Semalam mood terlebih rajin mengasak waktu malam. Malam pun malamlah. Mak saya kata saya ni memang aktif waktu malam dari kecil, siang mandom je. Pernah satu ketika katanya saya berdiri je di celah² pemandu dan penumpang, dari Perak sampai ke Rembau. Masa saya keciklah. Entah... saya sendiri dah tak ingat...
La ni dah turun kat anak² pulak. Siang macam ni menyantai je aktiviti deme tu, karang nak tengok lasak ke idak tunggu waktu malam. Kekadang tu siang malam melasak. Rumah berkali-kali juga sapu sehari, berkali-kali jugak 'menyampah' balik.
Balik kepada mood rajin, saya buat cheesecake semalam. Huhu... nak jimat kos punya pasal. Oh.. pasal yang rajin tu bukanlah rajin sesangat. Cuma cream cheese tu dah nak expire (kalau ikutkan hari ni). Sayang duit kan... kalau tak masak....
Jadi dalam dok rasa berat tu saya pun buat le cheesecake. Sepatutnya ini untuk maktua sebelum raya dulu tapi memandangkan leceh juga nak buat awal² jadi saya tangguhkan hingga ke semalam. Saya cakap kat sahabat, esok pagi boleh la bawak ke pejabat. Buat makan²... sudah²nya pagi ni saya berubah fikiran. Kami yang makan!
Resepinya mudah sangat. Nak ke? Tak nak pun saya nak taip juga untuk penuhkan ruang. Ye la... dari beli yang mahal baik buat sendiri. Kalau rajin, buat la topping yang extravaganza, tak rajin.. buat la topping ISA. Ikut suka aku. Semalam saya buat ganache ISA saja sebab itu je pun bahan peninggalan sejarah sebelum raya.
Base
150gm/10 keping biskut Digestive (kadang² saya guna Oreo, buang yang putihnya) (hancurkan. Saya guna blender kering)
90gm butter (cairkan)
Ambil baking paper, letakkan dalam acuan membuat kek. Saiz acuan pun ikut suka. Acuan kecil saiz kek akan menjadi tebal. Kalau nak mudah, pakai cake cup yang warna putih tu. Kalau tak pakai baking paper pun tak pe, guna tips yang biasa saja. Salut marjerin dan tepung kat dalam acuan tu. Campur dua² bahan ni. Tekan padat² dalam acuan tadi. Pastu masukkan dalam peti ais (semalam tak buat macam ni, hasilnya tak berapa cun).
La ni dah turun kat anak² pulak. Siang macam ni menyantai je aktiviti deme tu, karang nak tengok lasak ke idak tunggu waktu malam. Kekadang tu siang malam melasak. Rumah berkali-kali juga sapu sehari, berkali-kali jugak 'menyampah' balik.
Balik kepada mood rajin, saya buat cheesecake semalam. Huhu... nak jimat kos punya pasal. Oh.. pasal yang rajin tu bukanlah rajin sesangat. Cuma cream cheese tu dah nak expire (kalau ikutkan hari ni). Sayang duit kan... kalau tak masak....
Jadi dalam dok rasa berat tu saya pun buat le cheesecake. Sepatutnya ini untuk maktua sebelum raya dulu tapi memandangkan leceh juga nak buat awal² jadi saya tangguhkan hingga ke semalam. Saya cakap kat sahabat, esok pagi boleh la bawak ke pejabat. Buat makan²... sudah²nya pagi ni saya berubah fikiran. Kami yang makan!Resepinya mudah sangat. Nak ke? Tak nak pun saya nak taip juga untuk penuhkan ruang. Ye la... dari beli yang mahal baik buat sendiri. Kalau rajin, buat la topping yang extravaganza, tak rajin.. buat la topping ISA. Ikut suka aku. Semalam saya buat ganache ISA saja sebab itu je pun bahan peninggalan sejarah sebelum raya.
Base
150gm/10 keping biskut Digestive (kadang² saya guna Oreo, buang yang putihnya) (hancurkan. Saya guna blender kering)
90gm butter (cairkan)
Ambil baking paper, letakkan dalam acuan membuat kek. Saiz acuan pun ikut suka. Acuan kecil saiz kek akan menjadi tebal. Kalau nak mudah, pakai cake cup yang warna putih tu. Kalau tak pakai baking paper pun tak pe, guna tips yang biasa saja. Salut marjerin dan tepung kat dalam acuan tu. Campur dua² bahan ni. Tekan padat² dalam acuan tadi. Pastu masukkan dalam peti ais (semalam tak buat macam ni, hasilnya tak berapa cun).
Filling
500gm cream cheese
1/2 cawan gula halus (cawan jangan besar sangat)
2 biji telur gred A
1 sudu kecil vanilla essence (semalam saya guna serbuk)
Kulit limau (grated. Kalau nak cepat, saya kupas kulit tu. Potong dan blend pakai blender kering)
Pukul cream cheese + gula sampai kembang. Masukkan telur + vanilla. Masukkan kulit limau. Nak masam letak lebih banyak. Saya suka jika kek ini lebih masam.
Adunan yang dah siap tu, tuangkan ke atas base. Bakar dalam oven - suhu 180°C, tempoh 20 minit. Bila dah masak, boleh nampak kekuningan sedikit. Kalau merekah maknanya suhu terlalu panas. Solution - topping. Kek jangan dikeluarkan dari oven. Sendal sedikit pintu oven agar ia sedikit terbuka dan biarkan ia sejuk sendiri tanpa perlu dipaksa.
Keluarkan dan bubuh la topping apa pun. Nak hias ke idak terpulang. Kadang² saya suka juga kalau letak hirisan coklat di dalam adunan. Ikutlah. Resepi kan sering berevolusi.
Ni cheese cake taram namanya. Simple tapi masih rasa seperti cheese cake.. hehehe! Kes masuk bakul le ni. Jenis yang sejuk, saya belum cuba walau pun serbuk agar² tu ada. Suami pernah bawa ke pejabat sekali. Off course la saya hias extravaganza punya. Ada yang suka dan bertanya harga. Tapi saya yang tak nak. Masak hanya untuk suka² sebab suka tengok orang makan banyak².
Sebenarnya kos buat cheesecake kalau ikut resepi ini murah sangat. Paling mahal - cream cheese. Jangan beli cream cheese di supermarket tapi beli di tempat bekalan bakeri. Satu bongkah 250gm di supermarket berharga lebih kurang RM11-12 (malah ada tempat yang lebih mahal), di tempat bakeri yang saya selalu beli cuma RM11 untuk 500gm!
Saya bagi juga contoh resepi topping kat sini:
Lime Curd
1/3 cawan tepung jagung
1/2 cawan jus limau
1 cawan air
3/4 cawan gula
3 kuning telur
1 sudu besar butter
Campurkan tepung jagung, jus limau, air, gula atas api sederhana. Bila pekat, angkat dari api dan campurkan kuning telur. Bila sebati, letakkan semula di atas api kecil, kacau dan campurkan butter (bagi kilat).
Cubalah... tak susah pun.. Maaflah.. bahasa yang bercampur-aduk. Sungguh tidak rajin untuk check balik... Selamat memasak! (Intan, kalau hang baca ni, nanti aku letak resepi carbonara taram pulak kat sini).

3 comments:
Sue..taknak ckp bab rajim masak tu...mmg rajin pun aihhhh
Nak cakap..rajin menaip..hahahaha
sue, aku mesti baca blog hang punya lah..
aku nak tau mana kedai jual cream cheese 500g rm11?
aku pun nak buat kek ni sebab suami makcik suka
Kak Jie:
itu sudah semestinya... tapi kalo taip merangkak tak rajin jugak..hiks!
Makcik DC:
harga dia yang aku bagitau tu harga sebelum raya ye.. tak tau la kot dia naik tapi aku rasa tak..
kat kedai bagus, jalan ragbi (kalau tak silap), seksyen 13, shah alam. dekat dengan kafe zulyahya...
Post a Comment