Thursday, September 25, 2008

Siri Kuih Masyarakat Banjar - Serabai


Hoho.. masih teruja nak cerita bab kuih masyarakat Banjar ni...

Selain dari kalakatar, kuih² tradisi Banjar yang lain ialah kuih kararaban, kuih kakicak, dadar gulung, balungan hayam, kuih wadai kiping, gegatas, wadai sundok lawang, tapong pelangat, serabai, bubur berayak, kuih sesumapan, hantaran tatak(pisang), halua maskat, wajik, penakok.. hah.. ambik! Nama pun pelik² kan....

Antara yang menjadi kegemaran saya adalah wadai kiping, balungan hayam (keluarga saya sebut galungan), serabai, halua maskat, penakok... Nak kenal dengan halua maskat ni datanglah ke rumah bila raya. Mak memang selalu buat masa tu. Kira macam agenda dia yang wajib selain dari tapai, rendang keling udang/limpa... Sayangnya anak² tidak mewaris langsung resepi mak ni.

Sebenarnya kami adik-beradik tak berapa minat dengan kuih manis² ni. Yang suka makan adalah ayah saya dulu. Boleh dikatakan setiap hari kena ada kuih dan makanan kena bervariasi, tidak boleh ulang yang sama je. Maksudnya, jika 7 hari, 7 jenis kuih dan 7 jenis lauk jugaklah yang kena buat. Gamaknya dah tiap² hari jumpa, maka dengan itulah yang menyebabkan kami mungkin dah boring belum sampai tahap jelak dengan kuih.

Kali ni saya nak share rupa serabai yang saya suka makan tu beserta dengan resepinya sekali... oh... bukan rambut je yang serabai ok! Ada orang kata jugak... kuih ni kuih orang utara.. iye ke? Rasanya bukan kot... orang utara tu mesti belajar dari orang Banjar... pastu claim kuih tu orang utara punya! Huhu..

SERABAI

600g tepung beras
1 1/2biji kelapa parut putih (dicampur dengan 1 liter air kelapa untuk mendapatkan 1 liter santan)
200g tapai nasi (kisar dengan sedikit air kelapa)
2 sudu teh baking powder
sedikit garam


Kacau semua bahan hingga sebati dan perap antara 2-3 jam. Gunakan kuali mungkum yang kecil. Jerangkan kuali atas api yang sederhana. Sapukan kuali dengan minyak makan. Curahkan satu senduk adunan ke dalam kuali. Bila ia naik sedikit, tutup kuali sehingga serabainya masak dan bersarang. Angkat dan letak dalam pinggan.

Buat satu lagi seperti itu. Bila ia masak, angkat dan tangkupkan di atas serabai pertama tadi, Dengan cara begini menjauhkan ia daripada cepat menjadi keras.

Ulang kan sehingga semua adunannya dimasak. Enak dimakan dengan kuah durian (disini kita panggil pengat durian atau nama lazimnya ~ SERAWA). - Resepi ni dapat kat
sini.

Yep... orang Banjar panggil pengat tu adalah serawa. Jarang dah mak buat kuih ni. Dan tak pernah nampak orang jual kecuali di Sungai Besar, yang mana ramai orang Banjar boleh didapati. Padahal kuih ni bukannya susah sangat pun nak buat. Tengok resepi macam kacang je kan.... Hish.. menggelupur pulak nafsu makan time posa macam ni!

Hingga siri seterusnya.... -:)

9 comments:

the principal on September 25, 2008 at 12:34 PM said...

Mak mertua tiri kak emy org banjar.

Bila balik Melaka sebulan sekali, mak kak emy mesti order serabai ni. We all mmg suka. In fact masa kak emy kahwin, serabai dijamu kepada org penanggah.

cikliah on September 25, 2008 at 12:36 PM said...

Dulu dok lalu lalang merbau sempak, jumpa la balungan hayam nie... wahhhh suker makcik...
Kat Merbau Sempak sana, ramai kulaan. Nak wat senang jek kan.. tapi since makan sorang2 jek baik ler beli... hih hih hih

Anonymous said...

org banjar ni memang kuat makan kuih!

Anonymous said...

Nama kuih tak boleh blah, SERABAI! nasib baik rupa tak serabai.

Sue, selamat hari raya utk sue sekeluarga... berhati2 dijalan raya!

Sue.Aleen on September 27, 2008 at 12:12 AM said...

Kak Emy:
confuse saya dibuatnya dengan pangkat tu!

best kan kalo ada kuih tradisi masa kenduri-kendara.





Kak Awa:
balungan hayam tu buat sendiri tak mampu la. kebanyakannya kena buat ramai² baru feeling nak makan.. ye dak? tambah kalo ada plak spesis yang dok mengomen manislah, bla bla bla.. lagi malas nak buat... btw, suami saya punya taste macam ayah cuma dia tak cerewet je...





Jingga Studies:
tradisi tu sebahagian dari tamadun tu... hehehe... probnya, orang muda cam kita ni (cewahhhh perasan!), tak minat sangat makan kuih kan. tu sebab lelama resepi tu tenggelam cam tu je. pastu yang expert buat tak sempat nak turunkan ilmu.





Intan:
hang tengok koey lain tu... nama lagi pelik². serabai tu kira orait la kan... ramai gak yang tau makna. ya la.. makna yang lagi satu la...

Selamat Hari Raya untuk hang and family jugak okie! bila balik utara?

the principal on September 27, 2008 at 12:17 AM said...

K emy ada 2 MIL. Tak tau nak refer apa kat mak tiri husband. So, jadilah mak mertua tiri.

Sue.Aleen on September 27, 2008 at 12:25 AM said...

Kak Emy:
apa kita berdua buat ni tak tido² lagi? hehehe... alah kak emy.. bukan akak je yang tak reti nak berpangkat ni, saya pun serupa! kita serupaaaaa....

Anonymous said...

halua maskat = taik telinga
* istilah yang aku bg time aku kecik2 sbb wana nya yg kekuningan same cam telinga yg tak penah d korek setahun..kuang3...

tiap kali mak kacau halua maskat tu aku musti ada menempel kat sobolah..jd peneman & pengacau..
hukhukhuk!!

ingatan beh sempena hari raya..

Sue.Aleen on October 7, 2008 at 10:28 AM said...

kak awa.. raya bebaru ni mak ada buat tapi seperti biasa tak sempat nak ambil gambo. ada orang menempah dari dia. leceh buat kuih tu... dari nak sediakan sampai nak buat pun leceh.. saya plak suka menempek bila mak buat tapai.. pernah sekali jadi masam.. hehehe.. punya mengacaunya tu!

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez