Showing posts with label Templates for Blogger. Show all posts
Showing posts with label Templates for Blogger. Show all posts

Wednesday, May 27, 2009

Blog Syafiah dibuka semula


Kenapa saya tutup sekejap blog Syafiah si kecil yang hebat itu?

Saya melakukan layout make-over secara besar-besaran selepas terpengaruh dengan salah seorang blogger yang juga kawan baik alam maya saya iaitu Intan! Intan menukar blognya kepada magazine layout yang kemas dan teratur. Tapi sekarang ni dia revert balik layout blog tu kepada layout sebelum ni. Whatelahapen?


Screenshot blog Syafiah


Layout blog ni dinamakan sebagai Reflection dan saya dapat di btemplates.com. Saya sukakan templates di sini sebab ia pelbagai. Nak buat sendiri nanti²lah. Kebanyakan blog menarik ni diadaptasikan dari Wordpress. Saya ada akaun di sana tapi sehingga kini saya masih tak selesa untuk berpindah. Antara ciri² menarik:

1- Featured post/glider content.
2- Fixed width.
3- Right sidebar.
4- Search form.
5- Navigation tab.
6- 3 columns.

Nak tambah gempak lagi, saya mencari kod untuk navigation tab jenis multi level drop down menu (lihat di sebelah kanan sidebar, di atas sekali). Sebenarnya saya nak gantikan navigation tab yang asal tu, tapi saya masih mencari penyelesaiannya. Saya dapat kod untuk drop down menu itu di bloggerstop.net.

Sebenarnya saya berkenan betul dengan slide show tab view menu. Contohnya boleh dilihat di sini. Lihat sebelah kiri, di bahagian bawah Home. Cuma saya belum ada mood nak masukkan ia ke dalam mana² blog yang saya ada ni. Nantilah...

Selain itu saya dapat juga ilmu untuk memainkan Youtube secara autoplay dan loop selepas kita memasukkan kodnya ke dalam mana² tempat terutamanya di dalam blog. Dan tandatangan di bawah ini, saya dapatkan kodnya dari My Live Signature tanpa membuka akaun di sana.

Berminat? Cubalah sendiri dengan memasuki website yang berkenaan... selamat mencuba!



Wednesday, October 15, 2008

Rumah maya bercat baru...


Kala ini saya begitu resah... Syafiah kini sedang berada di HSB, menjalani ujian imbasan CT. Lintasan² negatif bermain di fikiran. I'm helpless! Dah la dia kena puasa... Saya tak dapat temankan kerana perlu mengawasi dua orang lagi tentera yang lasak...

Cerita semalam. Seperti yang tertera, cat dan membina rumah maya lagi. Terlalu cerewet - main text kena lebar, mesti sebelah kiri, latar perlu putih, tulisan kena besar, perlu ada navigation tab, 2-ruang (column) (kalau banyak sangat, jadi serabut!). Saya suka FunkyZine di Bloggertricks. FunkyZine ni asalnya tema Wordpress tetapi telah diadaptasikan ke versi Blogger. Satu lagi template yang saya suka ialah template Ramadhan al-Mubarak dari Our Blogger Templates. Cuma main text dia berada di sebelah kanan. Saya akan cuba ubah ia ke sebelah kiri.

Cuma....
- main text width - 974px, saya tukar ke 1000px supaya ruang posting lebih lebar.
- navigation tab float - left, saya tukar ke right. Saya tukar cap dari uppercase ke titlecase.
- jenis tulisan asal telah diubah kepada Verdana 14px. Arial segala saya buang.
- saya juga buang RSS.
- header h1. Buang logo FunkyZine ke Tangan Yang Menghayun Buaian. Tukar width dan height ke 500px & 60px respectively.

Hasilnya benar² memuaskan hati. Warna² yang saya gemari ada dalam blog ini - hitam, merah, putih. Ini baru sedikit langkah. Sedikit kemahiran membaca kod html diperlukan. Suatu hari nanti saya pasti akan hasilkan template sendiri. Original. Yang sedap mata saya memandang. Yang ringan, ringkas tapi kreatif dan tersendiri.

Bandingkan versi asal dengan blog ini:


Klik sini untuk demo.

Saya nak buat [read more] pulak lepas ni...
 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez