Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Tuesday, June 9, 2009

Apa dia UG ni? Ada sapa tau ka...?


Apa dia Kerajaan Perpaduan ni? Ada tak sesiapa nak huraikan sebelum korang² tu nak tembak dan tempelak TGHH? Saya tak kata saya sokong atau tolak. Cuma saya perlukan intipatinya sebelum kita kata Presiden atau Timbalan Presiden ni fraksi UMNO sebagaimana dakwaan sesetengah pihak yang dok leka dengan rentak jarum UBN ni. Macam hangpa tau segala saja bunyinya? Manalah tau kan.. kot UG tu memang saja nak bagi susah UBN ka?

Moga kita semua ni tidak terperangkap dengan perang saraf mereka! Silap hb hangpa kena main ja dengan media. Sebab utamanya.. nak pecah-belahkan persahabatan dan ukhuwah dalam Pakatan Rakyat serta nak pecah-belahkan PAS itu agar ia lemah.

Pasai apa lepas muktamar banyak cerita yang timbul? Beria betul media laporkan tentang muktamar kali ni. Hangpa tak heran ka? Depa nak bagi hangpa lupa pada persediaan hangpa nak ke Manik Urai kot? Bila hangpa sibuk segala dengan UG yang tak diketahui apa intipatinya ni, hangpa akan pi ke MU dalam keadaan fitnah, hati gundah gulana sama ada nak tolong PAS ka dak (pasai konon PAS ni nak berunding dengan UMNO) dan dengan rasa yang tidak ikhlas. Depa nak divert attention hangpa saja. Sapa pun tak peduli dengan kata Abang Mat - perkara paling susah nak buat - ISTIQOMAH!

Dalam kesimpulan TGHH masa ucapan dasar hari pertama. Point (vi), muka surat 35:

Marilah kita mengeratkan persefahaman dan keserasian setiakawan dan kelancaran bekerja di semua peringkat dalam Pakatan Rakyat, sehingga benar-benar dapat menyerlahkan kredibiliti dan perpaduan Pakatan Rakyat khususnya di semua negeri-negeri yang kita tadbir bagi bersiap sedia untuk menempah kejayaan yang lebih besar dalam PRU ke-13.


Jadi.. apa makna kata² TGHH ni?

Semalam saya tulis saya tak snap gambar masa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi ceramah kan? Nampak sangat saya ni pelupa.


Tan Sri Khalid Ibrahim berucap.


Antara yang hadir.


Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Seingat saya ni.. dia cakap nak runding tu rundinglah tapi yang dia tentang tu kerjasama. Tak taula kalau telinga saya silap pulak. Telinga media lebih canggih... hehehe!






Friday, May 22, 2009

Mahkamah Rayuan Putuskan Dr Zambry MB Perak Yang Sah



Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dengan undian tiga hakim memberi keputusan menyebelahi Zambry.

Hakim Dato' Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Dato' Zainun Ali dan Hakim Dato' Ahmad Maarop memberi keputusannya itu jam 3.50 petang tadi.



22 Mei, 2009 16:15 PM

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ialah Menteri Besar Perak yang sah, Mahkamah Rayuan membuat keputusan hari ini.

-- BERNAMA





Allahuakbar... keputusan ini diterima dengan hati terbuka. Semuanya dengan kuasa Allah swt jua... 

Cadangan mendaftarkan penulis blog - Dr Rais


SHAH ALAM, 21 Mei (Bernama) -- Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini berkata pandangan sesetengah pihak bahawa penulis blog di Malaysia patut didaftarkan perlu diperhalusi daripada segi perundangan.

Beliau berkata perlu dilihat sama ada pendaftaran itu boleh dilakukan mengikut undang-undang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun, katanya penulis blog yang didapati memutarbelitkan fakta boleh diambil tindakan mengikut Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas cadangan itu selepas melawat Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas Selangor di sini, Khamis.

Dr Rais berkata kerajaan juga sedang meneliti akta baru iaitu Akta Tandatangan Multimedia yang diproses sejak tiga tahun lepas, yang akan meneguhkan lagi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Dr Rais berkata beliau mahu para pegawai kementerian meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang internet termasuk blog, sesuai dengan peredaran zaman.

Katanya jika beliau yang telah merentas zaman di bawah lima Perdana Menteri mampu mempelajari perkara-perkara baru menerusi internet apatah lagi para pegawai kementerian.

Beliau berkata Pegawai Penerangan juga perlu mendekati rakyat dan menyampaikan maklumat kerajaan melalui saluran tidak formal seperti berinteraksi dengan masyarakat di kedai kopi, gerai dan pasar.

"Penyampaian maklumat secara kurang formal tetapi secara langsung dijangka lebih berkesan," katanya.

Dr Rais berkata kakitangan kementerian, khususnya Pegawai Penerangan merupakan mata dan telinga kerajaan dan mereka perlu memainkan peranan menyelami hati rakyat.

-- BERNAMA




1- Berapa banyak blog di Malaysia ni? Yang bercerita hal peribadi pun ramai. Jika seseorang itu berblog mengenai negaranya akan tetapi dia sendiri bukan berada di negara ni pula bagaimana ye? Dunia internet ni luas malah merentasi benua. Perlukah juga didaftarkan?


2- Saya pernah tinggal dengan seorang Pegawai Penerangan semasa saya bujang dulu. Aktif berpolitik je dia. Tak de dalam agendanya nak mendekati hati nurani rakyat. Apatah lagi yang tidak sekapal dengannya. Pesan saya pada Pegawai Penerangan, bukan kak Z sorang je, silalah ambil pot dengan rakyat ni. Siapa ada tengok Bersamamu semalam? Sedikit ringkasan mengenainya ada di sini. Pergilah jenguk²kan keluarga ini, malah mungkin banyak lagi keluarga dhaif di luar sana tu. Jangan asyik claim duit OT aje...


3- Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar) telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II. Al-Fatihah kepada antara insan yang dipilih untuk menemuiNya pada pagi Jumaat yang mulia ini. PRK lagi kita lepas Penanti. Ini bukan mainan politik ye!

Sunday, May 17, 2009

Ringkasan ceramah perdana malam tadi


Antara Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim ke 7, perlawanan bola Liga Super 2009 Selangor vs Pulau Pinang di Stadium Shah Alam, perlawanan bola Liga Perdana Inggeris Arsenal vs MU, BUM 2009 di Subang Jaya (Tun Mahathir adalah speaker) dan Ceramah Perdana - Krisis Perak : Demokrasi Tercabar, mana satu pilihan kalbu?

Mahu ke Konsert Akademi Fantasia kena bayar RM50/RM10, Astro pun tiada. Mahu ke perlawanan bola Selangor vs Pulau Pinang tiket kena bayar, Astro pun tiada. Mahu menonton perlawanan Arsenal vs Manchester United, Astro pun tiada. Benci pada bola pula tu, terbayang bola tu seperti kepala cucu Rasulullah saw saja. Mahu ke BUM 2009 kena bayar RM60, apatah lagi tuan speakernya Tun Mahathir.

Allah swt tahu apa yang terbaik untuk kami. Sudah²nya tanpa perancangan kami ke ceramah perdana yang disebar luas ke seantero dunia melalui teknologi terpantas - internet. Anjuran - Jabatan Pilihanraya PAS Negeri dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor. Percuma. Dekat. Cuma bayar duit petrol. Selebihnya Lillahi Taala.. bersedekah sekadar ikut kemampuan.

Senarai penceramah -
1. Sdra Mohamad Radzi Bin Hj Yusof (Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Selangor)
2. Hjh Wan Hasrina Wan Hassan (Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor).
3. YB Ronnie Liu Tian Khiew (Exco Kerajaan Negeri Selangor & Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan).
4. Y.B. Dato' Dr. Hasan Mohd. Ali (Exco Kerajaan Negeri Selangor & Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor)
5. Y.B. Ustaz Nasharudin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS & Ahli Parlimen Bachok)
6. Y.A.B. Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak & Ahli Parlimen Bukit Gantang)

Acara bermula dari pukul 8.00 malam dengan alunan nasyid daripada Saudara Muadz sehingga menghampiri waktu Isyak. Saya langsung tidak sedar air mata terus mengalir apabila video klip tentang Palestin dimainkan. Kemudiannya solat Isyak berjemaah. Saya nak sangat tengok gambar masa ni sebab saya rasa saat ni begitu istimewa. Saya berada di dalam saf pertama wanita.

Sekitar 7.50 malam

Sekitar 8.00 malam

Sekitar 8.30 malam

Sekitar 8.45 malam

Sekitar 9.00 malam

Waktu Hj Nizar memberikan ucapan

Majlis bersurai selepas pukul 12 tengah malam


Acara rasmi hanya bermula pada pukul 9.30 malam dimulai dengan bacaan doa. Kemudian dengan kata² aluan Saudara Mohamad Radzi. Ketika Hjh Wan Hasrina berucap dewan menjadi gamat dengan kehadiran Hj Nizar dan ucapannya terhenti seketika. YB Ronnie tidak menyentuh banyak perihal Perak. YB Dr Hassan Ali menyentuh secara ringkas tentang aktiviti kerajaan negeri Selangor dan menyeru agar rakyat terus mencari golongan miskin. Beliau masih tidak banyak berubah dari beliau yang dulu semasa beliau memegang jawatan MP Parit Buntar. Masih bertenaga dan penuh impresi.

Ini kali pertama saya menonton dan mendengar ucapan Ustaz Nasharudin bin Md Isa. Perwatakannya seperti ramai pemimpin PAS yang lain. Malah mungkin juga seperti Ustaz Taib Azamudeen sedikit. Bersahaja namun masih mampu membuatkan orang ketawa. Kemelut di Perak akan dibawa ke medan antarabangsa. Terutamanya yang melibatkan pencabulan undang² pada sidang DUN pada 7 Mei 2009 kemungkinan akan dibawa ke The Commonwealth Parliamentary Association (CPA), Inter-Parliamentary Union (IPU) dan juga Asian Parliamentary Assembly (APA). Ustaz Nasa juga ada menyebut tentang 11 akhbar antarabangsa yang telah menyiarkan berita negatif tentang Dato Seri Najib namun berita² tersebut tidak dinafikan.

Sebelum Hj Nizar berucap, kami dihidangkan dengan tayangan klip video sidang DUN Perak. Melihat pihak tertentu dengan begitu rakus mencabul undang². Bila wajah² seperti Dr Zambry, Ganesan ditayangkan... dewan menjadi begitu gamat.

Ucapan Hj Nizar dimulakan lebih kurang pada pukul 11.15 malam. Menceritakan secara ringkas dari mula hingga ke akhir tentang krisis di Perak. Beliau juga menceritakan keadaan sebenar di dalam sidang DUN hingga beliau mengiringi YM Raja Nazrin ke kereta baginda. Antara point yang menarik, lebih kurang 30 orang tidak dikenali (disebut sebagai polis) membuat 'human chain' untuk mengasak YB Sivakumar dan yb² lain yang cuba mempertahankan speaker yang sah, namun tidak berjaya. Datang lagi lebih kurang 30 orang dari pintu belakang, mengasak pula dari belakang. Seorang YB PR telah dipijak oleh lelaki² berkenaan. Percubaan mereka berjaya dan YB Sivakumar diangkut keluar dari dewan.

Mufti Perak juga menyaksikan peristiwa tersebut dan ADUN² BN hanya menjadi pemerhati yang duduk di tempat mereka sendiri. Ketika mengiringi YM Raja Nazrin ke lif diraja, SUK Perak tidak membenarkan Hj Nizar masuk ke dalam bersama baginda. Namun YM Raja Nazrin mempelawa Hj Nizar untuk bersama baginda. Bersama di dalam lif tersebut adalah Dr Zambry (disebut Mugabe oleh Hj Nizar. Hj Nizar, mohon sembah derhaka... saya tak suka dengan perkataan ini. Mungkin Hj Nizar terlalu geram. Tetapi kesian pada Robert Mugabe.. dia sendiri tak kenal dengan Dr Zambry..).

Sekembalinya Hj Nizar ke dewan, beliau telah mengarahkan speaker haram - Ganesan untuk keluar dari dewan. Tiba² saja Dr Zambri mengemukakan usul untuk menangguhkan sidang DUN. Ini dipersetujui beberapa ADUN BN yang membuatkan akhirnya speaker tidak sah mengumumkan sidang ditangguh (macam tu je? Abih bersidang dan bergelut nak buat apa? Takat nak lantik speaker? Lantik speaker depan timbalan speaker pulak tu. Cit!!).

Maaflah saya tak boleh nak cerita lebih. Lagi pun saya tak bawak pen dan kertas. Cuma mendengar, kalau silap sila betulkan. Bunyi² pembubaran DUN Perak jelas kedengaran. Mungkin dalam waktu terdekat, insyaAllah. Sebagai rakyat biasa, saya hanya mampu berdoa yang terbaik agar Allah swt memberikan petunjuk kepada insan² di atas sana, maksud saya bukan orang yang telah mati tapi yang masih hidup!

Pesan saya untuk yang nak ke ceramah - sila:
- bawak pensil dan kertas.
- pakai selipar (nak ambil wudhuk senang, mungkin juga boleh buat amal dengan meminjamkannya pada orang lain).
- bawa recorder.
- bawa kamera. Lebih bagus DSLR.
- bawa jajan dan air.
- bawa duit lebih.
- bawa telekung untuk wanita.
- bawa binocular.
- bawa tikar (jika dibuat di kawasan lapang)
- buang air siap².
- dan yang paling afdhal, jangan lupa bawa juga penyokong BN supaya deme boleh dengar sendiri butiran dari mulut orang² yang terlibat. Hidayah kena cari oii... moga deme dapat hidayah itu melalui program sebegini, insyaAllah.



Rindunye nak bergiat dalam jemaah balik..

Wednesday, May 13, 2009

D-Day for Khir Toyo in privileges panel inquiry


Wednesday May 13, 2009
By EDWARD RAJENDRA


SHAH ALAM: Former Selangor Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo who did not attend the state privileges committee inquiry in March and made negative media reports on it will know his fate next Tuesday.

A decision will be made based on his explanation yesterday over his failure to attend the Select Committee on Competence, Accountability and Transparency (Selcat) inquiry and attacking it in the media.

Also giving their reasons yesterday for attacking the inquiry in the media in March were assemblymen Datuk Warno Dogol (Sabak Bernam), Datuk Mohd Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), Mohd Isa Abu Kassim (Batang Kali) and Datuk Marsum Paing (Dengkil).

In the eight-day Selcat inquiry in March witnesses had testified that millions of ringgit from the state’s business arm were squandered by Balkis, a charity headed by Dr Khir’s wife Datin Zaharah Kechik while he was in office.

Yesterday, Dr Khir told reporters after a closed-door inquiry that he was barred from making any press statements on the meeting.

“Just cannot say anything because the privileges committee chairman Teng Chang Khim has told me so,” he said.

Teng later said that he too was bound by the Standing Orders and could not reveal matters that transpired in the inquiry.

“If all of them are found guilty they could be asked to apologise, be given a warning, suspended from the state assembly or even be stripped of their salaries and allowances,” he said, adding that he had previously been suspended for 30 months during Dr Khir’s administration.

[...]



Macam²lah Pak Khir & the geng ni... simple thing also cannot do meh.. Pergi je la menjawab kalau tak salah. Kat dunia bleh la nak 'lari', kat Padang Mahsyar nanti nak tak nak kenalah bersemuka dan menjawab. Anggota lain memberi kesaksian sedangkan mulut terkunci rapat.

Allah berfirman dalam surah Taha, ayat 124-126 bermaksud:

"Dan barang siapa berpaling daripada peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannnya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: "Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."


Monday, May 11, 2009

Pesan Mursyidul Am PAS


KOTA BHARU : YAB Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan beberapa kenyataan dan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia sebentar tadi sebagaimana di maklumkan melalui talipon oleh sdr. Mat Ali semasa dihubungi sebentar tadi. Beliau bersama Tok Guru semasa pengumuman kemenangan Nizar di umumkan.

Kata Tok Guru :

"Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"

Selain itu dimaklumkan setelah Tuan Guru menerima berita itu beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur.

Sumber : KedahLanie..!!


Alhamdulillah ya Allah kerana Engkau menerima doa orang yang sabar dan dizalimi. Ameen....

Friday, May 8, 2009

Kronologi Sidang DUN Perak 7 Mei 2009 & gambar pilihan


olahan dari YB Idham Lim diambil dari de' anje online:

8.20 pagi: Kami mula bergerak ke DUN Perak Ipoh. Hampir 100 orang bersama puluhan polis yang berkumpul hadapan hotel penginapan kami, sebelum bergerak ke dewan.
Segala persiapan yang perlu telah kami lakukan untuk mempertahankan hak rakyat Perak yang dicintai. Penyokong mengerumuni MB Nizar semasa sampai dihotel pagi tadi

8.27 pagi: Kawalan ketat untuk ke Dewan Undangan Negeri. Dalam perjalanan ke Dewan Undangan Negeri saya menempuh 4 sekatan polis walaupun hotel penginapan kami hanya sekitar 1 km dari Dewan Undangan Negeri.

Inilah keadaan yang menampakkan sengaja dicipta untuk menyusahkan pergerakan kami ke Dewan Undangan Negeri. Sementara itu satu notis pihak polis telah ditampal di sekitar Ipoh merupakan arahan mahkamah yang melarang orang ramai mendekati 500 meter dari bangunan Dewan Undangan Negeri.

8.35 pagi: Ahli Parlimen Ampang ditahan. Ahli Parlimen Ampang, YB. Pn. Zuraidah ditahan ketika cuba masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri, di pintu hadapan bangunan.

9.10 pagi: Kami dihalang oleh polis Masuk Ke Dewan. Seramai 16 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya yang sampai sekitar 8.45 pagi tadi telah dihalang oleh polis untuk masuk ke dalam dewan Negeri tempat Persidangan yang akan diadakan pagi ini.

Walaupun dengan alasan untuk meletakkan barang sebelum perbarisan diadakan kami gagal untuk masuk sehingga sekarang. Kawalan dari polis sangat ketat dan saya beranggapan Sidang Dewan yang paling ketat dikawal polis setakat ini dalam sejarah demokrasi dunia.

Doakan keselamatan kami.

9.20 pagi: Kami berada di hadapan pintu Dewan. Kami berada di hadapan pintu masuk menunggu pintu dewan yang dimaklumkan oleh pihak polis cuma akan dibuka jam 9.45 pagi nanti.

Semua barang yang dibawa diperiksa dengan teliti dan di scan berkali. Saya menyaksikan hampir 50 orang polis yang berkawal di dua pintu masuk yang dibuka

9.45 pagi: Kami masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk telah berubah, kami mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.

Kedudukan kami sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak.

9.55 pagi: Apabila ADUN Lompat Jelapang ke Dewan, kebanyakan ADUN DAP menyoraknya dengan panggilan KATAN dengan suara yang kuat.

Hee duduk di bahagian tempat duduk ADUN BN. Kelihatan sama OSMAN dan JAMALUDDIN, ADUN lompat dari Behrang dan Changkat Jering.

10.00 pagi: Penasihat Undang-undang diarahkan keluar ikut Ketetapan Speaker semasa masuk ke Dewan sebelum dewan bersidang ialah:
1. Minta orang yang tidak dijemput keluar dewan. Saya ada senarai di sini.
2. Kedudukan tempat duduk ikut sebelum ini.
3. Saya tidak mahu 7 digantung berada dalam dewan sebab mereka digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, bukannya saya. kalau tidak keluar saya tidak mahu mulakan mesyuarat.
4. Kepada 3 orang yang meletak jawatan juga diarah keluar.
5. Saya mahu kesemua yang tersebut termasuk Penasihat Undang-undang keluar dewan.
6. Saya tidak masuk siapa-siapa bercakap sebelum mereka keluar dewan. Saya buat keputusan dengan jawatankuasa yang dilantik oleh dewan ini.

Mereka yang dihalau speaker belum keluar dewan, YB Tajol Rosli didapati bangun untuk mencelah tetapi tidak diizinkan oleh Speaker.

Menurut perintah Tetap 11 adalah sah dan itu hak saya, Umum Speaker. Speaker masih mengulangi arahan supaya keluar Dewan

10:10 pagi: Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat SPeaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.

Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR. Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.

Kepada 10 orang masih belum keluar, Speaker berulang kali mengatakan Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar.

10.20 pagi: Keadaan kecoh berlarutan. Pangkor cuba mengemukakan usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula, dan suasana dalam dewan semakin kecoh.

keadaan kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak adun masuk kedalan dewan setengah jam yang lepas. Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula.


10.30 pagi: Arahan speaker masih belum di ikuti. Sidang masih tidak dapat dimulai, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.

Sementara itu Speaker berulangkali keputusan mengantung dilakukan oleh JK Hak dan Kebebasan, itu bukan keputusan saya. saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh JK yang dilantik dalam dewan ini.

Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUN PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digantung oleh speaker.


10.40 pagi: Hee, timbalan speaker cuba ambil kuasa Speaker yang masih sah.
Hee dikerumuni oleh ADUN PR ketika cuba merampas kerusi Speaker. ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat.

Cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.

saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir.

10.50 pagi: BN Rampas kuasa Speaker dalam dewan, Ganesan dicalonkan sebagai Speaker baru. ADUN BN sedang berkerumun adun Jelapang dalam dewan semacan sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.

Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.

Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.

11.00 pagi: Ganesan angkat sumpah dimeja ADUN yang dikelilingi ADUN BN sebagai speaker haram. Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker)

ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan.

ADUN Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram. Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat.

11.10 pagi: Ganesesan sedang meneruskan Sidang Haram. Ganesan cuba merampas kuasa Speaker...lucu Sidang Haram Sedang berlangsung.

Ganesan di meja ADUN sedang mengendalikan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap Dewan Negeri.

Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demokrasi.

Lucu, aneh, tapi benar...

11.18 pagi: Speaker Sivakumar umumkan semua Usul yang sedang dibentang BN telah ditolaknya di dalam kamar bertarikh 7 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditangguh sejam dan diterima oleh Sidang Haram (ikut skrip) iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.

Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.

11.30 pagi: Walaupun Sidang Haram umum tangguh sidang namun ADUN BN masih tidak keluar dewan. Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan.

Semasa mengumumkan demikian dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak.
Sekarang keadaan kembali tegang. dan sesekejap sunyi kembali.

Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?

11.44 pagi: Saya telah arahkan ADUN PR jangan keluar kalau tidak perlu. Semua ADUN PR saya pohon kepada mereka semua jangan keluar jika tidak ada sesuatu yang penting perlu dilakukan. Sekiranya mereka yang ingin keluar walaupun untuk ke tandas mereka saya pohon keluar berdua.

Sementara itu Speaker yang masih sah, Sivakumar masih berada dikerusinya dan tidak berganjak. Kekuatan, ketegasan mereka nampak lebih kuat pada hari ini sehingga ada yang membuat cerita lucu : "silap jampi oleh bomoh, makin kuat bukan makin lemah ".

12.23 tgahari: Banyak Ahli Parlimen PR ditangkap diluar bangunan Dewan Negeri. Saya menerima berita ramai dikalangan ahli Parlimen PR yang datang untuk menyaksikan sidang pada hari ini ditangkap, dari beberapa SMS dan makluman dari talipon yang diterima oleh rakan disebelah saya dalan dewan, ADUN Kuala Kurau, YB. Yunus, beliau memaklumkan antaranya Ust. Mujahid, Sdr. Tian chua,dan Yb. Salhuddin.


12.35 tghari: Keadaan tenang di dalam Dewan. Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya di bawah pokok dan satu di bawah syiling.

Kelihatan semasa ini Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sedang berada di kerusinya dan tidak berganjak sedikitpun dari tempat duduknya sejak pagi tadi.

12.20 tghari: Tadi baru beliau memaklumkan kepada dewan bahawa sidang tidak akan dimulai jika mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.

12.30 tghari: Ganesan cuba jalan tugasnya tetapi dihalang ADUN PR keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan. Hee dikerumuni oleh ADUN-Adun PR dengan pelbagai macam-macam kata dalam bahasa yang saya faham.

Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya.

Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.

12.49 tghari: Speaker berulang kali arah speaker haram keluar dewan Ganesan di kerusi ADUN dengan jubah Speaker haramnya Speaker sivakumar disabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.

1.00 tghari: Ganesan tangguh sidang satu jam lagi... Ganesan cuba mengendalikan Sidang Dun kali kedua. Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menengelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.

Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi.

Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam.

1.21 tghari: Lega bila ke tandas, dah tahan nak ke tandas sejak pagi tadi.... Pergi tandas pun hari ini berbekalkan sebotol air mineral bila dimaklumkan oleh teman-teman semacam air dicatu bila tandas dah tidak ada air.

Saya tidak pasti kenapa ini boleh berlaku, dan tidak pernah berlaku sebelum dari ini. Seingat saya dalam 3 sidang dibangunan ini sejak awal kemenangan Pakatan Rakyat Di Perak tahun 2008 dulu air ditandas tidak pernah kering...

Adakah ini juga sabotah kepada kami ADUN ? seperti pembesar suara speaker yang sudah tidak berfungsi.

2.03 petang: Hampir semua ADUN PR dan BN berada di Dewan. Ganesan dihalang oleh ADUN PR diiringi dengan laungan bubar Dun.ADUN PR suruh dia keluar sebab dia bukan ADUN. ‘Sidang Syiling’ haram Sidang yang ditangguhkan sejak sejam yang lepas akan dimulakan bila-bila masa. Jangkaan seterusnya amat sukar untuk dipastikan setakat ini.

Menurut maklumat yang saya terima Raja Muda Perak masih berada di kamar Diraja untuk menerima isyarat bagi merasmikan sidang pada hari ini.

Kekecohan mengenai status 3 katak dan 7 ADUN yang digantung mewarnai perjalanan DUN Perak pada hari ini.

2.17 petang: Kecoh Hampir ke Kemuncaknya. Ganesan dikerumuni ADUN Pakatan ketika cuba memulakan sidang pada 2.05 petang Keadaan sekarang sangat kecoh dan bising dan hampir berlaku pergaduhan dalam dewan.

Bentara pula hendak rampas kuasa speaker. Keadaan berlarutan sebentar tadi bila bentara cuba membuat pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan

2:20 petang: Polis masuk campur. Polis sekitar 20 orang masuk campur termasuk yang berpakaian seragam menceroboh ke Dewan Perak yang mulia.

Terdapat usaha merampas kerusi Speaker

2.40 ptg: Pergelutan di meja Speaker oleh BN. Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis.

Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan.

3.05 petang: BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis.

Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.

Speaker Haran, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.

3.10 petang: Sidang diceroboh masuk puluhan orang yang tidak dikenali. YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini!

ADUN OKU dari Aulong duduk di meja Speaker bagi menghalang Ganesan duduk di situ. Inilah deretan pendatang yang haram yang merampas kuasa Speaker

Siapakah mereka yang misteri ini?
Siapakah mereka ini?

Suasana tegang di kerusi Speaker. Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.

Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.

Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.

Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.

3.21 petang: Raja muda Perak masuk ke dewan. Kelihatan Dato' Seri Nizar dan Dato' Ngeh turun dari pentas Diraja selepas mengadap Raja Nazrin

Raja Nazrin sedang bertitah merasmikan Sidang DUN penuh bersejarah

Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.

Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.

Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.

Sebelum Sidang bermula sekali DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.

Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian.

4.07 petang: Raja Nazrin Perkenan untuk bersalaman dengan semua ADUN

Raja Nazrin bersalaman dengan ADUN-ADUN setelah habis bertitah.

Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".

Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.

Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

4.15 petang: Sidang Akhbar
Pada hakikat ada persidangan, kerana perintah awal tidak diikuti maka kami menghormati perintah Speaker.

Bagaimana hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas. DUN Perak telah dilacur dengan begitu dasyat dengan kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina dewan cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun.

Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat.

BN meletakkan orang yang haram jadi Speaker. Sidang hari ini tiada dan tidak sah.

Terima kasih kepada semua media yang bekerjasama dengan baik.

Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah.

4.40 petang: Kenyataan Speaker Sivakumar. YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini! Saya tidak iktiraf Ganesan sebagai Speaker kerana saya telah tolak usul perlantikan Speaker.

Saya dibawa ke satu bilik oleh polis, saya jatuh 2 kali. Media juga maklumkan seramai 8 orang telah dikasari dan ada yang koyak bajunya.

Saya diletakkan dalam satu bilik sekitar jam, yang jelas semua arahan Speaker telah diingkari. Dari awal Speaker telah dihalang dengan usaha untuk menghalang media dari masuk untuk membuat liputan.

Kenapa ada arahan orang luar masuk dengan ada tanda nama, sebaliknya saya mohon 7 Ahli Parlimen masuk tapi ditolak. Jadi jelas ada campurtangan pihak lain keatas kuasa Speaker.

4.49 petang: Nizar : Saya akan segera mengadap Tuanku untuk mohon bubar DUN
Saya dalam masa terdekat untuk mengadap Tuanku untuk memohon Perkenan bubarkan DUN Perak.

Hubungan saya dengan pihak Istana baik dan saya akan menggunakan hubungan baik ini untuk mohon mengadap kata Nizar dalam sidang media sebentar tadi.




Antara gambar pilihan saya untuk ditatapi oleh anak² dan cucu-cicit saya, insyaAllah. Speaker tidak lagi kebal ya tuan²!


Al-Anfal [8:60] : Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya.

Al-Anfal [8:61] : Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Al-Anfal [8:65] : Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu) dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.



Sabar beb sabar... ramai yang saya tengok dah hilang sabar. Sebenonye teman pun rasa geram gak, yob! Di dalam buku 'Rampasan Kuasa Negeri Perak, Durjana UMNO-BN : Siapa Menteri Besar Perak yang SAH Mengikut Undang-Undang?', telah dinyatakan 2 kebarangkalian dan kemungkinan, antara hikmah yang tidak diketahui di sebalik rampasan kuasa yang tidak bermoral ini. Kita mesti percaya ada hikmahnya di sebalik sesuatu kejadian.

Seperti Hj Nizar yang berprasangka baik dengan pihak Istana, saya percaya ada perkara tersirat cuba ingin disampaikan oleh pihak Istana. Ini telah terbukti dengan episod hitam dalam sejarah negara semalam. Kebobrokan ameno telah pun ditelanjangkan secara tidak langsung, wallahu'alam.

Thursday, May 7, 2009

Senak perut..


Senak perut bila ikuti sidang DUN Perak yang sedang diadakan. Cacamarba! Namun perlu juga ditahan sepertimana YB Idham yang mampu bertahan sehingga ke tengahari tadi. Apa barang beb sampai tandas pun takleh guna? Kalau tak ikut nanti tak best la.. ini sejarah.. sejarah robeknya satu demokrasi!! Robek dek manusia yang membuat tapi dengan sukahati melanggar pula undang² yang mereka cipta sendiri. Undang² pilih kasih!

Saya selaku anak jati Perak menyokong penuh pembubaran DUN. Bubarkan saja DUN Perak!! Paling tidak pun di 3 tempat katak² yang melompat. Kalau aku jumpak katak ni mau je aku penyekkan deme cam lempeng pisang. Lempeng pisang bleh tahan lagi. Bleh gak makan! Oh ya.. kasihan si katak.. tak pasal² disabitkan dengan orang² yang tidak bertanggungjawab. Hampeh punya orang!! Paling ironik, si Hee boleh pula hadir padahal sebelum ni tuan kedai pun halau dia. Bleh plak hilang pastu muncul semula...

Apa rasionalnya tidak dibubarkan DUN sampai berlakunya krisis berpanjangan seperti ini? Cukup²lah... kembalikan saja hak rakyat! Kesabaran tetap saja ada hadnya. Kami juga tidak buta dan pekak... Yang zalim tetap zalim... meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya tetap saja perlakuan zalim.

Malu aku beb! Dunia luar memerhati, pelabur lari... sejarah tidak akan dapat diubah!

Wednesday, April 8, 2009

Media bertaraf dunia?


Bertaraf dunia apa bendanya kalau hanya tulis seperti di bawah:


BN 1, Pas 1, PKR 1 - Utusan Malaysia Online

Barisan Nasional (BN) kekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, Sarawak.

Pakatan pembangkang pertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah.

Keputusan status quo sama seperti kedudukan dalam pilihan raya umum lalu.

Semua calon Bebas hilang wang pertaruhan.

Ramai pengundi bukan Melayu Bukit Gantang dan Bukit Selambau sokong pembangkang.



Jangan lupa no.. ramai kat oversea nun tahu berbahasa Malaysia/Melayu. Tak yah ambil contoh jauh. Buktinya pidato baru² ini yang disiarkan melalui TV1 tu pun cukuplah.

Oh! Mungkin sebab nak ikut stail Korea Times kot. Korea Times langsunglah tak tulis apa².. Hish! Malu pula jadi rakyat Malaysia jika ini pandangan media antarabangsa terhadap pemimpin tertinggi negara. Macam mana nak tarik pelabur weihhh...


Sumber dari Korea Times


Lihat juga:-
1- Scandals Cloud Succession in Newly Unsure Malaysia.
2- Un cadavre très dérangeant (akhbar Liberation, Perancis. Saya tak pandai berbahasa Perancis tapi telah membaca terjemahannya).


p/s : Bukan Batang Ai ke? Urmmm...

Badan bebas kaji punca kekalahan : Muhyiddin


Badan bebas kaji punca kekalahan - Utusan Malaysia Online

TAIPING 7 April – Satu badan bebas akan ditubuhkan bagi mengkaji dengan lebih tepat punca kekalahan Barisan Nasional (BN) di kawasan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mencadangkan perkara tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Penubuhan badan bebas ini supaya kita dapat mengetahui secara lebih tepat sebab-sebab kekalahan sama ada dari sudut jentera atau apakah isu yang sebenarnya telah mempengaruhi pengundi,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.

Muhyiddin yang merupakan Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional (BN) berkata, badan bebas tersebut akan diwujudkan secepat mungkin sebaik sahaja mendapat persetujuan daripada pucuk pimpinan.

Katanya, hasil kajian bukan sahaja akan digunakan sebagai panduan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau tetapi di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi sebarang pilihan raya kecil akan datang.

Ditanya adakah kekalahan di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil ini merupakan isyarat rakyat terhadap perubahan dalam pentadbiran kerajaan, kata Muhyiddin:

“Mungkin ada perkara-perkara tertentu yang lebih terfokus di sini atau berkaitan dengan isu-isu nasional, ini akan kita teliti. Bagi saya, ini bukan satu yang disebutkan referendum tentang soal kepimpinan.

“Mungkin faktor kepimpinan Datuk Seri Najib ini baru sangat, ia belum menyerap masuk dalam jiwa pengundi. Tetapi saya yakin bila pimpinan baru ini mula menjalankan tugas dan telah dapat melihat pembaharuan dan perubahan di bawah, kita harap keraguan rakyat dapat diyakinkan,” katanya.

Mengenai sama ada tarikh pilihan raya yang hampir dengan Perhimpunan Agung UMNO antara penyebab kekalahan, tegas Muhyiddin, semua pihak harus menerima keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Apa pun katanya, selepas Perhimpunan Agung UMNO, rakyat dapat melihat wujud perubahan tetapi kesannya mungkin terlalu awal untuk diterjemahkan.

Tentang pengundi Cina, jelas Muhyiddin, BN akan mengkaji segala kemungkinan tersebut menerusi badan bebas yang akan dilantik itu.

Dalam masa sama, beliau menolak pendapat yang mengatakan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyumbang kepada kekalahan sebaliknya berpendapat ia memberi kesan positif kepada perpaduan UMNO.

Kata Muhyiddin, kekalahan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau merupakan satu cabaran baginya dan beliau bersedia memikul tanggungjawab tersebut.

Terdahulu, Muhyiddin mengucapkan tahniah kepada calon Batang Air, Malcom Mussen Lamoh dan jentera BN yang telah bekerja keras memenangi kerusi ditandingi.

“Nampak di Sarawak, sokongan kepada BN masih kukuh walaupun kawasan ini kawasan pedalaman mereka masih kuat menyokong BN,” ujar beliau.

Menurut Muhyiddin, BN menerima keputusan yang telah dibuat oleh pengundi di kedua-dua kawasan yang tewas tersebut.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

“Walaupun kita telah bekerja keras, Menteri Besar (Zambry) sekali turun ke bawah menjelaskan semua perkara tetapi tidak cukup menyakinkan.

“Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada jentera kita dari Perak, luar Perak, turun membantu, bekerja keras.

“Demikian juga di Bukit Selambau, kita terima kekalahan ini walaupun majoriti meningkat, tetapi apa pun ini keputusan yang kita telah terima,” katanya.



--------------------------


1- Halloooooo.... lagi nak bawak MBH Zambry ni, lagi nak kata dia turun padang nak jelaskan keadaaan tetapi tidak cukup meyakinkan... perkara kecik macam ni la yang menyakitkan hati aku sebagai seorang rakyat Perak. Kenapa yang kat atas sana nun tak paham? Tak payah nak usung orang tu sekali sebab dia bukan MB pilihan kami. Jangan sebut dia MB, cukuplah setakat panggilan saudara atau pun Dr.

2- Tak payah nak tubuh badan bebas. Cuba buat questionairres bagi kat setiap rakyat Perak dan buat conclusion daripada situ antara MB mana di hati rakyat, MB mana yang tidak berada di hati rakyat. Paling tidak... bukak internet. Tengok sendiri bagaimana budaya politik baru di maya. Baca sendiri komen² tentang kerajaan sekarang. Silakan! Bukannnya susah pun.

3- Kenyataan² Muhyiddin sama sekali menggambarkan bahawa BN masih dalam 'state of denial' tahap tertinggi. Bukan refenderum ka? Ni rakyat bawahan dah 'bersuara'. Kenapa masih belum mengerti?

Takziah dalam kesyukuran...


Alhamdulillah... tiada kata² yang mampu dituturkan ketika ini selepas resah menunggu. Tidak tergambar pula dengan kata² syukur tak terhingga ke hadrat Yang Memiliki alam ini. Dialah yang Maha Berkuasa. Jika saya di sini merasainya, apatah lagi yang turun dan terlibat secara langsung dengan 3PRK kali ini. Mesti terasa amat manis.

Masih terbayang saat dan detik seperti di dalam Youtube di bawah. Sangat menyentuh dan menggamit memori.





Untuk rekod sejarah (diambil dari Malaysiakini):-




Calon PKR S Manikumar meraih 12,632 undi, meninggalkan calon BN Datuk S Ganesan dengan 10,229 undi.

Ahli perniagaan muda itu, yang bakal dilantik exco kerajaan Kedah, mendapat majoriti 2,403 undi, lebih 40 undi daripada majoriti V Arumugam yang melepaskan jawatan dan kerusi tersebut dengan alasan nyawanya diancam.

Kesemua 13 calon bebas hilang wang deposit - mencipta satu lagi rekod selepas kertas undi terbesar dalam sejarah Malaysia.

Senarai lengkap dan jumlah calon bebas:

R Loganathan - 31
Tan Hock Huat - 78
Mohd Radhi Mat Lazim - 25
Mohd Fadzil Wahab - 83
Abdul Rahim Abu - 60
L Sarala - 49
A Jayagopal - 35
S Moganakumar - 46
Khamis Awang - 29
Husaini Yaacob - 257
Venason Michael - 32
Mejar (B) Anuar Abdul Hamid - 528
T Chandrarajan - 73



Terima kasih tak terhingga kepada semua petugas dan sukarelawan yang terlibat. Kepada bloggers, you rawks! Saya menjadi penunggu setia blog Albanjari (sampai blog dia capai hit 1mil petang tadi. Bukan sebab sayalah... sebab orang lain pun sama. Syabas!), Cyberboron dan Perisik Rakyat sepanjang hari ini. Gambar di sana sudah cukup bercerita. Saya rasa teruja. Hanya Allah swt saja yang dapat membalas jasa² kalian membawa berita yang segar dan benar hasil dari pengalaman sendiri.

Dato' Seri Ir Mohammad Nizar... takziah mengiringi alhamdulillah.. betapa berat amanah ini. Dan untuk semua, ingatlah pesan TGNA lebih kurang kata²nya, kita sedang berdakwah, jangan ditambah luka mereka. Jika tidak, mereka akan lari. Kita seharusnya lebih merendah diri dengan kemenangan ini.

Entah mengapa hati tiba² merindui mantan Mufti Selangor, Allahyarham Hj Ishak Baharom. Al-Fatihah...


p/s : Seronok tonton analisa Awani pusingan kedua... yang ada Saudara Nobisha tu...

Saturday, April 4, 2009

Lagi tentang title IR...


Saya nak copy-paste satu artikel soghat habo... soghat habo deme la.. soghat habo sape lagi. Lepeh ni idak tau le kalo masih idak paham dan sesaje nak cari salah orang je. Moga hati yang busuk tu cepat terbuka la ye.... udahnye soghat habo deme ngaku sendiri yang Nizar, an engineer by profession.. ape lagi nak dikate ye dak... ke deme sendiri tak bace paper? Udah terang lagi bersuluh weih...


Monday December 29, 2008
MB: We’ll protect mangrove forests
By CHRISTINA KOH


Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (centre) receiving his Honourary Fellowship Award from Institution of Engineers Malaysia president Datuk Paduka Keizrul Abdullah. With them is IEM Perak branch chairman Angus Ang (left).



THE Perak Government will not legalise any prawn farm found to be endangering fragile coastlines and mangrove areas, said Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

He said the state was currently only asking some 5,000 prawn breeders in the state to provide feedback on the status of their farms before evaluating whether it would legalise the industry.

“We are not legalising it (the industry) now,” he told reporters after receiving an Honorary Fellowship Award from the Institution of Engineers Malaysia (IEM) in Ipoh recently.

“If it is proven that the farms are endangering the shoreline and species, we will not give approval. We will suggest another place for them.” he said after Sahabat Alam Malaysia president S.M. Mohamed Idris expressed shock that the Pakatan Rakyat government wanted to legalise the estimated 3,000 illegal prawn ponds in Manjung’s mangrove forests.

The environment group had described it as “akin to rewarding the law breakers” and encouraging other states to follow suit.

Last month, state executive councillor Nga Kor Ming had said the government was considering a new policy to legalise the industry to protect the farmers’ interests and check excessive encroachment into mangrove swamps.

Nizar said the state would give consideration to those prawn farmers whose farms were located on state land but not slated for future projects, while alternative land would be offered to the rest.

On another matter, he said the state was preparing a working paper to include all district engineers as members of their district action committees.

He said having the input of engineers earlier in the planning stage would help prevent future disasters like the Highland Towers and Bukit Antarabangsa tragedies.

Nizar, an engineer by profession, said engineers were often sidelined and tended to only be called when there was a problem.


Sumber : The Star Online.

Ada Apa Dengan Title Ingénieur Nizar...


Ada² saja kepelikan pada perkara² remeh di dunia blog ini. Terbaru yang membuatkan saya teruja untuk mencari kebenaran adalah penggunaan title IR, kependekan daripada Ingénieur (abbreviation for the title of Engineer, a person practicing the profession of engineering).

Walau pun isu nampak remeh, persoalan di sini adalah kredibiliti. Jika benar ada salah guna title IR, maka yang pasti ada pihak yang menipu. Jika tidak, maka tahi² akan terpalit semula kepada orang yang memulakan isu haprak sebegini. Lagi ada isu remeh, lagi kami teringin mengetahui kebenarannya. Lagi banyak ilmu boleh dapat (terima kasihlah pada yang memulakan isu. Kerana anda, saya tahu sikit benda yang saya tak tahu langsung- syukran!).


Sumber dari IEM (format pdf)


Bagi terang sikit:

MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (14616)
B.SC.(ASTON IN BIRMINGHAM) 0012 M 1982 MIEM, P.ENG 004 4/24/1993

Sila fokus kepada perkataan P.ENG. Dalam ruangan FAQ The Institution of Engineers Malaysia (IEM), tertera soalan di bawah dan IEM telah menjawab bagi persoalan tersebut:

5. What is P.Eng.?

P.Eng. stands for Professional Engineer. It is a term referred to qualified engineers practicing with license from the Board of Engineers Malaysia. Professional Engineers in Malaysia commonly use the title "Ir." instead of "Mr."



6. How to become a P.Eng.?

An engineer who has just graduated with a recognised qualification must register with the Board of Engineers Malaysia. He/she can then start to obtain the necessary training and experience, normally four years, before he/she can attempt to sit for the Professional Interview, an exam to qualify Graduate Members of IEM to be transferred to Corporate Members. Corporate Members of IEM can then apply to upgrade their status to P.Eng. with the Board of Engineers Malaysia.



Dari Wiki:

Professional Engineer (various abbreviations--see below) is the term for registered or licensed engineers in some countries who are permitted to offer their professional services directly to the public.

The term Professional Engineer and the actual practice of professional engineering is legally defined and protected by a government body. In some jurisdictions only registered or licensed Professional Engineers are permitted to use the title, or to practice Professional Engineering.

The earmark that distinguishes a licensed/registered Professional Engineer is the authority to sign and seal or "stamp" engineering documents (reports, drawings, and calculations) for a study, estimate, design or analysis, thus taking legal responsibility for it.



Badan pendaftaran jurutera bukan hanya ada satu. Tapi ada juga untuk luar negara seperti APEC Engineer Register dan Asean Engineer Register, malah mungkin lebih lagi untuk negara seperti di Eropah. Terma P.Eng ini digunakan di Bangladesh dan Kanada contohnya.

Dari sumber wiki yang sama jugak:

In Canada, regulation and registration are accomplished through a self governing body, that is given the power to register and discipline engineers as well as regulate the field of engineering in their province, such as Professional Engineers Ontario. Many of these associations are also responsible for regulating other related professions. The process for registration is generally as follows:

1. Graduate with a degree from an accredited program in engineering or applied science,
2. Complete an Engineering Intern Training program under the direction of a P.Eng. (This is a minimum four-year program) - sama program macam BEM
3. Review of work experience by the Association,
4. Pass a professional practice exam (essentially an engineering ethics and law exam).



Ada pihak kerjanya dok cari salah orang dan selindungkan kebenaran. Buat isu tanpa penyelidikan teliti. Mungkin jugak baca tak berapa nak habis.

Satu persoalan, takkan IEM salah taip kot perkataan P.ENG di belakang nama Nizar? Jika ada unsur penipuan, apa kata buat je bantahan atau laporan polis memandangkan IR itu adalah "legally defined and protected by a government body". Amacam? Kang kalau kata bengap, marah pulak kang...


p/s : Pernah tolong isi borang CPD bos... seorang jurutera professional yang tak guna title IR pun...

Thursday, April 2, 2009

PNSB Biaya Lawatan Khir Toyo RM1 Juta Ke Disneyland


Saya selalu menonton berita NTV7 bagi mengimbangi berita TV3 suku yang cukup memualkan. Boleh muntah hijau! Cerita pasal pembangkang ni jangan harap nak keluar.... Keep it up NTV7... kalian boleh improve lagi. Rakyat memang dahagakan kebenaran... Teruskan melapor berita bukan ulasan seperti yang dibuat oleh pihak yang lain.



Kalau tak salah, saman je la balik... sama jugak dengan perkataan A******** dan Institusi DiRaja yang tidak boleh disebut sepanjang tempoh berkempen di Bukit Gantang. Kalau anda berada di pihak yang benar, kemukakan saja saman kepada pemfitnah² itu. Kita tengok... siapa yang berani dan benar di mahkamah kelak!

Tuesday, March 31, 2009

Alangkah syioknye menge'PAU' duit Balkis!


Cerita di Selangor (& Perak) sentiasa menarik perhatian. Ini adalah kerana saya sendiri telah bermastautin di Selangor sejak dari zaman belajar, seterusnya bekerja malah mendirikan rumahtangga dengan seorang anak jati Selangor. Saya tinggalkan saja isu politik murahan seperti yang berlaku di Masjid Simpang, Taiping.

Suami saya bekerja dengan salah satu anak syarikat PKNS. Oleh itu, berita² sensasi kami dapat secara langsung. Dia seringkali 'mengupdate' (maaf, saya bukan produk PPSMI) tentang apa yang berlaku terutamanya yang terpanas ketika ini tentang hasil siasatan SELCAT (The Selangor State Assembly’s Special Select Committee on Competence, Accountability and Transparancy) yang kesemuanya melibatkan PNSB.

Saya juga pernah bekerja dengan beberapa buah syarikat pemaju sebelum ini. Cerita tentang penyelewengan duit syarikat untuk ahli politik bukanlah cerita baru. Salah satu syarikat tempat saya bekerja pernah berhadapan dengan karenah bekas MB yang meminta RM1.5 juta untuk projek kecil seluas 11 ekar, begitu juga dengan exco setinggannya ketika itu. Semua wang yang keluar ini adalah tanpa rekod bagi mengelakkan bukti ditemui ketika siasatan dibuat. Projek di mana tak perlulah saya cerita.

Bila menghadiri satu mesyuarat teknikal di sebuah majlis bandaraya, seseorang berjawatan tinggi dan yang pasti mempunyai bidang kuasa meluluskan projek A, telah menanyakan saya tentang projek B dengan harapan beliau akan mendapat beberapa buah rumah. Majikan saya tidak memenuhi kehendak itu dan anda tahu apa yang terjadi pada akhirnya, projeknya masih belum lulus sehingga kini. Itu belum cerita kerenah PTD.

Cuba anda bayangkan jika untuk projek kecil seluas 11 ekar, si polan boleh mendapat habuan RM1.5 juta, apalah sangat jika dibandingkan dengan beratus-ratus ekar yang dibina oleh pemaju lain. Maka tidak hairanlah kiranya si polan mampu membina istana kayangan di Seksyen 7. Selangor ini lubuk duit, di mana saja celah mampu mengayakan orang² tertentu tanpa diketahui. Yang penting dia berkuasa.



Foto diambil dari sini.


Berbalik kepada cerita Balkis. Suami saya pernah ditugaskan di satu program anjuran Balkis bertempat di Hotel Sunway beberapa tahun yang lalu. Anak² syarikat negeri perlu mengambil bahagian jika diminta (walau pun tanpa rela, walau pun terpaksa membabitkan kakitangan yang sedang bekerja). Program berkenaan bukanlah program kebajikan, sebaliknya program santai² isteri² ADUN. Berapa bintang hotel berkenaan saya rasa semua pun dah tahu. Program itu berakhir sebelah petang tapi suami saya cabut lebih awal. Hingga saya berseloroh dengannya dengan mengatakan, "Abang jadi 'anak ikan' ke hari ni?". Hahaha...

Pelik bukan.... kenapa sebuah pertubuhan seperti Balkis tidak diaudit selama 8 tahun? Alasan Timbalan Pendaftar ROS Negeri seakan tidak masuk akal kerana penyelewengannya bukan melibatkan ribuan ringgit malah jutaan! Kenapa pula tidak mahu serahkan laporan kepada SELCAT? Tidakkah ia nampak seperti mahu disorokkan?

Balkis dibawah isteri Khir Toyo 8 tahun tidak diaudit
Tuesday, March 31, 2009, 0:09
SHAH ALAM, 30.03.09

Setelah siasatan demi siasatan dijalankan, pelbagai salah laku yang sebelum ini langsung tidak diketahui umum, menjadi perbualan masyarakat, terutamanya di Selangor.

Special Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat) yang dipengerusikan Speaker Dewan Selangor, Teng Chang Khim hari ini mendedahkan bahawa Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) ,tidak membuat audit sejak 2001.
Perkara ini dinyatakan oleh Yunos Jamil, Timbalan Pendaftar ROS Negeri.

Namun demikian, Yunus menegaskan bahawa ROS mempunyai hampir 13ribu pertubuhan yang perlu dikendalikan dan tidak mampu meneliti semua pertubuhan tersebut.

Yunus juga menambah, segala dokumen yang dihantar Balkis diterima dengan ‘atas dasar kepercayaan’ dan segala resolusinya diterima tanpa banyak soal.

Agak memeranjatkan juga, pengakuan Yunus yang Kementerian Dalam Negeri telah menasihatkan beliau agar tidak menyerahkan dokumen tentang hal ini kepada Selcat.

Siasatan Terbuka ini dijalankan setelah mendapat banyak aduan tentang penyelewangan yang berlaku di dalam Balkis, darihal kewangan sehinggakan pembubaran pendaftarannya.
Ianya disiarkan secara langsung melalui internet.
(
http://multimedia.selangor.gov.my/)

olahan dari
malaysiainsider




Baca juga The Star Online bertarikh 27 March 2009, Hari Jumaat bertajuk Selcat head: Balkis AGM may be illegal.

Antara pautan penting lain:-
1. Siasatan SELCAT hari ke-3 (25 Mac 2009).
2. Siasatan SELCAT pada 30 Mac 2009.


p/s : 1- Uihhh! Mestilah ambil tahu. Mana boleh tak ambil tahu. RM1 jika diseleweng tetap dinamakan penyelewengan. Inikan lagi juta². Sepatutnya Balkis perlu bentangkan ke mana duit yang diterima dibelanjakan. Antaranya dah sah² ke Hotel Sunway, kan..?

2- Berdasarkan hasil siasatan SELCAT dan juga pengalaman sendiri, bagaimanakah agaknya pihak berkenaan mahu mendekati golongan seperti kami ini sekiranya banyak perkara terlalu jauh menyimpang dari lunas² etika malah agama sendiri diamalkan oleh kalian. Bagaimana kami mahu percaya kepada kalian jika kami sendiri melalui sistem yang gelap itu dan kami tahu siapa pelaku²nya. Walau siapa pun yang menjadi pengganti, jika sistem tidak berubah, maka perubahan itu tetap sia². Tambah pula yang dipilih tu MUNGKIN lebih buaya dari yang sebelumnya (buaya ni rasminya menganga je).

Sunday, January 18, 2009

Alhamdulillah... Allahuakbar!


Biar saya 'kotor'kan blog ini dengan lakaran politik negara. Satu lagi sejarah yang tidak mungkin akan terpadam. Kecuali ada tangan² ghaib yang akan memadamnya suatu hari kelak seperti beberapa perkara sejarah yang telah berlalu. Salah satunya perjuangan² yang telah dilupakan.

Sebagai perbandingan:

PRU12 (Mac 2008)

BN (spesifik UMNO) menang melalui Allahyarham Razali dengan mengalahkan Mohamad Sabu dan nenek Maimun dengan majoriti undi 628.


Pilihanraya kecil 17 Januari 2009


PAS dan PR menang melalui saudara Mohd Abdul Wahid Endut (32,883) dengan mengalahkan Wan Ahmad Farid (30,252) dan calon AKIM, Azharudin Mamat (193)(he is a registered voter in the Petaling Jaya Utara parliamentary constituency) dengan majoriti undi 2,631.


Melihat kepada gambar di bawah mengingatkan saya kepada cerita² ketika saya begitu aktif dalam sebuah wadah perjuangan sekitar tahun 1999. Ketika itu saya masih lagi bujang. Masa dan komitmen tidak pernah mencemburui saya.

Sungguh tidak tergambar dengan kata² bila berjuang kemudiannya menang. Walau pun saya tidak berada di KT, namun saya faham apakah perasaannya. Syukur tak terhingga!

Saya masih ingat taktik yang digunakan oleh lawan. Dengan cara 'character assassination'. Namun pada hari mengundi yang menakjubkan golongan² Tionghua, tak kira yang berseluar sopan mahu pun kurang sopan, membawa bendera bulan sambil membonceng motorsikal. Mengedarkan risalah tentang Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam.

Cheng Ho juga Islam! Cheng Ho juga Islam!" jeritnya sambil membunyikan hon.


Peristiwa itu masih segar dalam ingatan. Kebetulan ketika itu, saya bertugas di pondok panas di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaaan.

Anak² muda generasi baru berbilang bangsa yang begitu bersemangat. Tak takut dengan hudud ke? Ada orang Islam sendiri tolak hudud tau!

Antara suasana yang saya rindui. Gambar² diambil dari excusez-moi?.


Saya tahu kakak saya yang membawa saya melalui liku perjuangan ini telah turut serta di KT semalam. Tidak tahu berapa lama dia di sana.

Maafkan saya... maafkan saya kerana tidak ikut berkempen kali ini. Termasuklah menulis sesuatu di dalam blog ini sebagai satu sumbangan. Saya melihat gambar² semasa melompat dari satu blog ke satu blog lain semalam serta mengimbas kembali peristiwa² yang saya pernah lalui. Seakan-akan begitu segar dan ia begitu membangkitkan semangat saya.

Begitulah kebiasaannya bila berlaku sebarang pilihanraya sejak tahun 1990. Ketika itu saya masih bersekolah rendah dan hati saya telah terdetik, "Kenapa ye.. TV3 ni berat sebelah? Kenapa tak lapor tentang dua² belah calon?". Saya akan tidur begitu lambat bagi mendapatkan berita.

Telah banyak orang² tertentu berkata dan berbuat buruk terhadap negeri saya dan juga negeri² PR yang lain. Namun begitu ia tidak pernah mengubah persepsi saya pada wadah perjuangan yang saya sertai. Saya tahu seseorang akan bertindak buruk dan boleh melakukan sesuatu yang juga buruk dengan mengikut kemahuan nafsu mereka termasuklah dengan MENIPU. Reaksi orang terdesak... Begitulah sikap mereka sejak dulu (yang ibu kata, "Kalau bukan geng dengan dia, dia takkan bantu").

Untuk PAS, tahniah dan alhamdulillah. Kemenangan ini adalah izin daripadaNya. Amanah yang diterima WAJIB dijaga dengan baik kerana mahu menjaga amanah ini bukanlah kerja mudah.

Untuk yang kalah, takziah. Pilihanraya ini membuktikan bahawa Allah pernah meminjamkan sesuatu kepada kalian kemudian Dia berkuasa untuk menariknya kembali. Namun hingga kini masih kedengaran bunyi² 'kebongkakan' dalam reaksi² yang telah dilontarkan oleh mereka. Kebongkakan inilah antara sebab golongan muda menjauhkan diri dari kalian, wallahu'alam.



p.s. : Mana ye hasil bedah siasat PRU12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh? La ni dah nak kena tambah lagi satu... TV3 (saya tidak akan berselindung yang saya menonton tv ini terutamanya untuk melihat dan mendengar review selepas pilihanraya) bermain api lagi pagi ini. Sudah la lambat menyiarkan keputusan pilihanraya, pagi ini sibuk benar melaga-lagakan PAS dan DAP. Tolong... tolonglah belajar dari kesilapan...

Friday, October 10, 2008

Meremang perut aku...


Amaran : Ini entry tentang isu semasa.

Sejak dua-tiga menjak cerita pasal PM yang bakal turun takhta ni keluar berpusu-pusu dalam Buletin Utama terutamanya, saya jadi geli geleman, gelihati, geli segala la... Itu belum cerita Gerakan hentam Ameno di NTV7 tadi.

Tak berniat nak masuk campur hal 'rumahtangga' orang lain, lantaklah korang nak berantak ke nak jadi apa ke, tapi since soal pemilihan top post AMENO tu mempengaruhi masa depan negara, maka saya pun rasa gatai tangan nak luahkan perasaan kat sini. Walau pun saya cukup arif yang luahan saya tidak akan didengari.

Ramai sangat yang tawar diri, soal siapa dipilih oleh akar umbi tu jatuh nombor dua. Yang bukan berada dalam lingkungan 'rumahtangga' itu lagilah tidak akan didengari. Ahli masyarakat mula mencongak tentang peribadi calon yang menawarkan diri. Jika benar bersih, maka selamatlah negara. Tetapi jika tidak? Detik posting ini ditulis, TSM telah pun mengambil keputusan untuk bertanding nombor 2. Siapa lagi penggertak DSNTR?

Apa jenis pemilihanlah jika calon yang menawarkan diri? Apatah lagi yang menawarkan diri adalah terdiri daripada spesis muka tembok bak kata saudara Sofi Wahab. Meremang perut teman!

Sepatutnya soal besar begini melibatkan keseluruhan rakyat tak kira dari parti mana sekali pun. Kembalikanlah sistem syura. Kebanyakan sahabat mahu pun orang arif tidak mahu menawarkan diri malah menolak menjadi sebahagian pemerintah kerana takut akan beban persoalan yang akan dibawa di akhirat kelak. Peliklah korang ni... masing² berlumba-lumba kejar jawatan/pangkat. Ada orang kata DSAI gila kuasa, kalau begitu orang AMENO ni lebih lagilah.

Sedikit cerita mengenai Sayyidina Usman bin Affan ra sebagai renungan:

"Saiyyidina Usman bin Affan diangkat menjadi Khalifah selepas Saiyyidina Umar bin Khatab dibunuh oleh musuh dalam selimut dari golongan kaum munafik. Ketika itu keadaan masih lagi dilanda pergolakan dan keresahan. Dengan ketegasan sikap dan kebijaksanaan Saiyyidina Usman suasana pemerintahan dapat dikendalikan secara aman oleh Khalifah yang berjiwa lembut itu. Ramai penganut agama lain datang berduyun-duyun masuk Islam. Salah seorang daripadanya adalah seorang pemuda Yahudi dari Yaman yang bernama Abdullah bin Saba'.

Namun ternyata Abdullah bin Saba' mempunyai tujuan lain disebalik memeluk Islam. Ia mengharapkan Khalifah selaku penguasa negara akan memberikan kehormatan kepadanya. Maka berangkatlah Abdullah bin Saba' ke Madinah. Ia meminta izin mengadap Khalifah. Setelah diperkenankan ia menyampaikan keinginannya agar diberi kedudukan tinggi di salah satu jabatan terpenting dalam bidang apa saja. Tetapi Saiyyidina Usman menolak dan berkata "Aku hanya seorang pelayan umat. Aku diangkat menjadi Khalifah bukanlah atas keinginanku bahkan atas kesepakatan para sahabat yang lain." "



Bukan mudah menjadi 'ulul amri/pemimpin/pemerintah/khalifatullah. Perlu kena dengan kriteria.

Kriteria-Kriteria Khalifatullah

Pada dasarnya manusia diciptakan Allah sebagai khalifah-Nya. Namun hal itu masih berupa potensi, seperti yang telah dijelaskan terdahulu. Nah, agar potensi itu berkembang dan mewujud secara nyata, maka terdapat seperingkat kriteria yang harus dipenuhi sehingga manusia benar-benar menjadi khalifah Allah Ta’ala.

Seterusnya...




Entah bilalah perasaan meremang perut ni akan berakhir?

Thursday, August 7, 2008

Pak Bakaq oh Pak Bakaq!


>

I was shocked and pissed off again today! My favorite blogger, Pak Bakaq arrested under Sedition Act. Sedition yang macam mana kalau yang dikatakan 'sedition' tu memang berita benar? Saya dah makin bingung! From Sheih:

"Bakaq Haq of the famous Penarik Beca bloq was arrested last night at his home in Greenwood Park, Gombak. According to his wife, 4 police personnel picked Bakaq and his laptop around 11 pm.

Around 12.30 am, Wan Joe of JiwoKelate confirmed that Bakaq is in custody at The Commercial Crime Building in Kuala Lumpur. His lawyer, Hanifah Maidin who is also PAS legal adviser confirmed that Bakaq’s arrest was done under the Sedition Act.

Bakaq or his real name is Abdul Rashid Abu Bakar has contributed a lot in revealing the hidden agenda of the infamous Muzakarah between PAS and UMNO. It is so damaging that the Deputy President of PAS, Nasharuddin Mat Isa has made a threat to sue him although later it was proven that much of what Bakaq has revealed is true.

Bakaq is not a member of any political Party but a stern supporter of PAS’s Constitution to form an Islamic Government that shall be fair to all races.

Bloggers and friends of Penarik Beca will gather at Commercial Crime Building near Bank Negara Malaysia at 2 pm today to give morale support to Bakaq.

p/s. Folks, Bakaq is a lovely person. Vocal yet very humble. I beg you to lend him you support in which ever mean he needs."


Pak Bakaq came from Matang, Perak. The accent he always uses is same as mine, thus it makes me feel like reading at home. I feel so closed to my hometown! He's a simple and straight talking guy.

I'll support you with my doa, Pak Bakaq! Though I couldn't join others on 2 pm, I just saw the pic of Black & Nora on Sebol's blog. They're wet because of the rain.. Yes, Malaysia is in gloomy days indeed! Your case and his case! May the truth prevails! If there's RM1 (or any ringgit) campaign, I'll be in this time!

Wednesday, August 6, 2008

Surat untuk Saiful Bukhari


i

Amaran : Entry hari ini agak emosional!


Assalamua'alaikum....

Wahai Saiful,

Aku ni rasa jengkel & geram sebenarnya. Aku tak kisah pun kau orang berdua ni berblog dari bila, dari lepas lapor polis ke sebelum ke. Dari Jun 2008 ke Jun 2007 ke Jun 2010 ke? Aku tak peduli. Yang aku peduli, kenapa pilih tajuk blog "Demi Allah, Agama, Bangsa dan Negara"?

Kenapa mesti babitkan nama Allah dan agama yang mulia dalam blog kau tu? Kau ingat Allah dan agama ni boleh trade sesuka hati ke untuk beli jiwa rakyat Malaysia? Toksah la nak ambik hal agama ni bila perlu saja. Bila tak perlu, sebut nama Allah dalam zikir pun susah. Tapi kalau kau buat.. baguslah!!

Kau tak boleh 'beli' jiwa orang dengan cara begini. Bila ada kepentingan, kau guna, jika tidak, haram kau tak guna... Sepatutnya dari kau jumpak TPM, baik kau buat laporan di pejabat agama. Itu pun kalau betul² "Demi Allah dan Agama".

Dan lagi, kalau kau tu innocent, tak payah nak raih simpati guna blog atau friendster. Cukup untuk kau tu keluar dari tempat sembunyi kau tu. Pergi mahkamah dan buktikan. Tak payah la nak jadi hero untuk bangsa dan negara. Kalau yang benar, pasti akan terbukti juga. Kalau pun hina di sini, tak semestinya hina di akhirat. Ganjaran akan diberikan Allah swt kepada ummat Muhammad saw yang mempertahankan maruah diri dan keluarga...

"Sekali lagi saya tegaskan bahawa ini adalah ISU PERIBADI dan biarlah ALLAH dan Mahkamah yang menentukan. Juga saya ingin menyeru rakyat supaya bertenang dan bersabar."

Jika benar isu ini isu peribadi, kenapa sampai ke pengetahuan TPM? Itu pun selepas berapa kali kau kena. Aku pun teringin jugak nak jumpak TPM. Nak bagitahu yang aku ni surirumah anak tiga. Salah seorangnya anak istimewa. Pasal minyak ni, aku dan suami tercekik sampai ke mata bukannya leher lagi. Aku rasa rata² rakyat Malaysia juga begitu.

Aku nak mengadu kat dia jugak macam yang kau buat tu. Takkan la aku yang 3 pointer ni akan dapat layanan kelas ketiga kannnn... oh ye.. aku pun nak sambung study balik tapi kewangan amat mendesak ok! Mungkin lepas ni aku boleh sambung balik kalau aku jumpak dia. Cuba kau bagitahu sket camne kau jumpak dia?

Tolonglah... tukarlah nama blog kau tu... aku rasa memang tak patut kau gunakan nama Allah dan agama yang mulia tu. Tak kiralah kau bersalah atau tidak. Aku cuma rasa tak appropriate. Cuba kau perhatikan orang² yang alim dalam agama, yang berblog. Ada ke deme letak wording "Allah" tu dalam tajuk? Nak dunia kena ada ilmu, nak akhirat juga mesti dengan ilmu.

Al-Baqara [2:269] : Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
Jika kau tak salah, moga Allah swt melindungi kau. Jika ya, aku harap kebenaran mengenainya terlondeh sendirinya dengan izin Allah swt. Bertaubatlah!

Malaikat berdo’a untuk orang-orang yang bertaubat. Allah berfirman: “(Malaikat-malaikat) yang memikul `Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): ‘Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala’” (QS. 40:7).

Oh ye... aku dengar laporan perubatan HKL kau yang asli dah bocor. Ada ADUN dah kasi bunga kat hospital. I just want to wish you all the best ok! Pesan aku lagi satu, Allah itu letaknya di hati, diterjemah dalam bentuk perbuatan dan perkataan manusia yang baik², bukan hanya terletak di dalam tajuk blog!


Sekian, wassalam.

Dari:
Surirumah anak 3 yang teringin nak jumpak TPM!


Sila klik di sini untuk ke blog Saiful Bukhari (SB) dan sini untuk ke blog tunang SB (invite only).
 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez