Tuesday, June 24, 2008

Macam Ni Nak Rasa Derita Rakyat?


Saya rasa 'terhina' sedikit dengan kenyataan juak-juak B* tentang YB-YB yang berbasikal ke sesi pertama Parlimen semalam. Kenyataan bongkak N@zri @ziz sedikit sebanyak semacam melukakan perasaan orang yang berasal dari kampung macam saya. Begitu juga setelah saya membaca blog seorang rakan blogger C-bOk yang mengatakan mereka itu badut. It's pretty obvious that they're missing the point! Sudahlah usul kenaikan minyak diterima dengan baik oleh juak-juak B* ni. Undi 129 mengatasi 78. Adakah keputusan itu adalah hakikat dari tuntutan rakyat? Nehii!

Beginilah agaknya rakyat bawahan di mata pemimpin.

Tahukah anda bahawa arwah ayah berbasikal hingga ke akhir hayatnya. Begitu juga mak, sehingga kini masih kuat mengayuh basikal. Ini kerana kedua-duanya adalah insan yang tidak berkemampuan untuk membeli motorsikal apatah lagi kereta. Lesen pun tiada.

"Seorang MP mesti berkelakuan seperti seorang MP"

Bagaimana? Naik Mercedes/BMW? Or the least Perdana? Atau naik kereta berpemandu sedangkan pemimpin boleh lena di dalamnya? Sedarkah korang tu dinaikkan jadi pemimpin oleh siapa?

Sedarkah jika seorang pemimpin naik kereta sebagai penumpang, punyai pemandu yang diupah, punyai marshall yang juga diupah, kemudian menyuruh rakyat ke tepi untuk memberikan laluan, maka perbuatan itu amatlah menindas rakyat. Adakah itu yang dinamakan kena berkelakuan seperti seorang MP? Pernah satu pagi ketika suami bekerja di Kelana Jaya, ketika itu banyak kenderaan sedang beratur untuk membayar tol di Tol Subang, puak-puak ni meminta kami ke tepi sedangkan rakyat yang menggunakan laluan tersebut amat sedia maklum bahawa kesesakan - bumper-to-bumper - setiap pagi terjadi di sana. Macam ni nak rasa derita rakyat? Sudahlah bersesak, disuruh ke tepi pula.

Tahukah anda bahawa sejak saya melihat YB-YB ini berbasikal, walau pun setakat dari Bank Negara ke Parlimen, perasaan saya membara untuk naik basikal semula? Pagi tadi saya ke kedai runcit untuk membeli susu anak dengan berjalan kaki. Ketika pulang hujan turun renyai-renyai. Dalam hati.. alangkah bagusnya jika ada basikal.

Saya ada basikal mini tapi ia tersadai di rumah Awa. Basikal itu saya beli suatu masa dulu untuk adik saya ke tempat kerja dia. Tayar dia pun dah flat sebab lamanya tersadai di rumah. Saya bercadang untuk membeli basikal tua kerana untuk mengayuh basikal mini memang sedikit memenatkan (kesian YB Tian Chua). Sekali kayuh untuk basikal tua, mungkin 3 kali kayuh untuk basikal mini.

Lihatlah... perlakuan orang berpengaruh sebenarnya dapat mempengaruhi insan-insan kerdil seperti saya. Percaya atau tak jika saya katakan orang kita lebih rasa mesra dan diterima jika pemimpin tidak bongkak dan menjalani kehidupan seperti rakyat biasa juga. Perlakuan mereka memberikan motivasi untuk saya juga mengharungi saat-saat sukar ini.

Jadikanlah kepimpinan Rasulullah saw & Saidina Umar al-Khattab sebagai panduan. Mari saya ceritakan sedikit bagi yang terlupa.

Kisah Nabi Ketika Di Medan Khandak:

IMAM Bukhari meriwayatkan dalam Shih Bukharinya yang dinukil dari Jabir r.a. katanya: "Pada hari persiapan perang Khandak, kami bekerja keras menggali parit. Tiba-tiba kami dapati satu bungkah batu besar dalam parit yang sedang digali, lalu kami maklumkan kepada Nabi s.a.w. Setelah mendengar berita itu, Nabi s.a.w. menyatakan untuk turun sendiri ke dalam parit bagi mengatasi masalah batu besar itu.

Ketika Nabi s.a.w. turun menghampiri batu besar itu, aku terlihat beberapa ketul batu dibalut dengan kain dan diikat pada perut Nabi s.a.w..

Sudah tiga hari kami menggali parit dalam keadaan tiada sebarang makanan untuk mengalas perut kami. Semua bekerja dalam keadaan lapar, Nabi s.a.w. sendiri menanggung lapar sehingga perutnya dialas dengan ketul-ketul batu untuk mengurangkan rasa lapar yang sangat mencengkam."

Demikianlah keadaan Nabi membuat persiapan perang dalam keadaan lapar. Meskipun demikian namun Nabi s.a.w. tidak menyerah kalah dengan halangan batu besar yang hampir menggagalkan rancangan membina parit bagi menghalang kemaraan tentera al-Ahzab.

seterusnya.



Kisah Saidina Umar al-Khattab ra meronda melihat keadaan rakyat di waktu malam:

Pada suatu malam sedang Saidina Umar meronda di sekeliling kota dan kampung untuk melihat rakyatnya dari dekat, terdengar tangisan anak-anak. Saidina Umar menghampiri pondok buruk asal tangisan itu. Bersamaan terdengar suara sibuk di dapur, suara tangisan tidak lagi terdengar. Kerana belum masak akhirnya anak-anaknya tertidur dalam kelaparan.

Melihat keadaan yang menyayat hati itu, Saidina Umar memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Saidina Umar bertanya tentang hal kehidupan Ibu itu bersama anak-anaknya. Ibu itu mengadu bahwa dia dan anaknya sudah berhari-hari tidak makan, bila anaknya menangis hendak makan, dia pura-pura memasak dengan memasukkan beberapa ketul batu ke dalam periuk, sehingga mereka diam sebentar kerana menyangka ibunya memasak sesuatu.

Mendengar kata-kata ibu itu, Saidina Umar merasa hatinya tersayat-sayat amat sedih, lantas mohon diri keluar dari rumah itu. Dalam kegelapan malam, Saidina Umar terus menuju ke Baitumal lalu mengambil sendiri beberapa karung gandum untuk dihantar ke rumah tadi. Setelah memberi salam dan masuk, ia mengambil sendiri gandum dari karung yang di bawanya, lalu dimasaknya. Setelah siap, Saidina Umar sendiri menghidangkan makanan untuk ibu dan anak-anak itu. Melihat mereka gembira menghadap makanan, Saidina Umar berasa amat lega dan senang.

Zuhudnya Saidina Umar, pangkat dan jabatan yang dipegangnya tidak membuatnya mengharapkan layanan istimewa, tetapi beliaulah yang melayani. Kisah kepemimpinan Saidina Umar Al-Khattab R.A patut jadi suri tauladan buat pemimpin masa kini.


Untuk YB Zul & rakan-rakan, teruskan usaha naik basikal anda. Walau pun minyak tidak akan turun tapi saya terpengaruh untuk naik basikal sama seperti anda yang menjadikan berbasikal sebagai satu amalan hidup (sesekali jangan lupa bawak motor tu ye..).

Pada sesiapa yang memperkecilkan usaha pemimpin merasai derita rakyat, kamu semua sebenarnya tidak layak jadi umat Muhammad saw, wallahu'alam.

Owh lupa nak tambah, YB-YB B* suruh rakyat ubah gaya hidup, YB-YB PR dah tunjuk. Korang bila lagi?

12 comments:

maklang on June 24, 2008 at 1:45 PM said...

rasa maklanglah, tak ada pemimpin kita yang seperti Saydina Umar, jauh lagi macam Nabi...

Hasbullah Pit on June 24, 2008 at 2:31 PM said...

Aku rasa nak belajar memasak.

Qaseh Bidadari on June 24, 2008 at 3:12 PM said...

susah nak cari yg begitu sekarang!

asr on June 24, 2008 at 4:57 PM said...

Cuaca di sini membolehkan aku berjalan kaki ke opis bila time summer... Selamat berbasikal...

:)

Anonymous said...

sualeen..aku agak terkejut dan ade sedikit kecewa stelah membaca komen2 diatas (please dont take it personal) ...membuatkan aku terpikir adakah ko and aku and hanya sebilangan kecil yg outspoken adalah dari golongan org2 yg radical, irrational and over reacting ..or just yg di atas adalah dari golongan org2 yg cool belaka yg hanya berminat dalam memberi pendapat yg politically correct ... kerana bagi ku komen kepada tulisan ini adalah sepatutnya seperti berikut:

memang sukar utk dipercayai bahawa kita tinggal dinegara yg ingin maju tetapi mempunyai pemimpin yg bodoh belaka..cubalah kita pikirkan jika MP itu bijak dia takkanlah akan mengeluarkan remarks yg menyakiti rakyat! jika tidak setuju lebih baik jgn nak memberi kenyataan betul tak..ternyata mereka ini MP B* adalah kurang pintar seriously..jika mereka hidup di negara maju pasti esok org akan tunggu di depan rumah pemimpin ini dan memboo or baling telur kpd mereka semasa mereka nak pegi kerja.... aku kecewa kerana rata2 rakyat negara ini sudah maju tetapi pemimpin masih berperagai kolot dan beremosi...

..terpikir juga aku, mungkin mentality society zaman nabi dan sahabat, lebih maju dari zaman kita yg bangga dgn bangunan tertingi dan boleh hantar manusia ke angkasa raya..

sualeen, good write up..well done!

Sue.Aleen on June 24, 2008 at 8:53 PM said...

>>> maklang:
perlu diadakan... tu sebab pentingnya akar umbi yang pilih, bukan diri sendiri yang lantik. masalahnya akar umbi pun pilih yang haprak...





>>> sebol:
aku sokong untuk ko menuruti tingkah Saidina Umar ra tu. tak de yang ruginya kaum lelaki pandai memasak.





>>> mama ranggie:
susah nak cari atau memang kita tak pernah cari?

Sue.Aleen on June 24, 2008 at 9:04 PM said...

>>> asr:
jalan kaki pun aku pernah buat. dok kat UITM yang berbukit bukau tu. dari seksyen 7 ke seksyen 5 (kompleks PKNS). apa kira dengan panas!





>>> jingga studies:
aku memang outspoken, radical, irrational & over reacting bila mai bab rakyat. bukan sorang rakyat yang kena, malah ramai kan. tak suka aku akan cakap. orang lain nak angguk, ikut suka koranglah.

dan yang aku paling menyampah bila juak-juak ni cukup anti dengan geng sendiri yang 'masuk' ke PR untuk bantu rakyat sampai kena bagi surat tunjuk sebab. tapi bab nak terima darjah sanggup plak terima. memang dasar!

orang negara majulah tunggang basikal. cuba perhati di Jerman, Jepun, China. arghh pemimpin Malaysia memang pelik!

aku sokong entry Faisal Tehrani kali ni!

Sue.Aleen on June 24, 2008 at 9:06 PM said...

>>> jingga studies:
anyway, Nabi saw dan sahabat dah bagi platform. susah ke nak ikut? bila akal menguasai inilah jadinya. akal tu plak kontot macam mata kail.

Anonymous said...

tears dry on it's own la sue menengok peel juak2 ni.

Anonymous said...

saya dah lama tak tengok berita (since huby xde) sbb bibik suka join tgk tv malam2. segan plak dia dok tengok berita2/statemement pasal benda tahpaper kat negara kita nih.

do they really want to be ministers bcos of tanggungjawab or $$$$??? i heard peruntukan shoping kat obersi pon RM1.3M.. (pedulik apa betul tak betul pun, zaman skg semua org lagi pandai dari sapa2 yg pandai).

eh tolongla derang ni... bak kata kawan saya, drp bayar cukai & zakat (yg diselewengkan) baik biaya anak2 yatim/budak2 tahfiz. konfem sampai ke derang.

duit zakat pon bole seleweng... duit2 lain toksah ckplah.

Abang Long on June 25, 2008 at 3:16 AM said...

Bersabarlah. Itu sahaja yang mampu disuarakan. Betulkah ? !!!!!!

Jom ke gerai abang long.

Sue.Aleen on June 25, 2008 at 10:28 AM said...

>>> intan:
wonder la bila nak wujud pemimpin2 yang berkaliber di Malaysia ni... yang takut pada Allah swt specifically. kalo ada pun, di puak yang lain.





>>> lyna:
kadang2 bila tertengok berita tu, sakit rasanya jiwa.

salah rakyat tempat mereka jugak yang pilih pemimpin takleh pk panjang ni. ehh.. tak jugak.. yang tak dipilih rakyat pun boleh jadi senator. kan ramai senator bukan pilihan rakyat.

elaun macam2 menteri ni pun dibayar pakai duit rakyat. yang pelik masih ada lagi tu yang sokong pemimpin yang zalim.

cukai or zakat? cukai peringkat pusat, zakat peringkat negeri. baik bayar zakat then minta pelepasan cukai. karang bayar cukai entah ke mana hala pulak duit tu pergi. bab seleweng zakat memang teruk masa x-MB dulu. yang bukan asnaf pun boleh terima. sesat sungguh. kita tengok rentak MB sekarang camne.

tolong ler budak tahfiz, insyaAllah boleh jadi 70 orang yang ditarik masuk ke syurga.





>>> abang long:
tahniah abang long. moga biz berjaya. insyaAllah jika tiada aral saya akan ke sana.

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez