnai perjalanan DUN Perak pada hari ini.

2.17 petang: Kecoh Hampir ke Kemuncaknya. Ganesan dikerumuni ADUN Pakatan ketika cuba memulakan sidang pada 2.05 petang Keadaan sekarang sangat kecoh dan bising dan hampir berlaku pergaduhan dalam dewan.

Bentara pula hendak rampas kuasa speaker. Keadaan berlarutan sebentar tadi bila bentara cuba membuat pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan

2:20 petang: Polis masuk campur. Polis sekitar 20 orang masuk campur termasuk yang berpakaian seragam menceroboh ke Dewan Perak yang mulia.

Terdapat usaha merampas kerusi Speaker

2.40 ptg: Pergelutan di meja Speaker oleh BN. Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis.

Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan.

3.05 petang: BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis.

Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.

Speaker Haran, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.

3.10 petang: Sidang diceroboh masuk puluhan orang yang tidak dikenali. YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini!

ADUN OKU dari Aulong duduk di meja Speaker bagi menghalang Ganesan duduk di situ. Inilah deretan pendatang yang haram yang merampas kuasa Speaker

Siapakah mereka yang misteri ini?
Siapakah mereka ini?

Suasana tegang di kerusi Speaker. Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.

Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.

Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.

Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.

3.21 petang: Raja muda Perak masuk ke dewan. Kelihatan Dato' Seri Nizar dan Dato' Ngeh turun dari pentas Diraja selepas mengadap Raja Nazrin

Raja Nazrin sedang bertitah merasmikan Sidang DUN penuh bersejarah

Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.

Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.

Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.

Sebelum Sidang bermula sekali DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.

Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian.

4.07 petang: Raja Nazrin Perkenan untuk bersalaman dengan semua ADUN

Raja Nazrin bersalaman dengan ADUN-ADUN setelah habis bertitah.

Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".

Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.

Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

4.15 petang: Sidang Akhbar
Pada hakikat ada persidangan, kerana perintah awal tidak diikuti maka kami menghormati perintah Speaker.

Bagaimana hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas. DUN Perak telah dilacur dengan begitu dasyat dengan kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina dewan cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun.

Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat.

BN meletakkan orang yang haram jadi Speaker. Sidang hari ini tiada dan tidak sah.

Terima kasih kepada semua media yang bekerjasama dengan baik.

Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah.

4.40 petang: Kenyataan Speaker Sivakumar. YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini! Saya tidak iktiraf Ganesan sebagai Speaker kerana saya telah tolak usul perlantikan Speaker.

Saya dibawa ke satu bilik oleh polis, saya jatuh 2 kali. Media juga maklumkan seramai 8 orang telah dikasari dan ada yang koyak bajunya.

Saya diletakkan dalam satu bilik sekitar jam, yang jelas semua arahan Speaker telah diingkari. Dari awal Speaker telah dihalang dengan usaha untuk menghalang media dari masuk untuk membuat liputan.

Kenapa ada arahan orang luar masuk dengan ada tanda nama, sebaliknya saya mohon 7 Ahli Parlimen masuk tapi ditolak. Jadi jelas ada campurtangan pihak lain keatas kuasa Speaker.

4.49 petang: Nizar : Saya akan segera mengadap Tuanku untuk mohon bubar DUN
Saya dalam masa terdekat untuk mengadap Tuanku untuk memohon Perkenan bubarkan DUN Perak.

Hubungan saya dengan pihak Istana baik dan saya akan menggunakan hubungan baik ini untuk mohon mengadap kata Nizar dalam sidang media sebentar tadi.




Antara gambar pilihan saya untuk ditatapi oleh anak² dan cucu-cicit saya, insyaAllah. Speaker tidak lagi kebal ya tuan²!


Al-Anfal [8:60] : Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya.

Al-Anfal [8:61] : Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Al-Anfal [8:65] : Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu) dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.



Sabar beb sabar... ramai yang saya tengok dah hilang sabar. Sebenonye teman pun rasa geram gak, yob! Di dalam buku 'Rampasan Kuasa Negeri Perak, Durjana UMNO-BN : Siapa Menteri Besar Perak yang SAH Mengikut Undang-Undang?', telah dinyatakan 2 kebarangkalian dan kemungkinan, antara hikmah yang tidak diketahui di sebalik rampasan kuasa yang tidak bermoral ini. Kita mesti percaya ada hikmahnya di sebalik sesuatu kejadian.

Seperti Hj Nizar yang berprasangka baik dengan pihak Istana, saya percaya ada perkara tersirat cuba ingin disampaikan oleh pihak Istana. Ini telah terbukti dengan episod hitam dalam sejarah negara semalam. Kebobrokan ameno telah pun ditelanjangkan secara tidak langsung, wallahu'alam.

Thursday, May 7, 2009

Senak perut..


Senak perut bila ikuti sidang DUN Perak yang sedang diadakan. Cacamarba! Namun perlu juga ditahan sepertimana YB Idham yang mampu bertahan sehingga ke tengahari tadi. Apa barang beb sampai tandas pun takleh guna? Kalau tak ikut nanti tak best la.. ini sejarah.. sejarah robeknya satu demokrasi!! Robek dek manusia yang membuat tapi dengan sukahati melanggar pula undang² yang mereka cipta sendiri. Undang² pilih kasih!

Saya selaku anak jati Perak menyokong penuh pembubaran DUN. Bubarkan saja DUN Perak!! Paling tidak pun di 3 tempat katak² yang melompat. Kalau aku jumpak katak ni mau je aku penyekkan deme cam lempeng pisang. Lempeng pisang bleh tahan lagi. Bleh gak makan! Oh ya.. kasihan si katak.. tak pasal² disabitkan dengan orang² yang tidak bertanggungjawab. Hampeh punya orang!! Paling ironik, si Hee boleh pula hadir padahal sebelum ni tuan kedai pun halau dia. Bleh plak hilang pastu muncul semula...

Apa rasionalnya tidak dibubarkan DUN sampai berlakunya krisis berpanjangan seperti ini? Cukup²lah... kembalikan saja hak rakyat! Kesabaran tetap saja ada hadnya. Kami juga tidak buta dan pekak... Yang zalim tetap zalim... meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya tetap saja perlakuan zalim.

Malu aku beb! Dunia luar memerhati, pelabur lari... sejarah tidak akan dapat diubah!

Wednesday, May 6, 2009

Penstrukturan semula pinjaman Bank Rakyat


Semalam saya berkesempatan untuk ke Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad (Bank Rakyat) untuk membuat penstrukturan semula pinjaman. Proses tersebut memakan masa tidak sampai setengah jam.

Di zaman gawat ini bank berkenaan telah mengambil langkah yang proaktif dalam membantu pelanggan dan juga pemegang saham bagi mengurangkan beban hutang dengan pihak bank. Saya memohon untuk dikurangkan jumlah bayaran bulanan. Anggaran yang diberikan oleh pegawai terbabit, Bank Rakyat mampu mengurangkan sehingga 70% daripada bayaran bulanan sedia ada. Cuma jangkamasa bayaran akan menjadi lebih panjang. Sekiranya perjanjian pinjaman tersebut dijadualkan akan selesai pada 2017, jangkamasa bayaran pasti akan teranjak lebih kurang ke tahun 2020. Pun begitu jumlah pinjaman tersebut tidak berubah kerana ia bersifat Islamik yang tidak akan 'berbunga'.

Pihak Bank Rakyat katanya amat mengalu-alukan pelanggan untuk berbincang dengan pihak bank. Yang menjadi masalahnya adalah apabila pelanggan terlalu alah malu. Bagi saya, jika kita bermasalah, jangan kita cuba lari dari masalah tersebut. Hadapinya. InsyaAllah akan ada penyelesaian terbaik di sebalik kekusutan yang berlaku. Saya rasa ramai yang menghadapi masalah sepertimana saya di luar sana tu.

Bayaran bulanan yang dikurangkan tersebut tidak bersifat kekal. Sebaliknya ia hanya berlaku dalam tempoh 2 tahun. Selepas 2 tahun bayaran tersebut akan dinaikkan sedikit demi sedikit. Bagi pelanggan yang bakal berdepan dengan tindakan mahkamah, jika dalam tempoh 7 bulan patuh kepada bayaran yang dipersetujui, maka rekodnya akan bersih dan failnya tidak akan disimpan oleh syarikat guaman.

Saya hanya surirumah. Sungguh saya berada dalam keadaan dilema sama ada ingin bekerja atau pun tidak. Dalam keadaaan Syafiah memerlukan penjagaan khas tapi keadaan poket amat menyakitkan.

Sebelum balik sempat pula saya membelek brosur. Salah satu daripadanya:



Banyak lagi produk Bank Rakyat. Jadi tidak hairanlah sekiranya Bank Rakyat mampu untung dalam suku pertama tahun ini berbanding tahun lepas kerana polisinya longgar, tidak menindas dan bersifat mesra pelanggan. Pelanggan pun tak lari.

Petikan The Star:

Wednesday April 22, 2009
Bank Rakyat firt quarter pre-tax profit at RM331mil


KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia recorded a profit before tax and zakat of RM331mil for the first quarter ended March 31, an increase of RM80.6mil, or 32.2%, from the same period last year.

[
...]




Saya dengan ini mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada pihak Bank Rakyat kerana menyediakan kelonggaran seperti ini. Moga Bank Rakyat dan kakitangan akan terus mesra pengguna.


Nota:
Mahu saja saya buat re-financing rumah saya tu dengan Bank Rakyat... makcik tak keje oiii! Pilihan pertama - jual. Pilihan kedua - kerja dan tinggalkan Syafiah, pastu re-finance rumah tu dengan pinjaman Islamik.

Selamat Hari Lahir TGNA




Selamat hari lahir untuk Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang jatuh pada 04 Mei bebaru ni. Tok Guru dilahirkan pada tahun 1931 bersamaan dengan 16 Zulhijjah 1349H (jika salah tolong betulkan).

Semoga Allah swt akan terus merahmati perjuangan TGNA dan memberkati usia beliau, insyaAllah. Allahuakbar!

Monday, May 4, 2009

Buku rampasan kuasa...




Alhamdulillah.. dah khatam buku ni. Siapa yang belum ada sila dapatkan dan baca. Tak beli pun, sila menumpang macam saya... hehehe... (siapa punya pun aku tak tau.. entah kak Bib punya ke abang Man..). Entah² terbawak balik dari kampung pulak tu.. aduii! 

Buku ni perlu jadi koleksi penggemar sejarah sebab suatu hari nanti pasti ia akan jadi bahan sejarah yang juga mungkin akan cuba 'dibuang'. Seperti mana juga Hang Tuah tidak lagi diceritakan dalam silibus sejarah sekolah, malah juga perjuangan kemerdekaan sesuatu pihak yang tidak diiktiraf. Wallahu'alam.
 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez