Sunday, June 8, 2008

Shahrir Samad Dok Kecek Gapo Ni?


Kebajikan Rakyat Dijaga Dalam Penstrukturan Semula Harga Bahan Api - Shahrir

SHAH ALAM, 6 Jun (Bernama) -- Penstrukturan semula harga bahan api semalam hanya bagi mengurangkan beban tanggungan subsidi kerajaan dalam mengatasi lonjakan harga minyak dunia, namun kebajikan rakyat berpendapatan rendah tidak diabaikan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad.

Beliau berkata beberapa demonstrasi yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak itu dibuat kerana ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan di atas keputusan kerajaan itu.

"Soal berdepan dengan kemarahan orang, saya tak dapat apa-apa faedah dan kerajaan tak ada untung pun bila tarik subsidi.

"Kita tarik balik subsidi bukan naikkan harga minyak tetapi kita hanya kurangkan perbelanjaan tanggungan kerajaan terhadap subsidi *tak paham betul apa yang dia cakap kat sini*," katanya kepada pemberita selepas program Pemukiman Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat.

Beliau berkata kerajaan membayar balik sebahagian daripada subsidi yang ditarik balik itu menerusi wang tunai sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2,000cc dan RM150 kepada pemilik motosikal persendirian di bawah 250cc.

"Pokoknya sekarang ialah macam mana kita nak bayar wang ini dengan lebih segera. Rakyat patut fikir ini (bayaran cepat)...yang buat demonstrasi ni tak nak terima ke RM625 ni *owh... RM625 ni bagi saya ni, tak lebih sekadar pemanis minuman je*" katanya.

Kerajaan mengumumkan akan membayar rebat yang akan diberi dalam bentuk kiriman wang itu menerusi pejabat pos seluruh negara mulai 1 Julai.

Shahrir berkata kiraan purata yang dibuat ialah wang rebat tunai yang akan diberikan itu ialah bersamaan 66 liter minyak untuk sebulan.

"Jadi kalau anggaran 66 liter penggunaan sebulan bagi kereta ekonomikal dengan perjalanan tak jauh, pastilah perbelanjaannya akan sama sebelum kenaikan ini," katanya.

Berkuatkuasa tengah malam Rabu lepas, harga petrol dan diesel dinaikkan, masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula subsidi bahan api itu, menjadikan harga petrol di pam ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Ketika ditanya rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tinggi sebayak 78 sen dalam masa yang singkat, beliau berkata ini merupakan kali pertama kerajaan membuat satu sistem terurus di mana subsidi diberi terus kepada rakyat.

"Buat pertama kali ada satu sistem terurus di mana subsidi dipulang balik kepada rakyat. Dulu bila kerajaan tarik subsidi (rakyat) tak dapat apa-apa. Kalau tarik sikit-sikit rakyat tak dapat apa-apa *kalau tarik bebanyak pun, rakyat tetap tak dapat apa kecuali kalau kerajaan benar-benar ada mekanisme terbaik untuk atasi semua ni.*," katanya.

Shahrir berkata sebelum ini kerajaan membayar kepada pemilik syarikat minyak harga subsidi yang ditetapkan dan subsidi itu hanya dinikmati oleh pengguna semasa membeli minyak di stesen minyak.

"Pada masa itu orang kaya yang membeli banyak minyak dan pemilik kenderaan luar negara turut merasai subsidi yang diberikan kerajaan tetapi kini rakyat negara akan mendapat terus rebat tunai daripada kerajaan," katanya.

Beliau berkata cukai jalan pemilik kenderaan juga akan dikurangkan dan purata kenaikan sebuah kenderaan adalah lebih kurang 45 sen sahaja.

Katanya kerajaan kini masih memberikan komitmen subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter yang dibeli pengguna.

Mengenai syarikat pengangkutan yang dijangka akan mengalami kesan yang teruk akibat kenaikan harga diesel, Shahrir menjelaskan kementerian itu bersedia berjumpa dengan syarikat pengangkutan yang mahukan penambahan kuota subsidi diesel.

Katanya kenaikan diesel tidak sepatutnya mengakibatkan kesan yang teruk kepada syarikat pengangkutan dan kementerian akan memastikan masalah itu tidak berlaku.

"Kalau ada syarikat kata tak cukup kuota, saya akan tentukan mereka dapat sepenuhnya. Ada yang cakap kuota hanya cukup 3 minggu sahaja, kita akan selesaikan masalah itu. Pokoknya kalau semua syarikat pengangkutan tak ada masalah kenaikan diesel, jadi, apa pun tambahan caj yang diminta tidak berkaitan dengan kenaikan harga bahan api," katanya.

Beliau berkata perkhidmatan feri di Pulau Langkawi misalnya mengadu tentang perlunya untuk menambah kuota subsidi dan kerajaan akan bantu mereka.

Negara mempunyai jumlah diesel yang mencukupi dan kementerian akan memastikan syarikat pengangkutan ini mendapat kuota subsidi diesel yang sepatutnya, katanya.

-- BERNAMA



Tengok... saya pun takde la berat sebelah sangat kan. Petikan Yang Berkhidmat Dato' Shahrir Samad pun saya ambik jugak... yer la sebelum ni dok berat hati kenang duit poket sendiri je.. Ni nak kaji la jugak apa yang ada dalam pemikiran YB-YB kita ni...

Kalau Petronas terlampau tidak boleh menolong (bak kata Mami Hafiy), mekanisme yang betul patut diperkenalkan sebelum menaikkan harga minyak. Minggu depan baru nak umum langkah untuk kurangkan beban pengguna.. baru nak pk ke? Kenapa tak bagitahu masa hari umum minyak naik je atau sebelum dari tu lagi bagi rakyat berjaga-jaga?

Uwaa... feri ke Pulau Langkawi tu. Tolonglah depa... sebab che' nak pi Langkawi hujung tahun ni...

3 comments:

Anonymous said...

nampak gayanya...melepas la kita kali ni nak p langkawi...hukhukhuk.
tambang feri, tambang bas, minyak,
mkn/mnm...tu belom lg nk jln2 msk tmpt yg berbayar...adehh..parah2elok2 bajet bole beli pinggan mangkuk...trs terbantut pasai nak cover ke tempat laen.. :(

baru nak berangan nk honeymoon puas2..citt tol la!!!

Sue.Aleen on June 9, 2008 at 8:33 PM said...

>>> awa:
hang nak kensel ka? firefly tengah ada promotion tu.. tarikh penerbangan sampai 25/10/08. siap kira dalam paper lagi sorang RM57nett.

adehai.. nak buat dana ke langkawi la lepas ni. ada sapa ka nak sponsor? baru je berangan nak beli pinggan kat kedai hj mail.

Anonymous said...

tak tau la nak kata kansel ke tak..
aku dah tgk promotion tu..sblh hati kata tak mau p..sblh hati kata p la..adehhh..ta tau mana nk plh..

kalo da menteri yg sponsor beh gak..hukhukhuk!!!

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez