Guru O Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
~USMAN AWANG ~
1979
Selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru terutamanya kepada cikgu Salmiah (tadika), cikgu Rokiah, cikgu Yati, cikgu Dahlia, cikgu Ibrahim, ust Hassan Abrar, cikgu Latif (adik Razak Mohaideen), cikgu S Rohana, cikgu Lee Chuan Hooi (meninggal kemalangan motor, sebab tak ikat topi keledar dengan betul), cikgu Phoon Khai Kong, cikgu Ayub, cikgu Mohamed, cikgu Zul, cikgu Noriza (mesti Mubin dah besar dan ada adik sekarang ni), ustaz Shafie, puan Hanim, cikgu Rosli, cikgu Chong Nee Kim (paling dikehendaki sebab dia support aku sampai ke U), Puan Salehaton Hussain Sazaly, Puan Hadjar, Encik Zakaria, Puan Saniah, Encik Rosmin, Encik Ahmad Fuzi, Puan Fairuz (seronok bermalam di rumah puan) dan lain² yang saya tak dapat ingat nama kalian, saya mohon maaf sangat² namun jasa kalian tetap dihargai dan tidak mampu untuk saya balas. Ucapan selamat hari guru ini juga saya tujukan buat Yong dan Acek, dua ahli keluarga kami yang menjadi warga dan bekas warga pendidik yang amat komited dengan kerjaya mereka. Dan untuk Syafiah juga kerana menjadi 'guru' tidak langsung kepada ibunya ini.
"You cannot teach a man anything; you can only help him find it within himself."
- Galielo Galilei


2 comments:
Syahdunya puisi tu .
Ingat nama2 cikgu tu, bagusnya, akak ni yang cepat pelupa, sikit je yang akak masih ingat nama mereka.
silversarina:
kak Rina, saya ni ramai yang tak ingat dari yang ingat... tu pun banyak tak sebut tu... mak ayah lagi.. aduhhh!
Post a Comment