I've watched the debate between Dato' Seri Anwar Ibrahim and Dato' Shaberry Cheek on TV9. My opinion on DSAI positively changed. I'll reserve my comments for the next entry.
ORIGINAL POST
Hari ini selepas saya membaca blog seorang sahabat - Nur Aflah, saya terus mencari video ini di Youtube. Saya menyokong penuh kepimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat (bagi saya TGNA pandai berstrategi. Ini boleh dilihat dengan kewujudan friendster yang cuba mendekati golongan muda). Selain TGNA, bolehlah kiranya diintai potensi lain yang terpancar karisma mereka ketika mereka berada di bangku Ahli Parlimen seperti YB Husam Musa, YB Mahfuz, tak lebih tak kurang MB Perak - YB Nizar, YB Mujahid Yusof Rawa dan tak lupa juga kepada Tok Guru Hadi Awang. Sebenarnya ramai pelapis yang berkarisma & bersih malah dilihat bersih dalam PAS ni yang boleh digilap dan ditonjolkan.
Kena sungguh dengan kuliah Dr Maza tu, saya quote penulisan Pak Bakaq dalam entry bulan Meinya - Mungkin bersih, tetapi tak nampak bersih (2):
Tidak ada sesiapa pun yang berhak menuduh Anwar tidak bersih. Jika tidak ada bukti, jangan pandai-pandai menuduh Anwar tidak bersih. Namun, pada masa yang sama, bolehkah kita menyatakan dengan tegas bahawa Anwar bukan sahaja bersih malah dilihat bersih?
Oleh kerana rakyat Malaysia mahukan bakal Perdana Menteri yang bukan sahaja bersih malah dilihat bersih, tolonglah yakinkan bahawa Anwar bukan sahaja bersih malah dilihat bersih.
Saya pulak tulih:
Oleh kerana rakyat Malaysia mahukan bakal Perdana Menteri yang bukan sahaja tenang dan tak gopoh malah dilihat tenang dan tak gopoh, tolonglah yakinkan bahawa Anwar bukan sahaja tenang dan tak gopoh malah dilihat tenang dan tak gopoh.
Pikio-pikio la sendiri.. bak kater oghang Peghak!! Secara peribadi, teman lebih gemokan YB Husam Musa.. teman pernah nyatakan dalam salah satu entry teman tak lama dulu...

5 comments:
Salam. Sekarang ni org lain gelakkan kita, org melayu, gara gara pemimpin yang bertikam sesama sendiri. Memalu dan memualkan!
>>> asr:
aku nak tambah malu ko tu. cuba ko baca link ni.... aku dah tak tahu nak cakap apa dah... rasa nak tutup muka pun ada.
Pelik tu yang tuduh tu orang bijak pandai dan putar belit buat kita ni sama jadi 'bengong' dibuatnya .
saya tgk debat semalam... rasa 'BANGGA' giler sebab ada 'PEMIMPIN' yg 'BIJAKSANA' macam abg sabri kita.
tgk berita pon semua mengampu abang yg 'BIJAKSANA' tuh! bagus! mmg semangat Malaysia macam ni yg kita mau!
hahahaha.
>>> kak rina:
saya pun bengong sket baca ayat kak rina... hehehehe...
>>> lina:
memang sungguh bijak... itulah pemimpin yang kita pilih.. eh bukan.. AAB pilih.. siapa plak yang pilih AAB eikk? rakyat... maknanya kita lagi bijak la...
orang cakap pasal financial mismanagement, dia pi cakap pasai nak korek duit Petronas... bijak bijak!!
hahahahahaha...
Post a Comment