Tuesday, July 8, 2008

Sehari Mampu Membunuh 5 Tahun


Yunus [10:57] : Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Tak de mood nak mengupdate sejak balik kampung. Sukar benar rasanya untuk melelapkan mata.

Masa sehari yang mampu membunuh 5 tahun. Saya rasa sakit, rasa macam-macam. Hingga hari ini masih belum mampu untuk pulih sendiri seperti kebiasaan. Mungkin begini jugalah seorang hamba itu lalui 10 tahun dahulu. 1 hari mampu memusnahkan masa 6 tahun! Mungkin dia perlu mengharunginya sekali lagi. Wallahu'alam.

Banyak cerita yang boleh ditulis tapi entah la... Saya mudah mengekspresi perkara-perkara yang tidak melibatkan perasaan saya yang dalam. Tidak mudah untuk saya bercerita tentang perasaan saya terhadap Syafiah. Itu satu contoh.

Tapi ini bukannya cerita mengenai Syafiah, ini cerita lain. Dada rasa tertikam, langkah jadi kaku, mulut terkunci. Itulah sikap saya jika saya memPROTES. Saya mendiamkan diri! Satu perkataan pun sukar kedengaran. Adakah perlu saya 'menjauhkan diri'?

Saya mesti kembali kepadaNya:

Ar-Rad [13:28] : (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

At-Taghabun [64:11] : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

“Siapa saja yang disibukkan oleh Al-Quran dalam rangka berzikir kepada-Ku, dan memohon kepada-Ku, nescaya Aku akan berikan sesuatu yang lebih utama daripada apa yang telah Aku berikan kepada orang-orang yang telah meminta. Dan keutamaannya Kalam Allah daripada seluruh kalam selain-Nya, seperti keutamaan Allah atas makhluk-Nya.” (HR. At Tarmidzi)

I need a time off... maaf! Bermuhasabah diri!

0 comments:

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez