Tuesday, March 31, 2009

Pangsapuri Untuk Dijual


Zaman gawat² ini ditambah pula dengan menjadi suri-rumah sepenuhnya, dengan ini saya menyambut seruan Suze Orman (kenai ka? Tak kenai sila abaikan). SAYA NAK JUAL HARTANAH SAYA. Sayang memang sayang. Tapi lebih teruk jika dibebani hutang. Saya sememangnya mahu BEBAS dari hutang. Lagi cepat bertukar tangan, lagi baik.

Sebenarnya saya beli rumah ni ketika saya kerja di tempat kerja yang pertama. Suami pula membeli unit bersebelahan. Kira ini adalah harta saya yang pertama. Pulangannya ALHAMDULILLAH (bolehlah buat bayar bank, selebihnya duit belanja anak). Pelaburan yang baik. Cuma saya tidak mahu terikat lagi dengan pihak bank. Rezeki lain ada je di mana² (selepas ni insyaAllah dapat lagi satu, tapi bukan rumah + tak yah ada komitmen dengan mana² pihak lagi).



Lokasi : Flat Sri Ara Damansara, Kg Sg Kayu Ara. Berhampiran dengan stesen minyak Shell, stesen minyak BHP, di belakang 10 Boulevard, Damansara (projek Newlake Development Sdn Bhd) serta berdekatan dengan Plaza Tol Damansara, NKVE yang menghubungkan secara terus ke Lebuhraya Sprint, Bandar Utama, Damansara Intan dan Damansara Utama.


Impresi artis mengenai rupa 10 boulevard yang kini sedang rancak dalam pembinaan. Saya percaya jika projek ini siap, maka harganya akan melambung dengan lebih tinggi lagi.


Ciri² : 3 bilik + 2 bilik air, berkemasan jubin sepenuhnya. Mempunyai kedai di bahagian bawah, mempunyai 2 buah lif (yang so far, alhamdulillah)
Keluasan : 650 kaki persegi
Penyewa : Sedia ada
Harga : RM75k (boleh runding)
No. Telefon : 016 - 340 8234 (suami - Mohd Noor Adha. No. saya? Biarlah saya low profile je).


Buat masa ni saya yang nak sangat jual sebijik yang milik saya tu, suami tak tahulah... kalau nak lebih dari sebiji cubalah tanya dia dengan lebih lanjut.

Alangkah syioknye menge'PAU' duit Balkis!


Cerita di Selangor (& Perak) sentiasa menarik perhatian. Ini adalah kerana saya sendiri telah bermastautin di Selangor sejak dari zaman belajar, seterusnya bekerja malah mendirikan rumahtangga dengan seorang anak jati Selangor. Saya tinggalkan saja isu politik murahan seperti yang berlaku di Masjid Simpang, Taiping.

Suami saya bekerja dengan salah satu anak syarikat PKNS. Oleh itu, berita² sensasi kami dapat secara langsung. Dia seringkali 'mengupdate' (maaf, saya bukan produk PPSMI) tentang apa yang berlaku terutamanya yang terpanas ketika ini tentang hasil siasatan SELCAT (The Selangor State Assembly’s Special Select Committee on Competence, Accountability and Transparancy) yang kesemuanya melibatkan PNSB.

Saya juga pernah bekerja dengan beberapa buah syarikat pemaju sebelum ini. Cerita tentang penyelewengan duit syarikat untuk ahli politik bukanlah cerita baru. Salah satu syarikat tempat saya bekerja pernah berhadapan dengan karenah bekas MB yang meminta RM1.5 juta untuk projek kecil seluas 11 ekar, begitu juga dengan exco setinggannya ketika itu. Semua wang yang keluar ini adalah tanpa rekod bagi mengelakkan bukti ditemui ketika siasatan dibuat. Projek di mana tak perlulah saya cerita.

Bila menghadiri satu mesyuarat teknikal di sebuah majlis bandaraya, seseorang berjawatan tinggi dan yang pasti mempunyai bidang kuasa meluluskan projek A, telah menanyakan saya tentang projek B dengan harapan beliau akan mendapat beberapa buah rumah. Majikan saya tidak memenuhi kehendak itu dan anda tahu apa yang terjadi pada akhirnya, projeknya masih belum lulus sehingga kini. Itu belum cerita kerenah PTD.

Cuba anda bayangkan jika untuk projek kecil seluas 11 ekar, si polan boleh mendapat habuan RM1.5 juta, apalah sangat jika dibandingkan dengan beratus-ratus ekar yang dibina oleh pemaju lain. Maka tidak hairanlah kiranya si polan mampu membina istana kayangan di Seksyen 7. Selangor ini lubuk duit, di mana saja celah mampu mengayakan orang² tertentu tanpa diketahui. Yang penting dia berkuasa.



Foto diambil dari sini.


Berbalik kepada cerita Balkis. Suami saya pernah ditugaskan di satu program anjuran Balkis bertempat di Hotel Sunway beberapa tahun yang lalu. Anak² syarikat negeri perlu mengambil bahagian jika diminta (walau pun tanpa rela, walau pun terpaksa membabitkan kakitangan yang sedang bekerja). Program berkenaan bukanlah program kebajikan, sebaliknya program santai² isteri² ADUN. Berapa bintang hotel berkenaan saya rasa semua pun dah tahu. Program itu berakhir sebelah petang tapi suami saya cabut lebih awal. Hingga saya berseloroh dengannya dengan mengatakan, "Abang jadi 'anak ikan' ke hari ni?". Hahaha...

Pelik bukan.... kenapa sebuah pertubuhan seperti Balkis tidak diaudit selama 8 tahun? Alasan Timbalan Pendaftar ROS Negeri seakan tidak masuk akal kerana penyelewengannya bukan melibatkan ribuan ringgit malah jutaan! Kenapa pula tidak mahu serahkan laporan kepada SELCAT? Tidakkah ia nampak seperti mahu disorokkan?

Balkis dibawah isteri Khir Toyo 8 tahun tidak diaudit
Tuesday, March 31, 2009, 0:09
SHAH ALAM, 30.03.09

Setelah siasatan demi siasatan dijalankan, pelbagai salah laku yang sebelum ini langsung tidak diketahui umum, menjadi perbualan masyarakat, terutamanya di Selangor.

Special Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat) yang dipengerusikan Speaker Dewan Selangor, Teng Chang Khim hari ini mendedahkan bahawa Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) ,tidak membuat audit sejak 2001.
Perkara ini dinyatakan oleh Yunos Jamil, Timbalan Pendaftar ROS Negeri.

Namun demikian, Yunus menegaskan bahawa ROS mempunyai hampir 13ribu pertubuhan yang perlu dikendalikan dan tidak mampu meneliti semua pertubuhan tersebut.

Yunus juga menambah, segala dokumen yang dihantar Balkis diterima dengan ‘atas dasar kepercayaan’ dan segala resolusinya diterima tanpa banyak soal.

Agak memeranjatkan juga, pengakuan Yunus yang Kementerian Dalam Negeri telah menasihatkan beliau agar tidak menyerahkan dokumen tentang hal ini kepada Selcat.

Siasatan Terbuka ini dijalankan setelah mendapat banyak aduan tentang penyelewangan yang berlaku di dalam Balkis, darihal kewangan sehinggakan pembubaran pendaftarannya.
Ianya disiarkan secara langsung melalui internet.
(
http://multimedia.selangor.gov.my/)

olahan dari
malaysiainsider




Baca juga The Star Online bertarikh 27 March 2009, Hari Jumaat bertajuk Selcat head: Balkis AGM may be illegal.

Antara pautan penting lain:-
1. Siasatan SELCAT hari ke-3 (25 Mac 2009).
2. Siasatan SELCAT pada 30 Mac 2009.


p/s : 1- Uihhh! Mestilah ambil tahu. Mana boleh tak ambil tahu. RM1 jika diseleweng tetap dinamakan penyelewengan. Inikan lagi juta². Sepatutnya Balkis perlu bentangkan ke mana duit yang diterima dibelanjakan. Antaranya dah sah² ke Hotel Sunway, kan..?

2- Berdasarkan hasil siasatan SELCAT dan juga pengalaman sendiri, bagaimanakah agaknya pihak berkenaan mahu mendekati golongan seperti kami ini sekiranya banyak perkara terlalu jauh menyimpang dari lunas² etika malah agama sendiri diamalkan oleh kalian. Bagaimana kami mahu percaya kepada kalian jika kami sendiri melalui sistem yang gelap itu dan kami tahu siapa pelaku²nya. Walau siapa pun yang menjadi pengganti, jika sistem tidak berubah, maka perubahan itu tetap sia². Tambah pula yang dipilih tu MUNGKIN lebih buaya dari yang sebelumnya (buaya ni rasminya menganga je).

Saturday, March 28, 2009

Perasaan itu datang lagi....


Gile apekah yang melanda blog ni? Maaf bebanyak sebab tuko layout lagi... Blame it on my photobucket. Ada ke nak soh orang upgrade sampai kacau blog orang. Yea... tulisan Tangan Yang Menghayun Buaian dulu tu sourcenya dari photobucket. Cettt.... I really love that layout. Tak pe la.. sesekali tukar angin.. tak salah pun...

Sekarang ni tak de feel langsung nak kemaskini blog.

Sesekali bicara pasal politik pun dah malas. Sebabnya? Saya naik meluat dengan situasi negara sekarang ni. Banyak sangat saya missed terutamanya tentang hal Perak. Nak komen.. tapi komen saya akan jadi terlalu panjang kerana saya anak Perak (yang adakalanya rasa macam tak nak jejak bumi Perak buat seketika).

Begitulah terkesannya hati saya ketika ini tentang negeri kelahiran saya yang sedang berkecamuk itu. Hanya satu penyelesaiannya... Jika beberapa pihak sanggup mengaku salah maka huru-hara di Perak tidak akan terjadi. Jika dah buat salah, mengaku sajalah. Betulkan saja kesalahan yang telah dilakukan. Istikharah dan kembali sajalah kepada Allah swt...

Banyak tag beratur untuk diselesaikan. Tag yang mampu mencambahkan idea mengemaskini blog. Melompat blog (bukan melompat parti) juga sudah jarang saya lakukan. Entahlah... saya rasa saya sudah sampai ke tahap di mana saya mampu untuk tidak melekat dengan mende alah ni. Mungkin perasaan ini akan hadir sekali-sekala. Dan mungkin saya akan rebounce... hanya masa yang menentukan...

Monday, March 9, 2009

Cerita pantas...


Aduhh... ni tuan rumah baru nak update. Tak de la ke mana pun sebenarnya. Cuma leka dengan anak dan tak lupa juga leka main Sims.. kehkehkeh....

Jenuh saya dok taip ni dari tadi. Jenuh pikir apa ideanya. Tak jugak muncul. Asyik taip padam, taip padam... Hebat sangatkah amnesianya? Nak sangat menaip sesuatu tapi seolahnya idea tidak mahu berkembang dengan jayanya... huhu!

Gambar terbaru banyak tapi tunggulah saya tempek kat sini. Oh! Tag² yang menanti pun banyak juga untuk diselesaikan... satu²lah ye....

Bagi yang rindukan tulisan saya ni (ada ke? Hehehe), saya tempek la sket gambar² pengarang jantung saya. Ambik bebaru ni lepas dapat parcel dari Korea (thanks so much to Maya and Kak Rina). We received it last week on Tuesday. Tak inform directly pun, punya la bertuah badan kan.... Mana tak bertuahnya... entah minggu bila tu dapat la parcel dari Zuhaini. Love that bag so much, thanks! Hari² yang dilalui ada saja kejutannya, alhamdulillah.







Dunia saya kini banyak yang dah berubah. So much time for other things, so less time to blog (walau pun rindu sakan dengan mende alah ni...). Ya... ada perkara²nya memerlukan PENGORBANAN... tak gitu? And sorry too as I couldn't reply to your comments below. InsyaAllah jika ada masa yang lebih panjang saya akan menjawab satu-persatu.
 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez