Wednesday, July 23, 2008

Nostalgia The Zikr



Gambar dan berita selanjutnya di sini


Gambar dan sumber dari sini


Pagi tadi ketika saya sedang asyik mendengar Radio IKIM.fm, telah diberitakan bahawa Saudara Nazrey (bekas vokalis Raihan) bakal keluar dengan album solo kedua bertajuk 'Memori The Zikr'. Dan tak lama selepas pengumuman itu, lagu Secerah Pawana pun diperdengarkan di radio tersebut.

Cuba mencari lagu tersebut di Youtube, saya hanya terjumpa dengan saduran oleh kumpulan Mestica. Opppsss! Pernah dengar pasal The Zikr ke idak ni?

The Zikr (Zikir) merupakan kumpulan yang dianggotai oleh Nazrey sebelum Raihan ditubuhkan sekitar awal tahun 1990-an. Kebanyakan lagu dalam album ini adalah lagu-lagu The Zikr yang dirakamkan semula dengan kualiti dan susunan muzik yang lebih kemas. Antara lagu klasik The Zikr yang dimuatkan dalam album ini berjudul Secerah Pawana, Tak Seindah Sentuhan Mata dan Antara Dua Cinta. Bagi siapa yang dibesarkan dengan irama nasyid Nadamurni (Munif + Asri) dan The Zikr (Nazrey), jangan lupa ye.. untuk dapatkan album tersebut.

Personally, suara Nazrey memang sedapppp dan mantoppp! Bila dia menyanyi, mesej sampai terus ke hati. Antara lagu Raihan yang dibawakan oleh Nazrey yang saya minati adalah Alam Semesta, Nabi Anak Yatim, Harapan, etc.


Nabi Anak Yatim



---------------------------------



Beberapa cerita menarik yang lain:

1. Saya telah di'add' sebagai salah seorang kawan friendster si Saiful Bukhari hari ini.... Tengah gawat-gawat gini pun sempat lagi tu.. hehehe... macam tak trauma je pun..

2. Dalam minggu ini tolong akak jaga si Adi Luqman sebab belum dapat penjaga bayi di kawasan rumahnya di SK. Terpaksalah dia berulang-alik ke tempat kerja dari SU dengan jarak yang telah bertambah. Mungkin dalam 11 km kot. Kesian dia. Oh... mungkin saya juga boleh jadi babysitter untuk budak² yang lain.. tak gitu? *Oh tidak! Yang pasti, terkorban masa leisureku jika jadi babysitter fulltime... tolong sedara/kawan² bolehlah.. max pun seminggu dua*

3. RPK bakal buat SD baru pasal kawan friendster saya yang terbaru tu... *hubby jadi informer.. bila kita minta dia ingat balik linknya dia dah lupa.. cett!! Kami gebang pasal isu semasa/politik negara ni di merata-rata tempat hatta di pasar malam sekali pun!*

4. Esok adalah hari yang bermakna buat diri saya... huhu!

8 comments:

Harimau-Menaip on July 24, 2008 at 1:46 AM said...

Sue;

Mangkuk betul saiful tu. Dalam Friendster pun nak cerita politik. Salah pentas, salah orang , salah peluru...semua salahlah mamat tu.

Patut CGPA rendah.

ps: Sori...terlepas geram plak.

m.q on July 24, 2008 at 1:23 PM said...

saiful tuh??!!!
studen uniten sndiri malu nk ngaku dia sbg teman sepngajian
memalukan shj..

the zikr
aku ada semua tape2 dia dulu
tp lani dh xada
ada yg rosak
ada yg hilang
ada yg bg membe..

maklumla...dh lamaa..

Sue.Aleen on July 24, 2008 at 4:14 PM said...

>>> en rimau yang ketuk keyboard:
tak pa.. lepas ler geram tu... tak yah nak simpan.

saiful + jana tu 2 x 5 je.. tetiba je jadi glamer. sorang berselindung sebalik blog, sorang lagi di sebalik friendster. awat pasai punya kecut? pi la muqabalah sendiri dengan DSAI tu. orang kalo kena l*w*t dah tentu trauma sampai log in pun tak sempat.

la dia kat mana? katanya nak ambik kursus jadi pilot?





>>> masni:
kesian uniten... tak pasal² terpalit dengan kerbau sekoq ni..

tape mana tahan lama.. paling lama pun setahun.. cakap pasal kasi pinjam member ni, classic tape aku kat sapa tah tak kasi balik sampai ler sekarang ni..

Anonymous said...

Aku suka Munif, itupun sebab hubs promo kat aku masa mula2 kawin dulu. asri aku tak leh tahan, sebab suara dia overdose, nazrey pun takbley tak cukup kat tlinga aku. Munif all the way. hehe

Cakap pasal nadamurni, ada satu jenis tape dulu yang selalu dipasang zaman kita sekolah, ala yg SAKARATUL maut tu. siapa punya ek?

Anonymous said...

Adakah esok anda mula bekerja?

Makcik Runner on July 25, 2008 at 8:08 AM said...

salam sue!

pekabor? lama tak jenguk blog sue ni. dah macam2 cite hang tulih no. kena baca satu persatu lah balik. how's yr baby girl? sihat ke dia? betul ke hang nak go back to work balik? elok la tuh...semoga dapat carik babysitter yg baik...

err, camne la hang boleh ter"link" dlm friendster si sepol tu? moskel ni...hehehe

silversarina on July 25, 2008 at 12:17 PM said...

salam,

oooo jadi gang friendster saiful dah ye... siasat jangan tak siasat kisah saiful tu...hehehe.

kalau akak jadi babysitter separuh hari mau nangis dah akak,anyhow, selamat start keje esok :P

Sue.Aleen on July 25, 2008 at 2:18 PM said...

>>> makcik disconnected (hahahaha):
aku suka munif, asri + nazrey... tiga² ada kekuatan sendiri. sakaratul maut? nanti aku surf cari. tak silap sora asri tu..

aku tak keje daaa....





>>> kak kicapsoda yang cun:
baik alhamdulillah... ari ni ada entry tentang syafiah...

bukan ter"link". saya memang add dia jadi 'kawan'. nak 'usik' lubuk. akhirnya dia add saya.. huhu!

saya tak keje daaa...





>>> kak rina yang cumelll:
dia banyak dikutuk je dari dipuji di friendster tu. sesiapa yang belum jadi kawan dia, memang tak dapat baca sebab dia locked friendster dia tu. bab jadi PI ni memang best!

camne akak nak jaga cucu ni heh? tapi betul kan, tak de privacy. keje tak sudah dari pagi sampai ke petang. cuma orang dah mintak tolong ni tak patut rasanya saya tolak gitu je. lagi pun bbsitter yg janji dulu dengan kak ipar tu tetiba je call tak leh nak jaga.

saya tak keje daaa... keje saya ngabihkan bogheh jo.





>>> kepada semua:
Esok hari bermakna tu ada maksud lain... hehehehe!

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez