**UPDATE ALERT : 8.10 am, 12 July 2008**
Qari Dan Qariah Perak Kuasai Tilawah Al-Quran Kebangsaan Ke-51
JITRA, 11 Julai (Bernama) -- Perak menguasai majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan ke-51 apabila qari dan qariahnya dinobatkan sebagai johan majlis tilawah yang berakhir malam ini.
Shamsul Ariffin Supian muncul sebagai johan qari dengan mencatatkan 81 markah manakala Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohamad Badiuzzaman pula menjuarai kategori qariah dengan catatan 79 markah.
Kedua-dua mereka yang memenangi wang tunai berjumlah RM20,000 dan pakej umrah itu akan mewakili negara bagi majlis tilawah peringkat antarabangsa bulan depan.
Johan keseluruhan ialah negeri Perak dengan catatan 80 markah.
Bagi kategori qari tempat kedua dimenangi oleh Azraie Abdul Hak dari Melaka dengan catatan 79.33 markah manakala tempat ketiga dimenangi oleh Abdullah Abdul Wahid dari Sabah dengan catatan 79 markah.
Tempat kedua kategori qariah pula dimenangi oleh Farah Ilyani Zakaria dari Sarawak dengan catatan 78.67 markah manakala qariah Pahang Sobiroh Zain menduduki tempat ketiga dengan catatan 78 markah.
Terdahulu Sultan Kedah Sultan Abdul Halim ketika menutup majlis Tilawah itu bertitah, umat Islam hendaklah sentiasa berinteraksi dengan Al-Quran kerana ia adalah kunci ilmu kemajuan manusia.
Baginda bertitah menerusi pemahaman Al-Quran umat Islam dapat mendalami khazanah ilmu kerana kitab itu lengkap dan menjadi petunjuk bagi orang bertaqwa.
"Al-Quran tidak boleh disamakan dengan mana-mana kitab kerana ia adalah kalam Allah dan ia bukan sekadar untuk dibaca tetapi untuk difahami dan dihayati serta diamalkan dalam kehidupan harian," titah baginda.
Sementara itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri untuk mempertingkatkan syiar Islam haruslah diteruskan.
Katanya survival ummah bergantung kepada Al-Quran dan Sunnah dan disebabkan itu kecintaan terhadap Al-Quran perlu disuburkan sebaik-baiknya.
"Al-Quran haruslah menjadi panduan terumatannya dalam hati generasi muda yang menjadi pelapis pemimpin masa depan bagi mewujudkan negara maju dengan masyarakat yang progresif dan berdaya saing," tambahnya.
Katanya kuasa mentadbir adalah mandat yang tertakluk kepada kehendak Tuhan dan oleh itu umat Islam haruslah bersatu untuk menghadapai cabaran dan bertanggungjawab untuk membangunkan ummah yang gemilang serta pro aktif.
-- BERNAMA
Alhamdulillah sekali lagi... kedua-duanya dari negeri Perak. Negeri teman! Menang jugak akhirnya Sharifah Khasif setelah tewas dalam Akademi Al-Quran musim terbaru. Lontaran suaranya amat mantop!
Apa kata jika hiburan artis digantikan dengan bacaan al-Quran di pentas-pentas terbuka seperti video 2 dan 4 di bawah? Tengoklah betapa ramainya Muslim yang hadir mendengar di samping memuji-muji Allah swt.
--------------------------------
**ORIGINAL POST**
Note from Youtube :
Absolutely amazing recitation of the Holy Qur'an by a young boy. It left me speechless. Can't get enough of this recitation. He is blessed with a beautiful voice. His name is Hasan bin Abdullah Al Awadh.
Note from Youtube :
Name of child: UMIT HUSSAIN NEJAD
Note from Youtube :
amazing kid quran recitation
www.İSLAMÜSTÜNDÜR.com
avrupa yakası burhan altıntop engin günaydın gaffur indonesia malaysia pakistan arabian arabic turk turkish turkey kids nice great outlandish muslim moslom binbir gece kurtlar vadisi ıraq ırak iran iranian islam child
Note from Youtube :
Asselamu Aleykum
QURAN Recitation inside kids the Number one of the world
İrania kid Ali Akbar Lutfipoor
What else can I say? Such a beautiful voice! MasyaAllah Subhanallah. I wish I've one, the very least, of my own. Hear by yourself and be touched by the voice of innocent hearts! I've played the videos again and again... Bacaan yang cukup untuk menggetarkan jiwa kecil ini.

2 comments:
banyakkan membaca Alquran, sedekahkan utk arwah ayah sbg tanda anak soleh..
Alquran itu membacanya berpahala, mengubat segala penyakit hati,jiwa n jasad, menjadi sahabat dan pembantu di dlm kubur.
didiklah anak2 supaya menjadi generasi celik Al Quran bukan sekadar budaya habis khatam n quran simpan atas para atau dlm almari shj.
>>> kak bib:
che' ni tak kuat iman nak recite tiap2 hari. yang selalu buat cik nen. dia tu penyuluh sungguh la...
anak2 ni selalu dok depan dia bila dia ngaji. dah dibelikan Iqra' tapi kekadang dijawabnya, "tak nak!". sabor je la.. nama pun bebudak... perlu dibimbing secara istiqomah dan tanpa paksaan dengan kekerasan. kalo tak depa lari!
Post a Comment