Bagi saya, berblog mencabar keinginan dan pengetahuan saya. Saya menukar 'cat' & menggodek rumah ini berulang-kali bukan hanya untuk suka² atau apa yang orang katakan hobi. Tetapi ia lebih kepada ilmu dan cabaran baru yang saya tempuhi. Saya tidak mahu hanya menaip dan menerbitkan entry. Saya mencabar diri saya sendiri lebih dari itu.
Malah dalam apa bidang ilmu sekali pun saya amat gemar mencari maklumat dan mencabar diri sendiri. Contohnya - terma perubatan & kejuruteraan. Bagi saya, sikap menimba ilmu itu penting dalam diri setiap insan tidak kira apa saja latar belakang mahu pun umur. Jangan berhenti menimba ilmu sekali pun anda bergelar Doktor Falsafah dan berasa selesa dengan kedudukan itu. Ilmu yang orang lain ada, mungkin tiada pada anda. Merendah dirilah!
Ingat pada entry saya tempohari? Saya mengatakan bahawa saya mahu mencari tips untuk membuat [Read more...]. Ya.. akhirnya saya berjaya. Saya berjaya mengubah lagi blog ini bermula dari entry Nurul Huda. Saya tidak mengusik entry sebelum itu kerana masuk entry yang ini, keseluruhan entry saya dari tahun lepas adalah sebanyak 201 entry. Lenguhlah tangan saya...tak banyak pun.. kes malas sebenarnya
Bagi yang landing terus pada tajuk, tidak akan nampak perbezaan tapi sekiranya anda tekan pada 'Home' anda akan dapat melihat apa yang saya maksudkan.
Tips membuat [Read more...] atau dikenali sebagai 'Expandable post summaries' ini saya jejaki di 3 tempat. Antaranya di Blogger Buster dan Blogger Tips & Tricks. Dan bagi blog saya, saya gunakan tips dari Hackosphere kerana kod dan arahannya lebih mudah dan ia sesuai untuk pengguna template beta. Perlu diketahui bahawa kod html/Javascript adalah berbeza-beza walau pun untuk satu fungsi yang sama. Di sinilah kemahiran membaca kod yang hampir² sama diperlukan.
Adalah disarankan agar back up template anda terlebih dahulu dengan menekan 'Download Full Template' dan ikuti arahannya.
Di bawah ini saya perturunkan ilmu dari budak baru belajar ni.
1. Dashboard > Layout > Edit HTML > Tick expand widget templates > Ikuti langkah di bawah:

Perkataan Read more..... di dalam imej di atas bersifat boleh diubah. Anda boleh mengubahnya mengikut kesukaan anda.
Jika anda membuat entry baru, perkataan² dari langkah terakhir di atas akan muncul di bahagian Edit HTML bagi memudahkan anda untuk menaip di bahagian 'summary' dan di mana untuk menaip keseluruhan intipati post anda. Selamat mencuba... Kalau ada ilmu lain, sudi²kanlah berkongsi dengan saya.
Malah dalam apa bidang ilmu sekali pun saya amat gemar mencari maklumat dan mencabar diri sendiri. Contohnya - terma perubatan & kejuruteraan. Bagi saya, sikap menimba ilmu itu penting dalam diri setiap insan tidak kira apa saja latar belakang mahu pun umur. Jangan berhenti menimba ilmu sekali pun anda bergelar Doktor Falsafah dan berasa selesa dengan kedudukan itu. Ilmu yang orang lain ada, mungkin tiada pada anda. Merendah dirilah!
Ingat pada entry saya tempohari? Saya mengatakan bahawa saya mahu mencari tips untuk membuat [Read more...]. Ya.. akhirnya saya berjaya. Saya berjaya mengubah lagi blog ini bermula dari entry Nurul Huda. Saya tidak mengusik entry sebelum itu kerana masuk entry yang ini, keseluruhan entry saya dari tahun lepas adalah sebanyak 201 entry. Lenguhlah tangan saya...
Bagi yang landing terus pada tajuk, tidak akan nampak perbezaan tapi sekiranya anda tekan pada 'Home' anda akan dapat melihat apa yang saya maksudkan.
Tips membuat [Read more...] atau dikenali sebagai 'Expandable post summaries' ini saya jejaki di 3 tempat. Antaranya di Blogger Buster dan Blogger Tips & Tricks. Dan bagi blog saya, saya gunakan tips dari Hackosphere kerana kod dan arahannya lebih mudah dan ia sesuai untuk pengguna template beta. Perlu diketahui bahawa kod html/Javascript adalah berbeza-beza walau pun untuk satu fungsi yang sama. Di sinilah kemahiran membaca kod yang hampir² sama diperlukan.
Adalah disarankan agar back up template anda terlebih dahulu dengan menekan 'Download Full Template' dan ikuti arahannya.
Di bawah ini saya perturunkan ilmu dari budak baru belajar ni.
1. Dashboard > Layout > Edit HTML > Tick expand widget templates > Ikuti langkah di bawah:

Perkataan Read more..... di dalam imej di atas bersifat boleh diubah. Anda boleh mengubahnya mengikut kesukaan anda.
Jika anda membuat entry baru, perkataan² dari langkah terakhir di atas akan muncul di bahagian Edit HTML bagi memudahkan anda untuk menaip di bahagian 'summary' dan di mana untuk menaip keseluruhan intipati post anda. Selamat mencuba... Kalau ada ilmu lain, sudi²kanlah berkongsi dengan saya.

4 comments:
Sis!
Dah try tak jadi!Tunggang langgang jadinyaa...Penat kena betolkan balik!
Camne?
bro...
email me the xml file... nanti saya tengok dan buat posting mengenainya... bleh?
send to suealeen@gmail.com/suealeen40@yahoo.com
Sis!
Wah2...Dah ber-bro-bro dahhh!Ni baru besttt...
Opss...Check mana2 email Sis segera!Dua2 gua antar xml tu...Balik keja hantar terusss!!!!
Semangat Siot!!!!
Tolong tengokkann!
Roger!
Sis Sue Jalan Terus!!!
dengan semangatnya aku pun buat satu teh tarik kaw untuk brader... sila 'minum' jangan sampai 'mabuk' tau!!
Post a Comment