Showing posts with label Adam. Show all posts
Showing posts with label Adam. Show all posts

Wednesday, October 22, 2008

Cerita bergambar....




Cerita gambar² di atas:

1. Mastura tu bukannya terliur sebab tengok triffle tu. Gambar tu ambil bulan Julai yang lepas masa hari lahir Awa. Guna Nikon D80 pinjam.. bilalah nak dapat satu? Siapa tembak? Gualah!!

2. Gambar tengah. Gambar peach triffle. Yang ni buat malam semalam untuk event hari ini di WHB. Jamuan sempena hari raya di Jabatan Kewangan WHB. Potluck syle! Resepi dapat dari Kak Jie tersayang... perghhh... pertama kali mencuba terus je bawa ke pejabat. Yang penting ianya menjadi! Sedap.. malam ni harus buat lagi!

3. Gambar Syafiah tidur tengahari tadi. Dah panjang rambut Kak Lang ni. Minggu depan dah sah kena cukur lagi sebelah kanan tu. Mind you.. I won't be able to update this blog around 10 days starting next week!!

4. Gambar Adam yang hensem. Gambar masa bila entah. Dah tak ingat. Punya lesung pipit di kiri dan kanan pipi. Mewaris dari ibunya.

5. Gambar Syafiah minum susu. I like her eyes so much!

Sila jangan klik perkataan 'Continue reading' di bawah ini.

Sunday, October 19, 2008

Krabi Patty dan Potensi Anak²


Nak tengok krabi patty? Tengoklah di bawah ni. Ini antara sarapan kami pagi tadi. Sila abaikan keadaan latar.




Anak² saya yang beri gelaran burger ni dengan nama Krabi Patty. Sharp jugak pemerhatian mereka. Isi - salad coral (sedap, recommended), mayones, keju cheddar, sos cili, bawang, timun, tomato, lada sulah dan sudah pasti kepingan ayam burger Ramly (orang sekampung ni).



Semalam juga kami pergi beli meja di bawah ni - unintended. Saya perhatikan bahawa Mastura mempunyai potensi suka belajar dari cara dia yang suka menulis, melukis dan mewarna. Sesudah bosan menonton TV, dia pasti akan lebih banyak menghadap buku yang kosong. Dan sekiranya buku bergambar, dia akan mewarnanya. Teknik mewarna dia dah kemas sekarang ni sungguh pun dia tidak belajarnya secara formal. Mewaris dari ibunya. Dia juga lebih tajam & senang memahami dalam soal matematik berbanding huruf. Saya hanya akan menghantarnya ke tadika tahun depan.



Buat masa ni biarlah dia puas bermain dulu supaya satu hari nanti dia tidak akan menyalahkan saya kerana 'merampas' zaman kanak²nya. Kasihan kanak² zaman sekarang. Terbeban dengan sistem pendidikan yang strict dan rigid. Perlu pandai berbahasa Inggeris dari awal. Doesn't apply to my kids.

Saya dulu lagilah hanya budak kampung, sekolah di kampung, kawan² tidak berbicara BI, tapi saya masih score A dari sekolah rendah hinggalah ke IPT. Yang saya perhatikan, sebagai orang tua mereka, kita perlulah mengenalpasti potensi & minat mereka lalu kembangkan potensi tersebut. Kita tidak perlu memaksa atau terlalu mengikut kaedah orang lain. Yakinlah bahawa setiap manusia itu berbeza dari segi fizikal, daya fikir dan potensi mereka. Tidak perlu tertekan dan merendahkan potensi anak kita mahu pun anak orang lain.

Tapi baru² ni Allah swt berikan peringatan kepada saya melalui mimpi. Dalam mimpi tersebut saya hanya mendengar suara. Tiada visual. Suara itu dengan kuatnya menyoal, "Bila lagi nak ajar anak mengaji?". Saya seringkali mendapat peringatan² pendek melalui mimpi termasuklah dari ayah saya sendiri. Pada awal kehilangannya, saya pernah bermimpi bersolat jemaah di belakangnya. Seusai bersolat, dia berpaling ke arah kami dan berpesan, "Solat jangan tinggal".

Lantas saya beritahu suami. Suami dengan segera membeli pula CD Iqra' (bukunya sudah ada). Saya katakan padanya ilmu saya kurang daripadanya. Baik dari segi tajwid, makhraj dan lain². Dia sendiri memahami kerana saya pernah diuji mengaji di hadapan ibu mertua ketika saya mula² berkahwin dulu. Bertadarus semasa bulan Ramadhan. Sampai giliran saya, saya berasa gugup. Kerana kegugupan itu, maka banyak jugalah salahnya. Nanti saya ceritakan pengalaman ini dengan lebih lanjut, insyaAllah jika saya tidak lupa.

Oklah, tengahari nanti kami akan ke Kelana Jaya. Petang pula mertua akan datang. Ada undangan perkahwinan sahabat WHB yang sebaya dengan suami. KJ (bukan menantu) mengimbau banyak kenangan kerana kami berdua pernah mencari rezeki di sana ketika pejabat masing² belum berpindah. Gambar Krabi Patty di atas juga mengingatkan saya pada burger di Giant lama. Masih terasa sedapnya burger itu. Antara burger yang sedap selain dari di USJ.

Tuesday, October 7, 2008

Sekitar Cerita Hari Raya 2008


Tadaaa... I'm back! In fact, I was free yesterday but due to the M thing, I was just bloghopping as usual. Love to read rather than to type! Baju plak tak banyak yang nak dibasuh sebab saya dah basuh 'on the way'. Kerjanya asyik betulkan tulang belakang je la ni.

Yeay.. finally husband bought me a handphone! It was a late anniversary present, he said. Not that expensive one lah... janji boleh sms dan berhubung dengan orang lain. Janji boleh snap gambar walau pun DSLR idamanku belum lagi boleh dibeli.. huhu... I'm planning to save some money from Kayu Ara's house rental to buy it. Say about RM200/month. By the time it reaches 10 month, I can afford to buy the RM2,000 DSLR. Berangan... silap hb duit tu aku makan!

Hey.. belum lagi terlambat untuk ucap tahniah pada bro Apai (Saujana Utama) yang anaknya dilahirkan pada malam 1 Syawal, begitu juga pada Wanmommy & Tokdaddy yang tengah dok excited dapat cucu pertama tu. Tahniah pada kalian semua!


Raya ritu asyik dok di dapur je. Dari di kampung sendiri sampailah di rumah mak mertua. Hasil kerja tangan saya - anyam ketupat, tapai, menyediakan bahan² (rebus + kopek kerang, rebus + potong daging), buat biskut. Yang tu kat rumah saya la untuk hari pertama. Belum masuk hari kedua. Hari pertama tu jugak kena sediakan bahan untuk majlis hari raya kedua. Malam puasa ke 30 tu suara pun dah jadi suara Wohnen, kepala berat + akhirnya saya demam.

Begitu juga di rumah mak mertua. Saya masih jadi tukang masak. Saya ni merupakan menantu sulong. Biras yang ada tu lelaki suami akak. Entah bila la nak dapat geng. Pit baru berusia 25, Atip 22 & Ata 19. Kalo tak rajin ke dapur pun, teman saya bersembang pun jadilah. Selalunya suami yang membantu saya di dapur. Paling tidak, dia berborak. Tapi kata maktua, seronoklah jadi menantu pertama ni sebab tak de persaingan. Cam tu la pulak...


Menu rutin di rumah maktua. Abah tak makan laksa luar kecuali bila menantu dia yang masak. Laku betul sampai kena tambah lagi 2 bungkus.


Mula kahwen dulu kekok juga sebab kita orang luar. Perempuan pulak tu. Kena pandai bawak diri. Kalo nak dikira alah dari segi malu, saya patut berasakan sedemikian sebab adik ipar saya semuanya lelaki. Tapi rugilah saya jika saya buat hal sendiri. Kita hidup ni kan berkeluarga. Satu² masa yang tidak kita ketahui, kita akan minta tolong mereka juga. Kini saya lihat biras saya yang lelaki tu macam segan² dan buat hal sendiri. Tak mesra sangat. Mungkin sebab baru lagi kot. Baru tak baru kira 2 kali rayalah juga.

Saya sungguh lega balik raya tahun ni sebab jalan tak jem langsung. Tak macam tahun 2006, jem melarat dari simpang Ulu Dedap-jambatan Sungai Sabak. Biasa perjalanan 3.5 jam tapi tahun tu bertolak dari Perak pukul 1 petang, tibanya di Sungai Besar pada pukul 9 malam! We decided to take the scary route - Tg Malim - Sg Besar. First, we headed to highway and exit at Behrang toll. It should be faster but as we're so exhausted, we fell asleep for almost an hour.

Gambar raya tahun 2006. Gambar ni diambil depan BHP.

Gambar tak banyak sebab ke-bz-an melampau. Ada jugak yang ajak bergambar di studio. Saya cakap kat suami no need la. Gambar kita yang mana ada di PC ni kita keluarkan + sikit² masa raya, pastu kita pas kat Didi. Nanti minta dia buat custom album. Bayo le sket untuk skill photoshop dia + album tu. Lagi puas hati. Saya dah pernah tanya, dia cakap boleh tapi kena ada 120 keping gambar. Gambar kat PC ni lebih dari 120. Nanti kita arrange balik ye D...

Gambar² ni ambil di Perak:


Hasil kerja tangan saya - ketupat jantung.


Ni hasil kerja tangan kak Chik... 6 jenis anyaman yang berlainan.

Berjaya memujuk Mastura untuk memakai baju kurung + tudung. Agaknya sebab ada geng jugak. Kat sebelah saya, dia ramai sepupu.


Gambar² ni ambil di Selangor guna hp baru:


Abang Adam yang hensem berbaju Melayu

Gambar budak yang masih tak pandai meniarap... anyway, she + her dad are in HSB now for Neuro appointment.


Ini untuk ABO.. hahaha... masih berbaki 3 bungkus! Tapai yang telah di'peti-ais'kan

Friday, July 11, 2008

Corrected Age and Kids' Developments



**UPDATE ALERT : 8.06 am, 12 July 2008**

Pemeriksaan gigi bayi wajib dari usia setahun
KUALA LUMPUR 11 Julai - Kementerian Kesihatan akan mewajibkan pemeriksaan gigi dan mulut terhadap bayi dari usia setahun di semua hospital dan klinik kerajaan, berkuat kuasa serta merta.

Menteri berkenaan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, pemeriksaan itu akan dilakukan apabila seseorang bayi dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bulanan.

"Ia akan menjadi sebahagian daripada proses pemeriksaan. Kami mahu, apabila ibu bapa membawa anak mereka mendapatkan pemeriksaan perubatan setiap bulan, kanak-kanak itu juga akan menjalani pemeriksaan berkaitan kebersihan mulut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Persatuan Pergigian Paediatrik Asia keenam di sini hari ini.

Beliau berkata, langkah itu juga sejajar dengan matlamat kementerian berkenaan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya penjagaan gigi dan mulut, yang kini meliputi kanak-kanak berusia bawah empat tahun.

''Kami percaya, penjagaan gigi perlu bermula seawal yang mungkin. Janganlah sampai gigi dah rosak baru nak selamatkan gigi tu," katanya.

Beliau berkata, sejajar dengan keputusan itu, lebih banyak jururawat akan dilatih bagi menjalankan tugas berkenaan dan memberi penerangan yang diperlukan kepada ibu bapa.




------------------------------------


**ORIGINAL POST**

Are you well aware that in preterm infants there is a term called "Corrected Age"?

Calculating Corrected Age

Background

Assessment of growth, feeding skills, and development should be based on a corrected age for preterm infants. Use of the actual date of birth to calculate age will lead to inappropriate assessment and advice. Parents report that health professionals frequently fail to take prematurity into account. Please see section on what parents say about things that were not helpful.


Basics

A full term pregnancy is estimated to be 40 weeks from the mother's last menstrual period. The Corrected age (CA) otherwise known as Gestationally Corrected Age (GCA) or sometimes just Gestational Age (GA) is based on the age the child would be if the pregnancy had actually gone to term. Chronological age (CH) is a term that is used to indicate the age from the actual day the child was born. An accurate EDC (expected date of confinement) corrected age is calculated by using that date as a birth date. For example an infant with an EDC of March 1, who was born on January 1, will have a corrected age of 3 months on June 1.


Calculating Corrected Age (CA) from Chronological Age (CH)

CA = CH - # weeks or months premature

Example:


Baby Syafiah was born at 31 weeks gestation
He was 12 weeks premature (40 weeks - 31 weeks = 9 weeks = estimated 2 months)
Today it is 5 months 3 weeks + 6 days old past the day he was actually born (estimated 6 months CH)
CA = 6 months - 2 months
Baby Syafiah is 4 months corrected age


Let's see what she can do now at 4 months corrected age:
- smiles
- giggles
- holds head up briefly
- turns head to sound
- holds something in her hands
- babbling
- trying to turn over
- loves to suck and chew her own thumb!!! (adakah dia juga akan tumbuh gigi pada usia 5 bulan seperti yang dua lagi?)

It's still an achievement for me as I know she has been through a lot before.


Taken at HSB. See the bruises? Happened when the anesthetists and neurosurgeons team tried so hard to hold her. She must be struggled to escape herself! "Your girl is strong, huh!" remember?


Not only her, the rest will open their eyes a bit when they're sleeping. Just like daddy!

The COH is now decreasing from 52 cm (admitted) to 46 cm. Her weight now is 5.8 kg. The AF looks sunken, isn't it? If you see her closely, the transition from big to a bit small makes her skull a bit weird too (freak I must say!). It's not even. A specialist said it's good as it shows that the shunt is working properly.

Hopefully the shunt will last long. According to Gina Marie, she changed hers at the age of 10 (due to her height). A family member claimed that his friend's son has recovered completely and the shunt has been pulled out at the age of 8.

I pray that Allah swt will help us to go through this test smoothly. I've to be aware & alert in monitoring her physical condition i.e. infection, sick, fever. Should be well care of. So far, the performance is good. Moga Allah swt tidak membiarkan saya keseorangan, insyaAllah.


Still have bit of sunsetting eyes but better than before. Next ROP appointment will be done on Monday noon.


Taken today - active and febrile


Apa motif ambik gambo ni selain dari menunjuk aurat/paha dia yang montok itu.. huhu! Amaran! Orang dewasa sila jangan buat!


My another 'anak' who likes to enter frame. He'll pose anything (menggedik) if we want to shoot his pictures. He's a part of our family. Luckily, he never pooped on neighbours' grounds as they've sealed them with cements (but if he does, I'm so sorry!). Kinda obey cat too.


Proof


And another proof! Gatai punya kucin...

Monitoring and learning the exclusivities of other kids:

Three lovely and precious germs in my heart (and perhaps more!)

1. Mastura
- loves drawing, sketching. If the paper doesn't satisfy her, she'll draw on the wall! To make matter worse, she'll use crayon. Another crayon Sin Chan in the making!
- a bit hard to memorize ABC in compared to 123.
- she can memorize do'a (simple ones such as when to sleep and when to eat).
- she loves Wonder Pets, Blue's Clues, Dora & Diego (that kinda program lah..). Not really interested in other cartoons (but her mom likes them so much! Hahahaha!).
- easy to understand and follow instructions.
- independent.
- washes her own plates.
- ables to reach and take food by herself.
- ables to bath herself.
- searches and picks her own clothes.
- choosy. She also can pick her desirous things alone. Example : we went to a baby shop nearby our house. When I chosed few things, she chosed hers at different location. I shall allow if the place is not big.
- talkative.
- passionate.
- still hasn't showed any sign to leave FM.
- always sleep late.
- likes stickers.
- very well toilet trained inclusive washing hers by herself.
- rajin even when not asked! Example : helping in holding bottle for her sister.
- suka semakkan rumah!

Thinking Chair + Ayam Tak Berkepak Berekor Secoet

2. Adam
- loves drawing too. I guess it's a copycat!
- ables to memorize do'a just like his sister.
- loves the programs mentioned too. They'll sit and watch with passion.
- talkative. Now starting to ask "why".
- not that choosy. Anything also can. Wears a flowerish legging also can (aiyyoo... blame on my hubby!)
- consumes a plenty of plain water + any water including estimately about 8 bottles of FM everyday! Kopak wallet ayah, nak oiii!
- always have projects! Be it good or bad. Very creative projects!
- easy to understand and follow instructions.
- suka semakkan rumah.
- likes to make jokes & funny face expressions. Also funny in picking words to speak!
- ables to bath himself. Tapi masih belum boleh harap untuk pilih baju sendiri. Still wearing diapers.
- always comes from nowhere and kisses his sister and says, "Adekkk!" with a wonderful soft voice! Caiyaq makkk!

Still a lot more to catch up as a mom. To be a mom of three kids, I must admit, it's not an easy task. You've to be energetic, fun, understanding, allow for some private spaces for them (choosing things and making simple decisions) & alert to your surroundings! And you should learn new things too as your kids will be asking you a lot. Sometimes you'll be surprised with the questions!

Friday, June 27, 2008

Psikologi Kanak-Kanak - Sindrom Anak Kedua


Entry ini adalah sambungan kepada entry Tuan Syed, Middle Child Syndrome & Mak.

Sumber


Saya ada sebutkan mengenai soal jawab di Pa&Ma Julai 2008, muka surat 79. Berikut saya taipkan semula persoalan Sindrom Anak Kedua:

Terlalu DEGIL

Soalan
Saya ada tiga orang anak yang masing-masing berusia lima tahun, tiga tahun dan lima bulan. Masalahnya anak saya yang berusia tiga tahun ini terlalu degil dan suka sangat melawan. Pantang saja kita mengajar dia sesuatu perkara yang betul, contohnya membuang sampah ke dalam tong sampah pasti kita yang disuruhnya kembali.

Memandangkan saya seorang saja yang bekerja jadi pendapatan keluarga tidaklah seberapa untuk menyara kami sekeluarga jadi suami saya merancang untuk bekerja kembali. Setiap kali diberitahu "ayah mahu pergi bekerja" diajukan kepada anak saya yang tiga tahun ini, dia akan meradang dan menjawab dengan panjang lebar seribu satu jawapan mengapa dia tidak mahu ayahnya keluar bekerja walau pun dipujuk dengan manja sekali. Tolonglah saya, bagaimana dan apakah yang harus saya lakukan.

Minah
Julau, Sarikei.


Jawapan
Secara amnya, dalam kebanyakan kes memang sering berlaku anak yang tengah atau anak kedua yang bersifat seperti anak puan. Ia mungkin boleh dirujuk kepada sindrom anak kedua. Tanpa ibu bapa sedari mereka telah "mengabaikan" anak kedua ini ekoran hadirnya orang baru dalam keluarga. Ketika mendapat anal sulung, perhatian ditumpahkan kepadanya. Apatah lagi, anak sulung memang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang berumah tangga. Persediaan sudah dilakukan seawal kehamilan. Pendek kata mereka diberi sepenuh perhatian.

Anak kedua pula, oleh kerana sudah ada pengalaman mengandung anak pertama, tidaklah serisau mana seperti kandungan pertama. Kelengkapan bayi juga mungkin diturunkan dari kakak/abang kepadanya. Serba serbinya bukan yang asal (mungkin sedikit barang-barang baru). Selepas itu, belum puas bermanja, lahir pula si adik yang baru. Tumpuan ibu pada adik pula. Si kakak/abang sudah besar, jadi boleh berdikari dan punya ramai kawan. Mungkin juga sudah bersekolah. Oleh itu, anak tengah atau anak kedua akan berasa diabaikan dan tidak diberi kasih sayang secukupnya. Oleh sebab itu, mereka memberontak dan dimanifestasikan dalam perlakuan dan mungkin juga percakapan mereka.

Namun, saya tahu, bukan ibu bapa itu sengaja membahagi-bahagikan kasih. Cuma mungkin sebahagian besar daripada ibu bapa tidak tahu yang anak begitu memerhati dan merasai perbezaan perhatian itu. Kanak-kanak memang sensitif dan cepat merajuk. Cara paling mudah adalah memujuknya. Letakkan dirinya sentiasa di zon selesa. Libatkan dia dalam membesarkan adik yang bongsu. Jadikanlah dia "figure" penting. Tunjukkan yang ibu amat sayangkan dan perlukan dia. Jika beli baju baru untuk kakak/abang. Belikan untuknya juga. Jika bergaduh dengan si kakak/abang, jangan selalu memenangkan kakak/abang dengan mengatakan adik mesti dengan kata kakak. Sesekali, kakak/abang perlu mengalah dengan si adik. Tentu dia berasa ibu bapanya adil dan sayangkannya.

Tambahan lagi, apabila ayahnya yang selama ini ada di rumah, mahu bekerja semula, dia mulai bimbang. Ini kerana, selama ini dia cukup selesa di samping ayahnya. Ia akan berasa kehilangan dan bimbang kerana dia sudah boleh berfikir apa akan jadi sekiranya ayahnya bekerja. Tentu menjadi seperti ibunya yang balik lambat, jarang berada di rumah, terpaksa dihantar kepada orang lain atau taska. Ini kerana anak-anak mahukan perhatian. Puan dan suami perlu tawan hatinya semula. Pujuk dengan lembut. Ia mengambil masa. Jadi jangan jemu, puan dan suami perlu konsisten dan kuatkan semangat untuknya dan keluarga.




**************************************



Cerita ni sedikit-sebanyak menyerupai pengalaman saya. Pengalaman saya sendiri dengan Adam:

1. Walau pun dia kadangkala melawan tapi masih dengar kata. Buang sampah masih dalam tong sampah.

2. Dalam entry terdahulu saya ada beritahu tentang Adam suka membawa diri. Dia mencari kasih-sayang lain dengan menjadi rapat dengan Maktoknya.

3. Dalam entry terdahulu juga, saya ceritakan Adam suka buat kakaknya lately, tapi sejak seminggu lepas, selepas dinasihatkan, dia tidak lagi membuat kakaknya.

4. Dia suka buat hal/projek sendiri. Hari ni dia selerakkan susu tepungnya sendiri (spoilt my mood for the whole day, k!). Ada je hal dia, tak kiralah yang kreatif atau kurang baik!

5. Setiap kali saya belikan baju untuk Mastura, saya beli sekali baju untuknya.

6. Adakalnya saya menangkan dia. Bergantung kepada siapa yang buat salah.

7. Ada satu barang mainan baru. Orang belikan untuk adiknya. Tapi since dia nak main, saya berikan dia peluang dengan berkata, "Ni mainan adik. Adam pinjam je".

8. Adam tidak pernah buat adik. Tidak pernah gigit. Malah dia selalu datang dan mencium adiknya jika berpeluang.

Saya harap Adam terus mengekalkan kebaikannya sehingga dewasa dan menjadi anak yang soleh dan taat pada perintah Allah swt... I love you, Adam.

Monday, June 23, 2008

Tuan Syed, Middle Child Syndrome & Mak


There was once, a male lecturer - Tuan Syed - asked us this question when he first time met us.

Tuan Syed : “Inilah soalan pertama saya dalam kelas ni. Siapa antara semua ni yang merupakan anak nombor dua?”

Few had raised their hands.

Tuan Syed : “Pengalaman saya, anak nombor dua ni selalunya trouble maker.” then he chuckled.

Yeah.. he’s precise!

My son has turned out to be a bit aggressive lately. Most of the time, he’ll be extra creative, doing his ‘projects’ with or without kakak. Playing and arranging glasses, writing his masterpiece on the wall, playing with something not to be played (toothbrush, roll on, talc), etc. The unnatural, he likes to pinch or beat kakak sometimes with hanger or anything that near to him after he teased her.

Now with mak around, he likes to turn himself to be with my mak most. Eating, bathing and sleeping with her everyday. Every single action will be with mak. When Achu comes, he always wants to tag along and leave the house to go to Achu’s home. I’m not jealous but it’s pretty obvious that he’s sending us a signal that he feels ‘unwanted’. Macam membawa diri! Macam tunjuk perasaan!

I red somewhere in the Pa&Ma about a mother who sent a letter to the editor regarding her middle child. The syndrome called ‘middle child syndrome'. Another syndrome which is related is ‘second child syndrome’.

Adding second and third children greatly impacts the family structure, and a middle child is created. Yes, the “Middle Child Syndrome” is very real. Middle kids bemoan their fate as being ignored and often grow resentful of all the parental attention given to the oldest and the baby of the family, and feel short-shifted. Three kids triangulate sibling relationships, with one child at any given point feeling like the odd man out from the chumminess of the other two.

(More to read, please click here!)


Another one:

Okay, so I'm exaggerating, but you get the idea: The second child really does get shafted. After you've seen your firstborn sit up for the first time, crawl for the first time, take her first steps and speak her first words, let's be honest ‑- it's hard to drum up the same level of enthusiasm for the second (though you are of course delighted to see her thrive). You can't help but feel guilty that your littler one spends most of her time relegated to the car seat as you shuttle her big sis to her various social calendar engagements and after-preschool activities. Though your first child took long leisurely naps undisturbed in her crib, your second one is transferred constantly from crib to car seat and back again.

(More to read, please click here!)



From the answer given in Pa&Ma, the specialist didn't blame the parents as they have given extra or equal attention to their kids. It's natural!

Furthermore, after Syafiah was borned, the attention turned to her dramatically. Even after we discharged last week, I can feel the loose connection between me and him. Of course, I feel guilty! Managing people's behavior, especially kids, is not always easy. I need to be fair and equal.

Eventhough that he's 'changing' from time to time, spank & brutality is not an answer. I'll remain cool and patient! When he beats kakak, I'll chase him around the house like a 'crazy woman' (sambil ngilai-ngilai & geletek-geletek, of course!). I always hug my kids and gigit their ears too! (Gigit yang tak sakitlah!).

Letting Adam to be with mak now, doesn't mean that I don't care about him, doesn't mean that I don't love him. In fact, I love him more as he is unique! My jewel in the heart!

It's just about their quality time together. My mom is no longer young. The Almighty God can take her anytime. Before she goes, I just want to let her days fill with happy memories. Biarlah Adam terus rapat dengan mak...



***********************************




Gambar ehsan Dengan Izin

N Gobalakrishnan (KeADILan - Padang Serai), Tian Chua (KeADILan - Batu), dan Hee Loy Sian (KeADILan - Petaling Jaya Selatan).

Sila baca blog YB Kulim - Zulkifli Nordin.

Bravo-bravo... jimat duit minyak!

Saturday, June 21, 2008

Wajah-Wajah Seorang Anak



Ditembak menggunakan IXUS


Ditembak dari phone camera Awa


Ditembak oleh Didi semasa pertunangan ~*Krsty_Pinky*~


Semasa berhenti rehat di RnR Simpang 5 pada hari raya ke-2. On the way balik SB


Bersama Anisah Umairah (sebaya cuma Anisah lahir awal tahun) & Muhammad Aliff


Ditembak menggunakan phone camera Abang di rumah Abg Kemal (dia dah pindah ke?)


Di suatu corner di dalam rumah.


Di PH. Tempat peranginan yang FOC

Saja share koleksi gambar-gambar Adam. Wajah yang tidak berdosa, polos & always mistaken as a girl! Perhaps, it's because of his straight hair style & dimples on both cheeks.

Monday, April 28, 2008

Cerita Adam


Kelahiran

Suatu pagi di hari Rabu setelah selesai saya menunaikan solat Subuh, saya menelefon Mak di kampung. Saya mengadu kepadanya tentang air yang begitu banyak keluar dari malam itu sehinggalah ke pagi tanpa menyedari itulah tanda bahawa Adam telah terlalu teringin melihat dunia sebelum tahun baru bermula. Sedangkan hari Sabtu sebelumnya saya dan suami sempat ke Pulau Pangkor untuk makan angin.


Masa menunjukkan pukul 6.45 pagi apabila... nyittt.. terasa seperti sesuatu menggigit perut dari dalam. Ketika itu saya masih berbicara dengan Mak. Saya letakkan HP. Mandi. Sarapan. Selepas mandi.. selang 15 minit sekali dari kontraksi pertama akan berlaku kontraksi kedua. Betul ke ni? Suami bergegas memasukkan baju ke dalam beg.


Saya bertegas padanya walau pun saya bakal melahirkan pada pagi itu, saya mahu ke pejabat terlebih dahulu. Rumah saya pada ketika itu terletak di SA. Pejabat di PJ. DEMC terletak di SA. Semasa di pejabat mencari sesuatu, terasa kontraksi saya semakin kuat. Saya sudahkan kerja yang URGENT kemudian barulah saya ke kereta suami semula. Jam pukul 8.15 pagi.


Kontraksinya semakin hebat! Kebetulan hari pula hujan lebat namun alhamdulillah jalan yang sesak setiap hari semacam 'clear' pulak pada hari itu. Dari PJ, kami ke SA seolah-olah kereta terlalu ringan. Terbang. Mengerah kereta kancil (kereta kami sebelum ni) ke 160km seakan-akan sukar. Tiba di DEMC lebih kurang pukul 9 pagi.


Kami hanya menaiki tangga ke tingkat 3. Jururawat di situ seakan terpinga sebab disangkakan saya yang berbaju kurung ni hanya sakit biasa. Rupanya saya bakal bersalin. Berjalan ke bilik bersalin. Tak sempat. Saya bersalin di dalam bilik menginap biasa. Single bed. Jururawat ramai tidak seperti biasa hanya 2-3 orang. Mungkin dalam 7 orang. Dr Z menyambut Adam pada pukul 9.07 pagi.


Adam ketika berusia 6 hari


Penjagaan


Sama ada Mastura, Adam atau Syafiah, ketiga-tiganya senang dibela semasa dan selepas berpantang. Tak banyak meragam. Semasa Mastura, saya pulang ke kampung untuk berpantang tapi disebabkan suami saya asyik pulang ke kampung bila sampai hari minggu je, kami ambil keputusan untuk balik lebih awal. Semasa Adam, saya berpantang sepenuhnya di rumah sendiri. Manakala Mak datang setelah diberitahu saya telah melahirkan. Syafiah - Mak di Mekah. Saya perlu menjaga diri sendiri. Masak, membasuh, menggosok pakaian semuanya suami buatkan. Saya keseorangan di rumah. Dua anak lagi dihantar ke kampung mertua sementara kesihatan saya bertambah baik.


(Gila rasanya sekejap. Suami bekerja, anak tiada, anak yang dilahirkan tiada di sisi, Mak pula berada beribu kilometer dari tanahair).


Berbalik kepada kisah Adam, menjaga si kecil ni begitu dipermudahkan. Dia hanya demam bila umurnya mencecah usia 9 bulan!



Demam


Bila dia demam pada bulan September tu, saya rasa sesuatu yang luarbiasa berlaku. Pengalaman saya menjaga Mastura, demamnya hanya sehari. Bila Adam demam, demamnya sekejap baik sekejap tidak. Pagi baik, malam demam balik. Saya curiga dia dihinggapi demam denggi. Maklumlah kami tinggal di SA.


Lagi pun saya juga pernah kena denggi semasa kandungan saya berusia 2 bulan. Mengandung si Adam la. Teruk ke tidak demam tu sampaikan platlet saya turun ke paras yang terlalu kritikal - 15! Saya yang sememangnya bertekanan darah rendah, menjadi semakin rendah ketika demam ini. Apabila pakar di SMC menyuntik kapilari di tangan, darah memancut dengan lajunya sehingga menitik ke lantai. Akhirnya saya disuntik di lengan. 4 pek platlet dimasukkan ke badan, itu belum cerita bab sodium lagi. Nanti saya ceritakan pengalaman saya bertarung dengan demam denggi ini di pos yang lain.


Pagi hari Isnin tu, saya terlihat bintik-bintik merah di kaki Adam. Suhu badannya normal. Syak yang bukan-bukan. Saya ajak suami ke DEMC. Rupa-rupanya Adam kena jangkitan. Tinggallah kami di sana 4 hari. Diberikan nebulizer pada waktu tertentu tapi tidaklah sampai kena fisio. Salah satu penyebab - keturunan asma.


Masa itu, Adam tidak pernah menunjukkan tanda dada turun naik. Semput seperti adik saya - Awa semasa dia kecil dahulu. Tapi berbulan selepasnya, tak silap saya ada la 2-3 kali saya lihat dadanya turun naik. Semput. Heett.. heettt.. bunyinya seperti bunyi itik angsa.



Rawatan Sendiri


Dulu saya cukup risau jika batuk-batuk/Adam terlebih aktif je, Adam pasti semput. Entah bagaimana tergerak hati untuk bawa Adam buat terapi air setiap hujung minggu. Saya pernah mendengar yang terapi air dapat membuka rongga-rongga dada/peparunya dengan lebih besar. Membuatkannya bernafas lebih mudah.


Terapi air ni hanya dibuat di air terjun. Yang seronoknya bila melihat aksi Adam di air ni apabila kita ampu dadanya, dengan semulajadinya kaki dia akan terangkat. Kemudian kami akan menolaknya di atas air seolah-olah seperti sedang berenang. Daya apungan badannya cukup menarik perhatian.


Taman Rimba Teluk Bahang, Pulau Pinang (terapi yang entah kali ke berapa)


Cuba tengok daya apungan Adam di atas air tu


Kali pertama kami lakukannya, Mak risau jika pulang nanti dia akan semput. Malam pun datang & dia pun tidur dengan nyenyaknya. Jadi kami pergi lagi dan lagi ke air terjun.


Semput ni ada orang kata akan jadi bila panas atau terlampau sejuk. Tapi dalam kes Adam, semputnya tidak menentu. Lama-kelamaan, kejadian semput tu terus hilang. Paling akhir dia jadi semput adalah pada tahun lepas sekitar bulan Ogos. Itu pun di CH tanpa ventolin. Dia baik dengan izin Allah tanpa bantuan ubatan sehinggalah ke hari ini! Saya dengar ventolin ni ada juga kesan kepada pesakit, wallahu'alam.


**************************************************


Anak-anak saya jarang demam/selsema. Setahun mungkin dalam 4 kali. Anugerah Allah s.w.t. seperti susu ibu, alam & air terjun, saya manfaatkan sepenuhnya untuk mereka. Dengan harapan, mereka akan lebih menghargai alam dan suatu hari nanti mengenal dengan lebih dekat Pencipta mereka.


Kebanyakan orang memberikan pelbagai jenis petua. Petua paling utama di dunia ini adalah terapi zikir dan doa. Mohon semuanya dari Allah. Mohon Allah sentiasa memimpin dan tidak membiarkan kita sendirian. Rujuklah kepada Dia agar memberikan petunjuk yang terbaik untuk kita mengambil dan mengamalkan hanya yang terbaik dalam kehidupan seharian. Dalam mengambil keputusan yang kecil dan remeh sekali pun contohnya rawatan untuk orang yang pernah semput macam Adam & nak ambil/makan apa untuk menambahkan susu badan.

Kita semua milikNya!

Friday, April 25, 2008

Pagi Pecah, Petang Pun Pecah


Sebelah pagi semalam, Adam bermain di kabinet dapur seorang diri. Senyap je. Kalau senyap, sah ada projek mega. Mak dan kakak dia di depan sedang menonton TV, saya pula tengah melayan si kecil. Telinga saya ni terdengar-dengar juga bunyi seperti kaca bergeseran. Saya biarkan dulu. Lama-lama terfikir.. ehh bunyi macam kaca pecah ni..


Saya ke dapur. Rupanya Adam sedang mengutip sisa kaca yang telah pecah dari tudung bekas biskut. Ya Allah.. budak ni.. kata saya. "Dah.. jangan main lagi." Saya kutip kaca-kaca yang kecil tu dan buang ke dalam singki. Tangan dia berdarah juga tapi dia tidak menangis. Rasa marah juga tapi saya pendamkan dan tidak terus naik tangan. Cukuplah saya melihat lukanya tidak sebesar mana.


Syafiah suka jika saya berada di sisinya walau pun saya tidak bersuara. Dia tahu. Jika saya pergi jauh, dia akan berbunyi-bunyi seperti memanggil saya semula. Tapi dia tidak menangis. Sebelah petang ketika saya sedang menyusukannya... mak di dapur memanggil saya.


"Ela cuba hang mai sini.. tengok ni.."


Mak kata lagi selepas dia selesai solat Adam ada naik ke atas dan cuba memberitahunya sesuatu. Adam dengan Mak macam getah. Kawan baik. Bukan bermakna dia tidak manja dengan saya. Abang Nua pernah kata bahawa Adam ni anak semua orang disebabkan dia mudah melekat dengan orang lain yang menjadi pilihannya. True.. masa dia bayi memang dia menjadi perhatian ramai. Sekarang juga masih begitu.


"Maktok.. Adam bagi pecah toloq" tapi bunyinya tidak dapat ditangkap oleh mak terutamanya di bahagian 'toloq' tu. Bagi saya, susunan ayat Adam adalah amat lengkap. Saya juga tidak mengendahkan apa yang cuba diberitahunya kepada saya ketika dia turun ke bawah. Kata-kata dia macam dengar tak dengar sahaja.


Selepas itu, Mak pun turun ke bawah dan duduk di kerusi. Kemudian baru dia ke dapur.


Kali ini, Mak dapat menangkap apa yang Adam katakan. Rupanya dia telah memecahkan sebiji telur dari dalam peti ais. Kulitnya betul-betul di bawah pintu peti ais itu. Kelihatan seperti telah dilap lantainya.


Guess what he did? Dia telah mengelap lantai yang terkena telur tu dengan lampin kain adiknya yang saya letak di dalam bakul untuk dibasuh. Dia lap sehingga lekitan telur tu hilang. Bagus le tu.. tak yah nak lap lagi.. hehe




Kali ini saya tidak rasa marah tapi rasa quite impressed sebab budak sekecil itu tahu tanggungjawab untuk berkata benar tentang apa yang telah dilakukannya & telah juga melakukan sesuatu yang telah diajar sekiranya sesuatu tumpah ke atas lantai. Saya tidak mengatakan cara saya ajar itu benar.. wallahu'alam.


Hati kecil saya berkata.. alangkah benarnya jika kita berlembut tapi tegas dengannya seperti reaksi saya pada sebelah pagi semalam (tanpa memukul), anak itu dengan sendirinya akan terdidik untuk bercakap sekalipun dia melakukan kesalahan. Sungguh menginsafkan.



*************************************************



Petikan dalam buku Ust Zahazan Mohamed, Anakku Hebat Anakku Soleh, ms 26 :


"Hukuman yang dihadkan itu berada di antara amaran yang menakutkan anak untuk melakukannya dan hukuman yang menyebabkan masamnya muka anak itu kerana kesedihan yang amat sangat. Semua cara yang menghina dan menyebabkan luka yang parah dalam perasaan anak. Kadangkala menyebabkan anak menyimpannya lalu jadilah dia seorang yang panas baran, emosional dan sebagainya"



*************************************************



Di dalam hadis ada diceritakan seorang sahabat memukul hambanya kemudian dia terdengar suara Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Ketahuilah wahai Ab Mas'ud (pemukul), pukullah dia dengan cara yang patut (janganlah berlebih-lebihan)."


Apabila terdengar sahaja seruan Nabi s.a.w., sahabat yang memukul tadi berkata:


"Dia aku bebaskan kerana Allah."


Nabi bersabda:


"Jika engkau tidak melakukan begitu nescaya engkau akan dibakar api neraka."



*************************************************




Saya berdoa di hari Jumaat ini (moga diangkat doa ini) semoga anak-anak saya akan terus berkata benar dan menjadi anak-anak yang taat pada Allah hendaknya.
 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez