Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".
(H.R. Muslim)
ISA mengamuk lagi di bulan penuh keberkatan - bulan Ramadhan. Sehingga saat artikel ini ditulis, sudah beberapa orang termasuk blogger RPK dan MP telah ditahan di bawah akta ini. Di saat ini juga RPK mengalami masalah kesihatan yang semakin membimbangi isterinya.
Saya ingin berkongsi pembaca dengan cerita di bawah.
MERAH HITAM telah dipilih sebagai tajuk bagi blog ini kerana saya masih lagi dizalimi oleh akta jahat ISA.
Sejak Mat Sah, ayah kepada anak saya ditahan oleh kakitanganMenteri Dalam Negeri pada bulan April 2002, hingga kini, beliau tidak pernah pulang kerumah. Bukan setakat itu saja, beliau yang tidak pernah dibicarakan dimana-mana mahkamah terbuka di Malaysia , selama 6 tahun ini, merengkok di Kem Kamunting dan dilayan bagaikan seorang banduan.Walaupun di Malaysia ini ada banyak penjara yang berhampiran dengan tempat tinggal saya di Kuala Lumpur, namun tahanan ISA seperti beliau hanya ditempatkan di Kem Kamunting, di Taiping, Perak yang jaraknya hampir 350km dari rumah kami.
Untuk bertemu dengannya,saya dan Suhaib terpaksa bermusafir selama hampir 4 jam ke daerah itu dan dibenarkan bertemu selama 45 minit saja.Dan…saya telah melalui kehidupan yang memeritkan seperti ini lebih dari 6 tahun!!!Telah ditakdirkan menjadi mangsa ISA, saya tidak hanya berdiam diri menadah tangan di tikar sejadah saja.Selain berdoa,saya juga melibatkan diri dengan para aktivis hak asasi manusia dibawah platform Gerakan mansuhkan ISA (GMI).Saya menuntut pada pihak berkuasa,hak-hak peribadi Abah Suhaib sebagai seorang manusia bebas dan merdeka, yang kini sedang dicabuli dengan serius oleh akta zalim ISA ini.Kini, ramai yang mengenali saya sebagai salah seorang aktivis GMI.
Warna merah adalah menandakan perjuangan saya masih tetap membara dan berterusan manakala warna hitam mewakili kehidupan kami mangsa ISA yang sentiasa dalam keadaan sukar dan penuh dengan penderitaan.
Dan hari Ahad telah di uar-uarkan sebagai hari Merah Hitam kepada semua rakyat Malaysia yang perihatin dengan isu ISA ini. Pada hari itu,semua rakyat Malaysia yang bendikan kezaliman dan cintakan keamanan,diminta untuk memakai pakaian yang ada unsure warna merah dan hitam sebagai tanda protes berterusan terhadap akta zalim ISA ini.
Sumber : Merah Hitam
Dan lihatlah pada wajah² mangsa ISA ini. Tidak tercetuskah sedikit rasa bersalah dan kasihan pada mereka² yang terlibat.
These are the pictures of Puan Halimah's family. A mother of eight, she makes soya bean drinks and sells it in Pasar Malam at Bahau, NS. The youngest is Ismail, 7. The father was taken away when Ismail was 3 years old. For further info of these families, please call 0126892608 (Merah Hitam's blog owner - Puan Laila) or Gerakan Mansuh ISA (GMI)'s treasurer Puan Nashita at 0132096373. They need our help financially for this coming Hari Raya.
The greeting card picture was taken in January 2002. Suhaib was 8 years plus. 3 months later ,his father was taken away from their house and never come home untill now..... How time flies!! He grew up without his father for more than six years and counting. He asked, after six years, why the authority still didn't produce the evidence and charge his dad in an open court?
This one was taken in January 2008 when his father (Mat Sah), visited his sick mom in Hospital University Kebangsaan Malaysia. Suhaib is bigger and taller than his dad. Suhaib is Merah Hitam's one and only son.
We're a bad society, aren't we? Pinjam kata² Jingga Studies, "Selagi Tak Kena Batang Hidung Sendiri...". We've to do something... at the very least, blog and spread about it. Or maybe we can help the victims financially or maybe we can send them cards to show our sensitivity and support. Further, the Eid is just around the corner...
Tak sanggup wei nak pisah dengan keluarga. Tanpa bicara pulak tu... bila melihat wajah anak² Puan Halimah terdetik di hati, "Walau pun tanpa bapa, ibunya masih mampu mendidik anak²nya memelihara adab² sebagai orang Islam". Alhamdulillah, subhanallah... Sesungguhnya Puan Laila & Puan Halimah begitu tabah. Doa saya mengiringi kalian!


4 comments:
Hmmm....Sis Sue!
Gua paling terasa bila baca tulisan Bro Saari Sungib!
Ops...Suhaib? Ada kena mengena dengan Bro Saari Sungib ke?
Roger!
aboo:
tq for dropping by.
buku² Bro Saari Sungib pasal ISA ni banyak. antaranya -
1. 20 Dalil Mengapa Isa Haram.
2. 285 Salah Laku Polis Ketika Menahan Aktivis Reformasi Dibawah Isa.
3. Apa Itu Isa? Siapa Mangsa?
4. Benarkah Isa Untuk Keselamatan Negara @ Untuk Mengekalkan Kuasa Pemerintah.
5. Isa Adalah Senjata Politik Pemerintah: Satu Keputusan Mahkamah.
6. Isa Menghalang Perlaksanaan Tuntutan Islam.
7. Isa Undang-Undang Haram: Wajib Dimansuhkan.
8. Kenapa Isa Ditakuti? Apa Jadi Apabila Anda Ditahan Isa?
Suhaib ini anak Puan Laila, isteri kepada Mat Sah yang menjadi salah seorang tahanan ISA. List terkini boleh dijenguk di ISA Watch, Aliran.
Sis Sue!
Tak tau pulakk Bro Saari ada bikin byk buku. Dulu pun gua baca tulisan dia kat Malaysia Today je.
Hmm...Ada masa,gua tgk2kan buku2 tu kat mana2 book store kelakkk.
Thanks for your info!
Ni..nak tanya lagi, dgn Bro Banjar kita tuu, ada baik sangat kah relationnya..?Best gk baca dia punya...direct!Dari rakyat untuk rakyat...
Huhuhu...Happy fasting!
Roger!
yang saya jumpak buku² tu dalam list library penang bar....
dengan bro ABO dah kenal lama cuma sebelum ni tak tahu siapa empunya blog tu... la ni dah tau dah la...
happy fasting to you too!
Post a Comment