Nak tengok krabi patty? Tengoklah di bawah ni. Ini antara sarapan kami pagi tadi. Sila abaikan keadaan latar.

Anak² saya yang beri gelaran burger ni dengan nama Krabi Patty. Sharp jugak pemerhatian mereka. Isi - salad coral (sedap, recommended), mayones, keju cheddar, sos cili, bawang, timun, tomato, lada sulah dan sudah pasti kepingan ayam burger Ramly (orang sekampung ni).
Semalam juga kami pergi beli meja di bawah ni - unintended. Saya perhatikan bahawa Mastura mempunyai potensi suka belajar dari cara dia yang suka menulis, melukis dan mewarna. Sesudah bosan menonton TV, dia pasti akan lebih banyak menghadap buku yang kosong. Dan sekiranya buku bergambar, dia akan mewarnanya. Teknik mewarna dia dah kemas sekarang ni sungguh pun dia tidak belajarnya secara formal. Mewaris dari ibunya. Dia juga lebih tajam & senang memahami dalam soal matematik berbanding huruf. Saya hanya akan menghantarnya ke tadika tahun depan.
Buat masa ni biarlah dia puas bermain dulu supaya satu hari nanti dia tidak akan menyalahkan saya kerana 'merampas' zaman kanak²nya. Kasihan kanak² zaman sekarang. Terbeban dengan sistem pendidikan yang strict dan rigid. Perlu pandai berbahasa Inggeris dari awal. Doesn't apply to my kids.
Saya dulu lagilah hanya budak kampung, sekolah di kampung, kawan² tidak berbicara BI, tapi saya masih score A dari sekolah rendah hinggalah ke IPT. Yang saya perhatikan, sebagai orang tua mereka, kita perlulah mengenalpasti potensi & minat mereka lalu kembangkan potensi tersebut. Kita tidak perlu memaksa atau terlalu mengikut kaedah orang lain. Yakinlah bahawa setiap manusia itu berbeza dari segi fizikal, daya fikir dan potensi mereka. Tidak perlu tertekan dan merendahkan potensi anak kita mahu pun anak orang lain.
Tapi baru² ni Allah swt berikan peringatan kepada saya melalui mimpi. Dalam mimpi tersebut saya hanya mendengar suara. Tiada visual. Suara itu dengan kuatnya menyoal, "Bila lagi nak ajar anak mengaji?". Saya seringkali mendapat peringatan² pendek melalui mimpi termasuklah dari ayah saya sendiri. Pada awal kehilangannya, saya pernah bermimpi bersolat jemaah di belakangnya. Seusai bersolat, dia berpaling ke arah kami dan berpesan, "Solat jangan tinggal".
Lantas saya beritahu suami. Suami dengan segera membeli pula CD Iqra' (bukunya sudah ada). Saya katakan padanya ilmu saya kurang daripadanya. Baik dari segi tajwid, makhraj dan lain². Dia sendiri memahami kerana saya pernah diuji mengaji di hadapan ibu mertua ketika saya mula² berkahwin dulu. Bertadarus semasa bulan Ramadhan. Sampai giliran saya, saya berasa gugup. Kerana kegugupan itu, maka banyak jugalah salahnya. Nanti saya ceritakan pengalaman ini dengan lebih lanjut, insyaAllah jika saya tidak lupa.
Oklah, tengahari nanti kami akan ke Kelana Jaya. Petang pula mertua akan datang. Ada undangan perkahwinan sahabat WHB yang sebaya dengan suami. KJ (bukan menantu) mengimbau banyak kenangan kerana kami berdua pernah mencari rezeki di sana ketika pejabat masing² belum berpindah. Gambar Krabi Patty di atas juga mengingatkan saya pada burger di Giant lama. Masih terasa sedapnya burger itu. Antara burger yang sedap selain dari di USJ.

1 comments:
Saya pun sependapat dgn awak, tak suka membebankan anak dengan pelbagai teori diperingkat awal. Sebenarnya mahasiswa ni yang malas belajar, esok nak periksa malam ni baru buka buku buat nota. Konon genius la tu. Saya tau sebab saya pun siswa juga. Malangnya budak sekolah rendah dan menengah jadi mangsa. Bahasa Melayu bukan alasan bangsa kita tak maju tapi kemalasan Melayu itu sendiri...
Post a Comment