Showing posts with label Tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label Tarbiyah. Show all posts

Wednesday, May 12, 2010

Mak, saya WAJIB meninggalkan syubhat


Mak, saya amat² gerun dan sentap bila membaca tentang apakah peristiwa sebenar yang berlaku pada Hari Ibu pada masa² lalu. Saya bukan hanya mencari kebenaran itu di Wiki, mak... tapi juga di tempat² yang lain. Baca juga di sini.

The modern Mother's Day is celebrated on various days in many parts of the world, most commonly in May or in March/April, as a day to honour mothers and motherhood. In the UK and Ireland it follows the old traditions of Mothering Sunday, celebrated in March/April.



Mothering Sunday is a Christian festival celebrated throughout Europe. Secularly it became a celebration of motherhood.[1] It is increasingly being called Mother's Day, although in countries other than UK and Ireland that other holiday has other origins.[1] In the UK it is considered synonymous with Mother's Day as celebrated in other countries.

History

In the Roman religion the Hilaria festival was held in honour of the mother goddess Cybele and it took place during mid-March. As the Roman Empire and Europe converted to Christianity, this celebration became part of the liturgical calendar as Laetare Sunday, the fourth Sunday in Lent to honour the Virgin Mary and the "mother church"[2].

During the sixteenth century, people returned to their mother church for a service to be held on Laetare Sunday. This was either a large local church, or more often the nearest Cathedral.[1] Anyone who did this was commonly said to have gone "a-mothering", although whether this preceded the term Mothering Sunday is unclear. In later times, Mothering Sunday became a day when domestic servants were given a day off to visit their mothers and other family members. It was often the only time that whole families could gather together, since in other days they were prevented by conflicting working hours.

By the third decade of the twentieth century, the custom of keeping Mothering Sunday had tended to lapse in Europe.[2] It was revived through the influence of American and Canadian soldiers serving abroad during World War II, who celebrated Mother's Day on the second Sunday in May.[2] People from Ireland and the UK started celebrating Mother's Day again, but on the same day Mothering Sunday had been celebrated before it fell into disuse, the fourth Sunday in Lent.[2]

Mothering Sunday remains in the calendar of some Canadian Anglican churches, particularly those with strong English connections.


Mak, Nabi s.a.w. kita sendiri pernah pesan kat kita, mak. Tapi kita lupa. Nabi s.a.w. pesan antara 40 tanda akhir zaman antaranya:

UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI

Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".

Umat Islam yang mengikut jejak langkah apapun "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan orang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah SAW ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mere hanya meniru "cara hidup" Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

(H.R. MUSLIM)


Mak, masalahnya umat Islam hari ini cenderung untuk mengikut tanpa menyelidik faktanya. Mengikut buta². Tanpa sedar sebenarnya mereka, malah saya juga, telah terikut seperti orang² Nasara & Yahudi. Sedangkan dalam Islam itu telah terlalu indah. Ramai juga lupa pada perang saraf golongan Nasara sehinga merasakan, "Tak apalah. Sekadar satu hari". Lantas ia menjadi satu amalan yang tidak seorang pun akan merasa risau sekiranya melakukannya. Kenapa mesti Ahad? Kenapa tidak Jumaat? Bukankah Ahad hari istimewa untuk orang Nasara kerana mereka selalu ke gereja pada hari tersebut?

Dan dah pasti, mak, pasti ada yang tidak berkenan dengan tulisan ini kerana ramai di antara kita yang lebih suka mendengar sesuatu yang sesuai dengan pendapat dan pandangan kita. Saya mesti berkata benar sekali pun yang benar itu sukar untuk diterima.

Al-Baqara [2:42] : Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Maafkan saya, mak. Saya tak dapat mengucapkan Hari Ibu di blog ini lagi di masa akan datang. Saya WAJIB meninggalkan syubhat. Biarlah apa orang nak kata, mak, janji Allah swt tak marah pada saya atas benda yang tidak disukaiNya. Mak memang dah terlalu istimewa pada pandangan saya, malah tempat mak lebih istimewa di sisi Allah swt. Hari² adalah hari ibu. Dari hari Jumaat hinggalah hari Khamis. Bukan setakat hari Ahad minggu kedua bulan Mei.






Ya Allah... ampunkan kekhilafan hambaMu ini. Dan alhamdulillah, Engkau membimbing aku dari yang kabur ke arah cahaya.

Wednesday, July 30, 2008

Perjalanan istimewa Israk Mikraj


i

Hari ini, 27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj - perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsake Sidratil Muntaha di langit ketujuh.

Firman Allah bermaksud: "Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra', ayat 1)

Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.

Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawadan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama. Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa.

Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.

Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah bermaksud: "Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha." Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya."

Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah disitu yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.

"Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." - (Surah an-Najm, ayat 13-18).

Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui.

Jibril menjawab: "Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga."

Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun,pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.

Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.

Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah.

Apabila puteri itu mendengar perkataan "Allah", dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah."

Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah.

Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyita. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.

Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran."

Dari sumber yang lain, dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW, bersabda:
“Ada empat orang yang pandai bercakap semasa kecil, iaitu anak Masyitah, zaman Firaun, anak yang menjadi saksi Nabi Yusuf (bersama Zulaikha) sahabat Juraij (yang dituduh anaknya) dan Isa bin Maryam.”

Masyitah dan keluarganya mati mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun itu tidak lain tidak bukan juga seorang hamba kepada Allah swt.



------------------------------



Dua Golongan yang Akan Menjadi Penghuni Neraka

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

(H.R. Muslim)


Keterangan:

Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.



Kata aku:

Wahai PENGUASA,
Lupakah kamu pada Tuhan? Menahan manusia lain tanpa bicara malah dirinya dipukul, ditelanjangkan serta dimalukan. Hukuman rimba mana yang kamu pakai? Tidak malukah kamu mengaku kamu itu orang Islam? Cuba kamu lihat mereka² ini, apakah salah mereka... bagaimana nasib isteri dan anak² mereka? Apakah hati kamu penuh benci dan tiada perikemanusiaan? LUPAKAH KAMU PADA ALLAH YANG LEBIH BERKUASA DARI KAMU? Lupakah kamu udara yang kamu sedut percuma itu datang dari siapa?


Wahai WANITA,
Islam sendiri mengangkat martabatmu dari liang² jahiliyyah itu. Kenapa masih ingkar? Kenapa tidak mahu menutup maruah dirimu? Apakah sehingga mata kian tertutup? Apakah bilamana kain putih menutup seluruh wajahmu? Kenapakah tidak mahu menundukkan wajahmu?

Mahu apa lagi wahai wanita yang beruntung? Rasulullah saw sendiri telah bersabda dalam 40 hadis akhir zaman itu. Gembirakah engkau berbuat sesuatu menurut nafsu hatimu? Bahagiakah engkau? Atau alpakah engkau tentang bala yang bakal menanti? Masih adakah seseorang seperti Masyitah lagi di zaman ini?

Oh Tuhanku Yang Maha Berkuasa... kupohon padaMu agar zuriat dan keturunanku agar mereka dilindungi dan dibimbing Engkau ke jalan yang lurus, teguh dan peliharalah iman mereka, bimbinglah mereka bagi menjalani kehidupan sebenar sebagai orang² Muslim yang Mukmin, pasangkanlah mereka dengan pemuda/pemudi yang Mukmin, ya Allah... ameen ya Rabbal 'Alamin...
i

Wednesday, July 2, 2008

Self-Examine : Egocentric


There's once, a closed friend came to me and said:

"Macam tak percaya dah 3 tahun aku berkawan dengan insan serumit diri hang"

And she's not the only one! If you see me for the first time, you might say something like "Sombong""Unfriendly""Pendiam""Tak banyak cakap" (indeed, I don't talk much! Unless you're my family members or my best friends).

JS comments really inspires me to jot down something about 'egocentric'. I should thank him for this. Instead of being defensive, it's really make me eager to search for the meaning, which leads me to understand more about myself.

Egocentrism:

The term derives from the Greek egô, meaning "I." An egocentric person has no theory of mind, cannot "put himself in other people's shoes," and believes everyone sees what he sees (or that what he sees in some way exceeds what others see.)

Source



From The American Heritage® Dictionary of the English Language, Fourth Edition copyright ©2000 by Houghton Mifflin Company. Updated in 2003. Published by Houghton Mifflin Company:

1. Holding the view that the ego is the center, object, and norm of all experience.
a. Confined in attitude or interest to one's own needs or affairs.
b. Caring only about oneself; selfish.

2. Philosophy
a. Viewed or perceived from one's own mind as a center.
b. Taking one's own self as the starting point in a philosophical system.

The Human Mind Is Naturally Prone To the Following Egocentric Tendencies

Egocentric memory (the natural tendency to "forget" evidence and information which does not support our thinking and to "remember" evidence and information which does)

Egocentric myopia (the natural tendency to think absolutistically within an overly narrow point of view)

Egocentric infallibility (the natural tendency to think that our beliefs are true because we believe them)

Egocentric righteousness (the natural tendency to feel superior in the light of our confidence that we are in the possession of THE TRUTH)

Egocentric hypocrisy (the natural tendency to ignore flagrant inconsistencies between what we profess to believe and the actual beliefs our behavior imply, or inconsistencies between the standards to which we hold ourselves and those to which we expect others to adhere)

Egocentric oversimplification (the natural tendency to ignore real and important complexities in the world in favor of simplistic notions when consideration of those complexities would require us to modify our beliefs or values)

Egocentric blindness (the natural tendency not to notice facts or evidence which contradict our favored beliefs or values)

Egocentric immediacy (the natural tendency to over-generalize immediate feelings and experiences--so that when one event in our life is highly favorable or unfavorable, all of life seems favorable or unfavorable as well)

Egocentric absurdity (the natural tendency to fail to notice thinking which has "absurd" consequences, when noticing them would force us to rethink our position)


When I read a part of the Kitab Tajul Muluk, about the secret of birthday & women's attitude, I found the followings, which can be related to the post title:

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.


Let me self-examine:
- Jujur - yes. Just like my reply..
- Tidak mudah mengelabah atau panik - yes.
- Berhati-hati - not all the time.
- Tidak mudah mengalah - yes.
- Pandai menjaga diri dan pergaulan - yes.
- Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya - I don't know, you tell me.
- Mudah memberi pertolongan - yes.
- Cergas - yes... as I said, I love any kind of sports.
- Berusaha kuat - yes.
- Teliti - yes... associated with perfection, isn't it?
- Pandai menguruskan kewangan - yes, most of the time but there'll be a time that I will shop a lot!
- Jika marah berapi-api & menakutkan, jarang mengaku kalah dalam pertengkaran - no doubt. It's not easy to see the dark side of me as I prefer to stay calm. Dulu-dulu ye la, sinis & memedihkan telinga (dan juga hati).. It'll happen now once a while!

*I don't want to comment on the last two lines...:P*

There's a lot more to improve in life. Everybody has their bad side story. This egocentric thing can be tolerated at the right place and at the right time. Most of the time, sabar menjadi penawar yang paling manis. Furthermore, as the time passed by, our hormone changes. We can adapt ourselves to our surroundings maturely. Sometimes we might strike back, sometimes we'd be calm, quiet and just let it be.

Allah will test us, perhaps everyday, small and sometimes suddenly with a big test. We might feel it's unfair as we'll feel that we're right (caring only about ourselves) but with the guidelines to the straight path, we'd understand that, "Kadangkala yang dirasakan baik bagi kamu, sebenarnya tidak disukai Allah dan begitu juga sebaliknya." Bare in mind, we're not perfect and not always right!

As a human made by Allah swt, we should set in mind that we've to adhere to the Islamic guidelines. It's simple and beautiful. Sometimes it's hard to follow, but once you follow, you'll feel like "lapang dada" and "betapa manisnya iman". Subhanallah.


EH... BUKANKAH MANA-MANA AHLI POLITIK MALAYSIA JUGA BERSIKAP 'EGOCENTRIC'?

Tuesday, July 1, 2008

Tangan Yang Menghayun Buaian


Sejak 'tsunami' berlaku hari Ahad lepas, saya hilang idea langsung nak kemaskini blog ini. Saya asyik membaca dan menganalisis sendiri apa yang sedang terjadi. Kelangsungan itu, template juga saya ubah... korang tahu la bila dah boring-boring ni, semua benda nak digodek.

Sampai ke blog title pun saya ubah sekali dari Ela's Blog ke Tangan Yang Menghayun Buaian. Sesuai beno ler dengan gambar tangan orang yang tengah dok goncang dunia tu. Cumanya yang goncang dunia tu tangan lelaki. Mungkinkah Adam atau adik-adik lelakinya pada suatu hari nanti?

Dan akhirnya saya mendapat pening kepala di sebelah kanan. Pening dan sakit kepala ni amat berlainan maksudnya dalam terma perubatan. Begitu juga dengan migrain. Akhirnya juga hari ini, hanya suami seorang membawa Syafiah ke hospital untuk memenuhi appointment dengan paed for neuro development. Teringin sangat nak ke sana sebenarnya tapi saya fikir kalau saya pening kepala dan menunggu, lagi teruk la sakit kepala saya ni. Huh... alasan! Update blog boleh pulak. Hahaha...

"Berikan aku seorang wanita yang sekadar menghayun buaian, insya Allah aku tak akan meletakkan mereka di ceruk-ceruk dapur, kerana tangan kananya yang menghayun buaian, tangan kirinya mampu menggoncangkan dunia"
- Presiden Sukarno (Indonesia).
Ibarat kata hikmah Presiden Sukarno tadi, tidak pernahkah kita terfikir bahawa ketika tangan kiri si ibu lincah memetik komputer, menyelesaikan segala tugasan kemasyarakatan, dalam masa yang sama, tangan kanannya begitu sibuk memenuhi kehendak keluarga dan tanggungjawab.


Wanita di Zaman Jahiliyah

An Nahl: 58-59 :Dan apabila seorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran anak perempuan, merah padamlah mukanya dan dia sangat marah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah. Alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.

Islam Menyanjung Martabat Wanita

Al-Hujraat : 13 : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

An Nahl : 97 : Barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan kami beri balasan pula kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

Cita-Cita Musuh-Musuh Islam untuk Merampas Kehormatan Wanita

Dalil kesamarataan posisi dan tanggungjawab antara lelaki dan wanita telah semarak di panggung modernisasi masa kini. Sebagai peluang buat musuh-musuh Islam dari kaum wanita dan aktivis perempuan anti Islam untuk menyebarkan pandangan-pandangan sesat. Kesamarataan hak lelaki dan wanita adalah sebagai propaganda yang tiada henti ditanam di benak-benak wanita Islam. Wanita-wanita muslimah yang menjaga kehormatannya dan kesuciannya dengan tinggal di rumah adalah wanita-wanita yang menganggur dan ketinggalan. Menutup aurat dengan jilbab atau tudung atau menegakkan hijab (pembatas) kepada yang bukan mahramnya, dikatakan sebagai tindakan jumud (kaku) dan penghambat kemajuan budaya.

Ketahuilah wahai muslimah! Suara-suara sumbang yang penuh kepalsuan dari musuh-musuh Allah subhanahu wata’ala itu merupakan kepanjangan lidah dari syaitan.

Al A’raf : 27 : Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaithan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapak kalian dari jannah, ia menanggalkan dari kedua pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya.

Peranan Wanita dalam Rumah Tangga

Telah termaktub dalam Al Qur’an sebagai petunjuk bagi umat manusia yang datang dari Rabbull Alamin Allah Yang Maha Memiliki Hikmah:

Al Ahzab: 33 : Dan tetaplah kalian (kaum wanita) tinggal di rumah-rumah kalian.
Maha benar Allah subhanahu wata’ala dalam segala firman-Nya, posisi wanita sebagai isteri atau ibu rumah tangga memiliki erti yang sangat penting, bahkan dia merupakan salah satu tiang penegak kehidupan keluarga dan termasuk berperanan utama dalam mencetak “tokoh-tokoh besar”. Sehingga tepat sekali ungkapan: “Di sebalik setiap orang besar ada seorang wanita yang mengasuh dan mendidiknya.”

Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin rahimahullah berkta: “Penambahbaikan masyarakat dapat dilakukan dengan dua cara:

Pertama: secara zahir, di pasar-pasar, di masjid-masjid dan selainnya dari perkara-perkara zahir. Ini didominasi oleh lelaki kerana merekalah yang bisa tampil di depan umum.

Kedua: penambahbaikan masyarakat dilakukan yang di rumah-rumah, secara umum hal ini merupakan tanggung jawab kaum wanita. Kerana merekalah yang sangat berperan sebagai pengatur dalam rumahnya.

Al-Ahzab : 33 : Tetaplah kalian tinggal di dalam rumah-rumah kalian dan janganlah bertabarruj (berpenampilan) sebagaimana penampilannya orang-orang jahiliyah yang pertama. Tegakkanlah solat, tunaikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah hanyalah berkehendak untuk menghilangkan dosa-dosa kalian wahai Ahlul bait dan mensucikan kalian dengan sebersih-bersihnya.
Dua sebab wanita berperanan besar dalam masyarakat:

1. Kaum wanita jumlahnya sama dengan kaum lelaki bahkan lebih banyak, yakni keturunan Adam majoritinya wanita sebagamana hal ini ditunjukkan oleh As Sunnah An Nabawiyah. Akan tetapi hal itu tentunya berbeza antara satu negeri dengan negeri lain, satu zaman dengan zaman lain. Terkadang di suatu negeri jumlah kaum wanita lebih dominan dari pada jumlah lelaki atau sebaliknya… Apapun keadaannya wanita memiliki peranan yang sangat besar dalam memperbaiki masyarakat.

2. Tumbuh dan berkembangnya satu generasi pada awalnya berada di bawah asuhan wanita. Atas dasar ini sangat jelaslah bahawa tentang kewajipan wanita dalam memperbaiki masyarakat. (Daurul Mar’ah Fi Ishlahil Mujtama’)


Pekerjaan Wanita di dalam Rumah

Beberapa pekerjaan wanita yang biasa dilakukan di dalam rumah:

1. Beribadah kepada Allah subhanahu wata’ala. Tinggalnya ia di dalam rumah merupakan alternatif terbaik karena memang itu perintah dari Allah subhanahu wata’ala dan dapat beribadah dengan tenang.

2. Wanita berperanan memberikan ketenangan/ketenteraman bagi suami. Namun ia tidak akan wujud kecuali ia melakukan beberapa hal berikut ini:

- Taat sempurna kepada suaminya dalam perkara yang bukan maksiat bahkan lebih utama daripada melakukan ibadah-ibadah sunnah.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لاَ يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُوْمَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذْنِهِ

“Tidak boleh seorang wanita puasa (sunnah) sementara suaminya ada di tempat kecuali setelah mendapat izin suaminya.” (Muttafaqun ‘alaihi)
Al Hafidz Ibnu Hajar berkata: “Hadis ini menunjukkan lebih ditekankan kepada isteri untuk memenuhi hak suami daripada mengerjakan kebajikan yang hukumnya sunnah. Kerana hak suami itu wajib sementara menunaikan kewajipan lebih didahulukan daripada menunaikan perkara yang sunnah.’ (Fathul Bari 9/356)

- Menjaga rahsia suami dan kehormatannya dan juga menjaga kehormatan ia sendiri di saat suaminya tidak ada di sisi. Sehingga menumbuhkan kepercayaan suami secara penuh terhadapnya.

- Menjaga harta suami.

Rasulullah bersabda:

خَيْرُ نِسَاءٍ رَكِبْنَ الإِبِلَ صَالِحُ نِسَاءِ قُرَيْشٍ : أَحْنَاهُ عَلَى وَلَدٍ فِي صِغَرِهِ، وَأَرْعَاهُ عَلَى زَوْجٍ فِي ذَاتِ يَدِهِ

“Sebaik-baik wanita penunggang unta, adalah wanita yang baik dari kalangan quraisy yang penuh kasih sayang terhadap anaknya dan sangat menjaga apa yang dimiliki oleh suami.” (Muttafaqun ‘alaihi)
- Mengatur rekabentuk dalaman rumah tangga dengan rapi, bersih sehingga tampak menyejukkan pandangan.

3. Mendidik anak yang merupakan salah satu tugas yang termulia untuk mempersiapkan sebuah generasi yang handal dan diredhai oleh Allah subhanahu wata’ala.


Adab Keluar Rumah

Allah subhanahu wata’ala Yang Maha Mengetahui tentang kemaslahatan (kebaikan) hambanya di dunia mahupun di akhirat iaitu kewajipan wanita untuk tetap tinggal di rumah. Namun bila ada kepentingan, diperbolehkan baginya keluar rumah untuk memenuhi kehendaknya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

قَدْ أَذِنَ لَكُنَّ أَنْ تَخْرُجْنَ لِحَوَائِجِكُنَّ

“Allah telah mengizinkan kalian untuk keluar rumah bagi menunaikan hajat kalian.” (Muttafaqun ‘alahi)
Antara nasihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang lainnya:

“Wanita itu adalah aurat maka bila ia keluar rumah syaitan menyambutnya.” (HR. At Tirmidzi, shahih lihat Al Irwa’ no. 273 dan Shahihul Musnad 2/36)
Sehingga wajib baginya ketika hendak keluar harus dititikberatkan adab yang telah disyariatkan oleh Allah subhanahu wata’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu:

a. Memakai jilbab yang syar’i sebagaimana dalam surat Al Ahzab: 59.
b. Atas izin dari suaminya, bila ia sudah menikah.
c. Tidak boleh bersafar kecuali dengan mahramnya. (HR. Muslim no. 1341)
d. Menundukkan pandangan. (An Nur: 31)
e. Berbicara dengan wajar tanpa mendayu-dayu (melembut-lembutkan). (Al Ahzab: 32)
f. Tidak boleh melenggang-lenggok ketika berjalan.
g. Hindari memakai wangian. (Al Jami’ush Shahih: 4/311)
h. Tidak boleh menghentakkan kaki ketika berjalan agar diketahui perhiasannya. (An Nur: 31)
i. Tidak boleh ikhtilath (campur baur) antara lawan jenis. (Lihat Shahih Al Bukhari no. 870)
j. Tidak boleh khalwat (menyepi dengan lelaki lain yang bukan mahram) (Lihat Shahih Muslim 2/978).


Hukum Wanita Kerja di Luar Rumah

Allah menciptakan bentuk fizikal dan tabiat wanita berbeza dengan lelaki. Kaum lelaki diberikan kelebihan oleh Allah subhanahu wata’ala baik fizikal mahupun mental atas kaum wanita sehingga kaum lelaki lebih layak sebagai pemimpin atas kaum wanita.

An Nisa’: 35 : Kaum lelaki itu adalah sebagai pemimpin (pelindung) bagi kaum wanita.
Sehingga secara asal nafkah bagi keluarga itu tanggug jawab kaum lelaki. Asy syaikh Ibnu Baaz berkata: “Islam menetapkan masing-masing dari suami istri memiliki kewajipan yang khusus agar keduanya menjalankan peranannya, hingga sempurnalah bangunan masyarakat di dalam dan di luar rumah. Suami berkewajipan mencari nafkah dan rezeki sedangkan isteri berkewajipan mendidik anak-anaknya, memberikan kasih sayang, menyusui dan mengasuh mereka serta tugas-tugas lain yang sesuai baginya, mengajar anak-anak perempuan, mengurusi sekolah mereka, dan mengubati mereka serta pekerjaan lain yang khusus bagi kaum wanita. Bila wanita sampai meninggalkan kewajipan dalam rumahnya bererti ia mensia-siakan rumah berserta penghuninya. (Khatharu Musyarakatil Mar’ah lir Rijal fil Maidanil amal, hal. 5)

Dalam keadaan tertentu, boleh baginya keluar rumah untuk bekerja, tentunya ia harus memperhatikan adab-adab keluar rumah sehingga tetap terjaga iffah (kemulian dan kesucian) harga dirinya.


Wanita adalah Sumber Segala Fitnah

Bila wanita sudah keluar batas dari kudratnya kerana melanggar hukum-hukum Allah subhanahu wata’ala. Keluar dari rumah untuk bekerja, belajar, dan berkarya. Bercampur baur dengan laki-laki tanpa hijab, membuka auratnya (tanpa berjilbab), tabarruj (berpenampilan ala jahiliyah) dan komunikasi antara lelaki dan wanita dengan sebebas-bebasnya akan mengakibatkan api fitnah menyala.

Bila fitnah wanita telah menyala, ia merupakan inti dari tersebarnya segala fitnah-fitnah yang lainnya.

Ali Imran : 14 : Dijadikan indah pada (pandangan) manusia untuk condong kepada syahwat, yaitu wanita-wanita, anak-anak dan harta yang banyak.
Al Hafizh Ibnu Hajar berkata: “Sesunggunya fitnah wanita merupakan fitnah yang terbesar dari selainnya …, kerana Allah menjadikan para wanita itu sebagai sumber segala syahwat. Dan Allah meletakkan para wanita (dalam bahagian syahwat) pada point pertama (dalam ayat di atas) sebelum yang lainnya, mengisyaratkan bahawa asal dari segala syahwat adalah wanita.” (Nashihati Linnisaa’i: 114)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضْرَةٌ وَإِنَّ اللهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيْهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُوْنَ فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَ اتَّقُوا النِّسَاءَ فَإنَّ أَوَّلِ فِتْنَةِ بَنِيْ إِسْرَائِيْلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah subhanahu wata’ala menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kepada (fitnah) dunia dan takutlah kepada (fitnah) wanita, kerana sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Isra’il dari wanitanya.” (HR. Muslim)
Setelah mengetahui hak dan tanggungjawab wanita sedemikian rupa, rapi diatur oleh Islam, apakah boleh dikatakan sebagai wanita Islam itu kuno dan ketinggalan?


Hadis-hadis Dhaif (Lemah) atau Palsu yang Tersebar di Kalangan Ummat

اُطْلُبُوْا العِلْمَ وَ لَوْ بِالصِّيْنِ

“Tuntutlah Ilmu walau sampai ke negeri Cina.”
Keterangan:

Hadis ini adalah bathil, diriwayatkan oleh Ibnu ‘Adiy, Abu Nu’aim, Al Khotib, Al Baihaqi, dan sebagainya. Hadis ini dikritik oleh para ulama seperti Al Imam Al Bukhori, Ahmad, An Nasa’i, Abu Hatim, Ibnu Hibban, Al Khotib, dan sebagainya. Perawi-perawi hadis ini lemah (dho’if). (Lihat Adh Dhoi’fah No.416)

(Sumber: http://www.assalafy.org/al-ilmu.php?tahun3=8)


Duhhh.... berat sebenarnya tanggungjawab wanita ini dan saya amat bersyukur kerana dimuliakan di dalam Islam. Saya hanya memohon agar Allah swt memberkati saya yang tinggal di rumah. Moga dengan keikhlasan ini dapat membawa saya dan keluarga ke syurga. Saya juga berharap bahawa kami sekeluarga mati dalam keadaan syahid memperjuangkan agama Allah ini....

Friday, April 25, 2008

Pagi Pecah, Petang Pun Pecah


Sebelah pagi semalam, Adam bermain di kabinet dapur seorang diri. Senyap je. Kalau senyap, sah ada projek mega. Mak dan kakak dia di depan sedang menonton TV, saya pula tengah melayan si kecil. Telinga saya ni terdengar-dengar juga bunyi seperti kaca bergeseran. Saya biarkan dulu. Lama-lama terfikir.. ehh bunyi macam kaca pecah ni..


Saya ke dapur. Rupanya Adam sedang mengutip sisa kaca yang telah pecah dari tudung bekas biskut. Ya Allah.. budak ni.. kata saya. "Dah.. jangan main lagi." Saya kutip kaca-kaca yang kecil tu dan buang ke dalam singki. Tangan dia berdarah juga tapi dia tidak menangis. Rasa marah juga tapi saya pendamkan dan tidak terus naik tangan. Cukuplah saya melihat lukanya tidak sebesar mana.


Syafiah suka jika saya berada di sisinya walau pun saya tidak bersuara. Dia tahu. Jika saya pergi jauh, dia akan berbunyi-bunyi seperti memanggil saya semula. Tapi dia tidak menangis. Sebelah petang ketika saya sedang menyusukannya... mak di dapur memanggil saya.


"Ela cuba hang mai sini.. tengok ni.."


Mak kata lagi selepas dia selesai solat Adam ada naik ke atas dan cuba memberitahunya sesuatu. Adam dengan Mak macam getah. Kawan baik. Bukan bermakna dia tidak manja dengan saya. Abang Nua pernah kata bahawa Adam ni anak semua orang disebabkan dia mudah melekat dengan orang lain yang menjadi pilihannya. True.. masa dia bayi memang dia menjadi perhatian ramai. Sekarang juga masih begitu.


"Maktok.. Adam bagi pecah toloq" tapi bunyinya tidak dapat ditangkap oleh mak terutamanya di bahagian 'toloq' tu. Bagi saya, susunan ayat Adam adalah amat lengkap. Saya juga tidak mengendahkan apa yang cuba diberitahunya kepada saya ketika dia turun ke bawah. Kata-kata dia macam dengar tak dengar sahaja.


Selepas itu, Mak pun turun ke bawah dan duduk di kerusi. Kemudian baru dia ke dapur.


Kali ini, Mak dapat menangkap apa yang Adam katakan. Rupanya dia telah memecahkan sebiji telur dari dalam peti ais. Kulitnya betul-betul di bawah pintu peti ais itu. Kelihatan seperti telah dilap lantainya.


Guess what he did? Dia telah mengelap lantai yang terkena telur tu dengan lampin kain adiknya yang saya letak di dalam bakul untuk dibasuh. Dia lap sehingga lekitan telur tu hilang. Bagus le tu.. tak yah nak lap lagi.. hehe




Kali ini saya tidak rasa marah tapi rasa quite impressed sebab budak sekecil itu tahu tanggungjawab untuk berkata benar tentang apa yang telah dilakukannya & telah juga melakukan sesuatu yang telah diajar sekiranya sesuatu tumpah ke atas lantai. Saya tidak mengatakan cara saya ajar itu benar.. wallahu'alam.


Hati kecil saya berkata.. alangkah benarnya jika kita berlembut tapi tegas dengannya seperti reaksi saya pada sebelah pagi semalam (tanpa memukul), anak itu dengan sendirinya akan terdidik untuk bercakap sekalipun dia melakukan kesalahan. Sungguh menginsafkan.



*************************************************



Petikan dalam buku Ust Zahazan Mohamed, Anakku Hebat Anakku Soleh, ms 26 :


"Hukuman yang dihadkan itu berada di antara amaran yang menakutkan anak untuk melakukannya dan hukuman yang menyebabkan masamnya muka anak itu kerana kesedihan yang amat sangat. Semua cara yang menghina dan menyebabkan luka yang parah dalam perasaan anak. Kadangkala menyebabkan anak menyimpannya lalu jadilah dia seorang yang panas baran, emosional dan sebagainya"



*************************************************



Di dalam hadis ada diceritakan seorang sahabat memukul hambanya kemudian dia terdengar suara Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Ketahuilah wahai Ab Mas'ud (pemukul), pukullah dia dengan cara yang patut (janganlah berlebih-lebihan)."


Apabila terdengar sahaja seruan Nabi s.a.w., sahabat yang memukul tadi berkata:


"Dia aku bebaskan kerana Allah."


Nabi bersabda:


"Jika engkau tidak melakukan begitu nescaya engkau akan dibakar api neraka."



*************************************************




Saya berdoa di hari Jumaat ini (moga diangkat doa ini) semoga anak-anak saya akan terus berkata benar dan menjadi anak-anak yang taat pada Allah hendaknya.
 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez