
Kedatangan Ramadhan seringkali mengingatkan saya kepada Ramadhan yang telah saya lalui bersama sahabat. Ramadhan menemukan rasa sayang kami berdua. Berjalan ke kompleks melalui Masjid Negeri, membeli baju, pulang merentasi jalan yang sama, singgah bersolah terawikh, dan akhirnya kembali semula ke depan pejabat. Kemudian barulah dihantarnya saya pulang. Begitulah rutin kebanyakan harinya. Tiada nafsu-nafsi, tiada lontaran kata² romantik...
Ramadhan bukan hanya bulan keberkatan tapi bulan kasih-sayang. Ia akan terus mengimbau kenangan lalu yang manis. Bulan yang sentiasa dinanti-nantikan.
Entry ini mungkin entry terakhir sebelum hari raya. Nanti lepas raya saya akan kongsikan kisah kenangan manis itu sungguh pun ia amat biasa sekali kerana kami adalah manusia² yang biasa... biarlah ia menjadi rujukan pada anak² kami pula. Tak perlu berbicara, takut kelak menjadi telefon karat.. hukhukhuk!
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H, Maaf Zahir & Batin kepada semua yang membaca dan melayari blog saya. Kedatangan anda semua ke sini saya ucapkan dengan jutaan terima kasih! Salam ceria! Semoga selamat dalam perjalanan balik kampung. Sesiapa nak balik ke kampung pada hari Ahad sesubuh hari, guna jalan Sabak - Simpang 5, Teluk Intan - Lekir - Manjung - Segari - Pantai Remis - Trong - Taiping - Simpang 4, Semanggol - Kuala Gula - Kuala Kurau - Tg Piandang, marilah konvoi bersama-sama...
Oh, sebelum saya lupa, jemputan makan dan bertahlil pada hari raya ke-2 masih terbuka kepada semua terutamanya yang berdekatan dengan tempat kejadian.... :-). Datang tau!
*Isk! Isk! Isk! Awat aku mimpi YB Zul masa aku ambik morning nap tadi? Heran sungguh haih.. jiwa kacau!*

16 comments:
Christina:
hi! how are you? thanks for keep on coming to my blog though you might not understand what was written. it's such an honor!
btw, we'll be celebrating Eid next week. how about there in US?
selamat hari raya!
maaf zahir dan batin!
+ berhati2 di jalan raya!
Jingga Studies:
selamat hari raya
maaf zahir batin...
you too, take care of yourself on the road, okie!
sue: selamat hari raya. minta maaf jika tersilap tutur kata.
aku balik ahad gak, tapi siang sikit. wei, updet itu kisah cinta. Ke bukan?
Makcik DC:
kisah mee cintan lerrr... kasihku bersemi di bulan ramadhan.. hukhukhuk
salam aidil fitri. Jangan bagagas mambawa kurita, alon-alon, lambat sikit tapi konpem sampai ke kg. Sori bahasa kalakatar tu. Kalau faham ok, tak faham pun ok jugak.Tak jadi masalah.
Jangan lupa tapai, sedap nyer..!
albanjari online
ABO
selamat ari royo. maap zahir & batin
sape yg bawak kete? jgn berdesup dah la yek...kang tertanggal tayar kat blkg
KC
ABO:
apa plak tak paham.. walo pun.. bahsa jarmanku rakai, tapi masih boleh memahami...
Kak KC:
selamat hari raya, maaf zahir batin too. hubby le bawak keta... co-pilot syafiah. bawak ikut jalan dalam tak mampu berdesup sangat...
hahaha... tayar memang tertinggal di belakang. tayar spare!
ABO:
lupa! nanti saya pesan kat mak no pasai tapai tu... tapi jangan tak mai rumah plak tau!
saalam aidilfitri...
jmput mai ke rumah kami.
;)
Salam Aidilfitri, Maaf Dzahir Batin dr kami sekeluarga. Elok2 di jalan raya...
:)
SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN.
Semoga kita sentiasa kuat demi anak-anak :-)
salam aidilfitri my neighbour!!amboi..mimpi MB lagi!!!
umaralfateh
Eid Mubarak sue!
Pinggan kaca di Langkawi eh? Satu lagi alasan untuk ke Langkawi pulak..hoh.
Raya tahun ini di kelantan dan terengganu.
Baru balik le ni
Jojomagazine:
salam hari raya... uik.. rumah kat mana daaa? anyway, tq for dropping by...
ASR:
same goes to you!
Mamalisa:
selamat hari raya, maaf zahir batin. how's your daughter? dah balik rumah ke? teringin nak jumpa...
Kak Iza:
bukan mimpi MB.. mimpi YB.. buat senak perut je..
Umaralfateh:
tak faham.. ngehehe...
Nur:
eid mubarak to you too! jom konvoi ke langkawi.. hehehe.. satu alasan jugak! :P.. tak merempuh jem ke?
Post a Comment