Saturday, March 28, 2009

Perasaan itu datang lagi....


Gile apekah yang melanda blog ni? Maaf bebanyak sebab tuko layout lagi... Blame it on my photobucket. Ada ke nak soh orang upgrade sampai kacau blog orang. Yea... tulisan Tangan Yang Menghayun Buaian dulu tu sourcenya dari photobucket. Cettt.... I really love that layout. Tak pe la.. sesekali tukar angin.. tak salah pun...

Sekarang ni tak de feel langsung nak kemaskini blog.

Sesekali bicara pasal politik pun dah malas. Sebabnya? Saya naik meluat dengan situasi negara sekarang ni. Banyak sangat saya missed terutamanya tentang hal Perak. Nak komen.. tapi komen saya akan jadi terlalu panjang kerana saya anak Perak (yang adakalanya rasa macam tak nak jejak bumi Perak buat seketika).

Begitulah terkesannya hati saya ketika ini tentang negeri kelahiran saya yang sedang berkecamuk itu. Hanya satu penyelesaiannya... Jika beberapa pihak sanggup mengaku salah maka huru-hara di Perak tidak akan terjadi. Jika dah buat salah, mengaku sajalah. Betulkan saja kesalahan yang telah dilakukan. Istikharah dan kembali sajalah kepada Allah swt...

Banyak tag beratur untuk diselesaikan. Tag yang mampu mencambahkan idea mengemaskini blog. Melompat blog (bukan melompat parti) juga sudah jarang saya lakukan. Entahlah... saya rasa saya sudah sampai ke tahap di mana saya mampu untuk tidak melekat dengan mende alah ni. Mungkin perasaan ini akan hadir sekali-sekala. Dan mungkin saya akan rebounce... hanya masa yang menentukan...

10 comments:

silversarina on March 28, 2009 at 5:16 PM said...

Salam,

Harap tak cuti terus ye, bila lapang update lah blog, lepas jugak rindu akak .

Anonymous said...

hoooooo...cantiknya blog anda!!!!
jeles meles sekali!!!!

Intan mama ammar said...

sue, ok jugak skin baru yg ni.

azura on March 30, 2009 at 4:12 PM said...

yup..nnti update la selalu k su..
saya sangat bz sekarang..ofis byk keje n sibuk nak pindah umah..

asr said...

Kalau mampu menghayun buaian, takkan tak mampu menyapu sawang... ahak!

Sue.Aleen on March 31, 2009 at 10:56 AM said...

Kak Rina:
tengah pertimbangkan nak dc line internet. kalo tak de line pun, mungkin saya host dari cc je...

Sue.Aleen on March 31, 2009 at 10:57 AM said...

~*Krsty_Pinky*~:
imej baru... gothic (/gonjeng?) sket!

Sue.Aleen on March 31, 2009 at 10:58 AM said...

Intan:
yea... aku terima ia seadanya.. cewahhh!

Sue.Aleen on March 31, 2009 at 10:59 AM said...

Azura:
akak dah baca blog. santai beb... i like! nanti akak update link, k. anyway, welcome to bloggers' club! akak ni blogger ROJAK... politik pun ngam je!

Sue.Aleen on March 31, 2009 at 11:01 AM said...

ASR:
tajuk je grand kan.. anak² semo tak tido dalam boyan! sapu sawang pun tak rajin... kuang³!!! balik ngundi yob... jangan ngundi pos@jadi pengundi hantu!

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez