Friday, October 10, 2008

Mood sengal


Mood sengal melanda... Selalunya kalau mood sengal ni datang, saya akan jadi macam Kak Jie. Tukar template. Tapi sejak saya pakai template 'Creation' ni, saya dah tak suka tukar² macam dulu. Mungkin sebab masa tu belum jumpa yang sesuai dan berkenan di hati.

Penyakit sengal ni selalunya melibatkan ketiadaan posting baru, bloghopping (rajin membaca tapi tak rajin tinggal jejak @ tak baca tapi tinggal jejak.. hehehe. Baca pun sekerat²), menggodek internet/PC dan asyik mahsyuk dengan kegiatan membaca saja.

Beberapa minggu yang lepas bila penyakit sengal ni datang, saya ralit main Spongebob Monopoly. Sekarang ni tengah dok ralit main Sudoku kat handphone. Sekarang dah sampai game yang ke 233. Dan makin sukar! Seronok sebab ia melibatkan kebarangkalian dan andaian, membuatkan minda saya sentiasa berfikir. Permainan monopoly pula melibatkan strategi.

Semalam dalam dok surfing tu kan.. saya terjumpa satu artikel yang menyentuh perasaan tentang seorang budak lelaki berumur 10 tahun yang menghidap penyakit congenital hydrochepalus. Linknya idak ler teman ingat. Nanti teman godek semula ye...


---------------------------------------


Gambar² malam tadi:

Tertidur selepas puas muntah. Cik kak ni batuk la pulak 2 hari ni

Sempat buat kek span cappucino (baki sebelum raya tempohari). Makan kek panas² ni tau² je la...

9 comments:

Anonymous said...

salam. Kau ni sue, aje tiba malam jumaat, cangitu ler jadinyer..sengal memanjang..hehehehe! dah baca ke entri ABO yang baru ? tips malam jumaat kliwon ? hahaha..! berposting melalui pengalaman tu!

Ni nak bagi tips jugak, macamana nak dapatkan posting agar jangan sengal lagi.

Senang aje! copy & paste..hahaha..letak tajuk baru! canggih!

ABO
albanjari online

Anonymous said...

Sue... kak jie tak pa, sengal tu macam mid life crisis...sebenarnya tak berapa sihat.

Pc yang problem sebenarnya..entah window error je.

Kak Jie pun suka melompat membaca blog..klik sana klik sini..

cikliah on October 10, 2008 at 4:59 PM said...

Nengok gambor kek nie lapor le pulok... wehhhh... baling le barang seketoi dua ke sini....

Anonymous said...

ala...cumelnye syafiah...
pas raya ni aku tak dak kesempatan nk p umah ang...sbbnye..ptg2 ujan lbt..
insyaAllah aku nk p umah ang ptg sok(sabtu) pas blk aku p open house umah kawan jet..
ang tak mo bt open house ke wei?
ha...td ptg de awie mintak no phone ang...nk bt apa ntah..so, aku pn bg le...dia ada call ka?
nk apa?(menyebok sat)

Jingga Studies on October 10, 2008 at 11:32 PM said...

eh deorg masih monitor COH safiah tu tak??

Anonymous said...

mmg montel la syafiah. ce nengok badannyer...kira semangat ler tuh.

penyakit sengal ni pun mcm nak berjangkit kat akak. bermusim kot..??! akak kalo dah boring memblog akak nengok tv atau baca buku2 yg tak pening kepala nak pikir


KC

Sue.Aleen on October 11, 2008 at 10:03 AM said...

ABO:
sat nak pandang kiri kanan... ok selamat semuanya dah jadi bini/laki orang. tips malam jumaat yang terlewat. kihkihkih.. kena tunggu next week la jawabnya.





Kak Jie:
itulah yang saya tengok 2-3 menjak ni blog kak jie tu lain macam je.





Kak Awa:
sekali tak sempat baling daaaa... dah abih!





Awa:
hujan itu rahmat
tu sebab bumi selangor ni kaya
open house? tak pe la (nada kedekut)
open house rumah orang?
nak ikuttt!!!
awie dah call
nak mintak jadi 'consultant'
sebab nak mintak EOT..
aku cakap pas kat hang
dia cakap nak jumpak aku sendiri
makan free lagi la jawabnya...





Jingga Studies:
masih.. ni mesti ko tak baca entry aku sebelum ni. nape tanye?





Kak KC:
nampak je montel. tapi tak penuhi spesifikasi kemontelanku.. haha.. ungrateful jugak! sepanjang berblog ni.. berapa kali dah jadi sengal!

Jingga Studies on October 12, 2008 at 12:43 AM said...

ok dah baca..awat tak publish.?

Sue.Aleen on October 12, 2008 at 11:13 AM said...

JS,
daaa.. aku dah publish la... blog aku ni kan 2 entry/page. kalo ada entry baru, entry lama tu tertendang le masuk ke 'older entries'..

aiyo yennedeyyy! ko jangan nak buat lawak ari ahad plakzzz... hehehe...

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez