Walau pun sekadar rumah maya, amanah tetap amanah. 1 sen memegang hak orang juga tetap dikatakan amanah. Bagaimana pula keadaannya dengan pemimpin atau pemerintah? Tidak bergetarkah hati mereka kala mereka memegang amanah yang besar?
Al-Ahzab [33:72] : Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
Saya tidak mahu melihat orang lain. Semalam kala Aboo mengizinkan saya menjadi kontraktor rumahnya, barang sedikit pun saya teramat risau untuk mengusiknya. Bergetar dan masih berbekas di hati saya hingga ke pagi ini. Saya taklah kata saya ni cukup amanah cuma perasaan risau tu tetap menyelubungi saya.
Mungkin orang akan cakap... alahhh... blog je. Bukannya apa²pun. Ko ni terbawa-bawalah... Sikap tak apa² inilah yang menyebabkan rasa tanggungjawab pada amanah itu kurang pada hari ini. Saya kata sikap ini, sikap meringan-ringankan.
Alahhh.. tak apalah masak cincai² untuk banduan ni, lagi pun depa penjenayah. Alahhh.. tak apalah guna RM5 billion je. Nanti bayar le balik. Misalnyalah. Yang kita lupa.. satu sen hak banduan @ orang itu tetap haknya. Jangan sampai terambil hak orang lain. Nak menurut orang tu kelak di akhirat nanti bukannya kerja mudah. Tambah lagi sekiranya orang itu tidak bersalah atau dianiayai atau ada perasaan tak puas hati di kalangan mereka.
Pernyataan demi pernyataan kita keluarkan. Cuba kita kira berapa banyak "Alahhh..." yang kita tuturkan seharian. Yang kita lupa lagi, lagi banyak kita berkata (yang tidak berfaedah) maka lagi banyaklah salahnya. Tambah pula kita tak kenal dengan orang² yang berkenaan. Setiap apa yang kita kata dan tulis akan dipertanggungjawabkan.
An-Nisa [4:114] : Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.
Sabda Nabi Muhammad SAW (ertinya):
Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang imam pemimpin dan bertanggung jawab atas rakyatnya. Seorang suami pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggung jawab atas penggunaan harta suaminya. Seorang pelayan pemimpin bertanggung jawab atas pengunaan harta majikannya. Seorang anak bertanggung jawab atas penggunaan harta ayahnya. (HR. Al Bukhari:5788, Muslim: 1829, Abu Dawud: 2926, Tarmidzi: 1705)
Astaghfirullah... begitulah besarnya amanah ini bagi yang beriman.
Selagi tuan rumah tidak mengatakan yang dia redha saya memasuki rumahnya dan tiada kerosakan yang saya lakukan, selagi itulah agaknya hati saya ini berdebar-debar....

13 comments:
Sue...faham sangat sebab dah banyak kali saya diminta masuk ke rumah orang hantar sofa baru, perabut jati ...hehehehe
selalunya saya akan ajarkan mereka menukar password setiap kali saya selesaikan tugas.
Kak Jie:
dah mintak dia tukaq... seghiau aihhh tau personal² orang ni...
tersentuh baca post yang ni... tak sedar pon about the impact of a password to some people... you are truly a friend :)
hopefully lebih ramai yang will think more about the meaning of robbing a person off even one cent or even one minute of their time away from their family.
anyway, i cannot thank you enough for the brilliant 'renovation'! thanks again! :)
tabiat takpa....bumi binasa...:)
Salam..
Sue.. mintak Aboo belanja.. lepas ni bolehlah jadi kontraktor untuk rumah saya pulak. Hik Hik.
Anyway, nice posting
Sis Sue!
From now on...blog gua blog lu jugak lahh!If Sis nak tulis,apa2 tulisan yg tak sesuai di-publish-kan kat blog Sis,guna je blog gua tu!!Kitorang pun kurang masa nak update selalu..Huhu!Lagipun kitorang ada kabel kuat utk backup!Huhu...
So..takyah nk risau apa2 punn...Sis dh bikin lebih dari apa yg patut!No need to worry lah!
Thank You Very Much...huhu
No Need To Worry..Jalan Terus!!!
Lady Dark:
kadang perkara yang nampak kecik membawa impact yang besar yang kita tidak ketahui.
tq to you guys too for allowing me to be inside your house!
Azlan Shah:
tak pa tu ditafsirkan sebagai sikap toleransi. yang sebenarnya ia benar... boleh menyebabkan banyak perkara binasa..
Nur Aflah:
waalaikumussalam. belanja! open table for 10 pax.. huhu! blogger je semua...
insyaAllah kalo ada 'job' yang di dalam pengetahuan saya... kalo di luar ya ampunsss... tak reti aihh!
Aboo:
kabel kuat untuk back up!!! kereta kabel ka? hahaha...
insyaAllah... tapi rasa lebih selesa tulis di rumah sendiri. thanks.. thanks.. thankssss untuk semua tawaran yang diberikan walau pun kerja tak seberapa. kerja pun sebab minat menggodek mende alah ni..
okeh... greenlight! jalan terussss!
brp rate nak renovate rumah? berminat gak ni.
tp kak emy still prefer image tgn tu...
jgn risau2 yek sis...janji amanah yg dijalankan tuh kite buat dgn sebaiknya...
salam,
kalau orang bagi kontrak ubahsuai rumah pastinya dia dah yakin dengan kebolehan sue dan bukan calang -calang orang akan bagi kunci rumah pada orang lain walaupun kawan baik tau ... akak pasti sue had done an excellent job...well done !!
akak setakat ni bagi contract dan kunci rumah pada anak sendiri je...hehehe.
The Principal:
tak de kena pengeras apa²pun...
*saya pun masih sukakan imej tangan tu.. hukhukhuk*
Reena:
risau lerrr... tambah kalo tersentuh apa² tanpa sengaja..
Kak Rina:
frankly, we're complete stranger!! mungkin sebab saya dah buktikan kat blog saya dulu kot..
balik kg ada plak supplier buku HTML.. punyalah happy... ingat nak buat bizlah.. biz jual templates.. huhu!!
lama tak melawat di sini.
sungguh, terkadang amanah berat terasa ringan, terkadang amanah kecil terasa berat..
mungkin sebab situasi,
tapi jumlah 5 bilion tu macam ada sesuatu je.. huhu..
Umaralfateh:
semua amanah itu berat.. tak kira yang kecil ke yang besar.. tambah yang besar lebih lagi la...
5 billion kalo untung tak pe. kalo rugi? co plak lingkup? siapa plak nak bayar?
asbab kelingkupan itu mungkin kerana rakyat Malaysia tak redha sebab tak minta keizinan secara bertulis. kenapa tak minta consent?
Post a Comment