Sejak 'tsunami' berlaku hari Ahad lepas, saya hilang idea langsung nak kemaskini blog ini. Saya asyik membaca dan menganalisis sendiri apa yang sedang terjadi. Kelangsungan itu, template juga saya ubah... korang tahu la bila dah boring-boring ni, semua benda nak digodek.
Sampai ke blog title pun saya ubah sekali dari Ela's Blog ke Tangan Yang Menghayun Buaian. Sesuai beno ler dengan gambar tangan orang yang tengah dok goncang dunia tu. Cumanya yang goncang dunia tu tangan lelaki. Mungkinkah Adam atau adik-adik lelakinya pada suatu hari nanti?
Dan akhirnya saya mendapat pening kepala di sebelah kanan. Pening dan sakit kepala ni amat berlainan maksudnya dalam terma perubatan. Begitu juga dengan migrain. Akhirnya juga hari ini, hanya suami seorang membawa Syafiah ke hospital untuk memenuhi appointment dengan paed for neuro development. Teringin sangat nak ke sana sebenarnya tapi saya fikir kalau saya pening kepala dan menunggu, lagi teruk la sakit kepala saya ni. Huh... alasan! Update blog boleh pulak. Hahaha...
Wanita di Zaman Jahiliyah
Islam Menyanjung Martabat Wanita
Cita-Cita Musuh-Musuh Islam untuk Merampas Kehormatan Wanita
Dalil kesamarataan posisi dan tanggungjawab antara lelaki dan wanita telah semarak di panggung modernisasi masa kini. Sebagai peluang buat musuh-musuh Islam dari kaum wanita dan aktivis perempuan anti Islam untuk menyebarkan pandangan-pandangan sesat. Kesamarataan hak lelaki dan wanita adalah sebagai propaganda yang tiada henti ditanam di benak-benak wanita Islam. Wanita-wanita muslimah yang menjaga kehormatannya dan kesuciannya dengan tinggal di rumah adalah wanita-wanita yang menganggur dan ketinggalan. Menutup aurat dengan jilbab atau tudung atau menegakkan hijab (pembatas) kepada yang bukan mahramnya, dikatakan sebagai tindakan jumud (kaku) dan penghambat kemajuan budaya.
Ketahuilah wahai muslimah! Suara-suara sumbang yang penuh kepalsuan dari musuh-musuh Allah subhanahu wata’ala itu merupakan kepanjangan lidah dari syaitan.
Peranan Wanita dalam Rumah Tangga
Telah termaktub dalam Al Qur’an sebagai petunjuk bagi umat manusia yang datang dari Rabbull Alamin Allah Yang Maha Memiliki Hikmah:
Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin rahimahullah berkta: “Penambahbaikan masyarakat dapat dilakukan dengan dua cara:
Pertama: secara zahir, di pasar-pasar, di masjid-masjid dan selainnya dari perkara-perkara zahir. Ini didominasi oleh lelaki kerana merekalah yang bisa tampil di depan umum.
Kedua: penambahbaikan masyarakat dilakukan yang di rumah-rumah, secara umum hal ini merupakan tanggung jawab kaum wanita. Kerana merekalah yang sangat berperan sebagai pengatur dalam rumahnya.
1. Kaum wanita jumlahnya sama dengan kaum lelaki bahkan lebih banyak, yakni keturunan Adam majoritinya wanita sebagamana hal ini ditunjukkan oleh As Sunnah An Nabawiyah. Akan tetapi hal itu tentunya berbeza antara satu negeri dengan negeri lain, satu zaman dengan zaman lain. Terkadang di suatu negeri jumlah kaum wanita lebih dominan dari pada jumlah lelaki atau sebaliknya… Apapun keadaannya wanita memiliki peranan yang sangat besar dalam memperbaiki masyarakat.
2. Tumbuh dan berkembangnya satu generasi pada awalnya berada di bawah asuhan wanita. Atas dasar ini sangat jelaslah bahawa tentang kewajipan wanita dalam memperbaiki masyarakat. (Daurul Mar’ah Fi Ishlahil Mujtama’)
Pekerjaan Wanita di dalam Rumah
Beberapa pekerjaan wanita yang biasa dilakukan di dalam rumah:
1. Beribadah kepada Allah subhanahu wata’ala. Tinggalnya ia di dalam rumah merupakan alternatif terbaik karena memang itu perintah dari Allah subhanahu wata’ala dan dapat beribadah dengan tenang.
2. Wanita berperanan memberikan ketenangan/ketenteraman bagi suami. Namun ia tidak akan wujud kecuali ia melakukan beberapa hal berikut ini:
- Taat sempurna kepada suaminya dalam perkara yang bukan maksiat bahkan lebih utama daripada melakukan ibadah-ibadah sunnah.
- Menjaga rahsia suami dan kehormatannya dan juga menjaga kehormatan ia sendiri di saat suaminya tidak ada di sisi. Sehingga menumbuhkan kepercayaan suami secara penuh terhadapnya.
- Menjaga harta suami.
3. Mendidik anak yang merupakan salah satu tugas yang termulia untuk mempersiapkan sebuah generasi yang handal dan diredhai oleh Allah subhanahu wata’ala.
Adab Keluar Rumah
Allah subhanahu wata’ala Yang Maha Mengetahui tentang kemaslahatan (kebaikan) hambanya di dunia mahupun di akhirat iaitu kewajipan wanita untuk tetap tinggal di rumah. Namun bila ada kepentingan, diperbolehkan baginya keluar rumah untuk memenuhi kehendaknya.
a. Memakai jilbab yang syar’i sebagaimana dalam surat Al Ahzab: 59.
b. Atas izin dari suaminya, bila ia sudah menikah.
c. Tidak boleh bersafar kecuali dengan mahramnya. (HR. Muslim no. 1341)
d. Menundukkan pandangan. (An Nur: 31)
e. Berbicara dengan wajar tanpa mendayu-dayu (melembut-lembutkan). (Al Ahzab: 32)
f. Tidak boleh melenggang-lenggok ketika berjalan.
g. Hindari memakai wangian. (Al Jami’ush Shahih: 4/311)
h. Tidak boleh menghentakkan kaki ketika berjalan agar diketahui perhiasannya. (An Nur: 31)
i. Tidak boleh ikhtilath (campur baur) antara lawan jenis. (Lihat Shahih Al Bukhari no. 870)
j. Tidak boleh khalwat (menyepi dengan lelaki lain yang bukan mahram) (Lihat Shahih Muslim 2/978).
Hukum Wanita Kerja di Luar Rumah
Allah menciptakan bentuk fizikal dan tabiat wanita berbeza dengan lelaki. Kaum lelaki diberikan kelebihan oleh Allah subhanahu wata’ala baik fizikal mahupun mental atas kaum wanita sehingga kaum lelaki lebih layak sebagai pemimpin atas kaum wanita.
Dalam keadaan tertentu, boleh baginya keluar rumah untuk bekerja, tentunya ia harus memperhatikan adab-adab keluar rumah sehingga tetap terjaga iffah (kemulian dan kesucian) harga dirinya.
Wanita adalah Sumber Segala Fitnah
Bila wanita sudah keluar batas dari kudratnya kerana melanggar hukum-hukum Allah subhanahu wata’ala. Keluar dari rumah untuk bekerja, belajar, dan berkarya. Bercampur baur dengan laki-laki tanpa hijab, membuka auratnya (tanpa berjilbab), tabarruj (berpenampilan ala jahiliyah) dan komunikasi antara lelaki dan wanita dengan sebebas-bebasnya akan mengakibatkan api fitnah menyala.
Bila fitnah wanita telah menyala, ia merupakan inti dari tersebarnya segala fitnah-fitnah yang lainnya.
Hadis-hadis Dhaif (Lemah) atau Palsu yang Tersebar di Kalangan Ummat
Hadis ini adalah bathil, diriwayatkan oleh Ibnu ‘Adiy, Abu Nu’aim, Al Khotib, Al Baihaqi, dan sebagainya. Hadis ini dikritik oleh para ulama seperti Al Imam Al Bukhori, Ahmad, An Nasa’i, Abu Hatim, Ibnu Hibban, Al Khotib, dan sebagainya. Perawi-perawi hadis ini lemah (dho’if). (Lihat Adh Dhoi’fah No.416)
(Sumber: http://www.assalafy.org/al-ilmu.php?tahun3=8)
Duhhh.... berat sebenarnya tanggungjawab wanita ini dan saya amat bersyukur kerana dimuliakan di dalam Islam. Saya hanya memohon agar Allah swt memberkati saya yang tinggal di rumah. Moga dengan keikhlasan ini dapat membawa saya dan keluarga ke syurga. Saya juga berharap bahawa kami sekeluarga mati dalam keadaan syahid memperjuangkan agama Allah ini....

"Berikan aku seorang wanita yang sekadar menghayun buaian, insya Allah aku tak akan meletakkan mereka di ceruk-ceruk dapur, kerana tangan kananya yang menghayun buaian, tangan kirinya mampu menggoncangkan dunia"Ibarat kata hikmah Presiden Sukarno tadi, tidak pernahkah kita terfikir bahawa ketika tangan kiri si ibu lincah memetik komputer, menyelesaikan segala tugasan kemasyarakatan, dalam masa yang sama, tangan kanannya begitu sibuk memenuhi kehendak keluarga dan tanggungjawab.
- Presiden Sukarno (Indonesia).
Wanita di Zaman Jahiliyah
An Nahl: 58-59 :Dan apabila seorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran anak perempuan, merah padamlah mukanya dan dia sangat marah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah. Alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.
Islam Menyanjung Martabat Wanita
Al-Hujraat : 13 : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
An Nahl : 97 : Barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan kami beri balasan pula kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
Cita-Cita Musuh-Musuh Islam untuk Merampas Kehormatan Wanita
Dalil kesamarataan posisi dan tanggungjawab antara lelaki dan wanita telah semarak di panggung modernisasi masa kini. Sebagai peluang buat musuh-musuh Islam dari kaum wanita dan aktivis perempuan anti Islam untuk menyebarkan pandangan-pandangan sesat. Kesamarataan hak lelaki dan wanita adalah sebagai propaganda yang tiada henti ditanam di benak-benak wanita Islam. Wanita-wanita muslimah yang menjaga kehormatannya dan kesuciannya dengan tinggal di rumah adalah wanita-wanita yang menganggur dan ketinggalan. Menutup aurat dengan jilbab atau tudung atau menegakkan hijab (pembatas) kepada yang bukan mahramnya, dikatakan sebagai tindakan jumud (kaku) dan penghambat kemajuan budaya.
Ketahuilah wahai muslimah! Suara-suara sumbang yang penuh kepalsuan dari musuh-musuh Allah subhanahu wata’ala itu merupakan kepanjangan lidah dari syaitan.
Al A’raf : 27 : Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaithan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapak kalian dari jannah, ia menanggalkan dari kedua pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya.
Peranan Wanita dalam Rumah Tangga
Telah termaktub dalam Al Qur’an sebagai petunjuk bagi umat manusia yang datang dari Rabbull Alamin Allah Yang Maha Memiliki Hikmah:
Al Ahzab: 33 : Dan tetaplah kalian (kaum wanita) tinggal di rumah-rumah kalian.Maha benar Allah subhanahu wata’ala dalam segala firman-Nya, posisi wanita sebagai isteri atau ibu rumah tangga memiliki erti yang sangat penting, bahkan dia merupakan salah satu tiang penegak kehidupan keluarga dan termasuk berperanan utama dalam mencetak “tokoh-tokoh besar”. Sehingga tepat sekali ungkapan: “Di sebalik setiap orang besar ada seorang wanita yang mengasuh dan mendidiknya.”
Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin rahimahullah berkta: “Penambahbaikan masyarakat dapat dilakukan dengan dua cara:
Pertama: secara zahir, di pasar-pasar, di masjid-masjid dan selainnya dari perkara-perkara zahir. Ini didominasi oleh lelaki kerana merekalah yang bisa tampil di depan umum.
Kedua: penambahbaikan masyarakat dilakukan yang di rumah-rumah, secara umum hal ini merupakan tanggung jawab kaum wanita. Kerana merekalah yang sangat berperan sebagai pengatur dalam rumahnya.
Al-Ahzab : 33 : Tetaplah kalian tinggal di dalam rumah-rumah kalian dan janganlah bertabarruj (berpenampilan) sebagaimana penampilannya orang-orang jahiliyah yang pertama. Tegakkanlah solat, tunaikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah hanyalah berkehendak untuk menghilangkan dosa-dosa kalian wahai Ahlul bait dan mensucikan kalian dengan sebersih-bersihnya.Dua sebab wanita berperanan besar dalam masyarakat:
1. Kaum wanita jumlahnya sama dengan kaum lelaki bahkan lebih banyak, yakni keturunan Adam majoritinya wanita sebagamana hal ini ditunjukkan oleh As Sunnah An Nabawiyah. Akan tetapi hal itu tentunya berbeza antara satu negeri dengan negeri lain, satu zaman dengan zaman lain. Terkadang di suatu negeri jumlah kaum wanita lebih dominan dari pada jumlah lelaki atau sebaliknya… Apapun keadaannya wanita memiliki peranan yang sangat besar dalam memperbaiki masyarakat.
2. Tumbuh dan berkembangnya satu generasi pada awalnya berada di bawah asuhan wanita. Atas dasar ini sangat jelaslah bahawa tentang kewajipan wanita dalam memperbaiki masyarakat. (Daurul Mar’ah Fi Ishlahil Mujtama’)
Pekerjaan Wanita di dalam Rumah
Beberapa pekerjaan wanita yang biasa dilakukan di dalam rumah:
1. Beribadah kepada Allah subhanahu wata’ala. Tinggalnya ia di dalam rumah merupakan alternatif terbaik karena memang itu perintah dari Allah subhanahu wata’ala dan dapat beribadah dengan tenang.
2. Wanita berperanan memberikan ketenangan/ketenteraman bagi suami. Namun ia tidak akan wujud kecuali ia melakukan beberapa hal berikut ini:
- Taat sempurna kepada suaminya dalam perkara yang bukan maksiat bahkan lebih utama daripada melakukan ibadah-ibadah sunnah.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:Al Hafidz Ibnu Hajar berkata: “Hadis ini menunjukkan lebih ditekankan kepada isteri untuk memenuhi hak suami daripada mengerjakan kebajikan yang hukumnya sunnah. Kerana hak suami itu wajib sementara menunaikan kewajipan lebih didahulukan daripada menunaikan perkara yang sunnah.’ (Fathul Bari 9/356)
لاَ يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُوْمَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
“Tidak boleh seorang wanita puasa (sunnah) sementara suaminya ada di tempat kecuali setelah mendapat izin suaminya.” (Muttafaqun ‘alaihi)
- Menjaga rahsia suami dan kehormatannya dan juga menjaga kehormatan ia sendiri di saat suaminya tidak ada di sisi. Sehingga menumbuhkan kepercayaan suami secara penuh terhadapnya.
- Menjaga harta suami.
Rasulullah bersabda:- Mengatur rekabentuk dalaman rumah tangga dengan rapi, bersih sehingga tampak menyejukkan pandangan.
خَيْرُ نِسَاءٍ رَكِبْنَ الإِبِلَ صَالِحُ نِسَاءِ قُرَيْشٍ : أَحْنَاهُ عَلَى وَلَدٍ فِي صِغَرِهِ، وَأَرْعَاهُ عَلَى زَوْجٍ فِي ذَاتِ يَدِهِ
“Sebaik-baik wanita penunggang unta, adalah wanita yang baik dari kalangan quraisy yang penuh kasih sayang terhadap anaknya dan sangat menjaga apa yang dimiliki oleh suami.” (Muttafaqun ‘alaihi)
3. Mendidik anak yang merupakan salah satu tugas yang termulia untuk mempersiapkan sebuah generasi yang handal dan diredhai oleh Allah subhanahu wata’ala.
Adab Keluar Rumah
Allah subhanahu wata’ala Yang Maha Mengetahui tentang kemaslahatan (kebaikan) hambanya di dunia mahupun di akhirat iaitu kewajipan wanita untuk tetap tinggal di rumah. Namun bila ada kepentingan, diperbolehkan baginya keluar rumah untuk memenuhi kehendaknya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:Antara nasihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang lainnya:
قَدْ أَذِنَ لَكُنَّ أَنْ تَخْرُجْنَ لِحَوَائِجِكُنَّ
“Allah telah mengizinkan kalian untuk keluar rumah bagi menunaikan hajat kalian.” (Muttafaqun ‘alahi)
“Wanita itu adalah aurat maka bila ia keluar rumah syaitan menyambutnya.” (HR. At Tirmidzi, shahih lihat Al Irwa’ no. 273 dan Shahihul Musnad 2/36)Sehingga wajib baginya ketika hendak keluar harus dititikberatkan adab yang telah disyariatkan oleh Allah subhanahu wata’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu:
a. Memakai jilbab yang syar’i sebagaimana dalam surat Al Ahzab: 59.
b. Atas izin dari suaminya, bila ia sudah menikah.
c. Tidak boleh bersafar kecuali dengan mahramnya. (HR. Muslim no. 1341)
d. Menundukkan pandangan. (An Nur: 31)
e. Berbicara dengan wajar tanpa mendayu-dayu (melembut-lembutkan). (Al Ahzab: 32)
f. Tidak boleh melenggang-lenggok ketika berjalan.
g. Hindari memakai wangian. (Al Jami’ush Shahih: 4/311)
h. Tidak boleh menghentakkan kaki ketika berjalan agar diketahui perhiasannya. (An Nur: 31)
i. Tidak boleh ikhtilath (campur baur) antara lawan jenis. (Lihat Shahih Al Bukhari no. 870)
j. Tidak boleh khalwat (menyepi dengan lelaki lain yang bukan mahram) (Lihat Shahih Muslim 2/978).
Hukum Wanita Kerja di Luar Rumah
Allah menciptakan bentuk fizikal dan tabiat wanita berbeza dengan lelaki. Kaum lelaki diberikan kelebihan oleh Allah subhanahu wata’ala baik fizikal mahupun mental atas kaum wanita sehingga kaum lelaki lebih layak sebagai pemimpin atas kaum wanita.
An Nisa’: 35 : Kaum lelaki itu adalah sebagai pemimpin (pelindung) bagi kaum wanita.Sehingga secara asal nafkah bagi keluarga itu tanggug jawab kaum lelaki. Asy syaikh Ibnu Baaz berkata: “Islam menetapkan masing-masing dari suami istri memiliki kewajipan yang khusus agar keduanya menjalankan peranannya, hingga sempurnalah bangunan masyarakat di dalam dan di luar rumah. Suami berkewajipan mencari nafkah dan rezeki sedangkan isteri berkewajipan mendidik anak-anaknya, memberikan kasih sayang, menyusui dan mengasuh mereka serta tugas-tugas lain yang sesuai baginya, mengajar anak-anak perempuan, mengurusi sekolah mereka, dan mengubati mereka serta pekerjaan lain yang khusus bagi kaum wanita. Bila wanita sampai meninggalkan kewajipan dalam rumahnya bererti ia mensia-siakan rumah berserta penghuninya. (Khatharu Musyarakatil Mar’ah lir Rijal fil Maidanil amal, hal. 5)
Dalam keadaan tertentu, boleh baginya keluar rumah untuk bekerja, tentunya ia harus memperhatikan adab-adab keluar rumah sehingga tetap terjaga iffah (kemulian dan kesucian) harga dirinya.
Wanita adalah Sumber Segala Fitnah
Bila wanita sudah keluar batas dari kudratnya kerana melanggar hukum-hukum Allah subhanahu wata’ala. Keluar dari rumah untuk bekerja, belajar, dan berkarya. Bercampur baur dengan laki-laki tanpa hijab, membuka auratnya (tanpa berjilbab), tabarruj (berpenampilan ala jahiliyah) dan komunikasi antara lelaki dan wanita dengan sebebas-bebasnya akan mengakibatkan api fitnah menyala.
Bila fitnah wanita telah menyala, ia merupakan inti dari tersebarnya segala fitnah-fitnah yang lainnya.
Ali Imran : 14 : Dijadikan indah pada (pandangan) manusia untuk condong kepada syahwat, yaitu wanita-wanita, anak-anak dan harta yang banyak.Al Hafizh Ibnu Hajar berkata: “Sesunggunya fitnah wanita merupakan fitnah yang terbesar dari selainnya …, kerana Allah menjadikan para wanita itu sebagai sumber segala syahwat. Dan Allah meletakkan para wanita (dalam bahagian syahwat) pada point pertama (dalam ayat di atas) sebelum yang lainnya, mengisyaratkan bahawa asal dari segala syahwat adalah wanita.” (Nashihati Linnisaa’i: 114)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:Setelah mengetahui hak dan tanggungjawab wanita sedemikian rupa, rapi diatur oleh Islam, apakah boleh dikatakan sebagai wanita Islam itu kuno dan ketinggalan?
إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضْرَةٌ وَإِنَّ اللهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيْهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُوْنَ فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَ اتَّقُوا النِّسَاءَ فَإنَّ أَوَّلِ فِتْنَةِ بَنِيْ إِسْرَائِيْلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ
“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah subhanahu wata’ala menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kepada (fitnah) dunia dan takutlah kepada (fitnah) wanita, kerana sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Isra’il dari wanitanya.” (HR. Muslim)
Hadis-hadis Dhaif (Lemah) atau Palsu yang Tersebar di Kalangan Ummat
اُطْلُبُوْا العِلْمَ وَ لَوْ بِالصِّيْنِKeterangan:
“Tuntutlah Ilmu walau sampai ke negeri Cina.”
Hadis ini adalah bathil, diriwayatkan oleh Ibnu ‘Adiy, Abu Nu’aim, Al Khotib, Al Baihaqi, dan sebagainya. Hadis ini dikritik oleh para ulama seperti Al Imam Al Bukhori, Ahmad, An Nasa’i, Abu Hatim, Ibnu Hibban, Al Khotib, dan sebagainya. Perawi-perawi hadis ini lemah (dho’if). (Lihat Adh Dhoi’fah No.416)
(Sumber: http://www.assalafy.org/al-ilmu.php?tahun3=8)
Duhhh.... berat sebenarnya tanggungjawab wanita ini dan saya amat bersyukur kerana dimuliakan di dalam Islam. Saya hanya memohon agar Allah swt memberkati saya yang tinggal di rumah. Moga dengan keikhlasan ini dapat membawa saya dan keluarga ke syurga. Saya juga berharap bahawa kami sekeluarga mati dalam keadaan syahid memperjuangkan agama Allah ini....

4 comments:
woh..nice layout!! very neat and tidy!!! eh ni buat sendiri kan cos aku rasa mana ade template macam ni!!! canggih2 !!!!! brilliant..!
on the otherhand, aku rasa ko ni pun another egocentric feminist blogger!!!...haha what to do women nowadays!!!!! jgn marahhhhhhh!
RIP sukarno!
>>> jingga studies:
bukan buat sendiri lerrr... tu ada mark kat bawah tu orang lain design. aku cuma ubah sket2 je. tak de keje aihhh nak buat sendiri..
egocentric? most of the time... ada masa tak jugak... i rather say, i'm a woman with principles! (ye ke.. hahahaha). cewahhhh... macam bagus je bunyiknya... kan kan kan...
Tahniah diatas segala pembaharuan. memberi satu nafas baru.
Tahniah juga diatas artikel ini. sememangnya artikel seperti ini di kembang kembangkan agar lebih ramai org membuka mata dan minda.
Semoga lebih maju jaya di masa hadapan.
>>> zul:
thanks for dropping by. apa buat tak tido lagi pukul 3.00 pagi?
Post a Comment