Wednesday, October 15, 2008

Rumah maya bercat baru...


Kala ini saya begitu resah... Syafiah kini sedang berada di HSB, menjalani ujian imbasan CT. Lintasan² negatif bermain di fikiran. I'm helpless! Dah la dia kena puasa... Saya tak dapat temankan kerana perlu mengawasi dua orang lagi tentera yang lasak...

Cerita semalam. Seperti yang tertera, cat dan membina rumah maya lagi. Terlalu cerewet - main text kena lebar, mesti sebelah kiri, latar perlu putih, tulisan kena besar, perlu ada navigation tab, 2-ruang (column) (kalau banyak sangat, jadi serabut!). Saya suka FunkyZine di Bloggertricks. FunkyZine ni asalnya tema Wordpress tetapi telah diadaptasikan ke versi Blogger. Satu lagi template yang saya suka ialah template Ramadhan al-Mubarak dari Our Blogger Templates. Cuma main text dia berada di sebelah kanan. Saya akan cuba ubah ia ke sebelah kiri.

Cuma....
- main text width - 974px, saya tukar ke 1000px supaya ruang posting lebih lebar.
- navigation tab float - left, saya tukar ke right. Saya tukar cap dari uppercase ke titlecase.
- jenis tulisan asal telah diubah kepada Verdana 14px. Arial segala saya buang.
- saya juga buang RSS.
- header h1. Buang logo FunkyZine ke Tangan Yang Menghayun Buaian. Tukar width dan height ke 500px & 60px respectively.

Hasilnya benar² memuaskan hati. Warna² yang saya gemari ada dalam blog ini - hitam, merah, putih. Ini baru sedikit langkah. Sedikit kemahiran membaca kod html diperlukan. Suatu hari nanti saya pasti akan hasilkan template sendiri. Original. Yang sedap mata saya memandang. Yang ringan, ringkas tapi kreatif dan tersendiri.

Bandingkan versi asal dengan blog ini:


Klik sini untuk demo.

Saya nak buat [read more] pulak lepas ni...

10 comments:

Lan Rambai on October 15, 2008 at 1:50 PM said...

kalau dah boleh buat template sendiri.. nanti buat kelas kat SU ya haha

cikliah on October 15, 2008 at 2:48 PM said...

Lawa... lawa... nanti buatkan untuk kiter satu yea...

Anonymous said...

wahh...rajin sue...

the principal on October 15, 2008 at 5:02 PM said...

He!He!....K emy tak pandai betul bahasa IT so most of the time, kita cuba try test tengok. Tu yg berjam-jam tu...

Anonymous said...

yg read more tu aku suka. tak de la panjang sgt sesuatu posting tu..

Anonymous said...

macam mana dengan Syafiah?

cik ketumbar

Anonymous said...

salam sue,
wah cantik bangat. Aku suka dgn latar blog baru hang. Jeles aku! hehehe...cam ni aku kena cat baru blog aku nak lawan hang. Tapi kena la tunggu hit blog aku capai 200K. Kasi gempaq gak..

Tapi aku janji capai 500K, aku beli domain sendiri. Harap hujung tahun buleh capai kut 500K, hang rajin2 la tulung dtg baca blog aku, sehari 200 kali ka, pesan kat kak bibah suruh mai bukak blog aku 300 kali sehari ka..baru cepat sikit hit tu capai 500K..hahaha!

ABO
albanjari online

Sue.Aleen on October 15, 2008 at 10:35 PM said...

Cik Lan:
bukak kelas? tu pun kalo berjaya buat... :P





Kak Awa:
tolong buatkan? ngeleto rase weih nak wat hat orang punya...





Kak Jie:
ni rajin tak bertempat, Mnya yang banyak... M tu kalo "money" tak pe la jugak..





Kak Emy:
saya pun tak reti... tapi suka betul bzbodi dalam banyak hal..





Makcik DC:
fail xml ni berbeza-beza walopun rupa blog sama. jenuh gak la wat comparison cari info nak letak kod dia.. kena menelaah lagi ni...





Kak Ketumbar:
hari ni CT scan je dulu. result dibgth next week. seram sejuk gak saya...





Bro ABO:
nak cat blog takyah tunggu la, bro. bagi satu cat nippon weatherbond punya!

nak kasi gempak sket, bagi ler hadiah kat orang yang ke 200k, 500k nanti. mintak depa print screen sbg bukti. mana tau sangkut kat saya... hehehe... kalo dah tahap dewa pi beli domain, lagi kena bagi hadiah baguk punya besaq...

sehari 200x? kuang3x... tak dayo den!

Anonymous said...

Siissss...

Hitam putihh tuuu...Ironic tu! Kontra abissss...

Content camne?TUkar gk ke?Jangannnn...

Roger!

Sue.Aleen on October 16, 2008 at 1:01 AM said...

Brader Aboo:
1. merah. +ve - energy, kuasa, kekuatan, cinta. -ve - kemarahan, peringatan.

2. putih. suci, bersih, polos, dingin.

3. hitam. +ve - dramatis, serius, anggun. -ve - rahsia, ghaib, gothic!

nah.. ironik, bukan? isi tak tukaq aihhh... kuruih je ni takdak isi pun.. ahakss!

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez