Showing posts with label Ramblings. Show all posts
Showing posts with label Ramblings. Show all posts

Thursday, June 18, 2009

Tak de mood


Tak de mood betul nak update tentang perkara² serius dan hal ehwal semasa di blog ni.

Tak.. saya tak bersara. Saya blogger tegar. Cuma saya makin jarang update di sini sebab idea tidak bercambah. Mungkin ada tapi malas pula untuk dikongsi.

Reader yang datang dan pergi.. maafkanlah saya. Saya tengok ada beberapa orang yang datang dari IP yang sama kerap kemari. Cerita saya masih wujud. Saya masih berblog dan aktif di blog Syafiah. Cuma saya memerlukan 'nafsu' untuk membaca dan mengulas tentang isu dan persoalan semasa.

Biasalah... kadangkala penat.. kita akan berhenti seketika...





Friday, May 8, 2009

Bersiaran dengan Maxis broadband




Saya dapat parcel yang ditunggu dari hari Rabu. Parcel yang mengandungi barang² di atas. Seseorang nun di utara sana mengirim dari hari Selasa. Perkhidmatan courier. Kebiasaannya courier akan tiba sehari selepas dikirim. Namun ia hanya tiba pada hari ini. Hari Jumaat. Takleh la nak cakap syarikat mana, nanti menjejas periuk nasi orang pula.

Sekarang ni dok mengetest line le ni. Alhamdulillah line Maxis sini bagus tapi tak berapa bagus di kawasan sahabat saya tu berada. Tak berapa bagus ke tak de langsung? Hish! Dia nak tukar selera ke Celcom pulak. Lepas ni boleh la saya terminate line streamyx yang kengkadang jadi snailmyx ni. Boleh la saya menggedik dengan Maxis broadband pulak... yuhuuu! Boleh bawak balik kampung malam ni... *tapi bila balik Perak kang hampeh jugak*.


p/s : 'Boss', laptop sebijik plak bleh? *wink*

Monday, April 27, 2009

Rindu hujan..




Oh hujan... betapa aku merinduimu...
(gambar kredit kepada Sweet Revenge).


Bukan hujan kat bawah ni daaa...

Sunday, April 19, 2009

Jangan kata ulat tiket, ulat makan pun ada...


Di antara tempat yang saya rasa MENYAMPAH dan mengelak untuk menjejakkan kaki:


1. Hentian Puduraya





Ulat tiket terlalu ramai. Orang yang biasa dengan lokasi kaunter tiket seperti saya tidak memerlukan mereka untuk guide ke kaunter² berkenaan. Bagi orang pertama kali menjejakkan kaki ke sana, akan merasakan kecut perut dengan cara layanan/pertanyaan pemuda² ulat ini.

Bila kita mendiamkan diri, diekorinya kita dan dikatanya, "Alah.. akak ni kita tanya je!" seolah-olah membentak. Ada masalah ke kalau aku diam? Ko tanya aku ke ko paksa aku? Akhirnya pantas saja saya menipu, "Nak pergi kencinglah!" (mungkin ayat tersiratnya - ko nak sebok wat per!). Padahal saya melencong ke tempat lain.

Jadi bagi yang ke Hentian Puduraya tu, silalah jangan dilayan soalan pemuda² ulat ini. Jadilah anda seperti orang yang pekak dan bisu. Itu lebih baik! Jika tidak, tiket harga bawah RM30 pun boleh lonjak ke lebih RM30. Saya layan! Tapi layan dengan nada yang marah!


2. Padang Kota Lama/Esplanade, Pulau Pinang

Foto bersumber dari sini


Kat area tempat makan. Tempat kami suka makan pasemboq. Peniaga dan pelayannya bersikap mendesak. Nak duduk di mana pun dia nak aturkan, tak nak makan pun dipaksa kita pesan makanan. Satu ketika kami ke sana, saya marah pelayan yang mengganggu dan mengerumuni meja kami. Bukan seorang, malah ramai dari gerai yang berlainan. Itu pun saya marah selepas kami memesan makanan dan pelayan²nya datang lagi menghampiri kami bertanyakan, "Mau makan apa? Takkan mau minum saja..". Berapa kali mau tanya la... karang ada yang makan kasut! Kuantiti kami ketika itu memang ramai. Dalam 4 keluarga rasanya.


3. Medan Selera di Subang Jaya

SS berapa tak ingat. Tapi yang satu seksyen dengan A&W 24 jam tu. Sama je macam medan selera dekat Esplanade, Penang.


Yang terkini, yang bakal masuk senarai ni di Hentian Duta. Tak mustahil suatu hari nanti medan selera Hentian Duta akan menjadi seperti medan selera Esplanade jugak.

Tolonglah... tolong jangan tanya aku ke mana aku mahu pergi. Tolong jangan diarah tempat duduk aku ketika aku ingin makan. Beginikah caranya peniaga menangani persaingan 'red ocean'? Cara dan sikap korang, membantutkan keinginan untuk makan dan bakal mengundang kemarahan. Jika kalian membiarkan saja pengguna memilih dengan bebas, bukankah itu lebih mudah?

Tidak bolehkah pihak berwajib memantau ke semua anasir negatif seperti ini daripada terus berleluasa?



p/s : Pilihlah dengan bebas juga di PRK Penanti nanti! Jangan diracun dakyah dari pelbagai pihak terutama dari pihak yang zalim!

Friday, April 10, 2009

Genaplah 2 tahun..


Berikan aku seorang wanita yang sekadar menghayun buaian, insya-Allah aku tak akan meletakkan mereka di ceruk-ceruk dapur, kerana tangan kananya yang menghayun buaian, tangan kirinya mampu menggoncangkan dunia
- Presiden Sukarno (Indonesia).



Hari ni genaplah 2 tahun saya menjadi blogger (di blogspot), dari tak berapa nak tegar kepada lebih tegar... lama² jadi ketegaq! Kuang³... Sekadar blogger picisan.. Dari sekadar suka² kepada yang lebih serius seperti hal politik dan isu semasa. Mungkin itulah diri saya dari dulu cuma di awalnya rentak tidak bertujuan.

Blog boleh menjadi pemangkin kepada perkembangan ilmu dan idea, itulah pandangan saya. Walau pun saya sekadar seorang surirumah, namun saya KURANG bercerita tentang masa lapang saya, tentang perasaan, tentang orang² kesayangan saya malah tentang diri saya sendiri (hanya bila di'tag'). Yelah... bohonglah jika tidak bercerita hal peribadi. Sesekali saya ada juga bercerita tentang ini, tentang anak, tentang keluarga.

It's just not me. Mungkin sebab tu jugak blog saya ni boring... aaaah *yawn*!.

Blog juga bukan berblog kosong, coret dan siar, tanpa cuba mendalami perkara² di dalam blog itu sendiri. Contohnya dari segi cuba memahami kod HTMLnya dan lain². Berblog di samping menimba ilmu yang lain amat menyeronokkan.

Saya bercerita tentang Syafiah di blognya kerana dia istimewa. Dia adalah anugerah kepada kami. Anugerah ilmu. Anugerah sabar. Anugerah ketabahan. Segala macam hikmah boleh dikorek sejak dari kelahirannya ke dunia ini. Dia adalah satu contoh seorang insan yang memberi manfaat kepada kami dan juga orang lain. Dari kecil lagi dia telah menjadi gudang, gudang untuk menimba ilmu dan juga amal.

Saya cuma suka melihat sesuatu itu dari sudut ilmu yang boleh saya kutip. Melihat sesuatu isu dari pandangan yang lebih besar. Mungkin juga boleh dianggap saya ketagih berita dan maklumat. Ada sahabat blogger pernah berkata saya seorang yang egocentric. Mungkinkah?


p/s : Sejak akhir² ni makin menjadi-jadi seriusnye.. hehehe

Saturday, March 28, 2009

Perasaan itu datang lagi....


Gile apekah yang melanda blog ni? Maaf bebanyak sebab tuko layout lagi... Blame it on my photobucket. Ada ke nak soh orang upgrade sampai kacau blog orang. Yea... tulisan Tangan Yang Menghayun Buaian dulu tu sourcenya dari photobucket. Cettt.... I really love that layout. Tak pe la.. sesekali tukar angin.. tak salah pun...

Sekarang ni tak de feel langsung nak kemaskini blog.

Sesekali bicara pasal politik pun dah malas. Sebabnya? Saya naik meluat dengan situasi negara sekarang ni. Banyak sangat saya missed terutamanya tentang hal Perak. Nak komen.. tapi komen saya akan jadi terlalu panjang kerana saya anak Perak (yang adakalanya rasa macam tak nak jejak bumi Perak buat seketika).

Begitulah terkesannya hati saya ketika ini tentang negeri kelahiran saya yang sedang berkecamuk itu. Hanya satu penyelesaiannya... Jika beberapa pihak sanggup mengaku salah maka huru-hara di Perak tidak akan terjadi. Jika dah buat salah, mengaku sajalah. Betulkan saja kesalahan yang telah dilakukan. Istikharah dan kembali sajalah kepada Allah swt...

Banyak tag beratur untuk diselesaikan. Tag yang mampu mencambahkan idea mengemaskini blog. Melompat blog (bukan melompat parti) juga sudah jarang saya lakukan. Entahlah... saya rasa saya sudah sampai ke tahap di mana saya mampu untuk tidak melekat dengan mende alah ni. Mungkin perasaan ini akan hadir sekali-sekala. Dan mungkin saya akan rebounce... hanya masa yang menentukan...

Friday, January 9, 2009

Experiences in Q*


I fell from a bench at Q* on Wednesday. Kimi's mother was sitting on one of the benches. Many children were gathering around me as I wanted to show them something/some skills. Kaki tersadung pada kaki bangku. Macam tak percaya saya jatuh. Sebab tak pernah. Like a blink of an eye! Sekelip mata. Minda cuba menjustifikasikan apa yang telah berlaku.

Jatuh ni bukan jatuh calang². Jatuh mengiring satu badan. Peha kiri saya 'parah' juga. Lebam sebesar tapak tangan orang dewasa. Lebam sebab jatuh atas kaki bangku yang terjulur tu la. Hari² selepas saya jatuh tu, tangan kiri saya terasa amat sakit. Begitu juga dengan bahagian kiri badan yang lainnya. Lucky me, nobody noticed about it except for Kimi's mother and the children. They didn't laugh.. that's good!

No.. I haven't gone to see the doctor yet... Malaslah. There... there's the word 'M' again!

Honestly, I'm happy with Q* environment. I'm eager to be there eventhough it's not my ambition. Not even in my dream. But two answers on why I chose to join. 1- half day working. 2- Syafiah's condition. 3- Sis E** knew about her condition. Ok.. ok.. that's already 3! But for the first month, I won't bring her to Q* as mom is around (in fact, she's worrying me now.. seems like the shunt is not working properly). Still don't know whether this will last long. The most important thing is I'm happy!

I'd teach science & discovery, maths and art. I just love three of them. I tried to make an aircraft just now but I totally blank on how to fold it. If not, I can show you the end product. I should try again..

Mastura is doing quite good but as for Adam... I don't know what to say. He's cheeky & playful! Doesn't want to be in his class but he keeps tailing me. I hope he'll enter his class within a month. Oh.. there's another thing. There are 2 girls are chasing for him. Always ask where he is. One day, one of them pulled his shirt and hugged him from behind. He tried to ignore her by 'bawak diri' to another place. I dunno and I don't want to think of him on later age. Hopefully tak banyak peminat... bio la ibu & mak² sedara dia je yang minat kat dia.. hekhekhek...

I've a wish. I wish that I can keep myself low that nobody notices my existence just like before... and hey... I need to go back to my aircraft... see ya!


p/s: menci tau.. tak jadi pi JB last weekend untuk menghirup udara segar, nyaman, jauh dari hiruk-pikuk (who created this word anyway?) kota. This week we'll be going to Bahau.. hopefully jadi le bermalam di sana...

Thursday, January 1, 2009

Resolusi Jangka Pendek


Selamat Tahun Baru Hijrah dan juga Masihi. Malah tidak lama lagi Selamat Tahun Baru Cina pula. Antara resolusi jangkamasa pendek tahun baru ini:

Perancangan Hari Keluarga

Sehari dua ni sibuk benar membuat risalah tentang perancangan membuat hari keluarga pada Tahun Baru Cina. Tup² tempat dah ditempah orang sampai ke hari Ahad. Tinggal lagi hari Isnin dan Selasa.

Suami mencadangkan cuti diambil pada hari Rabu. Alah.. lagi pun awal tahun. Sekolah pun tak full swing lagi. Nak buat di tarikh² yang lain lebih tak sesuai kerana ada anak buah yang bakal menduduki peperiksaan UPSR dan PMR pada tahun ini.

Ibu saudara mencadangkan agar ke Fraser's Hill sahaja. Ada banglo katanya. Memang... memang ada banglo. Tapi kalau semalam je dah makan ribu-riban ditambah lagi dengan peak season baik saya ke apartment milik syarikat sahabat yang semalam tak cecah harga RM50 pun. Masa macam tu karang bukan takat bilik deluxe mahal, semua bilik, apartment dan banglo pun mahal.

Cuma yang menjadi beban mungkin pada jaraknya. Jaraknya sama je dengan tempat kelahiran saya namun ia lebih dekat sedikit. Duit yang ribu-riban tu boleh allocate pula untuk kos perjalanan.

Di mana? Cluenya seperti gambar² di bawah:



Adik saya, suaminya, mak dan keluarga saya sendiri pernah ke sini pada bulan April 2008.

Suami telah pun menempah. Saya telah pun menyiapkan risalah berkenaan. Tinggal lagi untuk dicetak dan diedarkan kepada ahli keluarga. Saya tak de la buat grand², tak pakai software photoshop (skill hancusss) pun. Pakai paling basic!

Saya hanya mampu berharap yang ahli keluarga dapat hadir walau pun untuk setakat 2 hari. That's more than enough for me. Bukan mudah nak kumpulkan deme ni oiii.. Dedolu masa nenek masih ada, adalah masa bersama bila mereka pulang ke kampung. Dan gathering kami selepasnya hanya tertumpu bila ada sepupu yang berkahwin, selepas itu masing² pulang dan tiada aktiviti lain. Konon nak bergather-gather di Langkawi tahun lepas. Itu pun tak menjadi!


Berjumpa dengan Madam Principal

Ini pun tergendala sejak tahun lepas. Rancang nak bertemu dengannya pada hari Sabtu lepas tapi tidak menjadi (owh ini bukan surprise itu... ini hanya salah satu daripadanya. Kira macam blogger meets blogger la adanya). InsyaAllah saya akan meluangkan masa untuk bertemu dengannya pada esok hari. Adalah... adalah something untuk dibincangkan.

Dua tu je untuk masa sekarang ni. Yang besar² tak perlulah saya ceritakan. Alangkan 'wish list' saya tu pun yang mampu dicapai hanya satu. Sebenarnya tanpa sedar kita sentiasa memperbaharui resolusi kita di setiap waktu.

Saya tak mahu review balik apa kisah kami sepanjang tahun 2008. Boleh dijejaki kembali di blog ini malah di blog Syafiah. Itulah perkara yang terbesar berlaku pada kami. Kami kutip segala pengalaman yang tidak pernah dijangkakan dalam hidup ini. Pengalaman yang tidak berlaku pada sesetengah orang.

Alhamdulillah, walau pun pengalaman itu perit pada mulanya. Namun kami masih mampu berdiri sehingga ke hari ini. Masih teguh. Namun saya sedar.. kekuatan ini hanya dipinjamkan sementara kepada kami daripada Allah swt. Mohon Allah terus meminjamkannya untuk sepanjang hidup ini.

Saya sasarkan agar Syafiah mampu berjalan pada tahun ini. Moga saya lebih istiqomah untuk membantu motor skillnya agar sentiasa bergerak. Dan target ini boleh jadi antara resolusi saya untuk tahun 2009 ini, insyaAllah.

Thursday, December 25, 2008

Entry yang tah hapa²..


... tapi nak menulis juga sesuatu. Dah lama eik saya tak update blog ni? Berapa? Seminggu... owh seminggu tu tak le lama sangat. Pejam celik, pejam celik.. kejap je. Tapi jadi lama kalo seminggu tu asyik pening je. Asal celik mata je pening. Apa kejadiannya?

So hari ni pening kurang sket. Boleh la update sket². Sebenonye dah siapkan tag Intan yang banyak tu. Jawapan tag terpanjang bagi menutup tahun ini. Huhu... tapi belum publish. Asal nak preview je, terus jadi satu perenggan semuanya. Jenuh nak edit balik.

Banyak benda nak cerita sebenarnya tapi kesan pening tu semacam telah memutuskan beberapa sel² otak hingga membuatkan saya tidak pandai menterjemahkan cerita ke dalam entry ini. Hilang ingatan maybe? Huhuhu... jadi baca je la apa yang terhidang.

Pagi tadi awal lagi Yong telefon mengatakan dia akan singgah ke rumah. Tapi dia sendiri masih di PP. Belum nak mula jalan lagi. Katanya nak pi kenduri dulu la...

Last Sunday (21/12/2008) Jaiz kawan saya dan hubby disandingkan di K. Jaiz ni kawan hubby dari tempat belajar yang sama, kursus pun sama. Bila praktikal di office yang sama. Di office itulah kami bertemu. Sekarang Jaiz menjadi kawan dengan kawan² saya dari office saya sebelum ini. Kecil beno dunia ini.

'Anak²' akan balik kampung malam ini. Sunyilah rumah ni nanti. Saya pasti akan rindukan mereka. Sepanjang cuti sekolah mereka tinggal dengan kami hingga adakalanya saya membahasakan diri sebagai 'ibu'. Mereka yang akan pulang - kak Bib, Husna, Anis, Aap dan juga Awa. Awa cuti hingga hujung minggu. Saya pasti akan merindui mereka.

Ada 2 kenduri kami tidak akan hadiri. Kedua-duanya kenduri saudara. Maaflah kami tidak dapat serta. Kekangan kewangan dan Syafiah pula baru je keluar dari hospital. Untuk membawanya keluar untuk satu perjalanan yang jauh rasanya tunggulah dulu.

Rancang nak buat family day tahun depan ketika CNY. Pada mulanya saya tak perasan CNY tahun depan jatuh dalam bulan Januari. Masih mengganggap dalam bulan Februari seperti tahun² sebelumnya.

Penginapan belum ditempah. Harapnya masih ada dan tiada orang WHB yang tiba² je nak ke Kuantan. Kalau tidak, kenalah bermalam di rumah JS (hahaha.. memain je la). Dalam benak ni, macam² acara telah saya jadualkan antaranya tahlil (wajib sebab ada yang meninggal dunia), barbeque tapi selebihnya tu santai je la sebab mesti ada ahli keluarga yang nak buat benda lain.

Nanti²lah saya buat jemputan dan aturcaranya. Kepalaku masih berpusing rupanya...

Sunday, December 14, 2008

'Cuti' hari Khamis, Sabtu & Ahad


Saya cuti dari menjaga Syafiah sehari iaitu pada hari Khamis. Kebetulan hari keputeraan Sultan Selangor. Malam tu kami ke sebuah restoran berdekatan dan terserempak pula dengan kak Awa.

I need something to refresh myself. An outing is the best thing to do. So we went to Jusco Kepong again though many people were attracted to see Adam's eyes! Lantak komer la.. tak sakitkan aku ponnn!



Awa dah stori mori la sket kat blog dia. Yang ni sebagai tambahan. Tambahan bergambar. Kami sempat tonton wayang cerita Bolt selepas lebih 5 tahun saya tidak menjejakkan kaki ke pawagam. Kali terakhir sebelum ini saya dan suami dapat tiket free kawan² belanja tonton cerita seram "2 Sisters" (best citer ni). Menitik jugalah air mata tonton Bolt. Animasi yang berat sikit tapi saya suka.



Bergambar sebelum masuk panggung.


Oh ye hasil x-ray bahagian muka Adam tu ok je. Tak de patah atau retak. Suka pandang filemnya. Boleh nampak gigi geraham Adam yang paling last tu nak tumbuh sebab kedudukannya lebih rendah dari gigi lain. Kata suami, lebam tu jelas nyata sebab Adam berkulit putih.

Minor trauma. Sama plak dengan kak Jie.

Mata Adam yang beransur baik.


Malam tadi cik Nai & cik Jah datang bertandang. Saya pula pening dan dah terlalu letih apabila mereka tiba pada pukul 1 malam. Sekarang ni mereka sedang menuju ke SB. Cik Nai ni adik mak tapi dari mak yang berlainan. Dulu mak kata susah juga dia nak terima tapi lama² sayang pula. Lagi pun mak tak de adik-beradik lain kecuali Along yang dah lama dia tak jumpa. 40 tahun! Malah saya sendiri tak pernah berjumpa dengan Along yang kini menetap di Sabah.

Malam ni pula dengar katanya kak Bib & Una nak datang naik bas tengah malam. Akan tiba di Jalan Duta sekitar pukul 3-4 pagi. Tak sabar nak jumpa dengan mereka.

Kami plan untuk keluar lagi hari ini tapi sehingga ke saat ini anak² masih tidur. Petang nanti akan ke HSB semula untuk menjaga Syafiah. Tak sabar pula rasanya... kata salah seorang ibu pesakit, "Bila suami you jaga, dia senyap je tapi bila you jaga baru dengar suara dia. Dia manja dengan you". Memang pun... dok tercapuk je atas riba kalau saya yang jaga.

Setelah saya menonton Oprah Winfrey Show semalam saya kini lagi membulatkan tekad... atas satu perkara itu... nantilah saya ceritakan kemudian.. insyaAllah.

Tuesday, December 2, 2008

Konflik..


Dah lama tak menulis sesuatu di dalam blog ni. Bila dah kerja merasalah tinggalkan benda² yang saya minat. Contohnya benda yang satu ni.

SB ke SU tak jauh mana tapi saya tak pernah cuba naik bas sebab masa M*trobus yang tidak menentu. Saya pernah naik komuter! 2 kali. Apehal plak saya naik komuter kan… Sebenarnya saya pusing jauh. Mencari yang terdekat dengan suami saya di SA.


Gila kan suasana dalam komuter ni. Sesakkk! Kalo peak hour usah cakaplah… PeeEm kena join sekali masa² macam ni. Siap ada announcement minta ke tengah supaya penumpang lain boleh masuk lagi. Ada ka suruh orang tengah tu himpit²? Tambah je la kuantiti komuter dalam masa puncak. Apa susah?

Jujurnya saya masih tak mampu adapt dengan suasana baru ni. Syarikat tak la sebesar syarikat yang saya kerja sebelum ni. Tapi dari segi office politic dia menang! Adat orang baru, saya dan Z tak mahu ikut campur. Soal itu tak sebesar, ‘job description’ yang tiada. Hingga adakalanya saya ‘lost’. Kerja tanpa guide ibarat meminta orang buta agar mengajar orang lain berjalan. Mungkin ini hanya perasaan saya kot…. Think and react positive! Sungguh sukar untuk saya meminati sesuatu, tapi kalau dah minattt...

Saya berasakan jiwa saya amat rapat dengan syarikat pemaju perumahan. Bekerja dengan team yang besar secara agresif. Suami saya pun seringkali memberikan dorongan mencari yang terbaik dalam hidup. Alhamdulillah, dia amat understanding. Adakalanya saya amat berharap dan berdoa agar Mr. M memanggil saya dalam tempoh terdekat ni. Besar kan impian saya…. Pernah tonton cerita/dokumentari ‘The Secret’?

Syarikat ini pula masih baru dalam implementasi ISO yang akan di’endorse’ oleh SIRIM. Baru 3 bulan! Jadi masuk² saja saya perlu sertai Internal Quality Audit Training. Dulu dah pernah masuk tapi syarikat sebelum ini ISOnya di’endorse’ oleh international auditor. Dalam minggu ni saja, saya perlu menjadi Lead Auditor untuk 2 Bahagian – Sumber Manusia (baru lepas audit) dan yang ke-2 – Bahagian Projek (sungguh pun saya salah seorang ahli pasukan tapi saya masih belum di’anggap’ ahli. Macam mana tu? Ermmmmm….)


Hari Sabtu saya dan suami ajak anak² buah keluar ke SP. Sebelum pergi sempat buatkan spec untuk Alif yang myopia. Aktiviti utama – main bowling. Ada ka strike sekali je? Balik sempat beli donut di JCo.

Dek kerana bawak bebudak tu ke bowling lane, la ni deme dok mintak lagi nak pergi hari Sabtu ni. Kebetulan hari Sabtu ni suami saya ada perlawanan bowling masters di SP jugak. Bila ingat balik hari tu, saya gelak sendiri bilamana si Aap & Anis terpaksa kongsi kasut. Kan baling 2 kali. So deme tu bergilirlah kes nak budget.. huhu!. Bila turn Aap lepas Anis, si Aap tarik kasut dia sampai dia terduduk. Satu lagi masa Aap jatuh dengan bola… huhu… lawak!

Hari Ahad pulak keluar lagi. Kali ni dengan Awa, suami dia, Mehan & Salmah. Ke Subang Parade pulak. Cuci mata je la. Nak balik tu beli donut lagi! BA punya plak… huhu! Gemok la aku!

Dan arghhhh... saya masih mencuba untuk mencari masa untuk ke sini dan ke sana.

Tuesday, November 25, 2008

Pejabat baru...


Saya sepatutnya menjalankan tugas pada 1 Disember 2008. Akan tetapi saya dipanggil bekerja lebih awal.

Hari pertama kemasukan saya dapati ada juga kakitangan baru. At least I'm not alone. Everytime I work in a new office I treat myself as a junior eventhough I've been working since 2000. Everything is new. New friends, new boss, new working flow, new working environment. Most significantly is new job scope!

Mula² ni rasa nak benti je rasanya. Mungkin keja tu belum sebati dengan jiwa saya. Macam la kat tempat keja sebelum ni pun. Took times and I held on. Semalam je saya dok rileks tak buat apa. Menjelang petang je mengantuk gegila. Later on mungkin akan baik² aje. Alah.. biasalah dengan perasaan ni... ngada² je la...

In fact, I'm squatting. Menumpang di contract department. Sedikit misunderstanding. Contract manager menyangkakan saya akan mengisi salah satu jawatan QS.

Saya amat berharap agar suasana bekerja seperti tempat kerja sebelum ni berlaku juga di sini. Di mana saya sentiasa agresif dan produktif. Tidak kira dalam bentuk fizikal, malah dalam bentuk memberikan cadangan. Walau pun gaji saya ketika itu tidak seberapa, akan tetapi memiliki seorang bos yang mampu menerima cadangan seorang staff kutu macam saya, membuatkan saya rasa dihargai. Monetary reward adalah satu bonus, lebih dari itu yang saya cari adalah kepuasan bekerja dan sedikit ruang untuk membuat keputusan sendiri.

Jika ini berjaya saya temui di satu² tempat kerja, InsyaAllah lamalah saya akan 'menetap' di syarikat tersebut. Harap saya mampu bersabar.... :-)

Thursday, November 20, 2008

Dilema..


Ini memo blues (gua ciplak dari lu, brader! You know who you're) seorang wanita seperti aku...


Sebagai isteri

Tanggungjawab masih belum sempurna lagi walau pun sesudah 5 tahun menjalani usia perkahwinan. Aku masih tak banyak berubah. Sahabat juga begitu dan aku tidak begitu mengharapkan perubahan itu. Aku menerima seadanya.

Tapi di dalam hati aku sendiri terkesan untuk aku berubah ke arah yang lebih baik. Aku kurenggg bab layan-melayan ni, seriously.

Sahabat pula tak banyak cerita. Banyak benda dia buat sendiri malah ada di antaranya secara diam². Dia tidak pernah meminta dan tidak pernah pula mengomen.

Antara perkara yang dia suka buat sendiri tanpa perlu diminta - cari makanan di dapur, masak (sukanya dengan masakan dia - sedappp!), melayan anak, gosok baju, kemas rumah, dll.

Aku selalu jugaklah rasa tersentuh on little things he done. Even as simple as making me a cup of coffee/milo. All of sudden, mug tu datang je menjengah ke depan muka aku. Specially bila aku dok sebok ngadap mende alah ni.

On my side, aku rasa macam bersalah jugaklah tapi kes buat dek.. cett!. Entah bila la aku nak jadi isteri sempurna?


Sebagai ibu

Bila kerja kena la pulak tinggal anak². Aku tak de la terkesan sangat nak tinggalkan Mastura & Adam sebab masing² kami nak hantar ke tadika tahun depan. Lagi pun kalau tak hantar mungkin anak aku ketinggalan pula nak kejar ilmu.

Hati seorang ibu ini lebih dekat dengan Syafiah. Anak kecil yang tak mengerti apa². Tak mungkin kami boleh meninggalkannya di nursery. Walau pun dia healthy tapi aku masih rasa risau. Bagi aku, dia 'fragile' macam kaca... macam pyrex yang kalau jatuh abih ranap tak nampak bentuk.

Macamana kalau shunt dia malfunction lagi? Siapa pula nak jaga dia di HSB sedangkan aku baru je mula kerja?

Ni ada satu hal merunsingkan aku. Masuk bulan ni dah nak masuk 3 bulan mensus aku tak muncul². Bulan bila tu aku check takde. Tapi pelik la kannn... aku sakit ke? What if... aku mengandung lagi & test kit tu tak dapat kesan masa awal²? 99% accurate.. mungkin tak aku masuk yang dalam 1% tu? Aku kena check lagi...

Kelainan.. ada jugak la sikit² specially bila aku meniarap & bercakap. Ada la lainnya yang aku tak reti nak describe macamana. Tapi mungkin hanya perasaan aku je kot.

Syafiah kan kecik lagi. Tak mao la citer bab protection. Memang kita orang dah berjaga-jaga. But again, Allah swt is The Most Powerful...

Kalau preggy, tahun depan dah sah la bersalin lagi. Masih baru kerja jugak... arghhh!!!


Sebagai anak

Aku rasa bersalah je setiap kali balik kampung tak banyak yang mampu aku hulurkan buat mak. Dan kadang² tak hulur langsung. Mungkin mak tak harap tapi sendiri mao ingatlah kan...

Bila kita berharta, kita mampu memberikan lebih manfaat pada orang lain. Membantu mak dari segi fizikal tu boleh la aku lakukan sedaya yang aku mampu. Silap haribulan aku yang nyusahkan dia adalah. Tapi dari segi monetary? Mak aku takkan tak mao berbelanja untuk dirinya sendiri rather than anak² yang belikan... Aku percaya dia pun nak beli apa barang yang dia suka, tak gitu?



Inilah antara sebab aku nak sangat kerja balik. Poket kosong, kegawatan ekonomi makin menghimpit, sara diri makin meninggi. Komitmen masing² pulak tu tinggi menggunung. Pegang duit sendiri dengan pegang duit orang walau pun orang tu suami kita sendiri memang terasa lainnya. Macam serba-salah je nak guna... Dalam masa yang sama kesian kat dia tanggung keluarga seorang diri.

Memang la masih awal nak fikir semua ni. Nampak macam tak bergantung kepadaNya. Tapi aku tetap perlu berfikir. Dan aku perlu berusaha untuk mencuba dan melakukan yang terbaik dalam kehidupan aku supaya tidak menjejaskan orang lain. Orang² yang aku sayang. Aku cuma mampu berdoa dengan sabar moga Allah swt membantu meleraikan kekusutan hati ini...

Aku tak sabar nak beraksi balik di alam pekerjaan tapi dalam masa yang sama aku cukup berat hati nak tinggalkan anak² aku. Makin menghampiri hari Isnin, dada semakin sakit, sesak napas dibuatnya...

Wednesday, November 19, 2008

Cerita semalam...


Untuk mengetahui citer Syafiah selanjutnya, sila ke blognya. Entry terbaru adalah entry semalam.

Saya sendiri juga mempunyai cerita tentang semalam. Semalam adalah hari untuk saya menghadiri temuduga kedua. Dan yang manisnya, saya berjaya. Manis sebab sebelum ni saya bersabar.

Sebenarnya bukanlah MD dia temuduga saya, more towards saya temuduga dia kali ini. Saya adalah seorang yang kuat bertanya. Pertanyaan demi pertanyaan membuatkan saya mudah untuk menilai dan memahami sesuatu perkara. Dan ini tidak hanya terlibat dalam kes ini tapi dalam aspek² kehidupan yang lain juga.

Jika diselusuri perjalanan memohon kerja ini, saya mula menghantar resume pada 1 November 2008. Ditemuduga buat kali pertama pada 7 November 2008. Menerima pelawaan temuduga kedua pada 13 November 2008. Temuduga kedua diadakan semalam. Dan saya akan mula berkerja pada hari Isnin. Resume saya tak hantar banyak. Tak sampai 10 syarikat! Dan dari pengalaman, sekali ditemuduga insyaAllah saya akan mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Sebelumnya saya amat risau sekiranya resume lulusan UiTM seperti saya bakal dibakulsampahkan oleh mana² majikan akibat tindakan bodoh beberapa pihak berdemo dulu. Tapi alhamdulillah sudah tertera rezeki saya dan keluarga. Di bulan Jun, H**** pernah memanggil saya. Nadanya terdesak. Namun apakan daya.. ketika itu saya berada di hospital selama 9 hari. Bukan rezeki saya.

Tawarannya menarik juga tapi tunggu dan lihatlah. Sekiranya saya telah memasukkan kaki ke suatu tempat, saya akan melakukan kerjanya bersungguh-sungguh seperti sebelum ini di mana oleh kerana sikap itu saya telah dinaikkan pangkat 2 tahun berturut-turut.

Menariknya majikan saya sebelum ini kesemuanya baik² belaka. Tidak kiralah dia berbangsa apa. Malah superior saya juga baik dan menerima pandangan kakitangan. Saya mengharapkan majikan akan datang juga akan baik, bertimbangrasa serta bakal mewujudkan suasana kerja di mana hati saya akan seronok dan ikhlas. Moga Allah swt permudahkan segalanya.

Sebelum saya melangkah menjalani temuduga pertama tempohari sempat lagi saya ber-sms dengan boss lama, Mr. M. Seolah nak mintak 'restu' je kan. Kami masih berhubung & akrab juga ketika berkerja sungguh pun dia berbangsa lain. Antara boss favorite saya (ye la.. dah dia yang naikkan saya). Akrab tu takde la meaning apa². Sekadar memudahkan saya dan juga dia sendiri berkerja. Understanding each other is important in workplace.

Dia kini bekerja dengan co. Singapura yang nature of biznya assets management. Sempatlah MMS gambo Syafiah dan sempatlah juga dia membaca blog Syafiah. Probation period dia di tempat kerja baru pun akan tamat hujung bulan ni. Katanya dia akan intai peluang untuk saya kembali berkerja bersamanya. InsyaAllah, jika ada rezeki takkan ke mana.

Bila saya menyelongkar web co. dia, saya dapati tak seorang Muslim pun bekerja di situ. Mungkinkah saya yang pertama? Saya tak kisah bekerja dengan bangsa asing sebab kebanyakan syarikat pemaju perumahan dan bahagian teknikal di Malaysia ini memang dimiliki oleh bukan Melayu Muslim. Lagi satu, saya jenis yang suka bersaing. Walau pun saya sentiasa tampil yakin, saya mempunyai halangan dari segi kelulusan hinggakan senior saya sendiri pernah skeptikal dan bertanya mengenai tahap technical knowledge saya.

Jika sesuatu syarikat itu dimiliki oleh orang Muslim, halangan terbesar saya adalah saya tidak memiliki ijazah. Berbeza dengan syarikat Cina. Memang ada di antaranya yang amat menitikberatkan kelulusan tapi tak kurang juga yang lebih menitikberatkan soal kerja yang bermutu. Jika sekali mereka percayakan anda, anda mungkin akan meniti tangga kejayaan itu lebih cepat dari orang lain!

Bekerja dengan Mr. M sebelum ni membuatkan saya didedahkan dengan pengetahuan teknikal yang luas terutamanya kejuruteraan awam. Saiz team kami untuk sesuatu projek perumahan yang besar kecil saja. Hanya 6 orang!

Masalah yang saya lihat dalam diri seorang Melayu Muslim atau lulusan IPT pada hari ini adalah masalah kurang yakin diri, kurang ketrampilan, tidak 'heavy duty', kurang determination dan kurang ilmu serta berasa selesa dengan ilmu yang ada (anda juga perlu ada ilmu lain & soft skills). Perkara ini bukan hanya 'jangkit' pada anak² Melayu tapi juga generasi bangsa asing yang baru. Saya bukan bercakap kosong tapi itulah kenyataannya. Sedangkan di alam pekerjaan, kesemua ciri yang saya tulis ini, amat penting dan perlu untuk meyakinkan majikan untuk menerima kita sebaiknya.

Complacent is the best word to describe the attitude of youngsters nowadays. Bila di'bebel' sedikit oleh boss atau dibebankan kerja telinga cepat nipis, hati cepat panas. Padahal kerja itu mampu dibuat oleh pekerja yang berkenaan. Malas mungkin satu lagi penyakit. Kita dilapisi oleh generasi yang cepat mengalah! Dan sekiranya di'bebel' dengan perkara yang tidak benar, tidak berani pula mempertahankan diri sehingga membuatkan diri tu rasa tertekan. Anda juga harus bangkit sekali-sekala untuk membuatkan boss anda respect anda sebagai seorang individu yang tidak boleh dipijak dengan sewenang-wenangnya.

Selain tawaran kerja, saya juga akan buat kelas untuk adik yang perlu belajar AutoCAD. Katanya, bosnya (kontraktor yang bersahabat dengan saya) akan bayar untuk kelas berkenaan. Saya sendiri perlu belajar lagi dalam masa yang sama. Ilmu AutoCAD saya berkarat! InsyaAllah.. we'll learn together along the way.

Monday, November 17, 2008

Macam-macam hal dalam seminggu...


1. Saya masih kepenatan... Pagi tadi baru tiba dari Sg Besar. Perjalanan dimulakan dari Perak pada pukul 7 malam. Tiba di SB pada pukul 11 ikut jalan pantai. Under construction penyebab kami lewat tiba. Tambah pula mata terlalu berat dan masing² terlalu mengantuk.

2. Rumah kami kini diziarahi oleh anak² buah yang ikut balik - Alif, Asyraf, Anis. Menjadikan kereta semalam sendat dengan penumpang. Mereka adalah adik-beradik dan anak kakak saya yang ketiga. Adik-beradik mereka kesemuanya berjumlah 6 orang. Yang tinggal di kampung hanya 3 orang yang masih kecil - Aina, Ana, Anisah. Aina merengek-rengek untuk turut serta.

3. Perihalan tanah telah selesai pada hari Isnin. Urusan dipermudahkan setelah lebih 7 tahun 'projek' ini terbengkalai. Sehinggakan yang menerima wang pampasan untuk projek perparitan telah pun menerima dan menghabiskan wang mereka, hak² kami masih berada di Amanah Raya. Bagi yang tidak tahu, urusan perturunkan kuasa tanah bagi si mati amat mudah sekiranya kita tahu prosedur yang betul. Dan sekiranya si mati mempunyai tanah di daerah yang berlainan di dalam satu negeri, kita boleh mengisi satu borang saja tanpa perlu ke daerah yang lain itu.

4. Kami tinggal di rumah kak Bib dari hari Isnin hingga ke hari Rabu. Awa pula mendapat perkhabaran bahawa rumah sewanya kini bakal dihuni semula oleh seseorang yang related pada tuan rumah. Langsung dia memendekkan cuti dari seminggu ke hari Rabu saja untuk mengemas barang. Dia kini akan tinggal bersama-sama kami. Di rumah kak Bib, saya ralit bermain SIM-CT. Blog dijenguk juga namun tiada hati nak menaip.

5. Syafiah demam. Seusai demam, dia kini bergigi dua yang keluar secara serentak di bahagian bawah. Pengalaman yang sukar dilupakan bila dia asyik muntah walau pun yang keluar hanya cecair putih berbuih-buih. Mak begitu risau sebab di kampung kami kini tiada lagi perkhidmatan bas. Alhamdulillah dia tidak lagi muntah dan suhu badannya menurun pada hari Sabtu.

Oh.. penat²!! Penat muntah! I need some space...


Di hari pernikahan. Well, frankly I dun like her make up. She felt the same! I prefer the touch up on her reception day. Photos? Laterlah.. when she mails me!


6. Kawan baik saya yang saya panggil sebagai K'own kini telah berumahtangga. Kawan yang saya kenali dari sekolah menengah di Ipoh. Dia kemudiannya berpindah sekolah tidak sampai setahun dari tarikh kemasukan pada tahun 2001 ke SMSP, Pt Buntar. Saya menurutnya setahun selepas itu. Memohon dimasukkan ke kelasnya semata-mata untuk memberikan kejutan. Dia seorang guru tingkatan 5 di sebuah sekolah di Lenggong. Sehingga saat ini kami masih berhubung dan keluar sekali-sekala. Akad nikahnya dibuat pada 08 November. Kenduri diadakan pada 16 November. Oh, kami juga menyebok bergambar outdoor bersamanya! Hekhekhek!


Oh.. saya juga sempat membuat baju kurung sendiri dan Mastura selepas 8 tahun meninggalkan 'minat' tersebut! Tu saya tengah sambung kikit dengan badan baju. Tau kikit tu apa?!





Sempat pi Ban Pecah dengan Alif, Anis, sahabat dan anak². Makan kat bawah pokok. Ramainya orang di malam minggu. Ada kumpulan anak muda 'menyumbangkan' lagu nasyid siap berpakaian baju melayu..heh!


7. Temuduga berjalan dengan lancar. Dalam keadaan tertekan, saya mampu berbahasa Inggeris dengan baik walau pun saya tidak begitu yakin pada mulanya. Maklumlah sudah bertahun saya meninggalkan alam temuduga. Selalu begitu. Saya lebih produktif dalam keadaan yang mendesak. Esok saya akan menjalani temuduga kedua di tempat yang sama. InsyaAllah jika ada, rezeki tidak akan ke mana. Rindu ler aku kat anak² terutamanya Syafiah karang... huhu!

8. Untuk kak Bib dan kak Chik, moga berjaya dalam usaha kalian untuk menjadi usahawan. Moga rezeki terus melimpah-ruah, insyaAllah. InsyaAllah saya juga mungkin akan menurut pada suatu masa nanti.

9. Aduhhhh! Work program untuk rakan kontraktor yang saya kenali dari tempat kerja yang lama belum saya selesaikan. Kontraktor yang memberi dalam apa jua keadaan walau pun saya telah berhenti. Kadang² datang menziarahi. Adik saya berkerja dengan mereka. Dalam keadaan tertentu, kontraktor berkenaan akan mencari saya untuk meminta pertolongan.


Dah la.... hingga ke entry seterusnya....

Friday, November 7, 2008

Selamat Hari Lahir, Sahabat


3 perkara berlaku hari ini:-

1. 28 tahun lalu lahir seorang insan ke dunia ini pada hari Jumaat, 7 November, pada pukul lebih kurang 2.30 petang selepas solat Jumaat. Kata seseorang, ia bertepatan pula pada Hari Tasyrik 13 Zulhijjah 1400, namun bila saya mencari maklumat secara online, ia jatuh pada 28 Zulhijjah 1400. Saya mendoakan dirinya beroleh rezeki yang melimpah ruah, diberikan keberkatan pada umur dan tahun yang mendatang, insyaAllah.

Bagi yang nak check tarikh lahir anda dari Masihi ke Hijrah atau sebaliknya, anda boleh melakukannya di sini.

Saya dedicate lagu di bawah ni untuk dirinya yang istimewa:

Selamat Hari Lahir - Saujana
Awan berarak ceria
Tiada titisan hujan
Pohon melambai tanda sokongan
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman dihari lahirmu sahabatku

Dedaun berguguran
Membuktikan kedewasaan
Walau tanpa mata dan hadiah
Namun cukup untukmu
Sekadar ucapan

Selamat hari lahir
Iringan doa ku hulur
Bersyukur kepadaNYA
Atas nikmat usia

Sahabat
Usia yang Tuhan kurniakan ini
Kau hiasilah ia dengan amalan yg murni semoga ia menjadi temanmu di akhirat sana

Usiamu ibarat mutiara
Tiada berganti lagi
Hiaskan iman bersulam takwa
Agar sempat mengucup haruman syurgawi



Sahabat yang telah menempuh suka duka dalam kehidupan bersamaku, sahabat yang telah banyak berkorban tersebut adalah:



Ucapan selamat hari lahir juga untuk Yin, Salina dan Amalina yang kesemuanya adalah sepupu² saya yang lahir dari 5-7 November.


2. Saya ada temuduga petang ini. Terasa seakan seekor kupu² sedang berterbangan di dalam perutku ini. It has been so long, my spoken English is a bit rusty. Rasa macam amnesia je sket ni. Dah ingat² lupa apa buat masa kerja dulu. Pernah rasa macam tu tak?

Moga ini rezeki saya. Komitmen yang banyak telah tak tertanggung. Kesian pada suami, kesian pada anak². Kesian suami tanggung seorang, kesian anak² bakal kena tinggal. Tapi saya perlu bekerja. Mereka perlu ke sekolah tahun depan. Aduhai nasib badan... beginilah dilema seorang isteri dan ibu.. Tersepit di antara keinginan sendiri dan orang lain.

Setiap saat dan detik makin menghampiri. Doakan moga saya tidak gugup. Saya makin berdebar!


3. Dan yang akan berlaku pada malam karang. Kami akan bertolak pulang ke Perak, singgah bermalam sebentar di Sungai Besar sebelum meneruskan perjalanan pada esok pagi. Saya akan berada di sana selama seminggu.... Mungkin blog ini akan berhabuk sedikit. Until I see you next week!

Tuesday, November 4, 2008

Saya sibuk...


.. hari ini saya sibuk menyiapkan blog khas untuk Syafiah - A Journey of An Amazing Syafiah...

Ianya sebagai satu permulaan dalam menghulurkan bantuan! Salah satu cara berkongsi maklumat mengenai penyakitnya, berkongsi perasaan dengan ibu bapa yang mengalami keadaan yang serupa dengan kami di luar sana.

Dalam dok betulkan itu ini.. saya melakukan sedikit kesilapan. Sedikit? Banyaklah juga. Sepatutnya saya hanya buka satu window untuk blog tersebut. Saya lupa yang blog ini juga terbuka. Akhirnya saya telah mengganggu 'Layout' TYMB. Habis! Semua perlu dimulakan semula termasuklah juga dengan 'Read More'. Kebetulan fail back up xml yang saya telah download tak dapat digunakan kembali. Apekah? Tensionlah jugak! Dah back up pun takleh guna...

Tak usaha banyak. Cuma salin tempek semua entry mengenainya sebelum ini. Saya rasa cara itu lebih mudah bagi pelayar sekalian mengenali anak saya yang seorang ni. Saya juga dalam usaha menjejak other inspiring stories. Adalah agak rugi, pada pandangan sayalah, sekiranya 'Syafiah' hanya menjadi penyeri di navigation tab di blog ini.

Sebagaimana saya kalut mencari maklumat di laman web semasa kejadian itu, saya percaya mesti ramai di luar sana yang mengalami keadaan yang serupa. Malangnya tidak banyak cerita mengenai masyarakat Malaysia yang didedahkan sendiri oleh ibu bapa yang terlibat. Saya sendiri tergapai-gapai ketika itu. Lebih menyedihkan cerita negatif lebih banyak dituturkan dari yang positif. Sampailah satu ketikanya saya membaca sendiri kisah Gina Marie, Noah, Brittany, Little Charlie Rock, Rebecca, dll. Lihat... semuanya bangsa asing! Masing² mencatat dan merakamkan peristiwa yang berlaku kepada anak mereka. Ketika itu, saya melihat ada sinar harapan.

Saya akui membesarkan Syafiah adalah lebih thrill dari yang lain. Melaluinya juga kami belajar banyak benda baru. Anak² lain juga istimewa, tidak dinafikan, akan tetapi kehadiran Syafiah membawa seribu hikmah yang tidak terjangkau dek fikiran semata-mata. Kami sentiasa teruja!

Di celah² kesulitan, dengan sinar harapan yang kecil, mampu mengubah perasaan dan persepsi seseorang. Percaya atau tidak... adakalanya saya tersenyum sendirian bila merasakan di celah² yang perit dan sulit itu ada kemanisannya. Sesungguhnya perjalanan ini masih jauh....

Monday, October 27, 2008

I'll be leaving you.....


...of course lah, for a while!

Nephew - Adi Luqman, age - 5 mo. He's so so so cute!!

I'll be on hiatus mode starting tomorrow until next week. We'll be on a 'holiday'.

This is where we'll be going:



Huh... it'll be a looooonnnnggggg holiday as I know how was it like to be in there. I wish I have a lappy but I don't... sigh! I can imagine - mags, soduku, eat, sleep, eat, sleep, eat more, etc.

We'll be separated again. 2 other kids are with my MIL. Yeppp... I already missed them. Hukhukhuk! I cried. I'm not mentally ready!! I'm hurt!! Not that strong... My faith is shaking!

But what can we do? "Apa yang ke depan ni, kita redah je la...". Although, it is simple to say to myself every now and then, "Sabarlah", "Redhalah", "Pasrahlah", "Berserahlah"... the truth is it's not that simple. Whenever there's a new patient plus his/her parents and visitors in that room, I have to explain again and again from the very beginning on what happened to my *daughter and that bleeds my heart!

Somehow I just want to be quiet, have space for both of us. I prefer those people especially the makcik² @ pakcik² not to ask about her as it would remind me of those days when I've to get through the fact that she's an 'extraordinary' girl. If they don't ask, I will stand strong, my tears won't fall down (not at that particular moment lah! Later, when I'm alone..), my heart won't bleed...

But how on earth to avoid the 'busybody' questions? Then you know lah... sometimes I could hear the sound of soksek² with the families. Arghhhhhh... they don't blog. If they blog, they just can click on her name to know the story. Story that I don't have to repeat again and again... I know.. I know.. be positive! They are just caring!

I shall miss this blog and all of you! Until I see you guys later!



*She is Syafiah...

Wednesday, October 22, 2008

Cerita bergambar....




Cerita gambar² di atas:

1. Mastura tu bukannya terliur sebab tengok triffle tu. Gambar tu ambil bulan Julai yang lepas masa hari lahir Awa. Guna Nikon D80 pinjam.. bilalah nak dapat satu? Siapa tembak? Gualah!!

2. Gambar tengah. Gambar peach triffle. Yang ni buat malam semalam untuk event hari ini di WHB. Jamuan sempena hari raya di Jabatan Kewangan WHB. Potluck syle! Resepi dapat dari Kak Jie tersayang... perghhh... pertama kali mencuba terus je bawa ke pejabat. Yang penting ianya menjadi! Sedap.. malam ni harus buat lagi!

3. Gambar Syafiah tidur tengahari tadi. Dah panjang rambut Kak Lang ni. Minggu depan dah sah kena cukur lagi sebelah kanan tu. Mind you.. I won't be able to update this blog around 10 days starting next week!!

4. Gambar Adam yang hensem. Gambar masa bila entah. Dah tak ingat. Punya lesung pipit di kiri dan kanan pipi. Mewaris dari ibunya.

5. Gambar Syafiah minum susu. I like her eyes so much!

Sila jangan klik perkataan 'Continue reading' di bawah ini.

Tuesday, October 21, 2008

Diuji lagi....


Tak de mood... susah hati dapat berita tak berapa menarik...

Baru tadi suami pulang dari HSB. Keputusan imbasan CT telah diketahui. Mungkin Syafiah akan admit lagi. 1st planted on 11 June 2008. This is 2nd revision. Walau pun AF dia lembut tapi ada part di tiub yang tersumbat. Pakar siap tanya sama ada nak terus admit ke tidak tapi suami kata nak balik fikir dulu.

Jadi, minggu depan mungkin saya akan berkampung di hospital lagi. Hati dah letih untuk menerima semua ini... Tabahlah dan ucaplah alhamdulillah.. ada insan lebih diuji dari kami ni...

Padanlah saya telah diberikan peringatan melalui mimpi pendek 2 malam yang lepas.

Ahhhh.... nak tidolah! Minda tak mampu berfikir lagi...
 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez