Wednesday, September 10, 2008

Al-Muqaddimah : Ke Arah Memperkasakan Budaya & Tamadun


Bila diimbas cerita Beijing, tiba² mengingatkan saya pada buku "Al-Muqaddimah" karya agung Ibn Khaldun mengenai keperkasaan budaya dan tamadun. Bagi saya, Beijing telah berjaya menonjolkan budaya negara China dan penduduknya dari segenap segi. Lihat saja di waktu perasmiannya - opera, seni, tulisan, obor, pakaian, tarian, persembahan dan sebagainya. Tidak cukup itu, diterapkan juga elemen keCinaan pada maskot - Fuwa dan pingat - batu Jed. Saya amat tertarik kepada gaun merah yang dipakai oleh pengiring. Sungguh cantik!

Bercerita mengenai "Al-Muqaddimah", karya agung ini telah dijadikan salah satu sumber rujukan ketika kami belajar dulu. Subjeknya bukan subjek agama akan tetapi subjek sejarah. Perkataan "hadharah" (civilisation) terus lekat di ingatan sehingga kini. Di dalam kitab Ibn Khaldun tersebut juga ditekankan mengenai kepentingan tulisan dan budaya dalam membentuk ummah. Kitab ini amat bagus sekali untuk dibaca oleh semua orang tak kira Muslim atau bukan Muslim kerana ia merujuk kepada ketamadunan.

Dengan merujuk kepada apa yang berlaku di Malaysia hari ini, dalam hubungan dengan berfikir tentang menguatkan budaya dan umat, maka ada beberapa pengajaran yang kita boleh ambil dari ibn Khaldun dengan "al-Muqaddimah"nya. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Antaranya perrpaduan Muslim Melayu yang kuat di negara ini sebagai nukleus untuk perpaduan yang lebih luas dengan Melayu Muslim sebagai contoh tauladannya. Perpaduan Melayu sebagai teras ini adalah selari dengan penonjolan kepada prinsip 'asabiyah yang positif yang diberikan pembelaannya oleh Ibn Khaldun dalam huraiannya tentang 'asabiyah yang disebutkan olehnya sebagai prinsip kekuatan yang menjayakan agama dan peradaban yang besar dan teguh. Asabiyah yang ditentang oleh Nabi s.a.w. katanya ialah asabiyah yang membawa kepada kejahatan, bukannya yang ditentang zat asabiyah itu sendiri. Beliau menyamakan larangan itu dengan larangan terhadap sifat marah. Yang ditentang bukan sifat marah itu sendiri tetapi sifat marah yang mambawa kepada kejahatan. Kemarahan yang berlaku dalam jihad, itu marah yang terpuji. Perpaduan Melayu mesti diperjuangkan sampai berjaya dengan dimanfaatkan prinsip asabiyah dalam huraian Ibn Khaldun ini.

  • Seperkara lagi asabiyah yang disebut oleh Ibn Khaldun adalah secara kebetulannya menyamai konsep "Melayu" di kalangan kita sebagai orang yang beragama Islam dan berbahasa Melayu serta yang mengamalkan adat istiadat Melayu. Dan adat istiadat itu pula adalah tatatertib yang berkebetulan dan diterima oleh Syara'. Ini sesuai dengan kata-kata dalam bidalan: "Hidup bersendikan adat dan adat bersendikan hukum dan hukum bersendikan Kitab". Ertinya kasih kepada bangsa ini hendaklah diperkasakan dengan apa cara yang boleh yang akan digunakan demi untuk mengekalkan kuasa Muslimin dalam negeri ini untuk kebaikan semua pihak dan demi untuk menjayakan agama Islam beraliran Al-Sunnah wal-jamaah yang kita yakini.

  • Seperkara lagi ialah sudah tentu pengawalan ke atas ajaran dan amalan Ahlis-Sunnah wal-Jamaah yang dihuraikan sistem ilmu dalam "al-Muqaddimah" dalam semua bidangnya. Beliau memberi pembelaan terhadap usuluddinnya, fiqhnya, tasawwufnya, sejarahnya, nahu sarafnya, sains, fizik, hisabnya, demikian seterusnya; semua ilmu-ilmu itu beliau lihat dalam perspektif faham ilmu Ahlis-Sunnah wal-Jamaah.

  • Pemerkasaan budaya ilmu, perkembangan pengetahuan, dan kemahiran hendaklah dijadikan bidang tumpuan dalam polisi mereka yang memerintah supaya dengan itu maka umat Islam akan menjadi umat yang mengutamakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berguna dalam hidup supaya dengan itu hidup umat selamat dalam dunia yang penuh dengan perlumbaan ini, sudah tentu dengan menyempurnakan tugas-tugas kita kepada Allah dan pengabdian kepadaNya. Ini sudah tentu berkaitan dengan polisi pendidikan yang ada dalam negara. Selain daripada penekanan yang diberikan kepada sains dan teknologi hendaklah diberikan penekanan yang memadai terhadap kefahaman dan keyakinan serta amalan ilmu-ilmu Islam mengikut tahap masing-masing, dengan tidak mengurangkan fardhu ainnya dalam menyempurnakan fardhu kifayahnya supaya dengan itu berlakulah keseimbangan yang memberi kebaikan untuk individu dan negara serta umat.

  • Bertalian dengan itu ialah pemerkasaan budaya berfikir dengan baik dan objektif supaya ianya membantu dalam perkembangan hidup individu dan juga hidup negara dan umat sebab berfikir adalah perkara khusus istimewa untuk umat manusia yang menentukan darjahnya yang sebenarnya. Kecekapan berfikir secara logik yang baik dan mengarah kepada kebaikan serta yang bersifat "purposive" dan teratur perlu disemarakkan dalam pendidikan formal dan tidak formal. Cara-cara berfikir mengikut kaedah Islam antaranya sebagaimana yang ada dalam ibn Khaldun dan juga dalam ajaran Imam al-Ghazali hendaklah diberi perhatian sewajarnya, selain daripada mengambil tahu tentang cara-cara berfikir masakini untuk perbandingan bagi mereka yang sewajarnya.

  • Sejarah sebagai ilmu pengetahuan akademik hendaklah digandingkan dengan pengajian ilmu itu sebagai sumber pengajaran dan pengenalan hakikat tentang kajian tamadun manusia yang lebih luas. Dengan itu timbullah kesedaran intelektuil yang baik dan luas dalam negara. Ertinya yang diambil kira bukan sahaja peristiwa politik dan para pemimpin serta masalah ekonomi dan ketenteraan tetapi masalah-masalah lain yang menyangkut pemikiran dan nilai-nilai kemanusiaan dalam hidup.

  • Dalam huraian Ibn Khaldun diambil berat tentang perkembangan ekonomi yang baik dan makmur yang memberi kesenangan hidup kepada umat dengan polisi pemerintah yang baik dengan para ahli perniagaan yang berniaga dengan berjaya. Beliau juga memberi panduan dalam bidang pencukaian sehingga komen-komennya tentang pencukaian mempengaruhi Presiden Reagan masa pemerintahannya. Sebanyak dua kali Reagan menyebut ibn Khaldun dalam hubungan dengan pencukaian di Amerika Syarikat.


  • Baca seterusnya di sini.


    Kitab ini adalah antara kitab yang saya cari untuk koleksi peribadi. Begitu juga dengan Kitab Ibn Katsir. Satu ketika dulu heboh dikatakan bahawa di dalam kitab Ibn Katsir terdapat perbezaan tentang umur sebenar Sayyidatina Khadijah ra ketika mengahwini Rasulullah saw. Saya begitu curious, akhirnya saya temui jawapannya walau pun sedikit secara online. Jawapannya adalah masih sama seperti mana² sejarah lain. Sungguh pun begitu, saya masih berkobar-kobar untuk memiliki terjemahan kitab tersebut.

    Marilah kita sama² memperkasakan budaya pengembangan ilmu. Peringatan ini bukan untuk orang lain saja, malah untuk diri saya sendiri juga. Surely... it takes centuries to build a strong nation! Just look at China...

    2 comments:

    izzat on September 10, 2008 at 4:12 PM said...

    my wife kim salam

    Sue.Aleen on September 12, 2008 at 3:36 PM said...

    abang jat,
    kem salam kat dia balik... balik tepeng nanti mai singgah rumah.. tak jauh.. tg piandang je...

     

    Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez