Suami saya bekerja dengan salah satu anak syarikat PKNS. Oleh itu, berita² sensasi kami dapat secara langsung. Dia seringkali 'mengupdate' (maaf, saya bukan produk PPSMI) tentang apa yang berlaku terutamanya yang terpanas ketika ini tentang hasil siasatan SELCAT (The Selangor State Assembly’s Special Select Committee on Competence, Accountability and Transparancy) yang kesemuanya melibatkan PNSB.
Saya juga pernah bekerja dengan beberapa buah syarikat pemaju sebelum ini. Cerita tentang penyelewengan duit syarikat untuk ahli politik bukanlah cerita baru. Salah satu syarikat tempat saya bekerja pernah berhadapan dengan karenah bekas MB yang meminta RM1.5 juta untuk projek kecil seluas 11 ekar, begitu juga dengan exco setinggannya ketika itu. Semua wang yang keluar ini adalah tanpa rekod bagi mengelakkan bukti ditemui ketika siasatan dibuat. Projek di mana tak perlulah saya cerita.
Bila menghadiri satu mesyuarat teknikal di sebuah majlis bandaraya, seseorang berjawatan tinggi dan yang pasti mempunyai bidang kuasa meluluskan projek A, telah menanyakan saya tentang projek B dengan harapan beliau akan mendapat beberapa buah rumah. Majikan saya tidak memenuhi kehendak itu dan anda tahu apa yang terjadi pada akhirnya, projeknya masih belum lulus sehingga kini. Itu belum cerita kerenah PTD.
Cuba anda bayangkan jika untuk projek kecil seluas 11 ekar, si polan boleh mendapat habuan RM1.5 juta, apalah sangat jika dibandingkan dengan beratus-ratus ekar yang dibina oleh pemaju lain. Maka tidak hairanlah kiranya si polan mampu membina istana kayangan di Seksyen 7. Selangor ini lubuk duit, di mana saja celah mampu mengayakan orang² tertentu tanpa diketahui. Yang penting dia berkuasa.

Foto diambil dari sini.
Berbalik kepada cerita Balkis. Suami saya pernah ditugaskan di satu program anjuran Balkis bertempat di Hotel Sunway beberapa tahun yang lalu. Anak² syarikat negeri perlu mengambil bahagian jika diminta (walau pun tanpa rela, walau pun terpaksa membabitkan kakitangan yang sedang bekerja). Program berkenaan bukanlah program kebajikan, sebaliknya program santai² isteri² ADUN. Berapa bintang hotel berkenaan saya rasa semua pun dah tahu. Program itu berakhir sebelah petang tapi suami saya cabut lebih awal. Hingga saya berseloroh dengannya dengan mengatakan, "Abang jadi 'anak ikan' ke hari ni?". Hahaha...
Pelik bukan.... kenapa sebuah pertubuhan seperti Balkis tidak diaudit selama 8 tahun? Alasan Timbalan Pendaftar ROS Negeri seakan tidak masuk akal kerana penyelewengannya bukan melibatkan ribuan ringgit malah jutaan! Kenapa pula tidak mahu serahkan laporan kepada SELCAT? Tidakkah ia nampak seperti mahu disorokkan?
Balkis dibawah isteri Khir Toyo 8 tahun tidak diaudit
Tuesday, March 31, 2009, 0:09
SHAH ALAM, 30.03.09
Setelah siasatan demi siasatan dijalankan, pelbagai salah laku yang sebelum ini langsung tidak diketahui umum, menjadi perbualan masyarakat, terutamanya di Selangor.
Special Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat) yang dipengerusikan Speaker Dewan Selangor, Teng Chang Khim hari ini mendedahkan bahawa Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) ,tidak membuat audit sejak 2001.
Perkara ini dinyatakan oleh Yunos Jamil, Timbalan Pendaftar ROS Negeri.
Namun demikian, Yunus menegaskan bahawa ROS mempunyai hampir 13ribu pertubuhan yang perlu dikendalikan dan tidak mampu meneliti semua pertubuhan tersebut.
Yunus juga menambah, segala dokumen yang dihantar Balkis diterima dengan ‘atas dasar kepercayaan’ dan segala resolusinya diterima tanpa banyak soal.
Agak memeranjatkan juga, pengakuan Yunus yang Kementerian Dalam Negeri telah menasihatkan beliau agar tidak menyerahkan dokumen tentang hal ini kepada Selcat.
Siasatan Terbuka ini dijalankan setelah mendapat banyak aduan tentang penyelewangan yang berlaku di dalam Balkis, darihal kewangan sehinggakan pembubaran pendaftarannya.
Ianya disiarkan secara langsung melalui internet.
(http://multimedia.selangor.gov.my/)
olahan dari malaysiainsider
Baca juga The Star Online bertarikh 27 March 2009, Hari Jumaat bertajuk Selcat head: Balkis AGM may be illegal.
Antara pautan penting lain:-
1. Siasatan SELCAT hari ke-3 (25 Mac 2009).
2. Siasatan SELCAT pada 30 Mac 2009.
p/s : 1- Uihhh! Mestilah ambil tahu. Mana boleh tak ambil tahu. RM1 jika diseleweng tetap dinamakan penyelewengan. Inikan lagi juta². Sepatutnya Balkis perlu bentangkan ke mana duit yang diterima dibelanjakan. Antaranya dah sah² ke Hotel Sunway, kan..?
2- Berdasarkan hasil siasatan SELCAT dan juga pengalaman sendiri, bagaimanakah agaknya pihak berkenaan mahu mendekati golongan seperti kami ini sekiranya banyak perkara terlalu jauh menyimpang dari lunas² etika malah agama sendiri diamalkan oleh kalian. Bagaimana kami mahu percaya kepada kalian jika kami sendiri melalui sistem yang gelap itu dan kami tahu siapa pelaku²nya. Walau siapa pun yang menjadi pengganti, jika sistem tidak berubah, maka perubahan itu tetap sia². Tambah pula yang dipilih tu MUNGKIN lebih buaya dari yang sebelumnya (buaya ni rasminya menganga je).

1 comments:
Semoga kebenaran dapat ditegakkan , InsyaAllah.
Post a Comment