Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Friday, January 23, 2009

Iktibar...


Iktibar selalu datang bertandang dalam kehidupan kita. Tidak kiralah yang kecil mahu pun yang besar. Namun sebagai manusia yang alpa, kita kadang² tidak pernah mengambil pengajaran dari perkara² yang berlaku di sekeliling. Seolah usia kita ini terlalu panjang... seolah-olah hanya kita yang benar. Cubalah diam dan muhasabah seketika tentang kehidupan ini...


Iktibar datang melalui sebuah kematian

AL-FATIHAH buat Tokchik yang kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 21 Januari 2009 bersamaan 24 Muharram 1430, sekitar 1 petang pada usia 74 tahun. Selamat dikebumikan selepas Asar. Salah seorang bapa saudara mak yang terlalu baik. Yang tinggal kini hanyalah Tok Ndak (ibu saudara Mak), yang lain telah lama menyahut seruan ke alam baqa.

Salah seorang menantunya yang kini bergelar Timbalan Menteri ada di dalam gambar ini.


Betapa kehidupan begitu singkat. Saya menghitung usia dan amalan yang sedikit. Saya 31 tahun. Jika ditakdirkan berusia panjang seperti Tok Chik atau pun Nenek yang menghampiri 100 tahun, ada kira² lagi separuh usia saya yang sekarang ini. Mungkin juga kurang. Tiada siapa yang tahu.

Dosa makin membukit. Amalan teramat sedikit. Hairan.... diri masih lagi leka dan degil... malah masih terpaku pada dunia.

Alhamdulillah di sebalik pemergian ada hikmahnya. Ramai saudara sebelah mak, saya kenali. Terlalu ramai! Merapatkan kembali hubungan silaturrahim...


Iktibar datang melalui seseorang

Betapa pentingnya sabar. Sabar berdepan dengan tindakannya. Mungkin kadangkala dia melakukan atau terlepas cakap sesuatu tanpa sedar. Tanpa sedar kata²nya itu bakal mengundang soalan bagi orang lain dan jawapannya amat menyesakkan sekali untuk saya sediakan. Kalaulah dia bisa mengerti.... Namun jika dia masih tidak mengerti sekali pun, tiada salahnya saya terus bersabar.


Iktibar datang melalui seorang Anak

Kelahiran tanpa diduga. Lebih awal dari jangkaan bagai menandakan bahawa dia seorang insan yang terpilih dan istimewa. Dengan keadaan itu, mengingatkan saya pada PERJANJIAN. Perjanjian antaranya dan Pencipta. Juga Perjanjian antara saya dan Pencipta. Melatih untuk saya terus bersabar menjaga anak seperti ini dan tidak putus asa dari rahmat Allah swt. Bersabar menangani persepsi dan soalan² insan² lain mengenainya. Mendidik hati supaya meredhakan apa saja keputusan Allah swt terhadap hambaNya dan berusaha ke arah yang lebih baik dari sebelum²nya.

Dan syukur... yang penting Allah swt tidak melupakan kami. Kerana itu Dia memilih kami untuk melaluinya....


Sesungguhnya iktibar² tersebut merupakan kunci kepada gedung² amalan ke arah mencari keredhaan Allah swt, wallahu'alam.

Thursday, December 18, 2008

Cuba teka deme buat apa....



Lepak² or therapy golek².. huh?!

Jangan marah aaarrr! Nanti kena jual...

Saturday, November 22, 2008

Sedikit cerita mengenai pembahagian harta pusaka...


Entry ini agak panjang tapi berbaloi menimba sedikit ilmu daripadanya.

Tiba² idea tercetus untuk menulis mengenai perkara ini setelah saya membaca blog Kak Rina. Apatah lagi dalam saya bercuti seminggu ke Perak tu, kami telah berjaya melangsaikan projek yang sekian kalinya tertangguh. Bertahun. 7 tahun lamanya.

Projek pembahagian harta pusaka! Ayah tidaklah meninggalkan kami dengan harta yang banyak. Sen tiada. Cuma geran tanah ada tiga. Itu pun nasib² JPS nak buat parit di atas sebahagian tanah Tg Piandang tu, kalo tak, gamaknya lagi delaylah projek kami ni. Saya kira wang pampasan untuk bahagian bapa & mak saudara kami telah pun dihabiskan, tapi hak waris si mati masih berada di Amanah Raya!



Ada sekeping tanah lagi di Sungai Labu. Tapi saya menganggap tanah ini tidak wujud walau pun saya dengar mengenainya. Biarlah ia dilakukan oleh orang² yang berkenaan. Jika ada hak saya di situ yang hanya Allah mengetahui, saya redhakan.

Sejarahnya tanah di Tg Piandang tu dimiliki oleh 3 dari 4 adik beradik - ayah, Acek dan Chu. Diwarisi dari tokwan Hamid. Yang di Jebong, milik ayah sendiri. Di Tg Piandang adalah tanah bendang, di Jebong ditanam dengan kelapa sawit yang kini sama usianya dengan saya. Mak kata orang dulu² banyak tanah tapi tak bergeran. Tanah diteroka dengan pesat, malah ada yang dibeli dengan harga yang teramat murah. Untuk tanah di Jebong, ayah membelinya dengan harga RM400! Itu cerita dululah.. cerita sekarang tanah tu dah bernilai puluhan ribu ringgit.

Sedikit salahfaham telah berlaku pada hari kami menghantar borang permohonan bilamana ada yang mahu dibahagikan secara muafakat dan ada yang mahu secara faraid. Yang berkeras mahukan pembahagian secara faraid adalah saya sendiri!

Alasan saya:-
1- saya mahu hak² itu diberikan oleh orang yang ahli.
2- saya tidak mahu dipertanggungjawabkan di mahkamah akhirat kelak atas apa yang telah ditulis atau diputuskan.
3- saya mahu, jika tidak hak saya, hak ibu saya terpelihara.

Selain itu, yang paling utama - IA ADALAH KETETAPAN ALLAH SWT:

An-Nisa [4:11] : Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

An-Nisa [4:12] : Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutang kamu dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.

An-Nisa [4:13] : Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar.

An-Nisa [4:14] : Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api Neraka, kekallah dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina.


Bunyi macam 'gila harta' kan... tapi kita tidak akan dapat meneka apa yang akan berlaku di masa akan datang. Cuba fikir sejenak apa yang akan berlaku pada ibu saya jika namanya tiada di dalam geran. Sungguh pun ada nama salah seorang saudara kami, merujuk kembali kepada ayat dari surah An-Nisa [4:11], hanya Allah swt saja yang tahu yang terbaik dan siapa yang lebih bermanfaat. Kita yang berjiwa lemah ini tidak akan tahu!

Sabda Rasulullah saw:

Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ianya adalah separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku. (Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)

Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka. (Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud)


Terasa benar sabda Rasulullah saw tersebut, terutamanya bahagian di mana "ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku", wallahu'alam.

Untuk mempelajari tentang ilmu faraid ini, anda boleh melayari web ini. Carta² berkaitan ada diletakkan sekali bagi memudahkan pemahaman. Sedikit petikannya:

Walaupun hukumnya adalah jelas WAJIB, namun realitinya, sebanyak sejuta kes tanah pusaka di Malaysia (laporan Pejabat Tanah) dianggar bernilai RM38 bilion masih tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan dan 90% daripadanya adalah milik orang Melayu (yang rata-ratanya beragama Islam). Begitu juga mengikut laporan KWSP, lebih daripada RM70 juta wang KWSP tidak dituntut oleh waris. Ini bermakna begitu banyak sekali harta-harta umat Islam yang terbeku dan mereka yang berhak dan layak tidak mendapat bahagian mereka. Ini juga bermakna sistem faraid tidak berjalan dengan baik pada ketika ini. Timbul persoalan dari segi hukumnya, siapakah yang akan menanggung dosa-dosa ini?

Di samping itu begitu banyak kes berlakunya pertelingkahan dan perselisihan di kalangan umat Islam kerana merebut harta pusaka sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah di atas. Lebih malang dan amat menyedihkan ada yang menyebut bahawa ALLAH tidak adil dalam menentukan bahagian faraid.



Alhamdulillah, belumlah sampai tahap "dua orang bertelingkah kerana harta pusaka". Adik-beradik saya tidak gilakan harta yang seciput. Terima kasih atas didikan ibu ayah. Jika tidak, tak le delay sampai 7 tahun. Namun atas dasar ia WAJIB ditunaikan, maka kami perlu juga meluangkan masa untuk menjejakkan kaki ke PTD dan mahkamah. Tahun depan setelah mendapat 'court order', kami perlu menjejakkan kaki pula ke Amanah Raya di Ipoh. Sama ada boleh/tidak menghantar wakil, itu saya tidak pasti.

Saya percaya pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana ALLAH sebagai pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu. Ada hikmahnya.

Tentang bahagian saya dan wang pampasan yang bakal diterima, insyaAllah saya akan memberikannya pada seseorang sekitar ahli keluarga saya sendiri di suatu masa akan datang. Siapa orangnya biarlah saya tentukan. Yang pasti "dia" bukanlah suami atau anak² saya sendiri. Tunggu sehingga geran baru dikeluarkan. Saya lebih suka mendiamkan diri dan tidak suka menghebahkan dalam hal memberi dan menerima ini. Biarlah si penerima saja yang tahu dan kelihatan seolah-olah seperti saya tidak memberi apa² pada pandangan mata orang lain.



Monday, November 17, 2008

Macam-macam hal dalam seminggu...


1. Saya masih kepenatan... Pagi tadi baru tiba dari Sg Besar. Perjalanan dimulakan dari Perak pada pukul 7 malam. Tiba di SB pada pukul 11 ikut jalan pantai. Under construction penyebab kami lewat tiba. Tambah pula mata terlalu berat dan masing² terlalu mengantuk.

2. Rumah kami kini diziarahi oleh anak² buah yang ikut balik - Alif, Asyraf, Anis. Menjadikan kereta semalam sendat dengan penumpang. Mereka adalah adik-beradik dan anak kakak saya yang ketiga. Adik-beradik mereka kesemuanya berjumlah 6 orang. Yang tinggal di kampung hanya 3 orang yang masih kecil - Aina, Ana, Anisah. Aina merengek-rengek untuk turut serta.

3. Perihalan tanah telah selesai pada hari Isnin. Urusan dipermudahkan setelah lebih 7 tahun 'projek' ini terbengkalai. Sehinggakan yang menerima wang pampasan untuk projek perparitan telah pun menerima dan menghabiskan wang mereka, hak² kami masih berada di Amanah Raya. Bagi yang tidak tahu, urusan perturunkan kuasa tanah bagi si mati amat mudah sekiranya kita tahu prosedur yang betul. Dan sekiranya si mati mempunyai tanah di daerah yang berlainan di dalam satu negeri, kita boleh mengisi satu borang saja tanpa perlu ke daerah yang lain itu.

4. Kami tinggal di rumah kak Bib dari hari Isnin hingga ke hari Rabu. Awa pula mendapat perkhabaran bahawa rumah sewanya kini bakal dihuni semula oleh seseorang yang related pada tuan rumah. Langsung dia memendekkan cuti dari seminggu ke hari Rabu saja untuk mengemas barang. Dia kini akan tinggal bersama-sama kami. Di rumah kak Bib, saya ralit bermain SIM-CT. Blog dijenguk juga namun tiada hati nak menaip.

5. Syafiah demam. Seusai demam, dia kini bergigi dua yang keluar secara serentak di bahagian bawah. Pengalaman yang sukar dilupakan bila dia asyik muntah walau pun yang keluar hanya cecair putih berbuih-buih. Mak begitu risau sebab di kampung kami kini tiada lagi perkhidmatan bas. Alhamdulillah dia tidak lagi muntah dan suhu badannya menurun pada hari Sabtu.

Oh.. penat²!! Penat muntah! I need some space...


Di hari pernikahan. Well, frankly I dun like her make up. She felt the same! I prefer the touch up on her reception day. Photos? Laterlah.. when she mails me!


6. Kawan baik saya yang saya panggil sebagai K'own kini telah berumahtangga. Kawan yang saya kenali dari sekolah menengah di Ipoh. Dia kemudiannya berpindah sekolah tidak sampai setahun dari tarikh kemasukan pada tahun 2001 ke SMSP, Pt Buntar. Saya menurutnya setahun selepas itu. Memohon dimasukkan ke kelasnya semata-mata untuk memberikan kejutan. Dia seorang guru tingkatan 5 di sebuah sekolah di Lenggong. Sehingga saat ini kami masih berhubung dan keluar sekali-sekala. Akad nikahnya dibuat pada 08 November. Kenduri diadakan pada 16 November. Oh, kami juga menyebok bergambar outdoor bersamanya! Hekhekhek!


Oh.. saya juga sempat membuat baju kurung sendiri dan Mastura selepas 8 tahun meninggalkan 'minat' tersebut! Tu saya tengah sambung kikit dengan badan baju. Tau kikit tu apa?!





Sempat pi Ban Pecah dengan Alif, Anis, sahabat dan anak². Makan kat bawah pokok. Ramainya orang di malam minggu. Ada kumpulan anak muda 'menyumbangkan' lagu nasyid siap berpakaian baju melayu..heh!


7. Temuduga berjalan dengan lancar. Dalam keadaan tertekan, saya mampu berbahasa Inggeris dengan baik walau pun saya tidak begitu yakin pada mulanya. Maklumlah sudah bertahun saya meninggalkan alam temuduga. Selalu begitu. Saya lebih produktif dalam keadaan yang mendesak. Esok saya akan menjalani temuduga kedua di tempat yang sama. InsyaAllah jika ada, rezeki tidak akan ke mana. Rindu ler aku kat anak² terutamanya Syafiah karang... huhu!

8. Untuk kak Bib dan kak Chik, moga berjaya dalam usaha kalian untuk menjadi usahawan. Moga rezeki terus melimpah-ruah, insyaAllah. InsyaAllah saya juga mungkin akan menurut pada suatu masa nanti.

9. Aduhhhh! Work program untuk rakan kontraktor yang saya kenali dari tempat kerja yang lama belum saya selesaikan. Kontraktor yang memberi dalam apa jua keadaan walau pun saya telah berhenti. Kadang² datang menziarahi. Adik saya berkerja dengan mereka. Dalam keadaan tertentu, kontraktor berkenaan akan mencari saya untuk meminta pertolongan.


Dah la.... hingga ke entry seterusnya....

Sunday, October 19, 2008

Krabi Patty dan Potensi Anak²


Nak tengok krabi patty? Tengoklah di bawah ni. Ini antara sarapan kami pagi tadi. Sila abaikan keadaan latar.




Anak² saya yang beri gelaran burger ni dengan nama Krabi Patty. Sharp jugak pemerhatian mereka. Isi - salad coral (sedap, recommended), mayones, keju cheddar, sos cili, bawang, timun, tomato, lada sulah dan sudah pasti kepingan ayam burger Ramly (orang sekampung ni).



Semalam juga kami pergi beli meja di bawah ni - unintended. Saya perhatikan bahawa Mastura mempunyai potensi suka belajar dari cara dia yang suka menulis, melukis dan mewarna. Sesudah bosan menonton TV, dia pasti akan lebih banyak menghadap buku yang kosong. Dan sekiranya buku bergambar, dia akan mewarnanya. Teknik mewarna dia dah kemas sekarang ni sungguh pun dia tidak belajarnya secara formal. Mewaris dari ibunya. Dia juga lebih tajam & senang memahami dalam soal matematik berbanding huruf. Saya hanya akan menghantarnya ke tadika tahun depan.



Buat masa ni biarlah dia puas bermain dulu supaya satu hari nanti dia tidak akan menyalahkan saya kerana 'merampas' zaman kanak²nya. Kasihan kanak² zaman sekarang. Terbeban dengan sistem pendidikan yang strict dan rigid. Perlu pandai berbahasa Inggeris dari awal. Doesn't apply to my kids.

Saya dulu lagilah hanya budak kampung, sekolah di kampung, kawan² tidak berbicara BI, tapi saya masih score A dari sekolah rendah hinggalah ke IPT. Yang saya perhatikan, sebagai orang tua mereka, kita perlulah mengenalpasti potensi & minat mereka lalu kembangkan potensi tersebut. Kita tidak perlu memaksa atau terlalu mengikut kaedah orang lain. Yakinlah bahawa setiap manusia itu berbeza dari segi fizikal, daya fikir dan potensi mereka. Tidak perlu tertekan dan merendahkan potensi anak kita mahu pun anak orang lain.

Tapi baru² ni Allah swt berikan peringatan kepada saya melalui mimpi. Dalam mimpi tersebut saya hanya mendengar suara. Tiada visual. Suara itu dengan kuatnya menyoal, "Bila lagi nak ajar anak mengaji?". Saya seringkali mendapat peringatan² pendek melalui mimpi termasuklah dari ayah saya sendiri. Pada awal kehilangannya, saya pernah bermimpi bersolat jemaah di belakangnya. Seusai bersolat, dia berpaling ke arah kami dan berpesan, "Solat jangan tinggal".

Lantas saya beritahu suami. Suami dengan segera membeli pula CD Iqra' (bukunya sudah ada). Saya katakan padanya ilmu saya kurang daripadanya. Baik dari segi tajwid, makhraj dan lain². Dia sendiri memahami kerana saya pernah diuji mengaji di hadapan ibu mertua ketika saya mula² berkahwin dulu. Bertadarus semasa bulan Ramadhan. Sampai giliran saya, saya berasa gugup. Kerana kegugupan itu, maka banyak jugalah salahnya. Nanti saya ceritakan pengalaman ini dengan lebih lanjut, insyaAllah jika saya tidak lupa.

Oklah, tengahari nanti kami akan ke Kelana Jaya. Petang pula mertua akan datang. Ada undangan perkahwinan sahabat WHB yang sebaya dengan suami. KJ (bukan menantu) mengimbau banyak kenangan kerana kami berdua pernah mencari rezeki di sana ketika pejabat masing² belum berpindah. Gambar Krabi Patty di atas juga mengingatkan saya pada burger di Giant lama. Masih terasa sedapnya burger itu. Antara burger yang sedap selain dari di USJ.

Tuesday, October 7, 2008

Sekitar Cerita Hari Raya 2008


Tadaaa... I'm back! In fact, I was free yesterday but due to the M thing, I was just bloghopping as usual. Love to read rather than to type! Baju plak tak banyak yang nak dibasuh sebab saya dah basuh 'on the way'. Kerjanya asyik betulkan tulang belakang je la ni.

Yeay.. finally husband bought me a handphone! It was a late anniversary present, he said. Not that expensive one lah... janji boleh sms dan berhubung dengan orang lain. Janji boleh snap gambar walau pun DSLR idamanku belum lagi boleh dibeli.. huhu... I'm planning to save some money from Kayu Ara's house rental to buy it. Say about RM200/month. By the time it reaches 10 month, I can afford to buy the RM2,000 DSLR. Berangan... silap hb duit tu aku makan!

Hey.. belum lagi terlambat untuk ucap tahniah pada bro Apai (Saujana Utama) yang anaknya dilahirkan pada malam 1 Syawal, begitu juga pada Wanmommy & Tokdaddy yang tengah dok excited dapat cucu pertama tu. Tahniah pada kalian semua!


Raya ritu asyik dok di dapur je. Dari di kampung sendiri sampailah di rumah mak mertua. Hasil kerja tangan saya - anyam ketupat, tapai, menyediakan bahan² (rebus + kopek kerang, rebus + potong daging), buat biskut. Yang tu kat rumah saya la untuk hari pertama. Belum masuk hari kedua. Hari pertama tu jugak kena sediakan bahan untuk majlis hari raya kedua. Malam puasa ke 30 tu suara pun dah jadi suara Wohnen, kepala berat + akhirnya saya demam.

Begitu juga di rumah mak mertua. Saya masih jadi tukang masak. Saya ni merupakan menantu sulong. Biras yang ada tu lelaki suami akak. Entah bila la nak dapat geng. Pit baru berusia 25, Atip 22 & Ata 19. Kalo tak rajin ke dapur pun, teman saya bersembang pun jadilah. Selalunya suami yang membantu saya di dapur. Paling tidak, dia berborak. Tapi kata maktua, seronoklah jadi menantu pertama ni sebab tak de persaingan. Cam tu la pulak...


Menu rutin di rumah maktua. Abah tak makan laksa luar kecuali bila menantu dia yang masak. Laku betul sampai kena tambah lagi 2 bungkus.


Mula kahwen dulu kekok juga sebab kita orang luar. Perempuan pulak tu. Kena pandai bawak diri. Kalo nak dikira alah dari segi malu, saya patut berasakan sedemikian sebab adik ipar saya semuanya lelaki. Tapi rugilah saya jika saya buat hal sendiri. Kita hidup ni kan berkeluarga. Satu² masa yang tidak kita ketahui, kita akan minta tolong mereka juga. Kini saya lihat biras saya yang lelaki tu macam segan² dan buat hal sendiri. Tak mesra sangat. Mungkin sebab baru lagi kot. Baru tak baru kira 2 kali rayalah juga.

Saya sungguh lega balik raya tahun ni sebab jalan tak jem langsung. Tak macam tahun 2006, jem melarat dari simpang Ulu Dedap-jambatan Sungai Sabak. Biasa perjalanan 3.5 jam tapi tahun tu bertolak dari Perak pukul 1 petang, tibanya di Sungai Besar pada pukul 9 malam! We decided to take the scary route - Tg Malim - Sg Besar. First, we headed to highway and exit at Behrang toll. It should be faster but as we're so exhausted, we fell asleep for almost an hour.

Gambar raya tahun 2006. Gambar ni diambil depan BHP.

Gambar tak banyak sebab ke-bz-an melampau. Ada jugak yang ajak bergambar di studio. Saya cakap kat suami no need la. Gambar kita yang mana ada di PC ni kita keluarkan + sikit² masa raya, pastu kita pas kat Didi. Nanti minta dia buat custom album. Bayo le sket untuk skill photoshop dia + album tu. Lagi puas hati. Saya dah pernah tanya, dia cakap boleh tapi kena ada 120 keping gambar. Gambar kat PC ni lebih dari 120. Nanti kita arrange balik ye D...

Gambar² ni ambil di Perak:


Hasil kerja tangan saya - ketupat jantung.


Ni hasil kerja tangan kak Chik... 6 jenis anyaman yang berlainan.

Berjaya memujuk Mastura untuk memakai baju kurung + tudung. Agaknya sebab ada geng jugak. Kat sebelah saya, dia ramai sepupu.


Gambar² ni ambil di Selangor guna hp baru:


Abang Adam yang hensem berbaju Melayu

Gambar budak yang masih tak pandai meniarap... anyway, she + her dad are in HSB now for Neuro appointment.


Ini untuk ABO.. hahaha... masih berbaki 3 bungkus! Tapai yang telah di'peti-ais'kan

Thursday, September 18, 2008

Cerita Hanzalah & Syafiah...


Oh! Tak de la persamaan apa. It's just I was looking for a video from Rabbani. Title of the song - Hanzalah (or Handzalah). There's one in Imeem but I prefer Youtube. Let me share you the lyrics:-

Hanzalah

Relakanlah perpisahan kita ini
Iringilah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tidak henti
Moga Islam terus berdiri

Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga

Berpisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah

Dengan nama-Mu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin

Handzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke Firdausi

Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan
Rela menyahut seruan
Demi Islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan


It's an interesting short story in a beutiful song about one of the Prophet Muhammad's (pbuh) best friends who died as a martyr. The hadith is as follows:

Qatadah menceritakan bahwa pada perang Uhud, Rasulullah Saw. berkata, "Hanzalah akan dimandikan oleh malaikat." Maka para sahabat bertanya kepada keluarga Hanzalah, "Apa yang terjadi dengannya?" Qatadah juga bertanya kepada isteri Hanzalah, lalu ia menjawab, "Ketika terdengar seruan perang Uhud, Hanzalah segera pergi untuk berjihad padahal sedang berhadas besar." Rasulullah Saw. berkata, "Kerana itulah ia akan dimandikan malaikat." (HR Ibnu Ishaq dari Ashim bin `Umar bin Qatadah)

Dalam kisah lain, Urwah bercerita, "Aku benar-benar melihat malaikat sedang memandikan Hanzalah di antara langit dan bumi dengan air dari awan dalam sebuah tempat besar terbuat dari perak." Abu Asid al-Sa`idi lalu berkata, "Kami pergi melihat Hanzalah, kepalanya meneteskan air." (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan Ibnu Sa'ad dari Hisyam bin Urwah)


You can find the story here. And another story of Hanzalah - here. Petikan:

"Bagaimana keadaan kamu wahai Hanzalah?" Hanzalah lalu menjawab: "Aku telah berpura-pura." (sesetengah riwayat mengatakan dia telah berkata "munafiq") Abu Bakar terkejut mendengar jawapan Hanzalah lalu bertanya maksud ungkapannya itu. Jawab Hanzalah: "Kami ketika berada di sisi Rasululullah selalu diperingatkan dengan neraka dan syurga hingga kita terasa bagaikan kedua-duanya berada di hadapan mata. Tetapi apabila kita keluar meninggalkan Rasululullah sallalahu alaihi wasallam kita mula sibuk dengab isteri dan anak-anak serta harta benda. Dengan itu banyak perkara yang kita lupakan." Sambut Abu Bakar: "Demi Allah kami juga mengalami perkara yang sama." Mereka berdua lantas bertemu dengan Rasululullah sallallahu alaihi wasallam mengadu tentang apa yang mereka rasai dan alami.


Syahdu! Betapa hebatnya cinta kepada Allah swt berbanding kepada cinta kepada isteri yang baru dikahwininya. Padahal Rasulullah saw telah mengecualikannya dari pergi berperang bagi meraikan sahabat yang baru berkahwin.

Saya mula berangan jika saya ditakdirkan untuk mengandung dan bersalin lagi, sekiranya lelaki, saya akan pertimbangkan nama anak sama ada Hanzalah atau pun Mu'az. Moga dia atau mereka? bersemangat seperti sahabat Nabi saw. Kali ni turn saya kasi nama. Syafiah tu suami yang cadangkan. Huh! Berangan... Syafiah pun tak cukup besar lagi. Tapi kan... ritu.. tak ingat bulan bila.. saya dah nyatakan hasrat nak anak lagi next year tapi akur dengan keputusan si pemberi, KIV dululah... Kuasa Allah swt tu tak siapa yang tahu kan...

Sepanjang Ramadhan ni banyak kali juga saya memasak sendiri. Antara masakan yang masuk dalam senarai - nasi minyak, creamy carbonara - spiral/fettucini (twice), ayam masak kurma & merah, mee bandung, koay tiau kerang, dll. Semalam masa akak dan Atip datang ke rumah pun saya buat creamy carbonara plus nasi goreng, pertembungan dua budaya! Oh, 2 hari ni saya dah mula tepek² biskut. Hari Selasa saya buat Biskut Walnut Cappucino. Anak² hentam dah tinggal berapa ketoi je. Semalam saya buat kek lapis prune. Saya tak pernah beli biskut dari orang, melainkan tahun bila tu saya beli kek lapis. So far, buat sendiri ni menjadi alhamdulillah...

Hari Isnin lepas pula ada ROP appointment di HSB selepas 2 bulan 'cuti' dari jumpa doktor. Syafiah pergi dengan suami je. Anak² di rumah tiada siapa yang jaga kecuali saya. Doktor kata regressive cuma lambat. Di sana kata suami, dia jumpa dengan Demirell (mak dia saya tak tau nama, cuma saya gelarkan dia "Saubah" sebab wajah dia macam mak saudara suami.. hehe. Suka hati je kannn). Demirell ni lahir cuma seberat 500++ gm. Jiran sebelah Syafiah masa kat NICU. Appointment dia kata mak pak dia masih sebulan sekali.

Hari Selasa dengan Dr. RI pula. Berat dia naik 400 gm je dari bulan lepas. Saya minta suami buat appointment lagi untuk bulan depan untuk dikhitankan tapi suami cakap tunggu umur dia setahun je la i.e. bulan Januari tahun depan. COH Syafiah turun 0.5 sm. Sebenarnya tak sabar nak tengok badan dia membesar supaya pembesaran tu setara dengan kepalanya. Jadi, dia boleh meniarap sendiri atau mungkin boleh terus duduk bak kata Kak Bib.

Moga bulan penuh berkat ni akan menjadi asbab du'a saya terangkat dan dikabulkan, insyaAllah.

Sunday, September 7, 2008

Tak bernafsu...


Sungguh lama saya tak hapdet blog ini. Takde la pergi mana pun, Permatang Pauh pun idak. Baca mengenainya pun idak, saya cuma dapat berita fresh dari PP sendiri. Bila saya yang suka main games ni bukak PC je asyik terpandang di desktop. Langsung tak bernafsu nak hapdet blog. Very addictive! Saya yang suka main games ni kena la lepas ni pada mende alah tu kalau saya yang suka main games ni online. Kalo tidak harus saya yang suka main games ni tak hapdet blog ni! Nak download? Pi sini. Bio la kita sesama addicted men Spongebob.. hehehe... dengki!

I'll let the photos tell you the story of last weekend (30-31/08/2008. Anyway, 30th was our 5th anniversary in Masihi calendar). First venue - Animal Safari:



Second venue - D'Savoy Condotel Studio:

Architect in the making! Believe me, he can use both hands to write!


Welcome gifts - shirts and towel

Third venue - Cowboy's Town:

We're having a buffet dinner in one of the halls. No photos except at the entrance. The theme was "Cowboy", so semo jadi koboilah! The sweetest were my hubby's singing team brought back the 1st price of RM1,500.00 although the mic was on-and-off and we also got 3 things for lucky draw - glasswares (I brought 1 back to kg to use it on raya!), photo frame. Grand lucky draw? 42" plasma TV, motorbike.. tak dapek.. hampehz.. Boleh plak manager yang dapek.. cet!

Anyway, hubby's group name was "Wangs" (perasannnn macam Wings lah konon! No.. no.. no! It's because they're finance people!). Jangan tak caya.. hubbyku sungguh suka menyanyi dan selalu jadi lead vocal! Sungguhpun mic bermasalah dan tak rehearse langsung, kemenangan tu adalah rezeki hujung bulan kami! Kata colleague dia yang dok semeja, masa pertandingan nasyid co (diadili oleh Hijaz) pun mic/lagu off. So, yang dengar hanya suaranya. Menang tempat pertama jugak. Dulu WHB ada team koir. Coach dia cikgu Hajar AF tu la. Cikgu Hajar ni ada 2 anak istimewa. Dua² anak dia tu bisu! Pernah berjumpa sekali di family day WHB. Kuantan/Kijal tak ingat...

Later, the program was ended around 10 pm (started as early as 5.30pm). Pi tengok karnival yang bercampur baur antara binatang, lelaki dan perempuan, kanak² dan dewasa.


Sian kat gajah² ni dari siang sampai malam manusia mempergunakannya untuk nafsu manusia itu sendiri

Tak tahan sey... bingit telinga! At last we decided to rest and go back to our studio. Fortunately, Syafiah was very sporting.. with most of the time, she was sleeping (sampai kena usap² kepala dia untuk pastikan dia sedar!).

On the way out, dummmm... there was the 1st shot of fireworks. Tapi of course takleh lawan Beijinglah!! Nanti saya cerita pasal mercun ye...:

In CT itself


From the balcony of the studio

Photos of 2nd day - telematch at Water world:



'Sahabat' bawak le anak² pi join telematch kanak². Tu pun satu acara je. Acara kumpul gula² terbanyak. Nak tahu berapa Adam pi kutip? 3 bijik je - satu untuk dia, satu untuk Mastura & satu lagi untuk si ibu. Hahaha... Bila disuruh ambil lagi dia menolak. So far, anak² saya tak suka makan gula², kalo ter'ada' pun, buka, hisap dan buang.

Antara Adam & Mastura, Adam lebih bersikap 'peneroka' dan terbuka, sedangkan Mastura lebih sebagai 'pelindung', tidak mengambil bahagian dan hanya gemar memerhati. Jika dirasakan 'selamat', barulah dia lebih berani. Kami balik lepas anak² berenang, tu pun ikut jalan dalam dan hampir² kemalangan kerana 'sahabat' terlalu penat sehingga termakan jalan sebelah. Saya juga hampir terlelap. Cuma kuasa Allah swt tu menggerakkan mata saya agar terbuka dan mengejutkan sahabat. Alhamdulillah tiada kenderaan dari laluan bertentangan.

Hari ini dan semalam pula, kami balik ke kampung di Perak untuk bersama keluarga bersahur, berpuasa, berbuka bersama. Itu pun setelah idea spontan tercetus di fikiran pada hari Jumaat sebelum berbuka puasa! Alhamdulillah dapat 'sahabat' yang sporting.. Kami bertolak pukul 11 malam, sampai sebelum sahur. Sempat jugaklah temankan adik belikan baju raya dia dan suami. Hujan di PB toksah nak cakaplah betapa lebatnya. Sehari semalam. Saya rasa seluruh Semenanjung pun hujan sebegitu pada hari Sabtu.

Oh.. tak sabar nak balik lagi. Kali ni beraya di Perak dulu sebelum bergerak balik ke Selangor pada hari raya ke-2. Saya dah ushar kamera & new brand hp kat PB. InsyaAllah akan dibeli di sana. Walau pun branded tapi harganya murah (apa yang mahal di utara pun tak tau la). Kami juga bercadang untuk membuat sedikit kenduri pada hari raya ke-2 tersebut, jadi sekiranya ada yang akan balik ke sana, jemput²lah singgah di rumah ye... nanti saya upkan dia punya jemputan.. insyaAllah...

Thursday, August 21, 2008

Bila dapat gigi pertama...


Ini 'hutang' saya pada Mommy Adam (Adam jugak!). Amat berguna kepada para ibu yang mempunyai anak kecil. Jika ada majalah Pa&Ma, keluaran Julai 2008, silalah rujuk di muka surat 39-40:

Bayi terutamanya yang baru sahaja memiliki gigi pertama cenderung untuk menggigit puting ibunya ketika menyusu. Hal sedemikian dilakukannya bagi mengurangkan rasa gatal di bahagian gusi. Najihah mahupun ibu-ibu lain yang berhadapan dengan masalah yang sama, jangan khuatir. Bercerai susu bukanlah jalan penyelesaiannya. Janganlah kerana masalah yang kecil, anda tergamak mahu memutuskan bekalan zat makanan yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak si manja.

  1. Alihkan bayi daripada payu dara secara perlahan-lahan sambil berkata, "Jangalah gigit mama sayang" atau "Ibu sakitlah". Walau pun ketika itu anda mungkin naik angin, pastikan anda menuturkannya dengan lemah lembut. Untuk seketika, biarkan bayi berbaring sendirian sebelum menyusukannya semula. Dengan cara sebegini, ia dapat mengajar bayi bahawa jika dia menggigit, dia tidak dapat menyusu.

  2. Lekapkan muka bayi ke arah payu dara. Ini merupakan salah satu lagi cara yang boleh anda aplikasikan. Kaedah sebegini secara automatik akan menyesakkan pernafasannya. Secara tidak langsung, dia akan membuka mulut bagi membolehkannya bernafas. Kika anda kerap melakukan langkah ini, lama-kelamaan bayi akan faham jika dia menggigit dia akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Secara tidak sedar dia dengan sendirinya akan mengelakkan diri daripada terus menggigit puting anda.

  3. Ulangi langkah pertama atau kedua sekerap mungkin bagi membolehkan bayi faham dengan mesej yang ingin anda tegaskan. Jika dia berterusan menangis kerana tidak dapat menyusu, masukkan jari kelengkeng anda bagi membolehkannya menghisap jari anda sebelum menyusukannya sekali lagi. Dalam pada itu, pastikan jari anda benar-benar bersih!

  4. Seharusnya, di awal sesi penyusuannya anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada gigitan bayi. Ini dapat dilakukan dengan mengenal pasti penyebab bayi anda menggigit. Adakah ia berlaku kerana dia kecewa kerana tidak memperoleh susu yang diingininya. Jika itu penyebabnya, anda sepatutnya merangsang aliran susu dengan mengurut payu dara sebelum menyusukan bayi. Selain itu, anda juga boleh menekap tuala kecil yang telah direndam di dalam air suam untuk beberapa minit.

  5. Di akhir penyusuan, sekali lagi anda dapat mengelak diri daripada digigit dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila sudah mengantuk kerana kenyang ataupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya. Jadi, anda perlu peka dan menghentikan penyusuan lebih awal daripada kebiasaannya. Namun, pastikan dia sudah benar-benar kenyang!

  6. Pelajari cara dan gaya bayi menghisap. Jika dia masih kecil, fahamilah bahawa dia masih dalam proses pembelajaran untuk menyusu dengan betul. Sebetulnya, anda sendiri perlu memberikan keselesaan kepadanya ketika menyusu. Betulkan posisi ketika menyusu jika bayi anda kelihatan tidak selesa sehingga boleh menjurusnya menggigit puting anda.

  7. Periksa dan teliti corak pernafasannya. Jika bayi anda selsema atau hidungnya tersumbat, keadaan ini memberi kesan kepada cara dia menghisap dan boleh menyebabkan dia menggigit tanpa disedari.

  8. Berikan bayi sesuatu yang boleh digigitnya, sebelum dan di antara waktu menyusu. Gunakan teether, mainan beku mahupun tuala kecil yang telah dibekukan. Kesemuanya sangat bagus untuk digunakan sebagai alternatif mengelakkan diri anda daripada terus digigit bayi. Alat-alat ini dapat memenuhi keperluannya yang ingin mengunyah sesuatu bagi menghilangkan kegatalan gusinya.


Saya juga mempunyai pengalaman sendiri berkaitan dengan perkara ini sementelahan anak saya sendiri 3 orang (masing² tumbuh gigi seawal usia 5 bulan!). Dan ia juga ada yang bersangkutan dengan point² di atas sebab ia boleh digunapakai. Namun saya lebih suka membiarkan pembaca alami sendiri proses 'parenting' itu. Catatan di sini adalah sebagai satu guidelines. Saya juga tidak suka memaksa pembaca supaya 'ikut cara saya'.

Sesungguhnya proses parenting itu satu proses yang cukup menyeronokkan! Dalam proses ini, tiada guru yang terbaik selain daripada berdasarkan pengalaman sendiri!

Tuesday, July 29, 2008

Bila Hati Dah Marah....


i

(Amaran : Ini bukan cerita politik walau pun ia boleh dikaitkan dengan politik Malaysia hari ini)

Bila hati dah marah, segala nampak buruk. Bila hati dah buta, pertimbangan akal juga makin tersasar.


Kadang-kadang:


1. Hati pedih bila sesuatu terbeban atas diri walau pun perkara itu bukannya salah kita.


2. Hati jadi kasihan dengan orang yang sedang marah dan kita cuba untuk membetulkan kesilapannya. Kesilapannya hanya mendengar sebelah pihak dan juga mungkin merasakan dirinya betul *sigh!*. Namun kasihan, dia tetap berkeras dengan kebebalannya. Apatah lagi dia itu saudara kita sendiri.


3. Rasa tak faham jugak dengan apa yang berlaku. Kenapa cepat melenting? Kenapa rasa marah? Kenapa bila di'approach' dengan baik pun dok layan lagi hati yang panas tu? Orang kata kalo marah tu, betul la kita buat silap, tak gitu?


4. Terfikirkah kita... kenapa orang mudah terjebak kepada kejahatan/kemaksiatan/perlanggaran hukum? Kenapa bila ditunjukkan jalan masih cuba nak kona² dan terlalu cepat melenting?


Tapi bila fikir balik:


Buat apa dilayan semua lara ni? Makin diapproach, makin melenting. Punyalah tak dapat pertimbangkan antara yang haq dan batil sampaikan terlalu menurut kata hati.

Pedih hati dan marah ubatnya hanya dengan mengingati Allah swt. Allah swt beri hidayah pada sesiapa saja, juga memberikan ujian kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Bukankah sesuatu itu terjadi ada asbabnya.. seperti Allah swt cuba 'memberikan hidayah' dalam bentuk teguran itu.. tapi jika teguran sekecil itu tidak mampu dihadam dengan baik, maka kita sebagai yang memerhati hanya mampu membiarkan. Biarlah Allah swt saja yang tentukan yang terbaik.

Buat apa la aku pi layan sebuah hati yang penuh rasa kebencian dan kemarahan... haiyaaa! Dia nak marah dia punya pasal la.. tak jadi kudis sket pun kat saya ni! Bila saya layan, maknanya saya juga sama level dengan dia... s*****!

Monday, July 28, 2008

Cerita Lewat Petang...


i

Al-Baqara [2:269] : Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.




1. Kami tiba di Jalan Duta pukul 5.00 pagi tadi. Bas berhenti lama di Simpang Pulai. Dalam sejam kot. Saya tak mampu tido lena. Kena alert dengan anak². Syafiah diriba, Adam di celah², Mastura di kerusinya sendiri. Akhirnya saya terlalu mengantuk pagi ini.


2. Ingat entry saya, It'll Be A Long Silence Between Us? Kalo belum baca sila ke sana. Sungguh pun hati saya cukup terluka ketika di'backstabbing' tapi saya tidak mampu berdiam diri dengan orang² yang berkenaan. Saya masih mahu memeluknya dan bertegur sapa dengan dirinya.

Maaf dan kasih-sayang melebihi rasa kemarahan saya. Dan sesungguhnya saya rasa lebih berlapang dada. Seperti sesuatu beban terbuang dari diri ini.


3. Hari ini, terasa sekali iman saya terlalu nipis. Malah lebih nipis dari kulit bawang. Serba salah. Akan tetapi, saya akan cuba menegakkan kebenaran ayat² suci al-Quran sungguhpun peringatan itu terlalu pahit untuk diterima. Tiba² teringat kat kak Fazaruasyiha yang begitu tegas dalam menegur junior. Saya tidak takut padanya malah jatuh hati dengan ketegasannya itu.


4. Acek (lelaki) kena jaga Syafiah masa kami pergi kenduri di hari Ahad tu. Isterinya pi shopping dengan Husna. Tinggallah mereka berdua. Kebetulan Syafiah dah poop dan hampir tidur. Dia asyik bertanya, "Dia nangis tak?" "Kalau dia nangis macamana?". Bila kami tiba di kenduri, mak, kak Chik & family dah pun angkat kaki dan berada di rumah kak Bib. So, Syafiah tak tinggal lama dengan Acek.


5. Seronoknya dapat jumpak Along, Sarah (pengantin), Dik Noi, Abg Ngah, Farah, Makcik & Cik Joi. Dah lama tak jumpak mereka. Anak along pun dah masuk 2 + 1. Isterinya mungkin tak berapa ingat dengan kami. Semacam letih saja. Mungkin sebab mengandung. Rumah yang banyak kenangan. Teringat betul nostalgia lama ketika tinggal bersama dengan mereka. La ni masing² dah besar, masing² dah 'gatai' nak kawen! Huhu!


6. Ada orang salah faham dengan saya. Dah ditegur tapi masih tak mengerti. Dia nak cakap saya umpat dia ke apa ke itu terpulang pada dia. Sebenarnya dia tak mengerti apa² dan tak tahu apa yang sebenarnya berlaku atau yang telah diperkatakan. Teramat berat rasanya menanggung apa yang dikatakan 'kesalahan' orang lain tapi tak mengapalah... sabar je la.... saya pernah melalui dugaan yang lebih besar.. alhamdulillah...

Al-Araf [7:199] : Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).




Till then...

Saturday, July 26, 2008

Melaporkan Dari PB...


i

1. Kami baru tiba di PB pukul 8 malam ini.

2. Awa, mak, Jef & Adam sampai pukul 6. Bas ada masalah. Gear 1 dari KK hingga ke PB. Sepatutnya deme sampai dulu.

3. Adam & mak dah balik kampung. Rindunye aku kat mamat tu..!

4. Rumah kak Bib sekarang ni consists of Awa, Jef, Tuan Rumah, Anak Tuan Rumah, Cu Yah, Ika, Abang, Saya, Mastura & Syafiah.

5. Acek tak jadi ke sini petang ni tapi akan join sekaki dua kaki sok pagi.

6. Syafiah amat sporting bila nak dan dah naik bas. Asyik giggles je... perasaannya macam gembira je.

7. Saya log in di rumah kak Bib. Jap² lagi nak merayap kat pusat bandar.. hehehehe!


Till then...!

A Little More About Syafiah & Adi...


i

On Syafiah again..!

Some of you might wonder why I've been talking a lot about Syafiah. Here are the answers:

1. Premature birth (also known as preterm birth) at 31 weeks + 1/7 day. Her birthdate was on 14 January 2008 whilst the expected date was supposed to be in the midst of March. See calculating corrected age.


Factors related to maternal disease or condition that have been shown to increase the risk of preterm birth, with associated odds ratio (OR) when known include:

- Chromosomal abnormalities; Dr. Aaron Caughey, a perinatologist at UCSF, states: "...it's important to note that the majority of miscarriages — up to 80 percent — happen due to chromosomal abnormalities that have nothing to do with the mother's behavior. The last thing women who have had miscarriages need to do is blame themselves...." source: San Francisco Chronicle
- high blood pressure (OR = 4.06)
- pre-eclampsia (OR = 4.0)
- age > 35 (OR = 1.8)
- age < 18 (OR = 3.4) - short cervix (the strongest predictor of premature birth)
- maternal diabetes
- anxiety
- periodontal disease (OR = 4.45)

More info, here..


In my case, the probabilities are short cervix (when I was sitting, I could feel the rheumatic), anxiety and Premature Rupture of the membranes - PROM. The amnion broke:


The amnion is a membranous sac that surrounds and protects the embryo. It is developed in reptiles, birds, and mammals, which are hence called “Amniota”; but not in amphibian and fish, which are consequently termed “Anamnia”. The primary function of this is the protection of the embryo for its future development into a fetus and eventually an animal.


See also, Kelahiran Pramatang.


2. Complication on day 3.

Newborn complications

Premature infants show physical signs of their prematurity and may develop other problems as well. These include, but are not limited to, the following:

Neurologic

Apnea of prematurity
Hypoxic-ischemic encephalopathy (HIE)
Intracranial hemorrhage (IVH)
Retinopathy of prematurity (ROP)
- the checking is still on going
Developmental disability


The Intraventricular Hemorrhage (IVH) has been graded as grade III (left brain) and IV (right brain) leads to her Communicating Hydrocephalus.

3. First CT scan on 13 February 2008.

4. First EVD on 14 February 2008.

5. 1st revision of EVD after 2 weeks - 28 February 2008.

6. 2nd revision of EVD after 4 weeks - 13 March 2008.

She got meningitis in this 2nd revision. Pale, inactive and the whole body was swollen. They put antibiotic inside her brain directly. Completed IV Meropenem and IV Vancomycin.

7. Expecting 3rd revision of EVD after 6 weeks but they pulled it out completely on 20 March 2008.

8. Done the final Lumbar Puncture on 27 March 2008 to make sure there's no infection.

9. Brought home on 31 March 2008.

10. ROP on 9 June 2008. The ophthalmologist referred her to paed clinic. Admitted for 2 hours. The pediatrician issued another referral letter to neuro clinic. Went home.

11. Neuro clinic 10 June 2008. 2nd CT scan on the same day. The previously noted hydrocephalus has increased with further thinning of brain parenchyma. All ventricles are dilated. Worsening hydrocephalus. Changed plan from EVD to VP shunt.

12. 1 1/2 hour surgery on 11 June 2008.

13. Scheduled 3rd CT scan on 16 June 2008 but failed as Syafiah was unable to 'sleep'. The purpose of this CT scan was to make sure that everything was working. They supposed to scan her from head to stomach where the tubing is in place.

14. Wound clean, no discharge seen, no CSF leakage. Went home on 18 June 2008 after the nurses pulling out the stitches.

And the uncertain future ahead! There's a lot more to come for us and our extra special kid (the other 2 are special too). Hopefully, bright hopes and positive things will happen to us continuously, insyaAllah. I've witnessed miracles happened along the way, expecting and praying for more. Tamakkk! But she made me closer to The Creator, alhamdulillah. Furthermore, du'a is a weapon.

Go go Syafiah go... go and improve more! We'll be with you through hard and happy times...


On Adi Luqman

He finally left us this morning. I'm sure I'll miss the kid! His daddy came and took them home at SK. So, I'm 'jobless' (read : less job) next week. But I still have to meet the client next week. Oh, pray harder that the rezeki will be on our sides.

Oh, Ata has also been sent to his rented house at BBJ (formerly known as BB). His leave is over and now he has to get back to his world. He's a student!


On going back to PB

Heard that Acek (Waida, sila jeles tahap gaban ye!) has decided to join at kak Bib's house this afternoon. Awa, mak, Adam and Jef have been on the bus since 9.45 am (oitt... kalo sampai dan online, kem salam kat semua orang. We'll be tailing you, guys!). I've prepared and we planned to leave the house on 1 pm. I miss Adam so much. Sunyi rumah ni tanpa Adam tauuu! Huhuhu.. sob.. nak nangis tapi dia selamba je.. cett!!

Can wait for the family reunion to see faces I love in my hometown as I miss them a lot!



i

Tuesday, July 22, 2008

Ini Cerita Keluarga..


Sinopsis hari-hari yang telah dilalui:

Hari Ahad:

1. Anniversary Krsty + suami.

Myspace Anniversary



2. Sambutan birthday Balqis (anak sepupu/anak saudara Krsty).

Masa kami sampai Krsty + suami + Abg Kemal tak de di rumah. Abg Kemal ada kursus di Pangkor. Krsty + suami di Genting (amvoiii!). Kak Ija tengah masak 'Mexican Bun'. Sempat la saya rembat resepinya tu guna hp suami. Makan time panas.. macam orang tak ingat dunia!

3. Collect CD gambar yang saya tembak hari tu (penat sket aku malam tu layan gadis-gadis yang dapat ditembak secara percuma... haiyaaa! Gambo deme? $&&#$^#.. sensorrrr!).

Ditembak oleh Krsty... ada gaya tak aku?



Ditembak oleh saya (Nikon D80)




Ditembak oleh Krsty/Sha (Nikon D50)



Ditembak oleh saya (Nikon D50). Nampak tak lopak di ubun-ubun Syafiah tu?


Antara yang ditembak oleh saya & juga menjadi fav collection. Semuanya guna Nikon D80:











Semua gambar tak edit langsung kecuali cropping. Nak edit kena ambil masa sket. Thanks to Krsty + Sha for the cam. Toce toce.... Menghilangkan kegianan aku untuk menembak. Lain kali bleh la ye... tumpang tembak sekaki dua-dua kaki... InsyaAllah dapat job (bukan photo shooting) akan datang ni, aku akan rembat DSLR cam, handphone, auto washing machine bla bla bla... (materialistik!).. Personally, I like a heavy camera as it is more stable... tapi kalo rezeki tak menyebelahi, yang ringan sket pun also can lah!

4. Cadang nak pindah rumah... merayap-rayap ke U11, U12, Bandar Bukit Raja, Seksyen 7... Since suami je drive, seorang je keje, minyak naik, jarak jauh (Shah Alam-SU)... better kami pindah tempat yang dekat sket dengan tempat keje hubby. Nak pindah PJ (rumah sendiri) - tak relevan!


Hari Isnin:

1. 1st time naik ERL ke Putrajaya sorang diri. Tambang dari KL Sentral RM9.50 sehala. 30 minit sekali. 30 minit ke Putrajaya. Feeling? Syokkkkk! Lagi pun dah lama tak merayap sorang-sorang.

2. Discussion dan taklimat tentang job. Job saya yang 1st ni dekat je - PJ. 2nd mungkin kena ke Kuantan... Sekarang saya dah pening kepala nak cari orang jaga anak-anak. Mak mungkin nak balik kampung. Nak tinggal pun bukannya lama. Paling lama mungkin 3 hari.

I'm gonna set up another blog for my job. Saya amat berharap melaluinya saya dapat membantu orang-orang yang berminat untuk menjadi usahawan dan untuk yang dah jadi usahawan untuk mengembangkan empayar, insyaAllah. So, stay tuned!

Dah ler.. saya nak pi pilih Beras...

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez