Showing posts with label Bengang. Show all posts
Showing posts with label Bengang. Show all posts

Wednesday, August 6, 2008

Surat untuk Saiful Bukhari


i

Amaran : Entry hari ini agak emosional!


Assalamua'alaikum....

Wahai Saiful,

Aku ni rasa jengkel & geram sebenarnya. Aku tak kisah pun kau orang berdua ni berblog dari bila, dari lepas lapor polis ke sebelum ke. Dari Jun 2008 ke Jun 2007 ke Jun 2010 ke? Aku tak peduli. Yang aku peduli, kenapa pilih tajuk blog "Demi Allah, Agama, Bangsa dan Negara"?

Kenapa mesti babitkan nama Allah dan agama yang mulia dalam blog kau tu? Kau ingat Allah dan agama ni boleh trade sesuka hati ke untuk beli jiwa rakyat Malaysia? Toksah la nak ambik hal agama ni bila perlu saja. Bila tak perlu, sebut nama Allah dalam zikir pun susah. Tapi kalau kau buat.. baguslah!!

Kau tak boleh 'beli' jiwa orang dengan cara begini. Bila ada kepentingan, kau guna, jika tidak, haram kau tak guna... Sepatutnya dari kau jumpak TPM, baik kau buat laporan di pejabat agama. Itu pun kalau betul² "Demi Allah dan Agama".

Dan lagi, kalau kau tu innocent, tak payah nak raih simpati guna blog atau friendster. Cukup untuk kau tu keluar dari tempat sembunyi kau tu. Pergi mahkamah dan buktikan. Tak payah la nak jadi hero untuk bangsa dan negara. Kalau yang benar, pasti akan terbukti juga. Kalau pun hina di sini, tak semestinya hina di akhirat. Ganjaran akan diberikan Allah swt kepada ummat Muhammad saw yang mempertahankan maruah diri dan keluarga...

"Sekali lagi saya tegaskan bahawa ini adalah ISU PERIBADI dan biarlah ALLAH dan Mahkamah yang menentukan. Juga saya ingin menyeru rakyat supaya bertenang dan bersabar."

Jika benar isu ini isu peribadi, kenapa sampai ke pengetahuan TPM? Itu pun selepas berapa kali kau kena. Aku pun teringin jugak nak jumpak TPM. Nak bagitahu yang aku ni surirumah anak tiga. Salah seorangnya anak istimewa. Pasal minyak ni, aku dan suami tercekik sampai ke mata bukannya leher lagi. Aku rasa rata² rakyat Malaysia juga begitu.

Aku nak mengadu kat dia jugak macam yang kau buat tu. Takkan la aku yang 3 pointer ni akan dapat layanan kelas ketiga kannnn... oh ye.. aku pun nak sambung study balik tapi kewangan amat mendesak ok! Mungkin lepas ni aku boleh sambung balik kalau aku jumpak dia. Cuba kau bagitahu sket camne kau jumpak dia?

Tolonglah... tukarlah nama blog kau tu... aku rasa memang tak patut kau gunakan nama Allah dan agama yang mulia tu. Tak kiralah kau bersalah atau tidak. Aku cuma rasa tak appropriate. Cuba kau perhatikan orang² yang alim dalam agama, yang berblog. Ada ke deme letak wording "Allah" tu dalam tajuk? Nak dunia kena ada ilmu, nak akhirat juga mesti dengan ilmu.

Al-Baqara [2:269] : Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
Jika kau tak salah, moga Allah swt melindungi kau. Jika ya, aku harap kebenaran mengenainya terlondeh sendirinya dengan izin Allah swt. Bertaubatlah!

Malaikat berdo’a untuk orang-orang yang bertaubat. Allah berfirman: “(Malaikat-malaikat) yang memikul `Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): ‘Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala’” (QS. 40:7).

Oh ye... aku dengar laporan perubatan HKL kau yang asli dah bocor. Ada ADUN dah kasi bunga kat hospital. I just want to wish you all the best ok! Pesan aku lagi satu, Allah itu letaknya di hati, diterjemah dalam bentuk perbuatan dan perkataan manusia yang baik², bukan hanya terletak di dalam tajuk blog!


Sekian, wassalam.

Dari:
Surirumah anak 3 yang teringin nak jumpak TPM!


Sila klik di sini untuk ke blog Saiful Bukhari (SB) dan sini untuk ke blog tunang SB (invite only).

Friday, May 9, 2008

Kena Tag Lagi!


Demam tag ni tak abih lagi rupanya... ada 2 tag yang masih lagi 'pending' untuk diselesaikan:

1. Tag Kak Iza - tag yang saya cadang nak buat hujung minggu ni memandangkan saya jarang memasak seperti marathon pada hari biasa. Dok sorang dengan 3 anak kecil yang tak makan banyak mana pun.. membuatkan penyakit M memang selalu menyerang.

2. Tag Mommy Lily - LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR AND THE REASON Y??

Oklah.. saya nak jawab tag Mommy Lily dulu memandangkan saya ni kuat berangan dan saya amat berharap angan saya ni jadi kenyataan. Tak kira la sama ada orang bagi atau pun saya bagi untuk diri sendiri.


1. Pakej Umrah

Yang ini memang masuk list azam tahun ni. Reason - bukankah setiap Muslim patut menyimpan hajat ke Mekah/Madinah? Saya teringin sangat nak melawat Baitullah dan Raudhah... Boleh saya bayangkan betapa rasa kerdil dan sayunya ketika melawat Rasulullah s.a.w. (Allah.. serulah aku).

Baitullah


Masjid Nabi Ketika Matahari Terbenam


2. Kamera Nikon (sama eikk kita ni...)

Dulu saya pernah 'memiliki' Ixus. Sejak 'hilang', saya memang memasang angan-angan nak memiliki satu kamera DSLR. Hobi saya memang menembak pun.




3. Pakej Percutian ke Krabi (Tubkaak Boutique Resort).

Sejak bila ntah saya teringin sangat nak ke Krabi, Thailand. Masuklah ke link tu.. dan saksikan sendiri kedamaiannya.





4. Grande Home

Ini rumah berkembar di kawasan tempat saya tinggal sekarang. Walau pun telah memiliki sebuah rumah, tapi lokasinya di PJ tak sesuai rasanya pada jiwa saya ni. Telah pun disewakan pada orang lain. Ciri-ciri Grande Home:

Grande Home Facade. Pic ni saya ambil sendiri dolu-dolu time Syafiah masih dalam kandungan.



Show House Interior Design.


Lot size: 40' x 85'
Built up Area: 1,819 sqft
No. of units: 70 units
Price: From RM333,800
Status: Completed with CF


Ni bukan promo produk Glomac ok.. tapi saya memang minat pada rumah yang berhalaman. Bukan banglo.. dan ruang lantainya tak berapa besar. Lagi pun Grande Home ni letaknya di atas bukit.


5. Yang ni saya takleh harapkan sesiapa jugak pun nak bagi. Saya hanya mampu mengharapkan-Nya. Saya harap sangat Allah s.w.t. menghadiahkan petunjuk & iman yang berterusan kepada saya ni semoga saya sentiasa berasa aman. Hadiah yang tidak dapat dinilai dengan suatu apa pun di dunia ini. Allah.. bimbinglah daku dan bimbinglah kami semua...


Ok.. dah jawab tag ni.. kehkehkeh... saya nak lepaskan lelah saya pada:

1. Intan
2. Kak Iza
3. Cikliah
4. Awa



**************************************************


Air dalam tangki terlampau penuh. Sampai melimpah ke siling & air menitik ke atas tangga. Dah berapa hari dah. Tutup main inlet pun tak selesai gak masalah.. nyampah tul...

Wednesday, May 7, 2008

Posting Kena Hacked?


Saya melawat ke blog Tan Sri lagi malam ni. Seperti telah diduga, saya dapati posting berbahasa Inggeris tu telah tiada. Agaknya blog Tan Sri pun kena hack agaknya...

TS Muhammad Muhd Taib Pandai Berbahasa Inggeris Ke?


Sebelum-sebelum ni saya membaca juga blog-blog sosio politik. Tapi tidaklah sampai seru untuk saya sendiri mengulas apa yang saya baca. Hari ini hati macam meronta-ronta. Maaflah.. saya bukan pandai ulas-ulas ni. Saya cuma nak luahkan rasa tak puas hati saya je. Tak puas hati orang lain tu buat la kat blog sendiri eikkk barulah orang respek...

Dua berita/gossip/khabar angin (atau boleh jadi jugak spinning story) yang saya baca... 1 tentang "Mudah Berjanji, Mudah Lagi Memungkirinya" dan satu lagi post yang tak bertajuk dari blog Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Dua-dua ni melibatkan orang B*.

Post yang pertama dari Dato' Seri Mohamad Khir Toyo. Menghentam kerajaan PR yang baru berusia entah berapa puluh hari pun saya tak kira. Sedap je baca tajuk posting tu - Mudah Berjanji, Mudah Lagi Memungkirinya. Ini tajuk macam ludah ke langit terkena batang hidung sendiri. Bekas MB Selangor ni dah berapa penggal memimpin kerajaan negeri tapi hasilnya saya tak rasa terkesan pun. Satu projek yang boleh saya jadikan bukti ialah projek jalan pesisir Klang-Sabak Bernam. Projek tu dimulakan pada era 90-an lagi tapi entah mana silapnya hanya siap selepas saya beranak 1. Sekitar tahun 2003 atau 2004. Itu pun jalannya bercompang-camping, siap tapi tidak sempurna. Masa tengah buat, terasa amat azab sekali bersaing dengan kontena malah puluhan lori-lori. Lubang toksah nak cakap la. Sebesar kawah kenduri, besar lagi pun ada. Perjalanan 1 1/2 jam ke rumah mertua mengambil masa 2 1/2 jam pada masa itu. Bila siap, manusia mudah lupa....

Meh sini manifesto kerajaan negeri yang dulu-dulu. Meh nak tengok ada ke yang dah fulfill semua...

Post yang kedua dari Tan Sri. Hentam Karpal Singh. Saya tak rasa Karpal Singh yang terer undang-undang tu buat statement melulu. Dan saya pernah juga dengar khabar bahawa civil servant yang ditukarkan tempat atau diberhentikan terus kerana simpati dengan nasib pembangkang. Bukan B* yang buat kot? Kerajaan lain yang buat kot. Saya kata khabar angin kan... PM kita pun dengar khabar angin juga.

Tapi ini bukan soal pokok yang saya nak ketengahkan. Soal/faktanya... pandainye Tan Sri berbahasa Inggeris sedangkan dulu masa kena 'charged' di negara Kanggaru boleh pula terlepas sebab katanya tak pandai berbahasa Inggeris. Saya tidak mudah lupa... Ke Tan Sri upah orang tulis?

Simple.. siapa tipu siapa? Dan lama mana penipuan itu terjadi? Atau mungkinkah mereka ini cuba mengalih tumpuan rakyat dari isu yang lebih besar? Bagaimana pula kes Balkis, kes janji-janji B* dalam manifesto mereka yang tidak tertunai, kes bawa duit tunai ke Austr*lia? Cuba-cubalah tengok dalam rumah sendiri. Betulkan perabot yang senget sebelum nak menerjah ke rumah orang. Bila kita pernah menipu, maka kita pun rasa orang lain mungkin menipu jugak... kan kan kan...

Eh eh... dok bloghop tadi jumpa pulak dengan rakan blogger yang baru:

1. Tun Dr Mahathir
2. Dato Rosol Wahid (ingat tak cite ni? Ke dah lupa jugak...)

Eh... Vernon si Mr Manager pun saya jumpa. Begitu jugak dengan Dato Wong Chun Wai, the Group Chief Editor of The Star.

Welcome to the virtual world. Kalo takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Silap haribulan jadi Mr Pete kita... Tapi nak cakap la kan.. kat sini lain dari MSM nun... orang-orang kat sini celik & pandai menganalisa (tak termasuk saya la kot).. Jangan orang kata masuk blogworld ni pondan/monyet dah la.


********************************************


Letih sket dengan karenah anak-anak hari ni dan semalam. Asyik buat hal.. so apalagi.. membaca hal sosio politik la salah satu cara escapism... yang tak suka tak yah baca... baik tengok tiwi.. cite kartun Spongebob ke, Catdog ke...

Monday, April 28, 2008

Hujung Minggu & Pemeriksaan ROP


Rasa letih dan penat masih ada. Hari Ahad telah diadakan hari cukur jambul dan kenduri kecil di kampung suami. Sempena menyambut Syafiah pulang kali pertama ke kampung dan juga meraikan rumah baru mertua. Saya taklah buat kerja sangat tapi disebabkan kepanasan melampau, saya rasa letih ya amat.


Sehari sebelum pulang saya sempat masak Rendang K*ling Udang (sedapp ooo tapi gambar takde. Nanti kalau ada, saya sertakan dengan resepi sekali). Udang tu dibawa balik dari Pasar Borang Selayang oleh adik ipar sebanyak 6 kg. Lauk tu untuk disertakan bersama lauk lain pada hari kenduri. Mengenangkan arwah ayah saya kembali ke rahmatullah pada 21 Rabiulakhir 7 tahun lalu, kami pun join sekali tahlil yang diadakan di rumah baru tu. Moga doa & pahala itu sampai kepada nama-nama yang telah disenaraikan, insyaAllah.



*******************************************************



Tadi terpaksa menunggu lagi di hospital kerajaan. 3 jam pula. Saya bengang lagi. Even doktor-doktornya pun mengeluh. Kenapa mesti sampai 4 pesakit sekali pada sebelah pagi? Yang tetapkan jadual - jururawat. Pemeriksaan tu tak lama. Yang lama tu.. kena tunggu anak mata pesakit sampai membesar (guna liquid apa ye JS?). Dari pukul 10.30 sampai pukul 1.30 baru selesai. Keputusannya tetap tak berubah. Regressive. Dah bengang, lapo pula.. aduhai..


Dah la tu.. dok bercerita je.. CSI, NCIS, Prison Break sedang menanti nun!

Wednesday, April 16, 2008

5 Hari 'Cuti'


Masuk hari semalam dah 5 hari saya bercuti dari masuk internet ni. PC masuk workshop. Ntah apa la yang digodekkan oleh suami sampai bila dihidupkan PC pada hari Sabtu, spyware dengan banyaknya terus pop up ke dalam window. PC was infected by viruses! Dia logged in sampai ke pukul 3-4 pagi Sabtu. Huh.. sekali-sekala logged in terus je mendemamkan (word baru?) PC ni. Tangan tak bedung ler tu.... Meh saya buat sikit ringkasan kepada apa yang berlaku kepada saya dalam 5 hari lepas:-



**************************************************

Hari Sabtu :

Hari ni saya temankan suami ke Sunway Pyramid (should we call pyramid? Looks like Sphynx to me.. hehehe.. projek ni pun ada hitam dan garis kelam ni..). Ada perlawanan bowling antara rumah bagi syarikatnya. Acara tahunan. Nama rumah dia - Methana (Oren). Siapa la pilih nama ni? Gas methana ni bukankah antara gas yang berbau busuk.. huh! Mentang-mentanglah salah satu anak syarikat WHB terlibat dengan pengurusan sampah di Selangor ni. Tu yang dapat ilham nak namakan rumah sukan pun dengan nama gas! Tapi nama rumah lain tu tak la pulak ikut nama gas, yang satu ni je.. isk. Anyway, rumah dia dapat tempat ke-2. Hadiah - wang tunai.. On the way ke parking zone sempat pula singgah di J.Co. Rasanya tak jauh beza dengan Big Apple pun..



**************************************************

Hari Ahad :

Teringin saya nak ikut Awa ke car boot sales di Stadium Shah Alam. Kebetulan suami tidak bekerja extra maka saya dapat ikut walau pun pada mulanya saya sangka saya dah ditinggalkan. Masa tu saya belum pun bersiap. Syafiah pula belum dimandikan. Takde la shopping sangat pun cuma beli 4 helai shirt/seluar yang berharga RM5 sehelai. Lepas bermandikan cahaya matahari, kami ke Tesco Extra untuk menyejukkan badan. Shopping lagi. Cari barang dapur pulak. Tadi nak cari di bazarena tu tak sempat, lagi pun 'lilin-lilin' dah makin cair.



**************************************************

Hari Isnin :

Hari ni kami bawa Syafiah untuk timbang berat lagi. Cehh.. ingatkan dah cecah 3 kilo. Rupanya belum. 2.89 kg. COHnya saya ukur naik lagi 2 sm. Selain timbang berat, Syafiah juga dijadualkan untuk pemeriksaan ROP lagi. Sementara suami mendaftarkan dia di klinik pakar, saya ambil keputusan untuk ke farmasi pesakit luar.

Hari ini jugalah pecah rekod saya. Saya sebenarnya belum pernah merasa keadaan menunggu di hospital kerajaan. Untuk timbang berat, kami hanya terus ke NICU. Cepat tak perlu tunggu-tunggu. Oleh kerana asid folik Syafiah dah tamat tempoh pada 14/04/08, kami perlu mendapatkannya di farmasi pesakit luar seperti yang tertera dalam slip yang diberikan semasa Syafiah discharged dari hospital.

Nombor giliran saya 4034. Rupanya itulah kali pertama hospital mencuba sistem penggiliran tersebut. Sungguh kelam kabut. Nombor tidak dipanggil mengikut turutan. Nasiblah saya ambil keputusan membahagi-bahagikan tempat di antara saya dan suami, jika tidak entah pukul berapa la baru kami dapat balik. Lama juga untuk saya menunggu bagi mendapatkan asid folik tersebut. Sekitar 45 minit.

Bila saya ke klinik oftalmologi, saya tengok suami masih belum dipanggil gilirannya. Kata suami gilirannya sebentar je lagi. Masa tu jam dah menunjukkan ke pukul 12.30 tengahari. Tunggu punya tunggu sampai masuk ke waktu Zohor. Saya minta izin untuk ke surau. Selepas selesai saya kembali ke klinik tersebut & ternyata giliran kami belum sampai. Semasa saya menjaga Syafiah, suami pula ke surau. Malah dia sempat ke kedai runcit belikan air. Apabila dia balik Syafiah baru je dipanggil untuk diperiksa. Waktu tu lebih kurang pukul 2.30 petang. Bersama-sama kami ada lagi 2 bayi untuk diperiksa...

Hasil pemeriksaan, keputusannya tetap sama. Stage 2 zone 3. Tak semakin teruk, tapi menunjukkan sikit peningkatan. Kata DS, tak perlu laser lagi sebab Syafiah telah berusia lebih 40 hari. Appointment selepas ni lagi 2 minggu. Dalam dok bosan tu, saya sempat baca satu artikel mengenai katarak & kesan warna biru kepada mata kita semua.

Saya kata kat suami.. kalau ada kemudahan tu di DEMC dah lama saya nak pindahkan pemeriksaan tu di sana. Dari pukul 11 pagi hingga ke 2.30 petang baru hal kami selesai.. oh sungguh lama menunggu.. kalau yang ada sakit kronik tu sempat innalillah!

Selepas selesai semua kepeningan menunggu di hospital kerajaan, kami ke KUIS untuk membayar baki yuran pengajian suami ketika di sana dulu. Jika bayar, barulah transkrip dan original cert tu boleh diambil. Bayangkanlah.. suami saya graduated tahun 2001. Tahun ni baru dapat ambil. Punyalah takde masa... Bangi Lama tu pulak di hujung dunia. Lagi pun suami jadi ignorant sebab dia bekerja di tempat yang besar. Saya kerap mendesak untuk dia menyambung pelajarannya sama seperti Puan A menggalakkan kakitangannya belajar lagi. Dulu-dulu KUIS, bagi kelonggaran kepada pelajarnya untuk buat staggered payment.

(Suami ber'boss'kan orang perempuan, saya ber'x-boss'kan orang lelaki. Kami sama-sama berkerja (bagi saya, telah berkerja) dalam satu industri yang sama. Cuma dia di bahagian kewangan, saya di bahagian teknikal. Satu menghabiskan duit, satu lagi mengumpul duit).

Bila balik ke rumah, mak ambil keputusan untuk ke rumah Awa. Dia kata nak bawa Adam sekali. Jadi kami benarkan. Lagi pun kalau lompat kijang ke rumah Awa tu dalam 10 minit pun dah boleh sampai. Adam memang rapat dengan mak. Bila diajak je terus dia cari beg mak dan menggantung di leher serta terus je meluru ke pintu untuk keluar.

Mastura mati kutu malam tu sebab tak de kawan. Dia asyik nangis-nangis malam tu dalam tidurnya. Kesian dia...



**************************************************

Hari Selasa :

Mak oiii... bosannya Adam takde weihh.. Pak lawak dalam rumah ni takde.. Oleh sebab terlampau bosan tu, abih satu rumah saya kemaskan. Baju-baju habis dibasuh. Kebetulan cuaca baik je dari pagi sampai petang. Cuma menjelang malam baru hujan turun. Bila ayah dia balik, saya minta suami ke rumah Awa untuk ambil Adam. Balik dia baru le rumah ni macam biasa balik. Kalau tak, macam pelik je sebab takde orang yang nak sepahkan rumah, tak de orang yang buat bising...



**************************************************

Hari Rabu :

Hari ni belum ada cerita menarik nak kongsi.. nanti-nanti bila ilham timbul saya update lagi..

Sunday, April 6, 2008

Sungguh Bengang!


Norris Landing


Sesuatu telah berlaku semasa saya tengah surf Kuantan Tembeling Resort di Teluk Chempedak, Kuantan. Kata suami, syarikatnya memiliki satu unit pangsapuri 3 bilik di sana dan disewakan kepada kakitangan dengan harga yang teramat rendah iaitu hanya sebanyak RM30 semalam!

Rekaan dalaman pangsapuri di Kuantan Tembeling Resort

Kami bercadang untuk ke sana setelah Awa mengatakan bahawa majikan suaminya mengajak mereka ke Kuantan semata-mata untuk menunjuk jalan merangkap makan angin pada 19hb akan datang. Suami dia memang jarang bercuti kecuali keadaan benar-benar mendesak atau ada hal yang berkaitan dengan keluarga.

Berbalik kepada kebengangan saya. Baru je jap tadi satu benda terjadi telah menyirapkan darah saya sampai ke kepala. I'm so sensitive.. especially when it comes about Syafiah.

Saya kata resort ni best jugak. Suami tanpa berfikir panjang terus je masuk ke bilik komputer ni untuk melihat gambarnya. Padahal dalam masa yang sama Syafiah berada di dalam jagaannya. Bila dia keluar dari bilik, anak kami yang pertama telah menarik adiknya ke tempat lain. Bagaimana dia melakukannya tidak pula kami ketahui.

Perkara ini telah menyentap jantung saya sebagai seorang ibu. Bagaimana kalau apa-apa terjadi pada Syafiah? Saya amat risau segala sesuatu berkaitan dengan kepalanya. One good thing, she didn't cry.. cuma di dalam fikiran ni pelbagai perkara negatif menerjah benak.

Akhirnya saya mengangkat Syafiah masuk ke bilik ini semula dengan rasa sedikit menyesal sebab meninggalkannya bersama bapanya... arghh lalainya aku!


Nota:

Tak jadi pergi OU, kita orang ke Mid Valley. Ramai orang. Hujan lebat sampai tak nampak jalan. Di MVEC, ada 3 exhibitions berlangsung sekaligus - Career & Training, Post Graduates dan Ekspo Usahawan. Main aim - Usahawan tapi sayangnya tak banyak booth yang bukak. Pastu terus je ke Shah Alam cari barang. So, cancel lagi cari camera... ih..
 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez