Kredit kepada Malaysiakini
Saya nak sangat bercerita tentang debat semalam tapi sepagian hari ini saya ralit membaca pandangan-pandangan di dunia virtual yang rata-rata amat berlawanan sekali dengan media arus perdana.
Tengah malam selepas menonton debat secara live di TV9, sebelum menonton Nightline, saya tonton lagi siaran tertundanya di TV3. Saya berasa amat kasihan sekali dengan TV3 ini kerana masih dengan gaya cut-n-paste mengarut sungguh pun debat itu telah dipertontonkan kepada umum. Kenapa masih menyembunyikan fakta? Dan lebih menambahkan perisa apabila YB Shahrir Samad menjawab dengan lebih kelakar, "Yang dibincangkan tadi mengenai petrol, sedangkan diesel yang lebih perlu untuk diturunkan". Adakah diesel tidak tergolong dalam industri minyak? Jika tahu diesel itu adalah perkara asas, kenapa dia tidak mengambil keputusan wajar melalui kementeriannya bagi membantu rakyat? Siapakah pula yang menaikkan harga diesel sampai nak tercekik pengusaha-pengusaha kedai dan peniaga lantas menyusahkan juga rakyat?
Saya harus memberikan kredit kepada kedua-dua insan yang dipilih untuk berdebat tersebut. Seorang bekas Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri tapi kini telah menjadi rakyat biasa (dan mungkin akan masuk penjara lagi sekali!). Seorang lagi seorang Menteri Penerangan yang masih boleh dianggap sebagai freshie dalam memegang portfolio Kementerian Penerangan. Dulu ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim ingin membentangkan Kewangan Negara pada bulan 9-10, saya selalu ternanti di kaca TV kerana gemar mendengar perkataan-perkataannya yang segar. Merudum. Madani. Pembentangannya bagi saya, bak kata Dato' Shaberry Cheek masih seperti dulu (dalam maksudnya, boleh jadi juga sebagai satu pujian!). Dan kedua-duanya merupakan bekas pemimpin pelajar UM!
Tengahari ini SC masih mahu menegakkan benang basah di Buletin 1.30. Dia tidak membuat serangan peribadi katanya. Katanya, bagaimana kita boleh percaya kepada orang yang dulunya di dalam kerajaan telah mengheret rakyat ke kancah krisis ekonomi yang lalu, boleh dipercayai untuk memimpin negara lagi. Dangkal rasanya jawapan itu. Adakah SC menyalahkan juga TDM? Saya percaya keputusan kepimpinan yang lalu dibuat secara bersama iaitu collective response. Tidak mungkin kuasa DSAI melebihi kuasa TDM. Jadi dalam konteks ini, adakah semua orang disalahkan?
Soalan :-
1. Adakah SC memahami selok-belok ekonomi?
2. Adakah SC memahami topik perdebatan?
3. Adakah SC memahami perbezaan antara peranan Petronas dengan kerajaan?
4. Adakah VC UUM memahami perkaitan IPP dengan industri minyak dan gas negara?
5. Adakah SC tahu bahawa peminjam IMF seperti Korea lebih maju dari Malaysia?
6. Adakah SC yang dipilih rakyat membela rakyat?
7. Adakah DSAI menentang kenaikan minyak global?
8. Adakah point kedua-duanya adalah solid & factual?
9. Adakah DSAI nak jadi PM? (soalan dari Dato' Johan).
Rumusan :
1. SC bukanlah orang yang sesuai untuk berbincang secara intelektual mengenai ekonomi.
2. SC selalu lari dari landasan dan tidak menjawab soalan salah seorang panelis. Akibatnya bagi menutup keresahan itu, beliau telah mengungkit kisah lama DSAI. Sedangkan DSAI sentiasa tenang, matang, tetap kepada isu dan tidak tunduk kepada kemahuan lawan. Memang pada mulanya dia juga ada menyebut bahawa SC berasal dari Semangat 46. Selepas itu dia tidak melayan lagi.
3. SC berulang kali mengatakan bahawa, "Jika nak ambil duit Petronas". Sedangkan DSAI mengatakan wang yang disebutkan merujuk kepada wang yang telah diberikan oleh Petronas kepada kerajaan.
4. VC UUM terkena pukulan atas kedangkalan akal sendiri.
5. Malaysia memang menuju ke arah idea IMF dengan menaikkan harga minyak.
6. Tidak.
7. Tidak. Tetapi beliau berpendapat bahawa Malaysia perlu membendung kenaikan itu dengan mekanisme yang tersendiri iaitu dengan mengawal ketirisan pengurusan kewangan.
8. SC - tidak. DSAI - kabur (mungkin kerana masa yang telah dipendekkan tapi saya melihat kesungguhannya menerangkan secara ringkas dan padat. Yang penting saya faham).
9. Dia cakap kalau kerajaan mendengar, kita akan sokong. Masalahnya adakah kerajaan akan mendengar? (Gamaknya nak je dia cakap, "Hangpa tu buat pekak. Lebih baik tukaq kerajaan". Saya nak tanya... siapa sebenarnya yang melonjakkan personaliti DSAI ni? Dia? Penyokongnya? Atau musuh dia sendiri?)
Walau apa pun kelemahannya, saya tetap memberikan kredit kepada SC kerana berani berdebat secara terbuka. Lebih molek andainya debat ni ditayangkan di RTM kerana liputannya amat meluas sekali sehingga ke ceruk kampung kerana DSAI ada jugak sebut tentang nelayan & petani. Tak gitu, SC?
Pautan lain yang senada dengan apa yang saya rasa (tak pandai nak mengayat macam deme tu.. haih!):
1. Anwar-Shabery debate: My two cents.
2. Pasca Debat Anwar vs Shabery - Satu Analisis Amatur.
3. Analisa ringkas Debat Shabery, Anwar berhubung isu minyak.
Ulasan-ulasan MSM & Malaysiakini:
Ulasan Bernama
- Kudos All Round For Debate Programme
Ulasan NST
- Anwar - Ahmad Shabery live TV debate ends with no clear winner - tak dak clear winner. betoi ka?
-Live debate: Shabery stands his ground against Anwar
Ulasan Utusan
- Anwar akui kehebatan Petronas (kehebatan Petronas bukan kehebatan kerajaan).
Ulasan Malaysiakini
- Anwar vs Shabery in historic debate
Oh nak tanya.... kenapa masyarakat kita fobia dengan 'subsidi' sedangkan bail out dan insentif juga serupa? Perkataan lebih educated? Atau memang nak tolong golongan tertentu sahaja?
----------------------------------
Berita menyentap jantung - saudara kita telah ditahan polis sungguh pun masa yang diberikan masih ada untuk beliau ke IPK sebelum pukul 2.00 petang. Saudara kita baru je selesai beri keterangan di pejabat BPR. Allah swt... ku mohon kiranya mereka tidak bersalah, Kau lindungilah dia dan keluarganya. Berikanlah mereka kekuatan untuk mereka lalui sekali ujian ini, ameen.


9 comments:
smlm ada gaks tgk kat tv9 tu..
gelak ade...sedey pun ade..
tatau nk kate...
You made a good point: Malaysia spends billions to bail out failed corporations such as MAS, PKFZ, etc; but on aspects of the people's benefit it is called subsidy. Sad!!!
next time BN needs to be more prepared for a more fruitful debate...personal attacks dah ketinggalan zaman laaaa...zaman mahathir boleh laaaa ...sekarang kena progressive and intellectual la sikit..kata mau majuuuuu....
Minyak adalah ANUGERAH dari ALLAH. Kenapa runsing untuk diberikan kepada RAKYAT ?
hujah SC xde isi lansung. dia:
-xtau bisnes petronas.
-konfius antara HARGA MINYAK dengan HARGA PETROL. orang nak turunkan harga PETROL laaaa bijak!
-sama je macam orang lain. igt petronas je ke yg korek minyak kat malaysia, & igt petronas korek minyak kat malaysia jer...
-dia ada sebut "kamu nak petronas jual minyak dgn harga dunia ke?" (or something like that la). dia xtau ke mmg semua NOC di mana2 pakai harga USD$144/bbl tu. adus...
-tak habis2 ungkit pasal peribadi DSAI.
-Pendekata, tolongla anta yg lebih cerdik sikit nak berdebat. jgnla anta badut sarkis buat lawak kat tengah2 ramai tu.. aduuu wat malu je daku sbg rakyat Malaysia. stakat nk bagi hujah mcm tu, panggil saya pun tak pa....
petronas dpt untung banyak2 tu, 60%++ bagi kat gomen, 30%++ je reinvest. NOC lain, 70% reinvest je. cemana petronas nak maju, venture new technology, etc. ape dia igt korek minyak macam korek pasir ke. igt tapis minyak macam tapis santan ke. in fact, 50%++ revenue gomen dari hasil Oil&Gas. si SC tu pandai ckp nanti thn 2015 minyak habis, tp x piki ke nanti mana nak korek duit negara? hahahaha. 50% tu bukan sikit tu, separuh income tu! dasar tau nganga tunggu duit je. cari duit tak pandai! potong subsidi orang je tahu!
tahun ni petronas kasik dividen lebih. apa kau nak buat oi?
hambek sitilina dah komen haha.
sebenaqnya aku tak tgk lagi debat ni. gila katak aku. baca review je la nampaknya.
>>> ~*Krsty_Pinky*~:
gelak dan sedey sebab ada pak menteri macam tu? i felt the same way too.
>>> Maverick:
most malaysian ignore on the bail out/incentives terms, whilst subsidy relating to a poor standard as it applies to the people. sounds helpless.
>>> jingga studies:
he didn't say it's a personal attack (read the star online today). do you believe in any other candidates? AAB? KJ? NTR? oh pleaseeee.... makes me think we've a bunch of hopeless guys! no wonder la malaysia ni tunggang terbalik.
>>> abang long:
1 kita beri, 10 kita dapat kembali kan, abang long. itu memang janji Allah. macamane biz?
>>> lina:
pengurusan Petronas bagus, pengurusan kerajaan hampeh. duit tak sampai kepada rakyat. pastu boleh riak plak tu, kalo tak kerana kerajaan BN bla bla bla. tak dengar apa DSAI cakap la tu... mana-mana pemerintah pun kena bertanggungjawab terhadap rakyatnya... sendiri mao ingat la..
contoh nyata terengganu. idris jusoh sendiri cakap tak terima semua jumlah tu. bila ada perbezaan, di situlah orang akan bertanya. kata nak upgrade transport, tapi tak nampak pun... RM4bil, yang guna hanya RM800k. yang lebihnya? dah berapa tahun dah ni..
as you said, ni makin banyak dividend ni... buat apa lagi? lagi sakan la tiris duit tu. joli katak la... yang merana? awak dengan akakkk jugak!
"Allah.. apa berat sangat ka saya nak ambik 1 billion dari dividend ni guna untuk bagi subsidi minyak pada rakyat". akak ingat lagi kata-kata ini.
>>> intan:
orang kuat minyak komennya boleh berapi-api, tak gitu. hang boleh tengok vids kat blog anwar. aku tengok berulang kali. suka tengok senyum sinis anwar.
aku sedih yg kesal tgk sc
aku sedih+sayu tgk anwar
ttg perjuangan
ttg keluarga
ttg kekuatan beliau..
>>> masni:
aku tengok anwar macam tak berapa sihat+kurus sket. aku sedih tengok muka dia bila terkenangkan di celah-celah masalah itu dia masih mampu berdiri dan tersenyum. apatah lagi untuk aku ingat tentang keluarganya...
Post a Comment