Tuesday, October 21, 2008

Tips : Mengenai Read More........ lagi...


Brader Aboo tanya saya di posting terdahulu:



Berikut cara yang saya buat. Amaran... sila jangan pening... Anggaplah diri anda Spongebob Squarepant yang mempunyai kuasa menyerap air (info) yang tinggi sehingga terkeluar air itu dari mata, telinga & mulut! Kehkehkeh....


> Dashboard > Layout > Edit HTML > Tick 'Expand Widget Templates'



> Cari bahagian yang div class='post-header-line-1'/ > Salin tempek kod² html yang berwarna merah dari Hackosphere > Preview

Saya percaya anda pasti akan temui error di bawah ini selepas anda klik butang Preview:



'We were unable to preview your template'
'More than one widget was found with id: Bloglist1. Widget IDs should be unique.'

Widget di sini bermaksud gadget di Page Elements. Maknanya anda perlu membuang gadget di bahagian Page Elements tersebut. Namun sebelum anda membuangnya, anda perlu back up satu persatu gadget tersebut di dalam notepad/MS word. Nampak macam leceh tetapi percayalah... (macam politik pulak!! Huhu!), ia tidak akan mengambil masa yang lama.


Yang asal... tu diaaa... punya banyak. Awat yang banyak sangat hang punya html/javascript, Aboo oiii? Yang Limited Access kat atas tu boleh dibuat dengan menambah gadget dan drag gadget berkenaan ke bawah 'Links'.


Yang saya buang...

Lepas tu saya ulangi balik langkah Edit HTML > Tick Expand Widget Templates > Copy & paste the code from Hackosphere > Tekan save.

Jika keluar mesej 'View Blog' maknanya percubaan anda telah berjaya. Dan anda perlu meletakkan semula ke semua kod html yang anda buang di bahagian gadget itu tadi.

Kemudian pergi ke Settings > Formatting > Cari Post Template di bahagian bawah > Taip seperti dalam imej di bawah > Save settings



Jika anda 'Create' posting baru, di skrin anda akan tertera seperti berikut di bahagian Edit HTML:



Di bawah adalah versi asal posting dan cuba bandingkan dengan hasilnya:






Nampak macam susah dan banyak langkah akan tetapi sebenarnya ia tidaklah sesusah mana. Cuma yang nampak leceh tu bab bila kena letak balik gadget tu... Oh! Sila.. sila... jangan pening ok!!

Saya dapati jika kita seringkali menggunakan keyboard selain daripada mouse, penggunaan komputer akan lebih mudah. Contohnya, kod Alt + 0178 (akan jadi ²), salin tempek, dll. Saya belajar menggunakan keyboard dengan banyak sekali ketika saya 'menggodek' Autocad versi yang terdahulu. Kira² 10 tahun yang lalu.. huhu!

Owh.. hasil ujian urin negatif.. saya perlu risaukan perkara lain pula.. hish!

10 comments:

Anonymous said...

Sis Sue!

Oleh kerana Sis sudah makin rock walaupun sudah beranak 3...Sila check email Sis segera!



Roger Jalan Terus!

Anonymous said...

u have been tagged!

asr on October 22, 2008 at 4:47 PM said...

Soalan: Sue, awat dah tak publish entry penuh? Untuk yg mempunyai komputer berkuasa kura-kura (aku la tu, ahak) agak payah nak klik klik byk kali, huhuhuuu...

Jawapan: Terpulang lah pada tuan rumah nak hias rumahnya camna kan? Tau takpe!

hahahaaa....

Anonymous said...

Sue, Kak Jie guna cara lain, kalau guna cara ni, masa nk publish entri tu...tak perlu pergi ke step Cari Post Template

ade kat tutorial blog lama kak jie

http://kujie2.blogspot.com/2008/09/buat-read-more.html

ada 2 step saja...mudah

Sue.Aleen on October 22, 2008 at 7:36 PM said...

Aboo:
dah jawab kat email.. check it out!

roger and out!





Makcik DC:
tag lagi ka? nanti aku buat...





ASR:
aku pun rasa macam tak best... tak pe.. benda tu flexible... aku ni kan suka buat entry panjang².. huhu!





Kak Jie:
sebenarnya saya dah cuba 3 tips. dari blogger buster (yang kak jie refer tu), 2 lagi dari hackosphere + blogger tips and tricks. tips di blogger buster tu tak pernah menjadi... mesti kak jie ada baca banyak komen kat bawah entry tu, salah satunya -

05 October 2008 02:41 fromBrandon said...
Mine was working fine, but then just stopped working. I was working on a new post, and all it did was show me the "[Read More]" link, but it just continued on with the post without having to click on it.

Then, all of a sudden, all of my posts copied it and now none of them are working (though they were just minutes before). I didn't make any changes to my template at all.


nak letak pun boleh, tak nak letak pun boleh yang bab 'post template' tu. itu untuk memudahkan blogger saja...

kalo kak jie baca entry saya terdahulu, kak jie mesti tahu kenapa saya pakai hackosphere. walau pun untuk satu fungsi, kod html tak semestinya sama.

dan saya juga ada tulis tak susah pun nak buat walau pun nampak langkahnya banyak... sebenarnya langkah dia 2 jugak...

Sue.Aleen on October 22, 2008 at 7:54 PM said...

yang Aboo punya step ni jadi banyak sebab gadget dia terlampau banyak...

untuk blog ini, direct to the point je... ikut arahan di dalam entry saya yang lepas, terus je jadi...

Anonymous said...

Sis Jie & Sue Sis...

Tobat...thn dpn dalam keizinan Allah SWT,gua start buat doctorate dlm Project Mgmt. Ingatkan dah cukup top dah mengaji,perasan ilmu dah cukup tinggi..Rupanya tak reti lagi IT...huhu!

Apa pun lu orang cakap pasal expandable post nih...Gua tak paham sgt!!!Sorry...

Sis Sue..Sila ambik perhatian!Jalankan tanggungjawab dgn bersih cekap dan amanahhh!


Tanggungjawab Jalan Terus!

Sue.Aleen on October 22, 2008 at 8:53 PM said...

Aboo:
aku bleh pinjam la eikk ko punya nota/assignment Project Management.. boleh ka?

sebenonye teman ni idakle pandai beno bab IT ni. bute juge... tapi udah bzbodi sangat nak tau itu ini.. meghoyan je kejenye...

pastikan anda jangan 'ganggu' gua buat kerja.. haaa...!!

Anonymous said...

Cik Sue,

mana boleh dapat senarai shotkey keyboard macam (²), dulu2 masa guna cadkey banyak jugak ingat.

Sue.Aleen on October 24, 2008 at 11:46 AM said...

Cenangau:
hang bleh dapat kat sini.

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez