Duhai Bonda
Munsyid : NowSeeHeart
Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Korban segalanya penuh rela
Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing
Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan
Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada
Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda
Entry ini walau pun banyaknya gambar mak je, saya tuju jugak ucapan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu² yang melayari blog ini terutamanya warga SU.net, Beras Padu dan Beras Terpilih serta sesiapa saja yang terbaca entry ini (termasuklah diri tuan punya tanah ni). Teruslah menjadi wanita yang unggul, permata dunia dan akhirat, insyaAllah. Sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah. Yang bawah ni pulak gambar mak mertua saya...


Maimi bin Abbas (populer dengan panggilan Mak Mon.. namanya mengingatkan aku pada Florida)

5 comments:
Selamat Hari IBu !!
Duhai bonda, selamat hari ibu!
chayunk changat...emmmuahhh!!
salam kenal utk awak juga... SELAMAT HARI IBU...
Moga hari2 Ibu2 selamat... amin.
Btw, Nizar sah MB peghak, org peghak mengundi semula ka? Buatlah pilihan terbaik...
silversarina:
selamat hari ibu untuk kak rina jugak!
awa:
aku tunggu mak balik rumah baru nak call.. aci? baik punya anak...
Mama-Danish & Sarah:
thanks sebab sudi singgah.. selamat hari ibu untuk awak juga...
ASR:
insyaAllah selamat...
kes Perak ni aku nak sangat ia berakhir dengan aman di mata pensil pengundi! muak yob muak! moh yob kite tewaskan deme dengan sebatang pensil!
Post a Comment