Monday, September 22, 2008

Kalakatar - Kuih Kebanggaan Masyarakat Banjar Malaysia


Saya akui saya tidak menonton Majalah Tiga hari Sabtu lepas. Maka saya tertinggal untuk melihat orang sedaerah saya membuat kuih kalakatar secara tradisional. Namun, video untuk episod tersebut ada di TV3 online di sini.

Saya sebenarnya ke Jalan Masjid India dengan adik dan Mastura. Berbuka puasa di luar sedangkan suami menjaga Adam dan Syafiah di rumah. Bertuah badan, dapat suami yang sporting. Alhamdulillah. Suami izinkan - terima kasih. Sampai di SU detik telah menghampiri ke pukul 12 malam dengan badan yang berbau masam!

Begitu ramai umat manusia ke sana di hujung minggu yang dikira agak akhir! Mulanya, nak balik ke tidak? Kalau tidak, mungkin menginap sebentar di hotel bajet di KL. Jef, suami adik boleh datang ambil sekitar subuh selepas dia pulang dari kerja di Kepong. Namun bila diingat anak² di rumah, saya ambil keputusan untuk balik saja. Komuter yang kami naiki adalah komuter yang kedua akhir. Saya ke sana semata-mata mencari baju Mastura - anak saya yang cerewet dan pandai memilih pakaian sejak dia berumur 2 tahun. Sekiranya dia suka, lusuh pun dia akan pakai.



Kuih kalakatar di dalam gambar dibuat menggunakan kaedah kukus. Rasa dia ada sedikit kelainan. Sudah tentulah yang dibakar lebih sedap rasa dan aromanya.

Maka dengan ini, dengan bangganya, saya juga mengakui bahawa saya bukanlah orang Melayu asli. Saya adalah orang Banjar yang berasal dari Banjarmasin. Malah dari sebelah ibu, ada campuran Arab dari sebelah moyang yang bernukleus di Tha'if, Arab Saudi. Saya dapat rasakan bahawa kebanyakan orang Melayu Malaysia pada hari ini bukanlah Melayu asli, cuma dengan angkuhnya mengaku sebagai begitu 'Melayu' dari orang lain.

Dan mungkin disebabkan inilah, saya boleh rapat dengan bekas pembantu rumah saya - Acik - sebab kita sebenarnya adalah serumpun!

9 comments:

Anonymous said...

ini baru kuih namanya!

asr on September 23, 2008 at 6:43 AM said...

Nampak macam apam ja. Betui ka resepi ko tu, baik cek balik, hahahaaa...

Anonymous said...

Jingga Studies:
sedap oo kuih ni...



asr:
ni bukan aku yang buat, mak aku buat. orang veteran. rupa je macam apam sebab aku potong macam tu, tapi isi lembik... cuba aku potong 4 segi... sori la... kamera aku bukan kamera mahai!!

Makcik Runner on September 23, 2008 at 7:49 AM said...

laa, kalakatar tu kueh yek? akak konpius ngan gunung kalapattar kat nepal tu...hehehe

nampak sedap je kueh ni...

Anonymous said...

sue, banyak ke shopping sampai ke tengah malam tu?

I used to be orang 2 yg shopping sampai malam kat Jln Tar tu. Ada sekali satu tahun tu raya kat sini, malam raya pun kami pegi just to join the crowd. gila kah? mmg mcm ape aje ramainya

Unknown on September 24, 2008 at 12:51 PM said...

sis...hantar dkt rumah kite skt sis...hehe

silversarina on September 24, 2008 at 1:30 PM said...

salam,

akak tak kenal lagi kuih ni, nama pun baru first time dengar.

SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR BATIN .

izzat on September 24, 2008 at 4:23 PM said...

kolaan...
emak banjar + ayah jawa..
heheh,,
walaupun separuh banjar.. rasanya x pernah makan kuih ni..
huhuhu..
sedap x?

Sue.Aleen on September 25, 2008 at 10:26 AM said...

Kak KC:
boleh jugak diconfusekan dengan gunung berapi kalakatau! kuihnya memang sedap sebab pakai nyoq muda.





Makcik DC:
aku shopping tak banyak. baju anak aku 2 pasang je. tak lalu jem teruk sangat. jem orang... ada ketikanya sampai tak bergerak! aku pernah pi dengan husband pkl 12 tgh mlm.. still ramai lagi. gilalah!!





Reena:
tak buat pun camne la nak anto kat rumah awak.. hehe..





Kak Rina:
nama kuih Banjar memang pelik² la kak... thanks for the wish. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk akak sekeluarga jugak!





Abang Jat:
kulaannnnnn! kuih ni sedap lerrr... jom join Pertubuhan Banjar SeMalaysia!

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez