Tentang NC Unisel (petikan dari KOSMO! Sabtu 28 Jun 2008, muka surat 2):
Shah Alam - Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) Prof. Datuk Dr. Mohd Razali Agus ditamatkan perkhidmatannya oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuat kuasa 31 JUlai depan.
Mohd Razali, 52, berkata, surat penamatan perkhidmatannya itu diserahkan kepada pembantu peribadi beliau kira-kira pukul 4 petang semalam semasa beliau menghadiri mesyuarat di kampus Unisel di Bestari Jaya.
Beliau belum disahkan jawatan sebagai Naib Canselor walau pun sudah 11 bulan memegang jawatan itu.
"Surat itu tiada letter head (kepala surat) kerajaan negeri tetapi daripada Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) untuk menamatkan perkhidmatan saya dengan memberi sebulan notis.
"Surat itu juga tidak dinyatakan sebarang alasan berhubung penamatan perkhidmatan saya.
"Walau pun hari terakhir saya ialah pada 31 Julai depan, tetapi saya telah diberi cuti sebulan gaji penuh bermula hari ini (semalam)," katanya dalam sidang akhbar di sini petang semalam.
Sementara itu, Abdul Khalid ketika diminta mengulas berkata, perkhidmatan Razali ditamatkan disebabkan perkhidmatan yang tidak memuaskan.
Menurutnya, sebelum ini Razali telah diberikan tempoh percubaan menjawat jawatan Naib Canselor di universiti itu selama enam bulan.
Bagaimana pun katanya, perkhidmatan pengurusannya (Razali) tidak memuaskan hati pihak lembaga mesyuarat Unisel.
Komen saya:
Well said, Prof. :
- Memanglah TSKI takkan issue surat dengan letter head pejabat MB sebab Unisel itu diuruskan oleh syarikat. Kaitannya dengan TSKI adalah syarikat itu adalah syarikat negeri Selangor yang mana TSKI menjadi pengerusinya (mana-mana MB Selangor).
- Sekiranya belum disahkan jawatan maknanya masih under probation. Saya ada seorang kawan dulu yang waktu probationnya dilanjutkan kepada 6 bulan dari 3 bulan kerana prestasi tidak bagus.
- TSKI issue surat berdasarkan kepada keputusan pihak lembaga mesyuarat Unisel. Maknanya bukan dia seorang diri membuat keputusan tersebut.
- TSKI masih bermurah hati untuk beri Prof cuti bergaji sebab dalam tempoh sebulan tu Prof boleh prepare diri bagi menghadapi masa hadapan. Contohnya mungkin boleh mencari kerja lain atau buka biz sendiri.
- Pangkat dan harta di dunia ni takkan kekal selamanya. Pinjaman Allah swt berikan sementara saja. Tu sebab kita sebagai manusia kena sentiasa bersedia. Kalau saya, dah 6 bulan pun tak confirm lagi tu saya akan faham sendiri apa maknanya. Tak perlu diberikan alasan apa-apa. Mungkin Prof kena bukak balik letter of appointment dulu. Kena tengok balik apa syaratnya.
- Jadi, apasal sampai kena masuk paper buat press conference? Menyatakan secara terbuka hanya akan membuka pekung di dada. Hanya menjatuhkan reputasi golongan terpelajar saja. Seolah-olah kita sendiri tidak produktif & inovatif. Kita perlu belajar untuk bermuhasabah diri!
****************************************
Tentang Dato' Seri Anwar Ibrahim:
Saya terbaca berita ini dari blog Rocky's Bru (sini dan sini). It's like a bomb everywhere in the blogging world. You should read Coffee Boy, engaged and in blue by Rocky's Bru too:
Saiful Bukhary (left, in blue), who lodged a police report against Anwar, has been to the DPM's office. Read some very colorful comments in RPK's Malaysia Today here. Vernon alerted me to this pic and another of Saiful and his tunang. They were engaged last month. Click here for Vernon the Mr Manager's take on the "coffee boy".
Baca juga Liwat yang terlewat oleh Pak Bakaq.
Komen saya:
Dulu pun masa DSAI dituduh sodomi, saya tak percaya. Tambah pula kenyataan asyik berubah-ubah. Saya bukanlah peminat dia. Malah jika boleh saya berharap sangat yang Tok Guru Nik Aziz/YB Husam Musa/Tok Guru Haji Hadi yang pegang teraju negara jika ditakdirkan Allah swt. Namun sehingga selepas 6 tahun DSAI masuk penjara pun, saya tetap tak percaya hinggalah DSAI dibuktikan tidak bersalah dan bebas dari tuduhan-tuduhan tersebut.
Kenapa saya tidak percaya? Mari kita selami perkara ini dari hati seorang ibu, seorang wanita iaitu Datin Seri Wan Azizah. Saya faham benar apakah perasaannya jika suami curang, ada perempuan lain di belakang. Apatah lagi jika suami "gay". Korang rasa perempuan tu akan stay dengan suami dia tak? Jika DSWA terus setia dengan DSAI, apasal saya nak percaya pada berita mengarut.
Al-Hujraat [49:6] : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Adakah di antara kita ni yang sanggup diaibkan seperti DSAI? Tilam diusung ke mahkamah? 6 tahun merengkok di penjara? Berpisah dengan keluarga yang rata-ratanya pula adalah wanita (DSAI ada seorang anak lelaki)? Kalau ada yang sekuat itu menerima dugaan, maka korang berhak nak kutuk dia apa pun. Tapi jika tidak, baik diam saja. Tunggu saja dia dibuktikan bersalah. Dia tidak bersalah sebelum dia dibuktikan bersalah. Kalau korang bawak 4 orang saksi Muslim (of course yang adil, yang waras, yang dapat membezakan haq & bathil) yang nampak sendiri perbuatan DSAI dengan orang-orang tersebut, maka baru saya akan percaya.
Hadits Ar ba’in ke 35:
Dari Abu Hurairah rodhiallohu ‘anhu berkata, Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian saling dengki, jangan saling menipu, jangan saling membenci, jangan saling membelakangi, dan jangan kalian membeli suatu barang yang (akan) dibeli orang. Jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, tidak layak untuk saling menzalimi, berbohong kepadanya dan acuh kepadanya. Taqwa itu ada disini (beliau sambil menunjuk dadanya 3 kali). Cukuplah seseorang dikatakan jahat jika ia menghina saudaranya sesama muslim. Haram bagi seorang muslim dari muslim yang lainnya, darahnya, hartanya, dan harga dirinya” (HR. Muslim)
Arghh... apa nak jadi dengan Malaysia ni pun entah la... Tup-tup lepas akuan bersumpah RPK keluar pula cerita pasal ni. Tak sudah-sudah nak busukkan orang dengan cara aib. Ada puak yang tak de keje lain, asyik porak perandakan keamanan je. Korang nak sorok apa kali ni? Oitt... cerita minyak & barang naik ni kambus dalam perigi ka? Apa nak buat bagi pelabur mai Malaysia ni tak mao pikiaq ka?
**UPDATE** (8.00 PM):
Lawak.. lawak... DSAI sekarang ni dah jadi rakyat biasa je. Kalau nak dakwa, dakwalah semua peliwat di Malaysia ni. Baru adil kan? Ni pantang dengar nama DSAI sket, terus je nak tangkap dia. Awat yang peduli sangat pasai dia? Bila tu DSAI balik dari buat umrah? Bila pulak budak Saiful tu kata DSAI liwat dia? 25 Jun 2008? Penin sungguh dengan Malaysia ni...
Moga polis atau badan kehakiman di Malaysia ni bukan takat teliti & adili kes Anwar ni je. Teliti jugak dalam kes Altantuya, kes RPK, kes Lingam... Jangan nak pasai Anwar sorang ja, kes lain-lain tu buat diam...

9 comments:
kerja org bodoh yg desperate..what do u expect????? !!!!!
tak abis2 nak insult intelligence takyat malaysia..!!!!!
tul lah buat la benda yg berfaedah sikit..!!!!!
>>> jingga studies:
nak kata rakyat malaysia ni intelligent, ada gak puak2 yang ngok-ngek...
that mangkuk just wants to increase the bad sentiment towards DSAI. mesti ada gak orang yang termakan dakyah songsang ni, believe me!
huhu... asyik burukkan orang je... agenda rakyat sanggup tolak ke tepi..
bila ada isu tak masuk akal mcm ni mesti sbb dia nak tutup lain isu yg besaq...la kan org dok demo pasai ISA n geram (minyak). Lagi satu isu bini najib (Altantuya) jadi nak kalih isu yg begini kena la bg isu lagi hebat yg memalukan PR khususnya DSAI yg dok wi war2 bakal jd PM kalau PR perintah M'sia ni...mcm la org tak tau apa yg ada dlm otak mrk2 yg desprate ni....
>>> kak bib:
betoi... ada isu besaq depa nak tutup... masih ingat memori 98-99 tu? bawak dokumen dalam briefcase sampai mak mintak supaya berhati-hati... kita ni kalau dok saja, selemah-lemah iman. kalau cuba walau pun sedikit untuk bantu sesama Islam yang dizalimi, insyaAllah ada ganjaran menanti. jika tolong tutup aib orang, insyaAllah Allah tutup aib kita di akhirat kelak...
wadussss,,
memacam perihal donnniaaaaa ni..
semoga terpelihara antara hak dan batil
Salam sue...
Wahhh!!! Im speechless. i've been browsing around to read on this matter. I think DSAI summon on this boy wont make much impact, what he should do is to raise the Quran and swear under the name of Allah that he did not and has never commit such shameful act. InsyaAllah no one would dare to challenge him on this matter again.
May the truth prevail.
Amin.
>>> abg ijat:
yeah.. semoga kebenaran terserlah jua, insyaAllah...
>>> asr:
pendapat aku.. bagus dia saman balik budak tu. TPM pun patut buat perkara serupa terhadap RPK kalau dia tak bersalah. dan aku rasa kalau dia bersumpah atas nama Allah swt dan di hadapan al-Quran sekali pun, MSM sini takkan keluarkan kat tv.
neway, DSAI dah keluar dari turkey embassy semalam. semalam jugak TPM bagi statement yang budak tu memang ada jumpak dia 3 bulan (March) lalu nak dapatkan scholarship (si saiful tu memang dah berhenti dari uniten sebelum tu lagi). menurut sumber gambar tu, gambar diambil sekitar Februari. so mana satu betul? walau pun lawatan sambil belajar, tak semua orang dapat bergambar dengan menteri tau...
Byk sgt keraguan...
kita rakyat biasa pun boleh nampak kecacatan bukti sana sini..
tataulah tilam brand apa pula yg nak diusung nnt
>>> kak jie:
tilam lama tu depa simpan bebaik lagi... kuang3.. serangan peribadi paling hebat abad ini...
Post a Comment