Adh-Dhariyat [51:56] : Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Ada beberapa pengalaman sebenar saya ketika saya belajar di sebuah sekolah menengah di Ipoh dan juga ketika saya berada di sebuah IPTA di Lembah Klang. Namun satu yang terkesan sehingga sekarang adalah cerita berikut:
Saya sempat tinggal di hostel untuk 3 semester. Bilik saya sepanjang 3 semester itu adalah bilik yang sama saja. Cuma posisi tempat tidornya kadang-kadang di bawah, kadang-kadang di atas. Setiap bilik ada 2 katil double decker bermakna kami berempat.
Resmi orang perempuan ni, suka ajak kawan-kawan lain study, makan & kadang-kadang tertidur beramai-ramai di tempat yang sempit. Dua dari kami di situ mengambil kursus Pengurusan Hartanah & seorang lagi kursusnya sama dengan saya. Cuma mereka yang lain itu berpangkat senior, hanya saya yang junior.
Sepanjang saya di IPT saya kerap bermimpi bertemu dengan 2 lelaki - seorang berjubah hitam, seorang lagi berjubah putih. Bukan sekali dua tapi berkali-kali. Dua lelaki ini kerap mengekori saya dalam mimpi-mimpi itu. Seolah-olah macam bodyguard.
Kemudian lagi, pernah terjadi pada suatu malam ketika saya di antara tidur & jaga, saya terasa seperti seolah-olah badan saya diusap dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Saya menoleh ke belakang ternampak seperti susuk tubuh seorang wanita berambut panjang dengan badannya sedikit agam. Keadaan bilik agak samar. Cahaya bilik tu kami terima dari dewan makan bertentangan dengan bilik kami (huhu.. setiap kali chef dia tu masak.. terliuq ooo!). Dalam hati, "Lantak la.. aku nak tidur. Aku tak kacau ko, ko takkan kacau aku!". Saya pulak suka tidur dengan muka yang mengadap ke dinding! Lampu bilik semuanya ada tiga. Setiap kali ingin tidur, semua lampu dipadamkan kerana salah seorang dari kami tidak boleh tidur dengan lampu yang terpasang.
Keesokan harinya saya hanya mendiamkan diri. Mungkin khayalan saya. Lagi pun untuk tidak menakutkan kawan-kawan saya yang lain. Yang anehnya, ada sepasang telekung di bawah bantal saya. Saya check telekung saya dalam almari ada. Telekung siapa pulak ni? Semalam tak de pun? Tak puas hati, semua orang saya tanya kot-kot ada yang kehilangan telekung. Habis satu level, malah kawan-kawan dari blok yang lain pun saya tanya. Tapi jawapannya tiada. Saya pun simpanlah telekung tu.
Pada suatu hari yang lain, ketika room mate saya & saya ke dewan makan, salah seorang kawan room mate saya yang tertidur di bilik kami di sebelah malamnya membuka cerita.
Kak NHR : "Terima kasih ler kejutkan aku semalam ye"
Saya : "Saya tak kejutkan akak"
Kak S : "Aku pun bukan"
Kak NI : "Bukan aku"
Kak K : "Aku pun bukan"
Huh! Siapa pulak yang kejutkan kak NHR ni?
Kak NHR : "Wei.. jangan la memain korang ni. Orang tu siap cakap kat aku, "NHR bangun. Ko tu tak solat Isya' lagi. Pergilah balik ke bilik ko". Bih tu sapa yang kejutkan aku?!". Dia cakap dia macam mamai-mamai je time tu.
Kami semua terdiam. Kemudian Kak K mulalah cerita yang suatu malam, di antara sedar dengan tidak, sebelum tidur seolah-olah ada seseorang duduk di atas lengannya dan dia dihimpit serasakan seperti sesak nafas sekejap. Dia takut. Cuma dia pun jenis diamkan diri. Bila bangun katanya tangan dia jadi sakit.
Selepas semua orang cerita bab masing-masing, giliran saya pula cerita yang saya pernah diusap. Masing-masing cakap kenapa saya tak beritahu lebih awal. Nak buat apa? Bukannya boleh buat apa pun. Lagi pun ada ke orang nak percaya cerita saya tu? Sejak itu, salah satu lampu di bilik kami mesti dipasang ketika kami tidur.
Di kampung, arwah ayah saya sakit. Sakitnya sehinggakan dari hospital, arwah mencuba perubatan alternatif. Di antara ramai-ramai pengamal perubatan tu, dua daripadanya beritahu mak ayah tentang, "Ada anak encik kat rumah tu yang diekori ketika jaga & tidurnya" dan "Salah seorang Fatimah (merujuk kepada anak perempuan) tu bawalah ke mari, saya ingin berjumpa dengan dia".
Saya pun ikut. Satu di Sungai Petani, satu lagi di Bagan Serai. Yang Pak A di Sungai Petani tu beramal menggunakan bacaan al-Quran. Dia akan menulis nama penuh pesakit lantas diberikan ayat al-Quran yang bersesuaian untuk si pesakit amalkan sendiri setiap hari. Yang Pak A di Bagan Serai tu lain macam sket. Bukannya saya nak percaya sangat pun. Pergi tu untuk penuhi permintaan keluarga je. Lagi pun masa tu otak pun bukannya betul nak digest benda-benda macam tu.
Pak A SP : "Kamu selalu sedekah al-Fatihah tak?"
Saya : "Selalu jugak. Terutamanya bila saya ingat arwah tok"
Pak A SP : "Walau pun ibu bapa kamu masih hidup, kamu boleh jugak sedekahkan al-Fatihah untuk mereka. Amalkan selalu selepas Subuh" (at least dapatlah lesson yang berguna).
Pak A BS pula mention yang usap saya di bilik tu - Puteri Junjung Buih, yang berpakaian hitam di dalam mimpi - Sheikh Abdul Kadir Jailani, yang berpakaian putih pula - Nabi Hidir. Arghh! Biar betul? Biarlah dia nak cakap apa pun. Pak A BS ni cerita benda ni sekitar tahun 1998 dulu.
Pastu nak dijadikan cerita, Didi sepupu saya nak bernikah. Tahun cerita 2006. Saya ke PH lebih awal disebabkan hari Khamis tu cuti umum, maka Jumaat pun kami ambil cuti sekali. Mak pun kami bawak lebih awal.
Tengah orang bersantaian tu, Acek ni pi bukak la lagu-lagu Banjar (VCD) sambil la mintak mak translate yang mana-mana mak faham. Tiba-tiba ada satu lagu ni keluar mention tentang Puteri Junjung Buih. Erkkk! Biar betul? Saya perhatikan mak, mak perhatikan saya. Wujud rupanya Puteri Junjung Buih ni. Punya la jahil. Tapi kami diam je & mak pun terus je translate ayat-ayat yang dia faham. Buat seolah-olah tak tahu je.
Pastu mak jumpa saya & kami pun bukak balik le cerita purba tu. Sebenarnya mak tak berapa selesa dengar lagu-lagu Banjar ni kat situ. Entah tak tahu sebab apa. Sebab Acek bukak kuat sangat ke pun entah la. Dan dia sebenarnya memang tak selesa nak bersurah (walau pun reti) jika jumpa kulaan tok-tok yang lain. Padahal itulah asal keturunan kami. Acek pernah mention nak ke Banjarmasin, Kalimantan nak cari asal keturunan kami ni. Saya bukan takat Kalimantan, di Ta'if pun saya teringin cari tapi apakan daya saya tak kenal seorang pun. Golongan peringkat moyang tu langsung tiada, jadi amat susah nak trace semula family tree.
Sedikit cerita tentang Puteri Junjung Buih:
Puteri Junjung Buih adalah seorang Raja Puteri dari Kerajaan Negara Dipa menurut Hikayat Banjar. Puteri ini berasal dari unsur etnis pribumi Kalimantan. Puteri Junjung Buih merupakan anak dari Lambung Mangkurat yang diperolehnya ketika "balampah" (bahasa Banjar : bertapa) yang muncul dari dalam buih di sungai. Raja puteri ini kemudian menikah dengan Pangeran Suryanata dari Majapahit. Salah seorang anak mereka yaitu Pangeran Aria Dewangga menikah dengan Putri Kabuwaringin, puteri dari Lambung Mangkurat (unsur pendiri negeri), kemudian mereka berdualah yang menurunkan raja-raja dari Kerajaan Negara Dipa, Kerajaan Negara Daha hingga Kesultanan Banjar dan Kesultanan Kotawaringin.
Menurut mitologi rakyat pesisir Kalimantan seorang raja haruslah keturunan raja puteri ini sehingga raja-raja Kalimantan mengaku sebagai keturunan Puteri Junjung Buih. Beberapa kerajaan di Kalimantan Barat juga mengaku sebagai keturunan Puteri Junjung Buih. Dalam tradisi Kerajaan Kutai, Putri Junjung Buih merupakan isteri kedua dari Aji Batara Agung Dewa Sakti Raja Kutai Kartanegara ke-1.
Menurut Drg Marthin Bayer, Puteri Junjung Buih adalah sama dengan Kameloh Putak Janjulen Karangan yang dikenal dalam masyarakat Dayak.
"Sumber"
Sedikit berkenaan dengan Banjar:
Ketika awal abad ke-16, Kalimantan Selatan diperintah oleh kerajaan Negara Daha. Di daerah-daerah taklukknya, sebuah pajak atau cukai haruslah dibayar oleh kerajaan daerah itu kepada raja Daha. Ini menyebabakan daerah Banjarmasin berkeinginan untuk keluar daripada pengaruh Daha. Ketua daerah Banjarmasin, Patih Masih, kemudiannya berbincang dengan ketua daerah lain iaitu Patih Balit, Patih Muhur, Patih Balitung dan Patih Kuwin[1] untuk memerdekakan daerah mereka daripada kerajaan Daha. Mereka kemudiannya berpakat untuk meminta tolong daripada Raden Samudera, seorang cucu Maharaja Sukarama; seorang raja Daha. Raden Samudera ketika itu sedang dalam penyembunyian di daerah Muara Barito kerana ancaman bapa saudaranya, Pangeran Tumenggung yang ketika itu adalah raja Daha. Dibawah pimpinan Raden Samudera, tercetuslah pemberontakan Banjar ini dengan bantuan Kesultanan Demak dari Jawa[1]. Setelah berjaya menumpaskan kerajaan Daha, Raden Samudera memeluk Islam dan memakai gelaran Sultan Suriansyah[1] dan dimahkotakan sebagai sultan Banjar pertama.
Kesultanan Banjar kemudiannya kalah di tangan tentera Belanda pada tahun 1905 dan sultan terakhirnya ialah Sultan Tamjidullah III Abdul Rahman[2].
"Seterusnya"
Sumber-sumber lain:
1. Kisah Dayak, Banjar, Mongolia dan Sang Ratu Langi .
2. Kapten Arab, Pangeran dan Saudagar Kapal.
3. Orang Banjar dan Dayak di Kalimantan Selatan: Asal Usul dan Perhubungan Mereka.
4. Kerajaan Banjar.
5. Siapa Melayu Sebenar.
6. Banjar Kingdom.
7. Muhammad Arsyad al-Banjari.
8. Mufti Jamaluddin al-Banjari.
Dulu-dulu masa kecil, kakak saya kata Banjar ni ada sikit kena mengena dengan Mongolia. You'll be surprise if you read the source of number 1. Apa yang pasti Puteri Junjung Buih tu memang wujud dalam sejarah Banjar. Dan siapakah yang mengusap tubuh saya ketika itu, hanya Allah swt yang tahu, wallahu'alam. Isk! Seram pulak rasanya...
Owh ye.. antara blogger Banjar yang saya kenali - Abang Long & Cikliah. Tak lupa juga - Al-Banjari.
**UPDATE** (8.55 pm)
Dari segi bahasa, ada sebahagian besar yang seakan-akan sama dengan bahasa Sarawak/Sabah & juga Tagalog. Dulu masa seorang kawan Sarawak bertutur dalam bahasanya, saya boleh memahami apa yang mereka katakan dengan baik.

0 comments:
Post a Comment