Tuesday, June 3, 2008

Ata & Unisel


Hari ni secara tiba-tiba je adik ipar saya - Ata - datang ke rumah pada pukul 1 petang. Bila dia beri salam, saya teramat cam suara itu. Isk.. ni mesti ada apa-apa.

Ata : "Ibu ada tak ibu?" anak-anak menyambutnya di hadapan pintu.

Saya : "Kenapa ni?"

Ata : "Nak mintak tolong akak tunjukkan jalan ke Shah Alam"

Saya : "Ok"

Sambil bersiap, dia makan bihun untuk brunch tadi. Masih banyak. Saya syak dia mesti belum makan. Saya dengan mak kalau dah makan sekitar jam 11 pagi, kenyangnya menghala ke petang. Petang sikit baru masak tengahari... boleh? Selalu macam tu.

Rupanya dia perlu menghantar kad jemputan untuk majlis di Unisel malam ni (8-11 malam). Segan untuk pergi berdua, saya ajak Mastura sekali. Baguih sungguh la ada anak dara kecik ni. Senang nak ajak! Adik-adik ipar saya semuanya lelaki okay... kadang-kadang perasaan tak selesa tu wujud dengan sendirinya walau pun saya boleh mix well dengan mereka.

Kami tiba di Unisel Shah Alam sekitar jam 2. Ketika membelok di Petronas, saya tunjukkan bangunan tempat abangnya bekerja hanya di hadapan tu. Boleh nampak dari Unisel sebab ia bersebelahan.

Sambil dia edarkan kad jemputan tu, saya & Mastura tunggu di bawah. Sempat ambil gambar-gambar di bawah ni.





Isk.. kalo ada kamera sendiri dah lama saya bereksperimen ni!




Kasut Princess yang dibeli hari tu. Masa lepak dengan dia ni, sempat mintak sepasang lagi. Adehhh.. ingat mak ni cap kasut ka!




Saya war-warkan bagi pihak Unisel (walau pun tak dibayar). Sapa-sapa nak cari keje pi la Unisel ikut tarikh kat atas tu. Katanya ada 5k kekosongan.. cor try pi.. baru tau betul ke tak, k! Yang semestinya, pakailah pakaian yang formal...



Katanya, dia kena marah sebab hari yang sama ada event baru nak hantar kad. Lepas tu kami pun balik dalam keadaan hujan lebat. Kereta yang dia bawa sebenarnya kereta lama kami yang diberikan pada akak. Akak pulak dalam pantang. So, terkenang semasa dulu la pulaks!

Owh ye... anak akak masuk hospital balik hari Sabtu sebab jaundice. Hopefully ok je la sebab nak ikutkan jaundice ni bleh baik lepas 1-2 minggu. Hari dia nak discharge tu pun saya dah cakap kat dia yang anak dia nyata jaundice. Pelik pulak rasanya HSB tak tahan anak dia lebih lama. Dah lepas seminggu pun anak dia belum pulih malah masuk ke hospital di kampung pulak. Alahai!

Erkkk... sebenarnya risau sangat dengan cara dia pandu kereta. Maklumlah baru P pun. Tapi tak nak cite la.. dah sampai rumah tu kira ok la kan... alhamdulillah...

Yang bertuahnya, nak tau kami makan berat pukul berapa? Masa citer Ezora tu ditayangkan... punyalah lambat! Dan yang lebih bertuah lagi, saya baru je minta redha suami sebab keluar tengahari tadi masa suami balik dari keje. Bertuah punya bini. Alhamdulillah cik abe mengerti... tidak mengkalu.. haghu!

7 comments:

silversarina on June 4, 2008 at 6:46 AM said...

salam rindu,

1/ bestnya kisah cuti di Little England.... ambik otograf Bill Gates tak ???

2/ Oo akak tak de , sue ganti update blog daily ye..tak pe persaingan sihat ..heheh.

3/ harap syafiah semakin sihat , InsyaAllah.

4/ Wah.. banyaknya kerja kosong, akak nak mohon jadi makcik kantin aje, dapat makan sedap-sedap. tak pun jadi penyelia bilik komputer dapat blogging sokmo ... hahaha.

sorry akak borong komen kali ni...kisses buat anak-anak yang comel tu.. geram nya.

en_me on June 4, 2008 at 7:16 AM said...

sib baik suami akak tak 'back hand' sebab lambat bagitau.. ehehe, sabo je lar

wah, comeynyer mastura.. mesti fandai nyanyi .. kannns

Qaseh Bidadari on June 4, 2008 at 9:08 AM said...

sebbaik hubby sporting!

Sue.Aleen on June 4, 2008 at 11:34 AM said...

>>> kak rina!!:
salam rindu kembali...

1/ tak le sebest cuti2 indon akak kannn... but at least i can ease my mind! bill gates yang tak fames lagi masa tu... tak sempat nak mintak otograf pun..


2/ ala... tak leh nak challenge blog orang yang terkenal... ini syok2 sendiri je.. hiks


3/ insyaAllah.. dia sihat cuma COH dia makin naik. that's why Dr RI suggest opt!


4/ jauh tu kalo kak rina nak keje kat sini. nak ulang-alik ke? hehehe..

dah pass dah kisses aunty rina...

Sue.Aleen on June 4, 2008 at 11:36 AM said...

>>> me:
tak pe.. dia back hand hari ni lepas keja nanti (pergi main badminton la tu). budak tu memang pandai nyanyi.. nyanyian yang merapu!





>>> mama ranggie:
alhamdulillah...

Anonymous said...

akhirnya..dpt jugak tgk kasut mastura..
comey2...pink kale!!!

Sue.Aleen on June 4, 2008 at 6:29 PM said...

>>> ~*Krsty_Pinky*~:
alah.. dah kalo princess disney tu apekah kale yang ada lagi kan? pink pink pink! suker la tu!:P

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez