Al-Fatihah sebentar.... sedekahkah kepada saudara Sudiro.
Sudiro Sukirman (Tapa) pelakon drama siri Rumah Kedai kembali ke rahmatullah dan dikebumikan petang tadi. Saya mencari-cari beritanya di internet tapi langsung tidak berjumpa, gambar pun tiada. Malah video Rumah Kedai itu juga tiada. Berita beliau meninggal hanya disiarkan di slot 10 minit terakhir Buletin Utama. Alangkah bagusnya meninggal di penghulu hari - hari Jumaat.
Bagi mengembalikan ingatan anda, di bawah ini merupakan runut bunyi saduran semula drama tersebut yang seringkali ditayangkan semasa bulan Ramadhan:

Plat nama batu nisan dicuri
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
KLUANG 14 Okt. - Umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan Islam Kampung Melayu di sini sempena Aidilfitri baru-baru ini terkejut apabila mendapati plat nama saudara- mara mereka yang meninggal dunia hilang daripada batu- batu nisan perkuburan itu.
Ia hilang kerana dipercayai dicuri ekoran kebanyakan plat nama berkenaan diperbuat daripada tembaga atau logam berwarna merah.
Pihak yang tidak bertanggungjawab dipercayai mencurinya untuk dijual kerana harga tembaga di pasaran ketika ini lebih mahal berbanding besi.
Plat batu nisan pun nak curi? Tak de kerja? Sakit otak betul... Teringat pada kisah si penggali kubur yang kerjanya mencuri kain kafan untuk dijual:
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
Baca seterusnya....
Satu saranan - ukir je nama si mati di batu nisan berkenaan, tidak perlu letak plat. Macam dulu². Dan sebenarnya kita juga perlu faham bahawa batu nisan itu tidak penting kerana du'a ketika kita berada di perkuburan akan sampai kepada seluruh penghuni bandar tersebut. Kuasa Tuhan, batu nisan nenda saya hilang kerana kami tidak sempat mencabutnya bagi memberikan laluan perkuburan itu untuk ditambak semula. Sehingga kini kami tidak pasti di mana lokasi kuburnya yang sebenar. Namun kami tahu du'a kami insyaAllah sampai kepadanya walau di mana kami berada.
Moga si pencuri dalam berita ini juga mendapat pengampunan Allah swt dan diberikan hidayah untuk bertaubat. Begitu juga dengan kita semua, insyaAllah.

2 comments:
Begitulah kitaran hidup manusia... cuma agak terkilan penderitaannya kurang mendapat perhatian....
;-(
al-fatihah
Pendekar:
al-fatihah... terima kasih sebab sudi singgah...
Post a Comment