Tetamu Senja ~ A. Samad Said
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
~ A. Samad Said
1. Telah genap 31 tahun hari ini, apa cukupkah bekalan yang ku bawa? Dilahirkan pada 18 Syaaban 1398 Hijrah, pada pukul 4.10 pagi, hari Isnin, di rumah sabut bertemankan pelita minyak tanah.
2. Mari kita kibarkan bendera Malaysia!
2. Mari kita kibarkan bendera Malaysia!


5 comments:
harijadikah?
kalau ya, maknanya aku lagi moooodaaaa. hahahaha.
ulantahun kelahiran...?
moga ditetapkan iman , dilimpahkan kesenangan harta benda juga diberi kesihatan yang baik.
>>> intan:
kita sebaya la.. aku suka ikut hijrah sebab ia menyebabkan aku lebih tua!
>>> kak jie:
thanks, kak jie...
sue...tgk kibarkan jalur gemilang tu terdetik "napa takde satupun kempen kibarkan jalur ge,milang yg ku dengari tahun ini"
Selamat ulangtahun, moga bertambah keimanan, ketaqwaan jua limpahan kebahagian buatmu....
Post a Comment