Dalam dok tengah-tengah gawat minyak ni yang seolah-olah rakyat Malaysia dah naik minyak, semalam saya menerima sedikit perkhabaran gembira. Ye la.. walau pun belum tentu dapat, saya rasa excited sket dipelawa untuk ditemuduga hari Isnin di H***m, Glenmarie. Bahagian projek sebagai Jurutera/Eksekutif (dalam ad tulis macam tu). Seram sejuk pun ada jugak sebab dah lamaaaaa...... tak pergi temuduga. Hopefully dapatlah walau pun SOHO saya tu pun bakal berjalan bulan ni.
Rasa tersentuh baca beberapa komen dalam blog Chedet dan Pak Sheikh. Rakyat Malaysia merintih pada 2 insan ini agar membantu mereka. Selalunya perbandingan dengan negara-negara Asia dilakukan pemimpin. Alasan yang telah lama diketahui. Harga minyak kita masih rendah. Sememangnya jika nilai RM2.70 tu diconvert ke Sing Dollar/Ringgit Brunei, memang rendah! Tapi kenapalah mesti convert bila gaji rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah tak sampai RM1,000 pun. Cuba tanya pekerja kilang, tukang sapu, tukang cuci, pelayan restoran, orang veteran di kampung yang kerja sendiri, pelajar IPT dan ramai lagi rakyat marhaen...
Cuba baca kenyataan Wan Azizah berkenaan dengan emas hitam ini:
Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter.
Katanya, membandingkan harga petrol dengan negara pengimport minyak seperti Singapura, Thailand dan Indonesia jelas menunjukkan sifat kedunguan.
"Kami menggesa kerajaan menimbangkan semula keputusan menaikkan harga petrol. Kerajaan seharusnya prihatin ke atas rakyat Malaysia yang rata-rata membelanjakan hampir 25% pendapatan mereka ke atas pengangkutan," tegasnya.
Justeru, jelas beliau, setelah membayar cukai yang amat tinggi untuk membeli kenderaan dan membayar tol untuk melalui lebuh raya kini rakyat terpaksa pula membayar kos petrol yg begitu tinggi.
"Kita kesal kerajaan sanggup membelanjakan hampir RM40 billion untuk "double tracking railway project" yang menghubungkan Padang Besar-Johor Baru tetapi berdalih untuk membelanjakan RM13 hingga RM15 billion bagi subsidi petrol,", katanya.
"Kenapa tidak digunakan RM40 billion itu untuk membina lingkaran LRT yang komprehensif bagi membaiki sistem kenderaan awam sebagai usaha mengurangkan penggantungan kepada petrol?" jelasnya. *reason kenaikan yang lepas... tapi tak dapat rasa pun perubahannya*
Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.
Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.
250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).
Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.
Kerajaan ini melimpah dengan wang.
Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.
Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.Di dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan menaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapat menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan sedikit jumlah gaji minima.
Pendapat saya yang kutu pula - kalau tidak pun syarikat minyak lain, kenapa Petronas tidak dapat membantu rakyat negara sendiri dengan memberikan petrol dengan harga yang lebih rendah sungguh pun Petronas membeli minyak dari pasaran luar? Untung eksport lebih tinggi maka apa salahnya Petronas berkorban sedikit sebagai social contribution. Jika wang royalti 'lesap', maka tidak salah wang-wang ini diterjemahkan dalam pemberian petrol yang lebih murah! Jadi, semuanya orang dapat!
Perkara minyak ini bukan setakat Melayu je mengeluh, bangsa lain juga akan turut mengeluh sebab ia akan menyebabkan harga barang naik! Ia akan meninggikan kos sara hidup. Saya tidak menyangkal bahawa subsidi itu perlu diturunkan tapi jika secara mendadak seperti ini, orang yang sihat pun boleh sakit jantung!! Mekanisme pengurangan subsidi itu tiada, tup-tup minyak terus naik tanpa mengambilkira pendirian rakyat. Jika subsidi dikurangkan bersesuaian dengan pendapatan yang dinaikkan *bak kata Chedet.. I'm not his fan anyway.. tapi sepanjang dia jadi PM minyak tak pernah naik 40% sekaligus* serta had pendapatan minimum digazetkan, maka rakyat takkan naik minyak!
Syarikat tempat bekerja juga perlu mengambil langkah membantu pekerja dalam menangani beban kenaikan harga minyak. Cukuplah dengan memperkenalkan insentif-insentif lain yang bukan merupakan 'monetary reward'.
Rakyat mengeluh lagi. Sama seperti sebelum pilihanraya. Signal-signal ini jika tidak diterjemahkan dengan berkesan, nescaya kerajaan sekarang pasti akan berkubur.
Heh... ada juga yang menyalahkan pengundi lain kerana memangkah PR telah menyebabkan minyak naik. Apa kena-mengena PR dengan hal minyak naik ni? Siapa sebenarnya yang menaikkan harga minyak? Siapa yang tidak berdebat dulu di Parlimen mengenai perkara ini? Pandainyeeee.....
************************************
Owh ye.. lupa.. dalam kenyataan Wan Azizah tu ada tulis begini -
Dato' Shahrir Samad baru-baru ini mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion.
Menurut Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi 2007 adalah RM12.0 billion, justeru, rakyat menganggarkan bahawa jumlah subsidi petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion.
Jadi, berapa jumlah subsidi ni sebenarnya? Kalau takat bawah 20 billion *to be fair*, mana lagi jumlah yang lain tu pergi? Tirih pi mana?

26 comments:
Sue, HambaAllah tu dia nak balas dendam kat rakyat sebab tak pangkah dia.
Apa kelas bagi kat rakyat, mana masiuk poket dia. tak untung beb.
Aku pon bukan fan Det, tapi dia genius.
tirih kat poket2 kroni la...:P
tirih kat mana lagi...
koridor koridor yang hanya menggadai tanah negara tu patut di KIV dulu sampai ekonomi kita benar benar pulih..
oh.. good luck untuk interview itu.
Ya Allah Sue, sungguhla kan? Akak memang rasa resah sungguh..cuma usaha yang terdaya dan do'a banyak pada Allah..banyakkanlah kita berqiamullail dan solat sunat mohon Allah murah rezeki kita dan biar nasib kita ditentukan oleh Allah dan bukan oleh manusia2 serakah nafsunya..and thanks all your comments - really appreciate that!
GOOD LUCK FOR YOU INTERVIEW!!
Dik, nak pool with your husband tu, kalau berdua jer mesti tak manis kan? Lepas tu, akak ni nanti insya-Allah habis paling lewat jam 2pm - nanti nak balik camno?? huhuhuhu..thanx for the offer anyway..
lupa nak tanya - SOHO - buat apa?
Hasan Merican kata orang ramai sibuk pasal minyak naik tapi tak kesah kos Petronas naik 200%. Dah Petronas exclusive untuk PM je mana orang nak tau.
aku dah tak caya langsung ngan cakap2 pak lelah dan konco2nyer...sumer cakap tak serupa bikin!
nyampah beta!
tapi mungkin gak depa ni nak wat reverse psychology. mula2 bagi rakyat gempaq ngan rega minyak tentu rakyat wat demo. pastu bila dah ramai rakyat wat demo tentu depa tak sampai hati teros turunkan rega...jeng jeng jeng. nanti rakyat akan kata pak lah is a real hero...blah!
hai, kalo nak wat image makeover tu macam2 org bleh pikirkan....
err lupa nak cakap - slamat berinterbiu!
>>> intan:
akak aku pun cakap camtu jugak.. hambaAllah tu nak balas dendam. tu sebab gamaknya pro-BN marah sangat dengan orang yang pangkah PR ni.
>>> ~*Krsty_Pinky*~:
kita pun kroni jugak.. tapi duit hang tak pernah plak tirih dalam poket aku.. hakhakhak
>>> kak zar:
koridor tu tak payah la kak... aktivitinya sama. cuma diberikan jenama. nanti kalo hambaAllah tu benti jadi PM, ada orang akan kenang.. koridor tu sapa asas? macam la jugak MSC tu kan...
>>> intan:
toche toche. menyuntik semangat. aku tengah dok review jobstreet bagi ni - Guide to Job Junting. punyalah ketaqqq!!
>>> kak OO:
nak murah rezeki baca doa 1k dinar, al-Insyirah & jugak buat solah dhuha. solat ni la yang payah nak buat bagi semua orang sebab time keje. yang dah buat macam kakak saya akui berkesan! dia lagilah ada anak 6 orang. surirumah jugak.
ingatkan cik abe akak yang keje kat shah alam. tu yang offer tu. dari rumah kami ni 1/2 jam je ke shah alam.
insyaAllah buat yang terbaik untuk interview tu karang. doakan..
SOHO tu buat biz plan untuk orang yang nak bukak biz. buat sampai loan orang tu lulus. nanti kita share cite dalam entry lain.
neway, thanks for dropping by.
>>> abu fatihah:
merican mana yang kawan baik KJ tu? yang ni ke? lahai.. camne kos jadi 200%? takkan mismanagement kot? kalau ye pun, kos meningkat takkan la tak reti cari jalan penyelesaian? nak rakyat jugak menyelesaikannya dengan duit kita sendiri.
>>> kak kc:
tu la.. ada gak yang cakap camgitu. orang kita ni kan mudah terpedaya! chedet pun serupa. takleh caya. lagi licik! entry dia hari ni pasal tun salleh abbas plak. yang tak munafik tak ingin jadi politician. alahai dunia!
tq for the wish eikk!
dia org tak pandai nk buat kira2 kalau dah babitkan angka bilion2....
isu kenaikan harga minyak dan isu minyak yg mahal adalah dua perkara berbeza....
kita boleh terima kenaikan harga pasaran..saya pun bukan surirumah yang teruk... tetapi saya tidak faham kenapa harga minyak kita mahal sedangkan kita negara pengeluar.
mmg pelik ..sgt2 pelik....
>>> kak jie:
dalam dok geram tu terselit gak rasa lucu sebab RM2.70 tu sebenarnya salah. kerajaan umum RM2.704. pastu paper semo tulis RM2.70. yang 0.4 sen tu sapa le punya pengiraan? memang sah le depa ni confuse bila mai tang billion! bukan ke depa yang ajo round up figure?
macam bala.. bala ni kalau turun bukan kira siapa. yang baik ke yang jahat ke... semua kena.
kak sue,
good luck interview yer.
sdkt pendapat saya yg xtau apa2 psl minyak2 nih.
bila harga minyak dunia naik, petronas tak untung pun, yg untung adelah service company sbb depa bulih caj mahal2. sbb tu kos meningkat. & kalo petronas nk bg privilege harga minyak kasik murah2, pekerja2 dia pon xdapat satu habuk pon. kene cut cost lagi ade lah even if bg 40% income ngara..
i dunno about the politik atas2 tp petronas's organisation still under good management sbb puak2 PL & KJ etc xdpt masuk dalam. if they're in mmg hancus, ntah2 dh lama kene jual petronas ni.
& petronas's workers osso face the same thing, even the GM, CEO pun gaji xsebesar mana... kalo xcaya tanye hassan merican (presiden petronas)bpr gaji dia. kalo xcaya bole refer kt sumber2 like tax firm psl ni. mesti drg ckp "gaji kecik xpdn dgn pngkt"
sori kak sy bkn nk emo/mnyibuk kt cni tp bab2 msia pngeluar myk & petronas ni bit sensitive to me hahahaha. it's not as simple as sedut minyak & jual.
>>> mami hafiy aka sitilina:
heh.. thanks for sharing ok..
serba sedikit akak dapat meneka apa sebenarnya terjadi. tapi dari sudut politik la.
next q, service co tu mesti ada agreement dengan petronas kan? there must be anywhere in the agreement yang bagi xtra benefit either to 1st/2nd party. maybe petronas should learn from other net exporter countries such as venezuela/saudi arabia. why and why they can lower down their petrol to as much as RM0.38/liter?
akak tak sangkal yang subsidi minyak tu perlu dikurangkan tapi tidaklah mendadak seperti ini tanpa gaji dinaikkan. orang2 yang mampu membaca dengan baik macam kita ni mungkin dapat copping well, but how about rakyat kecil di kampung2? mak akak contohnya.. selalu gak merungut bila beli barang. RM50 macam tak bernilai. they don't bother about this and that, they don't bother about technical part, they just bother what next to put on their table for their children.
even in UK if the petrol hikes, the good prices will maintain. mesti ada mekanisme efisien lain yang depa gunapakai.
neway, thanks for the wish ok! dah lama beno tak pergi interview. kawan akak pun ada sorang keje petronas as site engineer. tapi dia di KL la, cuma asal orang sarawak.
pening pk byk2 ni...
duit aku nk tirih cmne kat hang...
sndiri pun x koje...
hahahahaha:D
>>> maklang:
possibility jika pk banyak - darah tinggi naik (macam harga minyak jugak!)!!
>>> ~*Krsty_Pinky*~:
owh.. ye tak ye jugak.. guane nak tirih kalo poket sendiri pun kosong! kena cari kroni lain la macam ni!
kak sue,
bkn psl belajar/tak belajar dgn saudi/venezuela, etc. tp margin minyak Malaysia kecil. minyak kat saudi etc tu berjuta2 barrel per day & margin dia besar. Malaysia punya just like makes ends meet aje.
>>> mami hafiy:
ntah la.. but i still feel orang kampung takkan peduli semua tu... except what will they eat on that particular day! kan akak pun bagi perbandingan dengan UK. UK kan tak de minyak, tapi bila minyak naik, harga barang tak naik. there must be an efficient mechanism they're using to lowering down the good prices. kat malaysia ni... yang menakutkan semua orang, bila minyak naik, barang pun naik! tak pernah tak naik... kalau tak percaya tu, bukan penduduk malaysia la tu...
or mungkin jugak akak tak pandai nak terjemah apa yang mahathir tulis tu...
now kene survival la jawabnye..
tah cmne nk ubah gaya hidup lg pun x tau la..
>>> ~*Krsty_Pinky*~:
mungkin ada hikmah Persona tu hangpa tak dapat lagi.. kalo dapat tu lagi sakit jiwa! kerajaan bakal announce 4 langkah penting menangani beban ni minggu depan. awat tak bagitahu masa announce minyak naik ari tu? baru dok pikiaq formula kot?
k sue,
correct me if i'm wrong.
there's oil fields in UK. North Sea produced 3 JUTA tong/day in 2007, where Norway & United Kingdom adelah negara pengeluar terbesar kat sana. in fact North Sea menyumbang 9% hasil minyak dunia. & if you ever heard about BP (British Petroleum)..the HQ at London.
Malaysia? crude produced 588 RIBU tong/day & about 0.4% (or 0.04%?) -cant remember- of hasil minyak dunia.
pasal domino effect, sapa yg x terasa? xpayah tunggu pakcik kampung, saya pun terasa. lagi2 tambang flight konfem naik. skg pun dah 1/2gaji sorang utk blk kg. tp nk buat macamana..
i think the increasing in good prices is the peniaga yg amik kesempatan. bila minyak naik semua benda pon ada transportation kos. hahahahaha.
>>> mami hafiy:
yeh.. correct! The UK was the largest oil producer in the EU, but production has declined since peaking in 1999. BP shares has been sold to BHP (Bighorn Petroleum Limited)(green-yellow to orange), where the drilling is located at North Eastern British Columbia, Canada. The BHP HQ is located in Vancouver, Canada.
This BHP is on going process to merge with Flying A, Wyn & Tenaka. This exercise will change the company name to Canada Gas Corp.
BP began deepwater Gulf of Mexico operations in the mid 1980s. BP produces from twenty fields, including BP operated facilities at Pompano, Marlin, Horn Mountain, Na Kika, Holstein, Mad Dog and Atlantis.
BP also operates a number of sub-sea developments including King, MC 764 and Nile. They have equity interest in a number of partner operated developments: Diana Hoover, Mars, Ursa, Crosby, Europa, Mica, and Ram Powell.
Execution of their exploration strategy has delivered excellent results, yielding a strong portfolio of large, high quality development projects. Focused exploration will continue across our portfolio of more than 550 leases.
BP currently has eight operated projects under development in the Gulf of Mexico: Thunder Horse, Tubular Bells, Isabela, Greater Puma, Atlantis North Flank, Dorado, Horn Mountain NWFX and King South.
In addition, BP has equity interest in the two partner operated projects which are under development: Great White and Ursa / Princess Waterflood.
The BP Pipeline operated Mardi Gras transportation system consists of five major oil and gas pipelines, designed to serve fields in the Mississippi Canyon (Na Kika, Thunder Horse) and Southern Green Canyon (Holstein, Mad Dog, Atlantis) areas.
(sumber : website BP & BHP)
Semua investment di overseas.. bukan dalam UK itself.
Peniaga memang la kena ambik kesempatan. In term of business, they've to cover fixed cost and other costs. Silap hb jika tak manage dengan baik - lost! Kesian pada orang Muslim yang berniaga.
Sama2 la kita doa Allah berikan rezeki yang banyak pada kita insyaAllah.
Post a Comment