Sunday, May 17, 2009

Ringkasan ceramah perdana malam tadi


Antara Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim ke 7, perlawanan bola Liga Super 2009 Selangor vs Pulau Pinang di Stadium Shah Alam, perlawanan bola Liga Perdana Inggeris Arsenal vs MU, BUM 2009 di Subang Jaya (Tun Mahathir adalah speaker) dan Ceramah Perdana - Krisis Perak : Demokrasi Tercabar, mana satu pilihan kalbu?

Mahu ke Konsert Akademi Fantasia kena bayar RM50/RM10, Astro pun tiada. Mahu ke perlawanan bola Selangor vs Pulau Pinang tiket kena bayar, Astro pun tiada. Mahu menonton perlawanan Arsenal vs Manchester United, Astro pun tiada. Benci pada bola pula tu, terbayang bola tu seperti kepala cucu Rasulullah saw saja. Mahu ke BUM 2009 kena bayar RM60, apatah lagi tuan speakernya Tun Mahathir.

Allah swt tahu apa yang terbaik untuk kami. Sudah²nya tanpa perancangan kami ke ceramah perdana yang disebar luas ke seantero dunia melalui teknologi terpantas - internet. Anjuran - Jabatan Pilihanraya PAS Negeri dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor. Percuma. Dekat. Cuma bayar duit petrol. Selebihnya Lillahi Taala.. bersedekah sekadar ikut kemampuan.

Senarai penceramah -
1. Sdra Mohamad Radzi Bin Hj Yusof (Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Selangor)
2. Hjh Wan Hasrina Wan Hassan (Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor).
3. YB Ronnie Liu Tian Khiew (Exco Kerajaan Negeri Selangor & Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan).
4. Y.B. Dato' Dr. Hasan Mohd. Ali (Exco Kerajaan Negeri Selangor & Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor)
5. Y.B. Ustaz Nasharudin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS & Ahli Parlimen Bachok)
6. Y.A.B. Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak & Ahli Parlimen Bukit Gantang)

Acara bermula dari pukul 8.00 malam dengan alunan nasyid daripada Saudara Muadz sehingga menghampiri waktu Isyak. Saya langsung tidak sedar air mata terus mengalir apabila video klip tentang Palestin dimainkan. Kemudiannya solat Isyak berjemaah. Saya nak sangat tengok gambar masa ni sebab saya rasa saat ni begitu istimewa. Saya berada di dalam saf pertama wanita.

Sekitar 7.50 malam

Sekitar 8.00 malam

Sekitar 8.30 malam

Sekitar 8.45 malam

Sekitar 9.00 malam

Waktu Hj Nizar memberikan ucapan

Majlis bersurai selepas pukul 12 tengah malam


Acara rasmi hanya bermula pada pukul 9.30 malam dimulai dengan bacaan doa. Kemudian dengan kata² aluan Saudara Mohamad Radzi. Ketika Hjh Wan Hasrina berucap dewan menjadi gamat dengan kehadiran Hj Nizar dan ucapannya terhenti seketika. YB Ronnie tidak menyentuh banyak perihal Perak. YB Dr Hassan Ali menyentuh secara ringkas tentang aktiviti kerajaan negeri Selangor dan menyeru agar rakyat terus mencari golongan miskin. Beliau masih tidak banyak berubah dari beliau yang dulu semasa beliau memegang jawatan MP Parit Buntar. Masih bertenaga dan penuh impresi.

Ini kali pertama saya menonton dan mendengar ucapan Ustaz Nasharudin bin Md Isa. Perwatakannya seperti ramai pemimpin PAS yang lain. Malah mungkin juga seperti Ustaz Taib Azamudeen sedikit. Bersahaja namun masih mampu membuatkan orang ketawa. Kemelut di Perak akan dibawa ke medan antarabangsa. Terutamanya yang melibatkan pencabulan undang² pada sidang DUN pada 7 Mei 2009 kemungkinan akan dibawa ke The Commonwealth Parliamentary Association (CPA), Inter-Parliamentary Union (IPU) dan juga Asian Parliamentary Assembly (APA). Ustaz Nasa juga ada menyebut tentang 11 akhbar antarabangsa yang telah menyiarkan berita negatif tentang Dato Seri Najib namun berita² tersebut tidak dinafikan.

Sebelum Hj Nizar berucap, kami dihidangkan dengan tayangan klip video sidang DUN Perak. Melihat pihak tertentu dengan begitu rakus mencabul undang². Bila wajah² seperti Dr Zambry, Ganesan ditayangkan... dewan menjadi begitu gamat.

Ucapan Hj Nizar dimulakan lebih kurang pada pukul 11.15 malam. Menceritakan secara ringkas dari mula hingga ke akhir tentang krisis di Perak. Beliau juga menceritakan keadaan sebenar di dalam sidang DUN hingga beliau mengiringi YM Raja Nazrin ke kereta baginda. Antara point yang menarik, lebih kurang 30 orang tidak dikenali (disebut sebagai polis) membuat 'human chain' untuk mengasak YB Sivakumar dan yb² lain yang cuba mempertahankan speaker yang sah, namun tidak berjaya. Datang lagi lebih kurang 30 orang dari pintu belakang, mengasak pula dari belakang. Seorang YB PR telah dipijak oleh lelaki² berkenaan. Percubaan mereka berjaya dan YB Sivakumar diangkut keluar dari dewan.

Mufti Perak juga menyaksikan peristiwa tersebut dan ADUN² BN hanya menjadi pemerhati yang duduk di tempat mereka sendiri. Ketika mengiringi YM Raja Nazrin ke lif diraja, SUK Perak tidak membenarkan Hj Nizar masuk ke dalam bersama baginda. Namun YM Raja Nazrin mempelawa Hj Nizar untuk bersama baginda. Bersama di dalam lif tersebut adalah Dr Zambry (disebut Mugabe oleh Hj Nizar. Hj Nizar, mohon sembah derhaka... saya tak suka dengan perkataan ini. Mungkin Hj Nizar terlalu geram. Tetapi kesian pada Robert Mugabe.. dia sendiri tak kenal dengan Dr Zambry..).

Sekembalinya Hj Nizar ke dewan, beliau telah mengarahkan speaker haram - Ganesan untuk keluar dari dewan. Tiba² saja Dr Zambri mengemukakan usul untuk menangguhkan sidang DUN. Ini dipersetujui beberapa ADUN BN yang membuatkan akhirnya speaker tidak sah mengumumkan sidang ditangguh (macam tu je? Abih bersidang dan bergelut nak buat apa? Takat nak lantik speaker? Lantik speaker depan timbalan speaker pulak tu. Cit!!).

Maaflah saya tak boleh nak cerita lebih. Lagi pun saya tak bawak pen dan kertas. Cuma mendengar, kalau silap sila betulkan. Bunyi² pembubaran DUN Perak jelas kedengaran. Mungkin dalam waktu terdekat, insyaAllah. Sebagai rakyat biasa, saya hanya mampu berdoa yang terbaik agar Allah swt memberikan petunjuk kepada insan² di atas sana, maksud saya bukan orang yang telah mati tapi yang masih hidup!

Pesan saya untuk yang nak ke ceramah - sila:
- bawak pensil dan kertas.
- pakai selipar (nak ambil wudhuk senang, mungkin juga boleh buat amal dengan meminjamkannya pada orang lain).
- bawa recorder.
- bawa kamera. Lebih bagus DSLR.
- bawa jajan dan air.
- bawa duit lebih.
- bawa telekung untuk wanita.
- bawa binocular.
- bawa tikar (jika dibuat di kawasan lapang)
- buang air siap².
- dan yang paling afdhal, jangan lupa bawa juga penyokong BN supaya deme boleh dengar sendiri butiran dari mulut orang² yang terlibat. Hidayah kena cari oii... moga deme dapat hidayah itu melalui program sebegini, insyaAllah.



Rindunye nak bergiat dalam jemaah balik..

6 comments:

AKUOKU on May 18, 2009 at 7:57 PM said...

BN tak nak bertanding di Penanti. Takutlah tu. BN mmg gila, tak terfikir oleh kita manusia yg normal ni mereka boleh buat sampai mcm ni. Diorang ni lebih OKU dari OKU. OKB org kurang berfikir.

Sue.Aleen on May 19, 2009 at 7:25 PM said...

AKUOKU:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"". Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai".

(H.R. Ibnu Majah)

berlingomerah said...

saya suka pesanan atau tips kalau nak ke ceramah......

Sue.Aleen on May 21, 2009 at 12:15 PM said...

berlingomerah:
saya suka point akhir tu.. :LOL:

noorra on May 26, 2009 at 11:03 PM said...

Suka ikuti ceramah mcm tu dpt byk maklumat dr mulut pimpinan sendiri. Lebih telus dan tepat.

* kalau nak ke ceramah juga jgn lupa bawa payung. in case hujan.

Masa kat Bukit cempedak tu kami bawa tikar besar utk share ramai2. Mcm berkelah pulak. Habis cermah sempat shopping plak....tu sbb kena bawa duit lebih!!!

Sue.Aleen on May 27, 2009 at 12:26 PM said...

noorra:
ceramah perdana kat shah alam ni best sebab buat dalam stadium tertutup... nanti nak pergi lagilah..

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez