2. Rumah kami kini diziarahi oleh anak² buah yang ikut balik - Alif, Asyraf, Anis. Menjadikan kereta semalam sendat dengan penumpang. Mereka adalah adik-beradik dan anak kakak saya yang ketiga. Adik-beradik mereka kesemuanya berjumlah 6 orang. Yang tinggal di kampung hanya 3 orang yang masih kecil - Aina, Ana, Anisah. Aina merengek-rengek untuk turut serta.
3. Perihalan tanah telah selesai pada hari Isnin. Urusan dipermudahkan setelah lebih 7 tahun 'projek' ini terbengkalai. Sehinggakan yang menerima wang pampasan untuk projek perparitan telah pun menerima dan menghabiskan wang mereka, hak² kami masih berada di Amanah Raya. Bagi yang tidak tahu, urusan perturunkan kuasa tanah bagi si mati amat mudah sekiranya kita tahu prosedur yang betul. Dan sekiranya si mati mempunyai tanah di daerah yang berlainan di dalam satu negeri, kita boleh mengisi satu borang saja tanpa perlu ke daerah yang lain itu.
4. Kami tinggal di rumah kak Bib dari hari Isnin hingga ke hari Rabu. Awa pula mendapat perkhabaran bahawa rumah sewanya kini bakal dihuni semula oleh seseorang yang related pada tuan rumah. Langsung dia memendekkan cuti dari seminggu ke hari Rabu saja untuk mengemas barang. Dia kini akan tinggal bersama-sama kami. Di rumah kak Bib, saya ralit bermain SIM-CT. Blog dijenguk juga namun tiada hati nak menaip.
5. Syafiah demam. Seusai demam, dia kini bergigi dua yang keluar secara serentak di bahagian bawah. Pengalaman yang sukar dilupakan bila dia asyik muntah walau pun yang keluar hanya cecair putih berbuih-buih. Mak begitu risau sebab di kampung kami kini tiada lagi perkhidmatan bas. Alhamdulillah dia tidak lagi muntah dan suhu badannya menurun pada hari Sabtu.
Oh.. penat²!! Penat muntah! I need some space...

Di hari pernikahan. Well, frankly I dun like her make up. She felt the same! I prefer the touch up on her reception day. Photos? Laterlah.. when she mails me!
6. Kawan baik saya yang saya panggil sebagai K'own kini telah berumahtangga. Kawan yang saya kenali dari sekolah menengah di Ipoh. Dia kemudiannya berpindah sekolah tidak sampai setahun dari tarikh kemasukan pada tahun 2001 ke SMSP, Pt Buntar. Saya menurutnya setahun selepas itu. Memohon dimasukkan ke kelasnya semata-mata untuk memberikan kejutan. Dia seorang guru tingkatan 5 di sebuah sekolah di Lenggong. Sehingga saat ini kami masih berhubung dan keluar sekali-sekala. Akad nikahnya dibuat pada 08 November. Kenduri diadakan pada 16 November. Oh, kami juga menyebok bergambar outdoor bersamanya! Hekhekhek!

Oh.. saya juga sempat membuat baju kurung sendiri dan Mastura selepas 8 tahun meninggalkan 'minat' tersebut! Tu saya tengah sambung kikit dengan badan baju. Tau kikit tu apa?!

Sempat pi Ban Pecah dengan Alif, Anis, sahabat dan anak². Makan kat bawah pokok. Ramainya orang di malam minggu. Ada kumpulan anak muda 'menyumbangkan' lagu nasyid siap berpakaian baju melayu..heh!
7. Temuduga berjalan dengan lancar. Dalam keadaan tertekan, saya mampu berbahasa Inggeris dengan baik walau pun saya tidak begitu yakin pada mulanya. Maklumlah sudah bertahun saya meninggalkan alam temuduga. Selalu begitu. Saya lebih produktif dalam keadaan yang mendesak. Esok saya akan menjalani temuduga kedua di tempat yang sama. InsyaAllah jika ada, rezeki tidak akan ke mana. Rindu ler aku kat anak² terutamanya Syafiah karang... huhu!
8. Untuk kak Bib dan kak Chik, moga berjaya dalam usaha kalian untuk menjadi usahawan. Moga rezeki terus melimpah-ruah, insyaAllah. InsyaAllah saya juga mungkin akan menurut pada suatu masa nanti.
9. Aduhhhh! Work program untuk rakan kontraktor yang saya kenali dari tempat kerja yang lama belum saya selesaikan. Kontraktor yang memberi dalam apa jua keadaan walau pun saya telah berhenti. Kadang² datang menziarahi. Adik saya berkerja dengan mereka. Dalam keadaan tertentu, kontraktor berkenaan akan mencari saya untuk meminta pertolongan.
Dah la.... hingga ke entry seterusnya....

16 comments:
..balik pb tak bagi tau noo..! dok womah kak bib plak tu..hmmm! kalau bagi tau buleh blanja makan ramai-ramai.
albanjari
baju ang dah siap jahit ka?baju aku cmna plak??heeeee... ;p
tak sabaq aku nk tgk baju tu....
Macam2 program ko ya, kalah YB! hahahaaa...
ABO:
alah... ye la tuuuu!!
hekhekhek...
yang benonye tak ingat langsung nak mengabo!
Awa:
baju hang mak dah gunting tapi belum jahit. aku tak mao jahit. takuttttt!
ASR:
aku memang YB - Yang Berkeluarga. hahahaha... tu sebab bz semacam je!
Salam...sian Piah sampai demam2 dtg umah makngah dia...yg best tu ada jgk kenangan makan kat ban...1st time plak tu walaupun dekat ya amat dgn rmh mak kita...
to awa, baju ang siap dah aihh jeles la sbb cantik mak jahitkan.
Congrats sbb dpt keje dgn gaji berganda2. Itulah dia berkat kesabaran mengharungi ujian jadi suri rumah n menjaga Piah akhirnya that's a light at the end of the tunnel.
No matter what we always support u.
Luv u forever sis!
ini yg membuatkan aku lg tak tahan nak lihat baju aku nie...
leh pakai time raya haji...wah!!beshnye.... huhuhu
Kak Bib:
alah... Piah mungkin memang akan demam jugak kalo tak pi rumah Kak Bib pun. thanks sebab cepatkan gigi dia tu keluar (just like kakak before).
kira dah tak sabaq dah le ni sebab cari keja. hekhekhek!
thanks to family support too. kalo tak kerana kalian, dah tentu kita ni dok ngelabah jugak.
luv u forever too!
Awa:
dah pakai jangan lupa ambik gambo & letak kat blog hang tuuuuu!
su,
ko ingat lagi ek AutoCAD..
aku dah lupa laa...nanti kalo nak ingatkan balik ni kena masuk kelas ko ni...hihihiiii
Tahniah Sue....semoga akan bekerja dengan lebih dedikasi lagi. Daripada tulisan sue,menang U layak jadi boss..
By the way,safiyah sapa jaga masa u keje nanti.?-hang perak
Azie:
jauh tu ko nak masuk kelas akuuuu!
Hang Perak:
bos? la ni boleh la jadi bos kat rumah. dah keje karang orang lain jadi bos kita.. huhu!
insyaAllah mak saya jaga syafiah sebab rasa macam tak harap orang lain jaga as she's different.
anyway, thanks for dropping by!
nak belajar autocad....meh la...saya punya version AutoCAD 2008.....
...pernah kerja dgn Consultant cum Developer kat KL....ramai bangsa lain....ada la beberapa kerat kulit sawa matang....tapi heppi...cuma kegawatan ekonomi...kena la dicantasssss....
Apai:
saya masih ingat autocad zaman purba - 10 tahun lepas! sebenarnya autocad lama ni bagus sebab banyak guna keyboard + kena ingat formula. minda akan jalan.
ada cd dia tak? kalo ada nak pinjam... huhu!
Post a Comment