Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H



Kedatangan Ramadhan seringkali mengingatkan saya kepada Ramadhan yang telah saya lalui bersama sahabat. Ramadhan menemukan rasa sayang kami berdua. Berjalan ke kompleks melalui Masjid Negeri, membeli baju, pulang merentasi jalan yang sama, singgah bersolah terawikh, dan akhirnya kembali semula ke depan pejabat. Kemudian barulah dihantarnya saya pulang. Begitulah rutin kebanyakan harinya. Tiada nafsu-nafsi, tiada lontaran kata² romantik...

Ramadhan bukan hanya bulan keberkatan tapi bulan kasih-sayang. Ia akan terus mengimbau kenangan lalu yang manis. Bulan yang sentiasa dinanti-nantikan.

Entry ini mungkin entry terakhir sebelum hari raya. Nanti lepas raya saya akan kongsikan kisah kenangan manis itu sungguh pun ia amat biasa sekali kerana kami adalah manusia² yang biasa... biarlah ia menjadi rujukan pada anak² kami pula. Tak perlu berbicara, takut kelak menjadi telefon karat.. hukhukhuk!

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H, Maaf Zahir & Batin kepada semua yang membaca dan melayari blog saya. Kedatangan anda semua ke sini saya ucapkan dengan jutaan terima kasih! Salam ceria! Semoga selamat dalam perjalanan balik kampung. Sesiapa nak balik ke kampung pada hari Ahad sesubuh hari, guna jalan Sabak - Simpang 5, Teluk Intan - Lekir - Manjung - Segari - Pantai Remis - Trong - Taiping - Simpang 4, Semanggol - Kuala Gula - Kuala Kurau - Tg Piandang, marilah konvoi bersama-sama...

Oh, sebelum saya lupa, jemputan makan dan bertahlil pada hari raya ke-2 masih terbuka kepada semua terutamanya yang berdekatan dengan tempat kejadian.... :-). Datang tau!


*Isk! Isk! Isk! Awat aku mimpi YB Zul masa aku ambik morning nap tadi? Heran sungguh haih.. jiwa kacau!*

Thursday, September 25, 2008

Siri Kuih Masyarakat Banjar - Serabai


Hoho.. masih teruja nak cerita bab kuih masyarakat Banjar ni...

Selain dari kalakatar, kuih² tradisi Banjar yang lain ialah kuih kararaban, kuih kakicak, dadar gulung, balungan hayam, kuih wadai kiping, gegatas, wadai sundok lawang, tapong pelangat, serabai, bubur berayak, kuih sesumapan, hantaran tatak(pisang), halua maskat, wajik, penakok.. hah.. ambik! Nama pun pelik² kan....

Antara yang menjadi kegemaran saya adalah wadai kiping, balungan hayam (keluarga saya sebut galungan), serabai, halua maskat, penakok... Nak kenal dengan halua maskat ni datanglah ke rumah bila raya. Mak memang selalu buat masa tu. Kira macam agenda dia yang wajib selain dari tapai, rendang keling udang/limpa... Sayangnya anak² tidak mewaris langsung resepi mak ni.

Sebenarnya kami adik-beradik tak berapa minat dengan kuih manis² ni. Yang suka makan adalah ayah saya dulu. Boleh dikatakan setiap hari kena ada kuih dan makanan kena bervariasi, tidak boleh ulang yang sama je. Maksudnya, jika 7 hari, 7 jenis kuih dan 7 jenis lauk jugaklah yang kena buat. Gamaknya dah tiap² hari jumpa, maka dengan itulah yang menyebabkan kami mungkin dah boring belum sampai tahap jelak dengan kuih.

Kali ni saya nak share rupa serabai yang saya suka makan tu beserta dengan resepinya sekali... oh... bukan rambut je yang serabai ok! Ada orang kata jugak... kuih ni kuih orang utara.. iye ke? Rasanya bukan kot... orang utara tu mesti belajar dari orang Banjar... pastu claim kuih tu orang utara punya! Huhu..

SERABAI

600g tepung beras
1 1/2biji kelapa parut putih (dicampur dengan 1 liter air kelapa untuk mendapatkan 1 liter santan)
200g tapai nasi (kisar dengan sedikit air kelapa)
2 sudu teh baking powder
sedikit garam


Kacau semua bahan hingga sebati dan perap antara 2-3 jam. Gunakan kuali mungkum yang kecil. Jerangkan kuali atas api yang sederhana. Sapukan kuali dengan minyak makan. Curahkan satu senduk adunan ke dalam kuali. Bila ia naik sedikit, tutup kuali sehingga serabainya masak dan bersarang. Angkat dan letak dalam pinggan.

Buat satu lagi seperti itu. Bila ia masak, angkat dan tangkupkan di atas serabai pertama tadi, Dengan cara begini menjauhkan ia daripada cepat menjadi keras.

Ulang kan sehingga semua adunannya dimasak. Enak dimakan dengan kuah durian (disini kita panggil pengat durian atau nama lazimnya ~ SERAWA). - Resepi ni dapat kat
sini.

Yep... orang Banjar panggil pengat tu adalah serawa. Jarang dah mak buat kuih ni. Dan tak pernah nampak orang jual kecuali di Sungai Besar, yang mana ramai orang Banjar boleh didapati. Padahal kuih ni bukannya susah sangat pun nak buat. Tengok resepi macam kacang je kan.... Hish.. menggelupur pulak nafsu makan time posa macam ni!

Hingga siri seterusnya.... -:)

Monday, September 22, 2008

Kalakatar - Kuih Kebanggaan Masyarakat Banjar Malaysia


Saya akui saya tidak menonton Majalah Tiga hari Sabtu lepas. Maka saya tertinggal untuk melihat orang sedaerah saya membuat kuih kalakatar secara tradisional. Namun, video untuk episod tersebut ada di TV3 online di sini.

Saya sebenarnya ke Jalan Masjid India dengan adik dan Mastura. Berbuka puasa di luar sedangkan suami menjaga Adam dan Syafiah di rumah. Bertuah badan, dapat suami yang sporting. Alhamdulillah. Suami izinkan - terima kasih. Sampai di SU detik telah menghampiri ke pukul 12 malam dengan badan yang berbau masam!

Begitu ramai umat manusia ke sana di hujung minggu yang dikira agak akhir! Mulanya, nak balik ke tidak? Kalau tidak, mungkin menginap sebentar di hotel bajet di KL. Jef, suami adik boleh datang ambil sekitar subuh selepas dia pulang dari kerja di Kepong. Namun bila diingat anak² di rumah, saya ambil keputusan untuk balik saja. Komuter yang kami naiki adalah komuter yang kedua akhir. Saya ke sana semata-mata mencari baju Mastura - anak saya yang cerewet dan pandai memilih pakaian sejak dia berumur 2 tahun. Sekiranya dia suka, lusuh pun dia akan pakai.



Kuih kalakatar di dalam gambar dibuat menggunakan kaedah kukus. Rasa dia ada sedikit kelainan. Sudah tentulah yang dibakar lebih sedap rasa dan aromanya.

Maka dengan ini, dengan bangganya, saya juga mengakui bahawa saya bukanlah orang Melayu asli. Saya adalah orang Banjar yang berasal dari Banjarmasin. Malah dari sebelah ibu, ada campuran Arab dari sebelah moyang yang bernukleus di Tha'if, Arab Saudi. Saya dapat rasakan bahawa kebanyakan orang Melayu Malaysia pada hari ini bukanlah Melayu asli, cuma dengan angkuhnya mengaku sebagai begitu 'Melayu' dari orang lain.

Dan mungkin disebabkan inilah, saya boleh rapat dengan bekas pembantu rumah saya - Acik - sebab kita sebenarnya adalah serumpun!

Kreatif Blogger Award



It has been so long that I haven't played this. Time to relax and santai... zassss!

I got this award from Reena (thank you!).

It has been done according to the following rules:

1. The winner may put the logo on her blog - done!
2. Put a link to the person you got the award from - done!
3. Nominate 5 blogs - Makcik DC, Kak Iza, Kak Emy, Zuhaini & ASR.
4. Put links to the blogs - done!
5. Leave a message for your nominees -

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Have a safe journey home! Untuk ASR, sebab dia jauh nun di UK, bila nak balik Malaysia?

Mula tu, saya tak nak nominate sesiapa sebab tamak. Nak simpan le award ni sensorang bak kata ASR. Dan sebenarnya nak la jugak pekena abang (abang la kan.. jangan nak perasan diri tu muda pulak.. hahaha) ABO dengan award ni tapi saya tahu dia takkan layan entry picisan macam ni.. hehehe! Saya mana boleh tak buat. Reena ni kawan se'kampung' saya. Lagi pun kepala ni dah berasap... walau pun saya hanya Resident Engineer, banyak sangat oo nak catch up sebab dah tinggal seminggu sebelum raya ni. Adunan biskut nestum pun saya bio je dulu kat dapur nun... huhu... So far, dah 3 biskut saya buat termasuk satu kek lapis prune. Adik saya cakap boleh jual tapi tak belum terbuka hati lagi untuk berniaga masak² ni.


Anyway, it should be 'Creative Blogger Award'.

Saturday, September 20, 2008

Peluang Untuk Beramal & Berinfaq...


Al-Baqara [2:245] : Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

Al-Baqara [2:261] : Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.




Puan Dayang with her 5 children. This pic was taken last year. The detention of her husband was renewed in June this year after the first 2 years to the second of another 2 years.

As we are getting nearer to the festive season, we, in PSK (Pusat Sokongan Keluarga), put our biggest hope to you Malaysians to help us get the amount that can be distributed to these families to cover their basic expenses for the coming Hari Raya. We hope to give each families at least RM 300 - 800 each. That's why we set at least RM20k in our account before the end of next week.

You may bank in your donations to Maybank 162209939776, under name of Nashita Mohd Noor, GMI's treasurer.




Source : Merah Hitam.


SELAMAT BERAMAL!

Friday, September 19, 2008

ISA, Merah Hitam & Puan Halimah


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

(H.R. Muslim)

ISA mengamuk lagi di bulan penuh keberkatan - bulan Ramadhan. Sehingga saat artikel ini ditulis, sudah beberapa orang termasuk blogger RPK dan MP telah ditahan di bawah akta ini. Di saat ini juga RPK mengalami masalah kesihatan yang semakin membimbangi isterinya.

Saya ingin berkongsi pembaca dengan cerita di bawah.


MERAH HITAM telah dipilih sebagai tajuk bagi blog ini kerana saya masih lagi dizalimi oleh akta jahat ISA.

Sejak Mat Sah, ayah kepada anak saya ditahan oleh kakitanganMenteri Dalam Negeri pada bulan April 2002, hingga kini, beliau tidak pernah pulang kerumah. Bukan setakat itu saja, beliau yang tidak pernah dibicarakan dimana-mana mahkamah terbuka di Malaysia , selama 6 tahun ini, merengkok di Kem Kamunting dan dilayan bagaikan seorang banduan.Walaupun di Malaysia ini ada banyak penjara yang berhampiran dengan tempat tinggal saya di Kuala Lumpur, namun tahanan ISA seperti beliau hanya ditempatkan di Kem Kamunting, di Taiping, Perak yang jaraknya hampir 350km dari rumah kami.

Untuk bertemu dengannya,saya dan Suhaib terpaksa bermusafir selama hampir 4 jam ke daerah itu dan dibenarkan bertemu selama 45 minit saja.Dan…saya telah melalui kehidupan yang memeritkan seperti ini lebih dari 6 tahun!!!Telah ditakdirkan menjadi mangsa ISA, saya tidak hanya berdiam diri menadah tangan di tikar sejadah saja.Selain berdoa,saya juga melibatkan diri dengan para aktivis hak asasi manusia dibawah platform Gerakan mansuhkan ISA (GMI).Saya menuntut pada pihak berkuasa,hak-hak peribadi Abah Suhaib sebagai seorang manusia bebas dan merdeka, yang kini sedang dicabuli dengan serius oleh akta zalim ISA ini.Kini, ramai yang mengenali saya sebagai salah seorang aktivis GMI.

Warna merah adalah menandakan perjuangan saya masih tetap membara dan berterusan manakala warna hitam mewakili kehidupan kami mangsa ISA yang sentiasa dalam keadaan sukar dan penuh dengan penderitaan.

Dan hari Ahad telah di uar-uarkan sebagai hari Merah Hitam kepada semua rakyat Malaysia yang perihatin dengan isu ISA ini. Pada hari itu,semua rakyat Malaysia yang bendikan kezaliman dan cintakan keamanan,diminta untuk memakai pakaian yang ada unsure warna merah dan hitam sebagai tanda protes berterusan terhadap akta zalim ISA ini.

Sumber : Merah Hitam

Dan lihatlah pada wajah² mangsa ISA ini. Tidak tercetuskah sedikit rasa bersalah dan kasihan pada mereka² yang terlibat.



These are the pictures of Puan Halimah's family. A mother of eight, she makes soya bean drinks and sells it in Pasar Malam at Bahau, NS. The youngest is Ismail, 7. The father was taken away when Ismail was 3 years old. For further info of these families, please call 0126892608 (Merah Hitam's blog owner - Puan Laila) or Gerakan Mansuh ISA (GMI)'s treasurer Puan Nashita at 0132096373. They need our help financially for this coming Hari Raya.


The greeting card picture was taken in January 2002. Suhaib was 8 years plus. 3 months later ,his father was taken away from their house and never come home untill now..... How time flies!! He grew up without his father for more than six years and counting. He asked, after six years, why the authority still didn't produce the evidence and charge his dad in an open court?



This one was taken in January 2008 when his father (Mat Sah), visited his sick mom in Hospital University Kebangsaan Malaysia. Suhaib is bigger and taller than his dad. Suhaib is Merah Hitam's one and only son.

We're a bad society, aren't we? Pinjam kata² Jingga Studies, "Selagi Tak Kena Batang Hidung Sendiri...". We've to do something... at the very least, blog and spread about it. Or maybe we can help the victims financially or maybe we can send them cards to show our sensitivity and support. Further, the Eid is just around the corner...

Tak sanggup wei nak pisah dengan keluarga. Tanpa bicara pulak tu... bila melihat wajah anak² Puan Halimah terdetik di hati, "Walau pun tanpa bapa, ibunya masih mampu mendidik anak²nya memelihara adab² sebagai orang Islam". Alhamdulillah, subhanallah... Sesungguhnya Puan Laila & Puan Halimah begitu tabah. Doa saya mengiringi kalian!

Thursday, September 18, 2008

Cerita Hanzalah & Syafiah...


Oh! Tak de la persamaan apa. It's just I was looking for a video from Rabbani. Title of the song - Hanzalah (or Handzalah). There's one in Imeem but I prefer Youtube. Let me share you the lyrics:-

Hanzalah

Relakanlah perpisahan kita ini
Iringilah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tidak henti
Moga Islam terus berdiri

Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga

Berpisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah

Dengan nama-Mu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin

Handzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke Firdausi

Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan
Rela menyahut seruan
Demi Islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan


It's an interesting short story in a beutiful song about one of the Prophet Muhammad's (pbuh) best friends who died as a martyr. The hadith is as follows:

Qatadah menceritakan bahwa pada perang Uhud, Rasulullah Saw. berkata, "Hanzalah akan dimandikan oleh malaikat." Maka para sahabat bertanya kepada keluarga Hanzalah, "Apa yang terjadi dengannya?" Qatadah juga bertanya kepada isteri Hanzalah, lalu ia menjawab, "Ketika terdengar seruan perang Uhud, Hanzalah segera pergi untuk berjihad padahal sedang berhadas besar." Rasulullah Saw. berkata, "Kerana itulah ia akan dimandikan malaikat." (HR Ibnu Ishaq dari Ashim bin `Umar bin Qatadah)

Dalam kisah lain, Urwah bercerita, "Aku benar-benar melihat malaikat sedang memandikan Hanzalah di antara langit dan bumi dengan air dari awan dalam sebuah tempat besar terbuat dari perak." Abu Asid al-Sa`idi lalu berkata, "Kami pergi melihat Hanzalah, kepalanya meneteskan air." (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan Ibnu Sa'ad dari Hisyam bin Urwah)


You can find the story here. And another story of Hanzalah - here. Petikan:

"Bagaimana keadaan kamu wahai Hanzalah?" Hanzalah lalu menjawab: "Aku telah berpura-pura." (sesetengah riwayat mengatakan dia telah berkata "munafiq") Abu Bakar terkejut mendengar jawapan Hanzalah lalu bertanya maksud ungkapannya itu. Jawab Hanzalah: "Kami ketika berada di sisi Rasululullah selalu diperingatkan dengan neraka dan syurga hingga kita terasa bagaikan kedua-duanya berada di hadapan mata. Tetapi apabila kita keluar meninggalkan Rasululullah sallalahu alaihi wasallam kita mula sibuk dengab isteri dan anak-anak serta harta benda. Dengan itu banyak perkara yang kita lupakan." Sambut Abu Bakar: "Demi Allah kami juga mengalami perkara yang sama." Mereka berdua lantas bertemu dengan Rasululullah sallallahu alaihi wasallam mengadu tentang apa yang mereka rasai dan alami.


Syahdu! Betapa hebatnya cinta kepada Allah swt berbanding kepada cinta kepada isteri yang baru dikahwininya. Padahal Rasulullah saw telah mengecualikannya dari pergi berperang bagi meraikan sahabat yang baru berkahwin.

Saya mula berangan jika saya ditakdirkan untuk mengandung dan bersalin lagi, sekiranya lelaki, saya akan pertimbangkan nama anak sama ada Hanzalah atau pun Mu'az. Moga dia atau mereka? bersemangat seperti sahabat Nabi saw. Kali ni turn saya kasi nama. Syafiah tu suami yang cadangkan. Huh! Berangan... Syafiah pun tak cukup besar lagi. Tapi kan... ritu.. tak ingat bulan bila.. saya dah nyatakan hasrat nak anak lagi next year tapi akur dengan keputusan si pemberi, KIV dululah... Kuasa Allah swt tu tak siapa yang tahu kan...

Sepanjang Ramadhan ni banyak kali juga saya memasak sendiri. Antara masakan yang masuk dalam senarai - nasi minyak, creamy carbonara - spiral/fettucini (twice), ayam masak kurma & merah, mee bandung, koay tiau kerang, dll. Semalam masa akak dan Atip datang ke rumah pun saya buat creamy carbonara plus nasi goreng, pertembungan dua budaya! Oh, 2 hari ni saya dah mula tepek² biskut. Hari Selasa saya buat Biskut Walnut Cappucino. Anak² hentam dah tinggal berapa ketoi je. Semalam saya buat kek lapis prune. Saya tak pernah beli biskut dari orang, melainkan tahun bila tu saya beli kek lapis. So far, buat sendiri ni menjadi alhamdulillah...

Hari Isnin lepas pula ada ROP appointment di HSB selepas 2 bulan 'cuti' dari jumpa doktor. Syafiah pergi dengan suami je. Anak² di rumah tiada siapa yang jaga kecuali saya. Doktor kata regressive cuma lambat. Di sana kata suami, dia jumpa dengan Demirell (mak dia saya tak tau nama, cuma saya gelarkan dia "Saubah" sebab wajah dia macam mak saudara suami.. hehe. Suka hati je kannn). Demirell ni lahir cuma seberat 500++ gm. Jiran sebelah Syafiah masa kat NICU. Appointment dia kata mak pak dia masih sebulan sekali.

Hari Selasa dengan Dr. RI pula. Berat dia naik 400 gm je dari bulan lepas. Saya minta suami buat appointment lagi untuk bulan depan untuk dikhitankan tapi suami cakap tunggu umur dia setahun je la i.e. bulan Januari tahun depan. COH Syafiah turun 0.5 sm. Sebenarnya tak sabar nak tengok badan dia membesar supaya pembesaran tu setara dengan kepalanya. Jadi, dia boleh meniarap sendiri atau mungkin boleh terus duduk bak kata Kak Bib.

Moga bulan penuh berkat ni akan menjadi asbab du'a saya terangkat dan dikabulkan, insyaAllah.

Wednesday, September 17, 2008

Kefahaman Asas Mengenai Nuzul Al-Quran




Nuzul Al-Quran

Maksud

Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.

Maksud Al-Quran pula bukanlah merujuk kepada 'kitab' akan tetapi ia bermaksud 'pembacaan'. Asal perkataan adalah dari bahasa Arab, "qara'a".


Bagaimana & Bila Diturunkan

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.

Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

Pendapat Pertama

Al-Anfal [8:41] : Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah dan untuk RasulNya dan untuk kerabat (Rasulullah) dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada Hari Al-Furqan, iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar) dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ayat tersebut di atas adalah merupakan penjelasan kepada hukum pembahagian harta rampasan perang dan bukan kepada terturunnya Al-Quran itu sendiri. Wallahu'alam.

Pendapat Kedua

Al-Qadr [97:1] : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.

Ad-Dukhan [44:2] : Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran.

Ad-Dukhan [44:3] : Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).

Ad-Dukhan [44:4] : (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).


Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

Saya percaya ramai yang keliru dengan perkataan "Al-Quran diturunkan" sedangkan kebanyakan dari kita faham & yakin bahawa Al-Quran itu diturunkan kepada Nabi saw secara berperingkat selama 23 tahun. Apa yang dimaksudkan dengan "Al-Quran diturunkan" itu adalah merujuk kepada kejadian Al-Quran diturunkan sekaligus di Baitul Izzah di langit dunia.

Menurut Imam as-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan: Al-Quran diturunkan ke langit dunia pada malam al-Qadr secara sekali gus, kemudian diturunkan pula secara berperingkat selama dua puluh tahun, ada pendapat yang mengatakan dua puluh tiga tahun dan ada pula dua puluh lima tahun sejak Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi dan Rasul berdasarkan peristiwa dan keadaan tertentu yang hanya diketahui oleh Allah SWT pada tempoh tersebut.

Tetapi kenapa al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia dan diturunkan tidak sekali gus malah berperingkat-peringkat ke atas baginda, perkara ini telah dijawab oleh Allah menerusi ayat 32 surah al-Furqan yang bermaksud: "Berkatalah orang-orang Kafir : Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepada (Muhammad) sekali turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan hatinya dan Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara ansur-ansuran)."


Sedikit Info Mengenai Nama Rasul & Nabi

Selak² mengenai Nuzul al-Quran telah membawa saya ke maklumat lain yang saya rasa amat berguna. Perlu sebagai satu pengetahuan am. Sebab pada akhirnya, jika umat Islam ditanya mengenainya, kita mampu menjawab dan tidak keliru, sama seperti tarikh dan masa kejadian Nuzul al-Quran yang setentunya bukan pada 17 Ramadhan.

Nama² 25 Rasul Dalam Kitab Injil/Taurat

1. Adam - Adam
2. Enoch - Idris
3. Noah - Nuh
4. Heber/Eber - Hud
5. Shelah/Shaloh - Soleh
6. Abraham - Ibrahim
7. Lot - Lut
8. Ishmael - Ismail
9. Isaac - Ishak
10. Jacob - Yaakob
11. Joseph/Yosef - Yusuf
12. Job - Ayub
13. Jethro - Syuaib
14. David - Daud
15. Solomon - Sulaiman
16. Elijah - Ilyas
17. Elisha - Ilyasha’
18. Jonah - Yunus
19. Aaron - Harun
20. Moses - Musa
21. Ezra/Ezekiel/Yehezkiel - Zulkifli
22. Zechariah - Zakaria
23. John the Baptist - Yahya
24. Jesus - Isa
25. Ahmad - Muhammad saw

Sudah tentulah versi cerita umat Islam dan umat yang lain ada percanggahan walau pun ada juga di antaranya yang mempunyai persamaan. Baca dan bandingkanlah.

Info Menarik:

1. Jethro mengingatkan saya pada cerita NCIS.

2. Rahil adalah merupakan nama bagi ibu Nabi Yusuf as di mana di dalam bahasa Hebrew/Ibrani adalah Rachel. Adik-beradik Nabi Yusuf as adalah 12 orang (kelompok orang Yahudi yang 12 adalah berasal dari anak² Nabi Yaakub as), di mana adik-beradik seibu sebapanya bernama Benjamin/Bunyamin. Laiya/Layya (Leah) merupakan kakak Rahil juga mengahwini Nabi Yaakub as. Yang menariknya lagi, anak² Nabi Yaakub as telah menurunkan para Rasul yang lahir dari Bani Israel (now we know why, the Js have been acting the way they are today... sejarah tidak akan berubah. Sedangkan adik-beradik pun mahu berbunuhan, inikan pula terhadap orang Islam).

Bunyamin merupakan moyang kepada Nabi Yunus as. Nabi Musa as, Harun as, Ilyas as dan Ilyasa as adalah keturunan Lawi. Sedangkan Nabi Daud as, Sulaiman as, Zakaria as, Yahya as dan Isa as (terdapat khilaf ulama' mengenai hal ini. Ini adalah kerana Nabi Isa as tidak berbapa) adalah anak cucu Yahudza. Lawi dan Yahudza merupakan anak Nabi Yaakub as dengan Laiya/Layya.

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". Bapanya berkata: "Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia." Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu dan akan mengajarmu tafsir mimpi serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Ya’akub sebagaimana Dia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [Yusuf (12:4-6)]

Cukup takat ni je... di lain kesempatan, insyaAllah saya akan selak lagi lipatan sejarah.


Tuesday, September 16, 2008

batublok


Apa nak kongsi ni?

'melayu malas membaca tetapi rajin tulis blog'
masalahnya, aku malas tulis blog! -
Pyanhabib.

HUHUHU! Makin hari makin M... walau pun banyak cerita...

Friday, September 12, 2008

Invitation...


Just click and listen to this beautiful song - Al-Mu'allim by Sami Yusuf



We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we've shamed ourselves
We've strayed from Al-Mu'allim,
Surely we've wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah's creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he'd fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..

Chorus
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled

Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah's creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)




I would also like to invite all of you - family, relatives, friends, bloggers & readers to our Open House cum Tahlil as below:



The Open House is for the whole day except for the Tahlil which will be done on 11 am. See you there, insyaAllah.

Wednesday, September 10, 2008

Al-Muqaddimah : Ke Arah Memperkasakan Budaya & Tamadun


Bila diimbas cerita Beijing, tiba² mengingatkan saya pada buku "Al-Muqaddimah" karya agung Ibn Khaldun mengenai keperkasaan budaya dan tamadun. Bagi saya, Beijing telah berjaya menonjolkan budaya negara China dan penduduknya dari segenap segi. Lihat saja di waktu perasmiannya - opera, seni, tulisan, obor, pakaian, tarian, persembahan dan sebagainya. Tidak cukup itu, diterapkan juga elemen keCinaan pada maskot - Fuwa dan pingat - batu Jed. Saya amat tertarik kepada gaun merah yang dipakai oleh pengiring. Sungguh cantik!

Bercerita mengenai "Al-Muqaddimah", karya agung ini telah dijadikan salah satu sumber rujukan ketika kami belajar dulu. Subjeknya bukan subjek agama akan tetapi subjek sejarah. Perkataan "hadharah" (civilisation) terus lekat di ingatan sehingga kini. Di dalam kitab Ibn Khaldun tersebut juga ditekankan mengenai kepentingan tulisan dan budaya dalam membentuk ummah. Kitab ini amat bagus sekali untuk dibaca oleh semua orang tak kira Muslim atau bukan Muslim kerana ia merujuk kepada ketamadunan.

Dengan merujuk kepada apa yang berlaku di Malaysia hari ini, dalam hubungan dengan berfikir tentang menguatkan budaya dan umat, maka ada beberapa pengajaran yang kita boleh ambil dari ibn Khaldun dengan "al-Muqaddimah"nya. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Antaranya perrpaduan Muslim Melayu yang kuat di negara ini sebagai nukleus untuk perpaduan yang lebih luas dengan Melayu Muslim sebagai contoh tauladannya. Perpaduan Melayu sebagai teras ini adalah selari dengan penonjolan kepada prinsip 'asabiyah yang positif yang diberikan pembelaannya oleh Ibn Khaldun dalam huraiannya tentang 'asabiyah yang disebutkan olehnya sebagai prinsip kekuatan yang menjayakan agama dan peradaban yang besar dan teguh. Asabiyah yang ditentang oleh Nabi s.a.w. katanya ialah asabiyah yang membawa kepada kejahatan, bukannya yang ditentang zat asabiyah itu sendiri. Beliau menyamakan larangan itu dengan larangan terhadap sifat marah. Yang ditentang bukan sifat marah itu sendiri tetapi sifat marah yang mambawa kepada kejahatan. Kemarahan yang berlaku dalam jihad, itu marah yang terpuji. Perpaduan Melayu mesti diperjuangkan sampai berjaya dengan dimanfaatkan prinsip asabiyah dalam huraian Ibn Khaldun ini.

  • Seperkara lagi asabiyah yang disebut oleh Ibn Khaldun adalah secara kebetulannya menyamai konsep "Melayu" di kalangan kita sebagai orang yang beragama Islam dan berbahasa Melayu serta yang mengamalkan adat istiadat Melayu. Dan adat istiadat itu pula adalah tatatertib yang berkebetulan dan diterima oleh Syara'. Ini sesuai dengan kata-kata dalam bidalan: "Hidup bersendikan adat dan adat bersendikan hukum dan hukum bersendikan Kitab". Ertinya kasih kepada bangsa ini hendaklah diperkasakan dengan apa cara yang boleh yang akan digunakan demi untuk mengekalkan kuasa Muslimin dalam negeri ini untuk kebaikan semua pihak dan demi untuk menjayakan agama Islam beraliran Al-Sunnah wal-jamaah yang kita yakini.

  • Seperkara lagi ialah sudah tentu pengawalan ke atas ajaran dan amalan Ahlis-Sunnah wal-Jamaah yang dihuraikan sistem ilmu dalam "al-Muqaddimah" dalam semua bidangnya. Beliau memberi pembelaan terhadap usuluddinnya, fiqhnya, tasawwufnya, sejarahnya, nahu sarafnya, sains, fizik, hisabnya, demikian seterusnya; semua ilmu-ilmu itu beliau lihat dalam perspektif faham ilmu Ahlis-Sunnah wal-Jamaah.

  • Pemerkasaan budaya ilmu, perkembangan pengetahuan, dan kemahiran hendaklah dijadikan bidang tumpuan dalam polisi mereka yang memerintah supaya dengan itu maka umat Islam akan menjadi umat yang mengutamakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berguna dalam hidup supaya dengan itu hidup umat selamat dalam dunia yang penuh dengan perlumbaan ini, sudah tentu dengan menyempurnakan tugas-tugas kita kepada Allah dan pengabdian kepadaNya. Ini sudah tentu berkaitan dengan polisi pendidikan yang ada dalam negara. Selain daripada penekanan yang diberikan kepada sains dan teknologi hendaklah diberikan penekanan yang memadai terhadap kefahaman dan keyakinan serta amalan ilmu-ilmu Islam mengikut tahap masing-masing, dengan tidak mengurangkan fardhu ainnya dalam menyempurnakan fardhu kifayahnya supaya dengan itu berlakulah keseimbangan yang memberi kebaikan untuk individu dan negara serta umat.

  • Bertalian dengan itu ialah pemerkasaan budaya berfikir dengan baik dan objektif supaya ianya membantu dalam perkembangan hidup individu dan juga hidup negara dan umat sebab berfikir adalah perkara khusus istimewa untuk umat manusia yang menentukan darjahnya yang sebenarnya. Kecekapan berfikir secara logik yang baik dan mengarah kepada kebaikan serta yang bersifat "purposive" dan teratur perlu disemarakkan dalam pendidikan formal dan tidak formal. Cara-cara berfikir mengikut kaedah Islam antaranya sebagaimana yang ada dalam ibn Khaldun dan juga dalam ajaran Imam al-Ghazali hendaklah diberi perhatian sewajarnya, selain daripada mengambil tahu tentang cara-cara berfikir masakini untuk perbandingan bagi mereka yang sewajarnya.

  • Sejarah sebagai ilmu pengetahuan akademik hendaklah digandingkan dengan pengajian ilmu itu sebagai sumber pengajaran dan pengenalan hakikat tentang kajian tamadun manusia yang lebih luas. Dengan itu timbullah kesedaran intelektuil yang baik dan luas dalam negara. Ertinya yang diambil kira bukan sahaja peristiwa politik dan para pemimpin serta masalah ekonomi dan ketenteraan tetapi masalah-masalah lain yang menyangkut pemikiran dan nilai-nilai kemanusiaan dalam hidup.

  • Dalam huraian Ibn Khaldun diambil berat tentang perkembangan ekonomi yang baik dan makmur yang memberi kesenangan hidup kepada umat dengan polisi pemerintah yang baik dengan para ahli perniagaan yang berniaga dengan berjaya. Beliau juga memberi panduan dalam bidang pencukaian sehingga komen-komennya tentang pencukaian mempengaruhi Presiden Reagan masa pemerintahannya. Sebanyak dua kali Reagan menyebut ibn Khaldun dalam hubungan dengan pencukaian di Amerika Syarikat.


  • Baca seterusnya di sini.


    Kitab ini adalah antara kitab yang saya cari untuk koleksi peribadi. Begitu juga dengan Kitab Ibn Katsir. Satu ketika dulu heboh dikatakan bahawa di dalam kitab Ibn Katsir terdapat perbezaan tentang umur sebenar Sayyidatina Khadijah ra ketika mengahwini Rasulullah saw. Saya begitu curious, akhirnya saya temui jawapannya walau pun sedikit secara online. Jawapannya adalah masih sama seperti mana² sejarah lain. Sungguh pun begitu, saya masih berkobar-kobar untuk memiliki terjemahan kitab tersebut.

    Marilah kita sama² memperkasakan budaya pengembangan ilmu. Peringatan ini bukan untuk orang lain saja, malah untuk diri saya sendiri juga. Surely... it takes centuries to build a strong nation! Just look at China...

    Lembaga Tabung Haji ups Ramunia stake


    Dalam kita terlalu asyik dengan keadaan politik negara hari ini, kita mungkin terlepas pandang berita ni yang agak lewat untuk dikongsi di sini. Cuma saya merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena apabila Lembaga Tabung Haji yang hasil duitnya yang dah sah² dari akaun rakyat itu digunakan untuk tujuan seperti ini. Lagi kita kecoh dengan satu isu lain, lagi 'sesuatu' dapat disorok dengan baik.


    Wednesday September 3, 2008 MYT 1:32:50 PM

    Lembaga Tabung Haji ups Ramunia stake

    KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji continued to raise its stake in shipyard operator Ramunia Holdings Bhd following the recent acquisition of 5.5 million shares.

    A filing with Bursa Malaysia showed the pilgrimage fund acquired 2.75 million shares on Aug 26 and another 2.75 million shares the next day. The share price closed at RM169 on Aug 26 and at RM1.70 on Aug 27.

    The recent acquisitions increased its stake in Ramunia to 126.93 million shares or 22.6%.

    Ramunia’s share price hit a 52-week high of RM1.95 on Feb 13 and its 52-week low was 88 sen on Sept 18.

    At the current price of RM1.76, it is trading at a price-to-earnings of 40.43 times.

    MISC Bhd is undertaking a reverse takeover of Ramunia. On Aug 26, Ramunia announced that the Ministry of International Trade and Industry had approved the takeover subject to the approval of the Securities Commission and the Foreign Investment Committee.

    Sumber : The Star


    Persoalannya:
    1. Mengapa?
    2. Untuk apa?
    3. Untuk siapa?
    4. Penggunaan prosedurnya bagaimana?

    Dan juga satu persoalan, ada tak satu² cara agar badan yang memegang amanah rakyat agar memohon izin (consent) rakyat bagi menggunakan duit rakyat itu sendiri? Secara bertulis agar rakyat redha dengan perbuatan itu. Malaysia yang tengah berkecamuk ini adalah hasil ketidakredhaan rakyat. Apakah masih belum belajar?


    Antara berita lain yang dibaca hari ini:
    1. 3 mati tragedi samun waktu sahur di Shah Alam.
    2. Pengarah JAKIM vs Mufti Perlis.
    3. Debat Tudung Wanita : Jawapan Kepada Artikel Raja Petra (Malaysia today).

    Tuesday, September 9, 2008

    Persamaan Beijing dan Tanjong Piandang




    I'm still searching for this Fuwa, namely Huan Huan (symbol of Fire)


    Tarikh : 8 Ogos 2008
    Pembekal : Syarikat Zhang, Li, & sons.. hiks! dll (hantam sajalah labu!!)
    Jumlah Bedilan : Ratusan








    Tarikh : 7/8 Februari 2008 (Tahun Baru Cina)
    Pembekal : Ahmad Jefry Chong Abdullah
    Jumlah Bedilan : 138 (tak terlawan Beijinglah!)
    Tukang Bakaq : Awa
    Peruntukan Raya Tahun Ni : bukan aku yang booked (rega RM400)


    Selain sama dari segi di atas, kedua-dua tempat itu juga ramai penduduk Cina dan kami tinggal dengan aman damai sehingga kini. Malah ketika kami kesempitan dulu, jiran yang bermata sepet itulah yang datang membantu meminjamkan wang. Tanpa bunga.

    Teringat juga, tiap kali raya ayah siap tolong belikan mercun. Zaman dulu rega murah. Kumpul² nak dekat RM200/orang jugak la dia bagi kami bakaq duit. Bukan apa... saja nak bagi anak² dara dia berani. Bukan takat main mercun made in China tapi yang meriam buluh dan yang berdesing hebat seperti meriam besi pun kami main. Saya masih suka membakaq mercun.. syhhh.. toksah kecoh.. karang kena tanya dek polis.. hehehe! (jeng jeng jeng.. kat tempat kami cek polis yang juai mercun.. haha). La ni suka dengan mercun bola yang meletup kuat tu.

    Eh... tapi ada orang kata masa Sukan Olimpik Beijing tu satu dunia kena tipu. Betul ke? Bih tu yang masuk dokumentari tu amende? Yang siap ada pakar mercun bergelar Prof tu. Katanya setiap gerak mercun tu computerized.... Tertipukah kita? Ah!! Biaq pi la.. maka jin pun kenyanglah makan asap!!

    Sekian... entry merepek hari ini.. saja memenuhkan ruang

    Sunday, September 7, 2008

    Tak bernafsu...


    Sungguh lama saya tak hapdet blog ini. Takde la pergi mana pun, Permatang Pauh pun idak. Baca mengenainya pun idak, saya cuma dapat berita fresh dari PP sendiri. Bila saya yang suka main games ni bukak PC je asyik terpandang di desktop. Langsung tak bernafsu nak hapdet blog. Very addictive! Saya yang suka main games ni kena la lepas ni pada mende alah tu kalau saya yang suka main games ni online. Kalo tidak harus saya yang suka main games ni tak hapdet blog ni! Nak download? Pi sini. Bio la kita sesama addicted men Spongebob.. hehehe... dengki!

    I'll let the photos tell you the story of last weekend (30-31/08/2008. Anyway, 30th was our 5th anniversary in Masihi calendar). First venue - Animal Safari:



    Second venue - D'Savoy Condotel Studio:

    Architect in the making! Believe me, he can use both hands to write!


    Welcome gifts - shirts and towel

    Third venue - Cowboy's Town:

    We're having a buffet dinner in one of the halls. No photos except at the entrance. The theme was "Cowboy", so semo jadi koboilah! The sweetest were my hubby's singing team brought back the 1st price of RM1,500.00 although the mic was on-and-off and we also got 3 things for lucky draw - glasswares (I brought 1 back to kg to use it on raya!), photo frame. Grand lucky draw? 42" plasma TV, motorbike.. tak dapek.. hampehz.. Boleh plak manager yang dapek.. cet!

    Anyway, hubby's group name was "Wangs" (perasannnn macam Wings lah konon! No.. no.. no! It's because they're finance people!). Jangan tak caya.. hubbyku sungguh suka menyanyi dan selalu jadi lead vocal! Sungguhpun mic bermasalah dan tak rehearse langsung, kemenangan tu adalah rezeki hujung bulan kami! Kata colleague dia yang dok semeja, masa pertandingan nasyid co (diadili oleh Hijaz) pun mic/lagu off. So, yang dengar hanya suaranya. Menang tempat pertama jugak. Dulu WHB ada team koir. Coach dia cikgu Hajar AF tu la. Cikgu Hajar ni ada 2 anak istimewa. Dua² anak dia tu bisu! Pernah berjumpa sekali di family day WHB. Kuantan/Kijal tak ingat...

    Later, the program was ended around 10 pm (started as early as 5.30pm). Pi tengok karnival yang bercampur baur antara binatang, lelaki dan perempuan, kanak² dan dewasa.


    Sian kat gajah² ni dari siang sampai malam manusia mempergunakannya untuk nafsu manusia itu sendiri

    Tak tahan sey... bingit telinga! At last we decided to rest and go back to our studio. Fortunately, Syafiah was very sporting.. with most of the time, she was sleeping (sampai kena usap² kepala dia untuk pastikan dia sedar!).

    On the way out, dummmm... there was the 1st shot of fireworks. Tapi of course takleh lawan Beijinglah!! Nanti saya cerita pasal mercun ye...:

    In CT itself


    From the balcony of the studio

    Photos of 2nd day - telematch at Water world:



    'Sahabat' bawak le anak² pi join telematch kanak². Tu pun satu acara je. Acara kumpul gula² terbanyak. Nak tahu berapa Adam pi kutip? 3 bijik je - satu untuk dia, satu untuk Mastura & satu lagi untuk si ibu. Hahaha... Bila disuruh ambil lagi dia menolak. So far, anak² saya tak suka makan gula², kalo ter'ada' pun, buka, hisap dan buang.

    Antara Adam & Mastura, Adam lebih bersikap 'peneroka' dan terbuka, sedangkan Mastura lebih sebagai 'pelindung', tidak mengambil bahagian dan hanya gemar memerhati. Jika dirasakan 'selamat', barulah dia lebih berani. Kami balik lepas anak² berenang, tu pun ikut jalan dalam dan hampir² kemalangan kerana 'sahabat' terlalu penat sehingga termakan jalan sebelah. Saya juga hampir terlelap. Cuma kuasa Allah swt tu menggerakkan mata saya agar terbuka dan mengejutkan sahabat. Alhamdulillah tiada kenderaan dari laluan bertentangan.

    Hari ini dan semalam pula, kami balik ke kampung di Perak untuk bersama keluarga bersahur, berpuasa, berbuka bersama. Itu pun setelah idea spontan tercetus di fikiran pada hari Jumaat sebelum berbuka puasa! Alhamdulillah dapat 'sahabat' yang sporting.. Kami bertolak pukul 11 malam, sampai sebelum sahur. Sempat jugaklah temankan adik belikan baju raya dia dan suami. Hujan di PB toksah nak cakaplah betapa lebatnya. Sehari semalam. Saya rasa seluruh Semenanjung pun hujan sebegitu pada hari Sabtu.

    Oh.. tak sabar nak balik lagi. Kali ni beraya di Perak dulu sebelum bergerak balik ke Selangor pada hari raya ke-2. Saya dah ushar kamera & new brand hp kat PB. InsyaAllah akan dibeli di sana. Walau pun branded tapi harganya murah (apa yang mahal di utara pun tak tau la). Kami juga bercadang untuk membuat sedikit kenduri pada hari raya ke-2 tersebut, jadi sekiranya ada yang akan balik ke sana, jemput²lah singgah di rumah ye... nanti saya upkan dia punya jemputan.. insyaAllah...
     

    Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez