Wednesday, August 6, 2008

Surat untuk Saiful Bukhari


i

Amaran : Entry hari ini agak emosional!


Assalamua'alaikum....

Wahai Saiful,

Aku ni rasa jengkel & geram sebenarnya. Aku tak kisah pun kau orang berdua ni berblog dari bila, dari lepas lapor polis ke sebelum ke. Dari Jun 2008 ke Jun 2007 ke Jun 2010 ke? Aku tak peduli. Yang aku peduli, kenapa pilih tajuk blog "Demi Allah, Agama, Bangsa dan Negara"?

Kenapa mesti babitkan nama Allah dan agama yang mulia dalam blog kau tu? Kau ingat Allah dan agama ni boleh trade sesuka hati ke untuk beli jiwa rakyat Malaysia? Toksah la nak ambik hal agama ni bila perlu saja. Bila tak perlu, sebut nama Allah dalam zikir pun susah. Tapi kalau kau buat.. baguslah!!

Kau tak boleh 'beli' jiwa orang dengan cara begini. Bila ada kepentingan, kau guna, jika tidak, haram kau tak guna... Sepatutnya dari kau jumpak TPM, baik kau buat laporan di pejabat agama. Itu pun kalau betul² "Demi Allah dan Agama".

Dan lagi, kalau kau tu innocent, tak payah nak raih simpati guna blog atau friendster. Cukup untuk kau tu keluar dari tempat sembunyi kau tu. Pergi mahkamah dan buktikan. Tak payah la nak jadi hero untuk bangsa dan negara. Kalau yang benar, pasti akan terbukti juga. Kalau pun hina di sini, tak semestinya hina di akhirat. Ganjaran akan diberikan Allah swt kepada ummat Muhammad saw yang mempertahankan maruah diri dan keluarga...

"Sekali lagi saya tegaskan bahawa ini adalah ISU PERIBADI dan biarlah ALLAH dan Mahkamah yang menentukan. Juga saya ingin menyeru rakyat supaya bertenang dan bersabar."

Jika benar isu ini isu peribadi, kenapa sampai ke pengetahuan TPM? Itu pun selepas berapa kali kau kena. Aku pun teringin jugak nak jumpak TPM. Nak bagitahu yang aku ni surirumah anak tiga. Salah seorangnya anak istimewa. Pasal minyak ni, aku dan suami tercekik sampai ke mata bukannya leher lagi. Aku rasa rata² rakyat Malaysia juga begitu.

Aku nak mengadu kat dia jugak macam yang kau buat tu. Takkan la aku yang 3 pointer ni akan dapat layanan kelas ketiga kannnn... oh ye.. aku pun nak sambung study balik tapi kewangan amat mendesak ok! Mungkin lepas ni aku boleh sambung balik kalau aku jumpak dia. Cuba kau bagitahu sket camne kau jumpak dia?

Tolonglah... tukarlah nama blog kau tu... aku rasa memang tak patut kau gunakan nama Allah dan agama yang mulia tu. Tak kiralah kau bersalah atau tidak. Aku cuma rasa tak appropriate. Cuba kau perhatikan orang² yang alim dalam agama, yang berblog. Ada ke deme letak wording "Allah" tu dalam tajuk? Nak dunia kena ada ilmu, nak akhirat juga mesti dengan ilmu.

Al-Baqara [2:269] : Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
Jika kau tak salah, moga Allah swt melindungi kau. Jika ya, aku harap kebenaran mengenainya terlondeh sendirinya dengan izin Allah swt. Bertaubatlah!

Malaikat berdo’a untuk orang-orang yang bertaubat. Allah berfirman: “(Malaikat-malaikat) yang memikul `Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): ‘Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala’” (QS. 40:7).

Oh ye... aku dengar laporan perubatan HKL kau yang asli dah bocor. Ada ADUN dah kasi bunga kat hospital. I just want to wish you all the best ok! Pesan aku lagi satu, Allah itu letaknya di hati, diterjemah dalam bentuk perbuatan dan perkataan manusia yang baik², bukan hanya terletak di dalam tajuk blog!


Sekian, wassalam.

Dari:
Surirumah anak 3 yang teringin nak jumpak TPM!


Sila klik di sini untuk ke blog Saiful Bukhari (SB) dan sini untuk ke blog tunang SB (invite only).

9 comments:

cikliah on August 6, 2008 at 5:28 PM said...

hehehehe... kompem emosional...
sabor.. sabor...

Anonymous said...

NI baru real surirumah anak 3 nak cakap!


Berat tu pikul word Allah dalam blog, jari dia akan jadi saksi kat akhirat

Anonymous said...

aku rasalah lagi ramai org yg ada masalah berat2 x pun p jumpa TPM nak selesai masalah....hehehe pas ni jom semua pakat p jumpa TPM utk selesaikan masalah esp nak minta biasiswa....cam budak sepol tu

Anonymous said...

I came to check out your blog from Linkback project, sorry to say I am unable to read it. You do have a nice layout though. Good Luck. I hope you can read this! Christina
CoffeeCoffeeCoffee

Anonymous said...

Saya sokong!!! Politik Malaysia sungguh menggerunkan..fitnah2 ni dah jadi kebiasaan.

Sue.Aleen on August 7, 2008 at 10:19 AM said...

>>> cikliah:
sabo le ni.. hehehe





>>> kak jie:
yep... somehow i feel that it's not his blog, i dunno.





>>> kak bib:
bila kita nak biasiswa, susah nak dapat. bila tak nak, bleh plak tiba² dapat macam PTPTN tu walau pun tak apply. pastu mai kat kita ni lepas 'graduate' plak tu. punya mangsss... nak soh nen pi apply kat TPM la. dia memahami masalah pelajar ni!





>>> christina:
hi... thank you for dropping by. and thanks for the compliment on my layout too. i'm sorry as you couldn't read it as it was written about our current political issues in Malay - our mother language. sometimes i blog in English too.

the linkbackproject is good as i can get to know the participants all over the world!





>>> niza:
thank you for dropping by from toulouse! memang sungguh menggerunkan dan kadang² tak masuk akal... fitnah ni masalahnya lama² ada orang yang akan terhasut jugak..

Anonymous said...

wah, dia buat blog pulok doh... aku bab2 ni sentiasa ketinggalan

Makcik Runner on August 8, 2008 at 8:26 AM said...

eh, akak pun nak jumpak TPM gak la. ada masalah nak aku kabor kat dia. mana le tahu kut2 dapat perhatian menyeluruh. aku nak mintak TPM siasat kenapa org yg dah berumur 35 thn ke atas susah nak dapat keje bukan sebab takde kelayakan tapi dah kriteria sesetengah kompeni yg tak masuk akal. patutnya lagi bnyk experience keje seiring dgn kelayakan patut lagi diberi priority kan kan kan...hehehe

Sue.Aleen on August 8, 2008 at 12:26 PM said...

>>> makcik dc:
blog dia buat pun baru 2 bulan. la ni aku tau la formula nak jadi femes. pi buat kes dengan pembesar negara!





>>> kak kc:
ye la kan.. ada ka patut pi letak umur? pastu apa lagi yang selalu nampak? mandarin is an added advantage + C only. mintak² TPM ada masa nak jumpak kita. jom pi serbu opis dia ramai². ke dia pilih yang 'jambu²' saja yang boleh jumpak dia? yang season dia tak mao? erkkk!

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez