- Diesel to go up by RM1 to RM2.58
- RM625 rebate for cars below 2000cc (rasanya ramai miliki kereta bawah 2k cc ni termasuk husband tapi cuba kira balik ikut HARGA BARU berapa penggunaan sebulan pastu deduct dengan rebate ni. Jangan terpedaya!)
Nampak gayanya kita makin terhimpit! Spill over effect tu yang bakal kita rasa. Kebanyakan lori lebih dari 2000cc & guna diesel! Harga barang pasti naik lagi. Saya punyai 3 anak kecil yang masih perlu top up dengan susu formula. Dalam banyak-banyak S26 hell paling mahal *takleh tukar lagi. Kena tunggu Syafiah setahun*. 77 hari berpisah dengan Syafiah yang tinggal dalam hostel.. susu badan pun susut!
Dan mungkin juga beras akan naik lagi... adehhh! Allah.. tolonglah.. murahkan rezeki kami dalam mengharungi dugaan ini... & tolonglah perbanyakkan semula susuku ini...
Updated as at 8.03 pm (as I'm listening to the TV3 bulletin):
RM625 rebat tu untuk setahun siot... bila renew roadtax baru diberi. Setahun tunggu tuuuu!!! Itu pun melalui Money Order! Saya nak tengok macamana sistem kerajaan beroperasi akan datang ni. Efisien ke idak? Bab-bab duit ni biasanya slow ya amat.. tak percaya? Jom kita tunggu! Simple calculation RM625/12 = RM52+???
Situasi menang-menang? What the hell is that suppose to be meant? *tiba-tiba rasa diperbodohkan je.. heck!*. Cut to our bones ada la... Karang ada lak hero *or should we call clown?* nak tunjuk jaguh pi ampu tu.. korang paham-pahamlah sendiri..
Wait! Selain minyak, tarif eletrik pun nak naik la start Julai... PakLah tengah cakap tu kat TV... duhhh! *like slapping straight on your face twice!*.

23 comments:
Ya Allah mahalnya minyak. Sue. Jum naik basikal je lah. Cit la paklah ni.
>>> intan:
kalo hang dengaq dia cakap lagi rasa geram... bleh cakap camgini:
"untuk rakyat Malaysia, janganlah berdemonstrasi kerana apa yang kita putuskan ini adalah keputusan yang terbaik untuk semua pihak". aku memang pi kedai naik basikal. tak pun jalan kaki... tapi takkan nak balik kampung naik basikal? uwaaaa....
meme gile!
bile dgr psl tu diannounce kt tv,terus bgtau hubby..
adoi...ni bkn memperkayakan rakyat..
lg memiskinkan yela..
>>> ~*Krsty_Pinky*~:
kat depan ni bleh nampak petronas. tengah berderet orang nak isi minyak! perghhh... aku nak lari pi arab saudi la.. RM0.19 seliter.. bukan miskin lagi dah ni.. papa...!
salam sue..patik nak menyampuk skit ni..nampak gaya motor kena tukar jadi basikal dah..huahh..huahh..huahh..mati leeeee..mcm ni..ape punya kerajaan daaaaaaaaa..citttttt..
bodoh laaaaa..ish!...abis la lepas ni naik harga semua benda!
Kerajaan kena improve dan meluaskan perkhidmatan public transport. Perlu lebih kerap dan tepat. Kasihan dengan mereka yg berpendapatan sederhana dan rendah, duit yg ada pun tak cukup, tak tahu nak jimat tang mana lagi.
Moga Allah memberikan ikhsannya dalam masa terdekat, agar kesempitan ini cepat berakhir.
Aku rasa dah berbilion2 bakul kaki tidoq tu kena sumpah hari ni dan semalam.
Balik kampung naik basikal tu kira sebagai demonstrasi la. Aaarg. cit paklah.
Lepastu sepuluh juta kali nak banding harga minyak negara dengan negara jiran. Budus. Depa bukan pengeluar minyak. ce banding ngan brunei tgk. aarrrg. $%^&^%
lepas ni memang kena jimat betul2...
kena sekat mcm2..
hehehe...
>>> syam:
kereta tuko ke moto (bincang semalam dengan suami), moto tuko ke basikal. ubah gaya hidup sampai sesak napas!
neway, tq 4 dropping by!
>>> jingga studies:
itulah spill over effectnya... Barang Naik! walau pun kononnya diassurekan oleh Shahrir yang barang takkan naik. what's on their mind? tak cukup pengajaran agaknya?
>>> asr:
dari segi public transportation pun ada problem jugak sebab bas guna diesel. dah sah la tambang naik. tu satu hal, bas ni dah la ada hal lain i.e. saman, pemandu tanpa lesen, lesen kena gantung. komuter? masih macam tu jugak. lrt, monorel kebanyakannya dalam kl. bih orang kampung tu tak kesian ke? reason yang digunakan untuk harga naik sebelum ni adalah disebabkan nak improve sistem pengangkutan awam. kali ini??
Apa yg sy nk gambarkan adalah seperti semua yg sedang dialami oleh rakyat malaysia.
ubah cara hidup?
suami sy dah berbulan² ulang alik pergi kerja kat shah alam tu, pergi balik dlm 60KM dengan motosikal... nak ubah mcm mana lagi..naik basikal p shah alam?
>>> intan:
they're insulting people's intelligence! comparison dengan negera bukan pengeluar minyak dah boleh jangka sebab akal tu cetek macam ayaq bendang ja!!
malaysia ni patut gali lagi sumber alam dia tu kat tempat lain. bukannya takde. kat kg aku kat perak tu termasuk sekali. bekalan minyak negara insyaAllah takkan habih sekiranya negara ni bersungguh kurangkan beban rakyat. Allah pasti tolong.
aku pernah secara sinis komen kat portal SU. jika penduduk m'sia berjumlah 27 juta tu diberikan 1 juta seorang hasil keuntungan petronas pun, petronas masih untung lagi!
>>> mama ranggie:
tiada apa yang dapat nak dijimatkan lagi. memang dah up to the door limit. barang keperluan apa yang nak disekat? susu? diapers? hutang rumah? keta? toksah balik kg? keluar SU ni pun jarang.. nak jimat mana lagi?
>>> kak jie:
bagi saya, dah tiada apa nak dijimatkan lagi sebab semuanya perlu. beras, susu anak, diapers, hutang rumah (fixed), hutang kereta (fixed), bil air (alhamdulillah start bulan ni 20m3 free), bil letrik, bil streamyx (mungkin bleh cut lepas ni!).
makan tiap hari bagi suri cam saya ni, tak de la mewah mana pun. sehari sekali je masak nasik/bihun goreng dalam kuantiti yang banyak! lauk tiap hari lepas ni boleh le makan telur, ikan bilis, sayur plak bleh tanam depan rumah!
suami saya pun keje di seksyen 7, shah alam. sebelum ni sekitar RM600+ untuk minyak ja. lepas ni bakal naik. berkira beli motor! takleh jugak.. memang terpaksa pool kereta dengan orang.
jom pi cari keje, kak jie!!
emm...rasanya smlm dh 44 kali org kata pak lah B_DO!
seme gara2 minyak naik tinggi gile...
aiyaa...what will happen next?
nk p cari keje?
anak² sapa nk jaga?
upah org jaga pun dah mahai tau...
lagi pun graduan yg menganggur tu pun nak juga kerja...yg dah lama keje kena pula bersara lewat..bila la tempat depa tu nk kosong..
jom ramai2 kita naik beskal pi keje....gerenti dlm sebulan sume kurus kering pastu ketiak naik hangit!
mangkuk hayun punye BE END!
>>> pinky:
bukan 44 kali lagi dah.. entah berapa kali pun tak tahu la.. poket makin kurang, dosa makin tambah. huh!
>>> kak jie:
yang lama keje tu dah sah2 tak produktif lagi... tak keje tak dapat generate income untuk family. bila keje kena tinggalkan anak2 dengan orang lain pulak. dilema!
>>> kak kc:
bukan takat ketiak je hangit... abih badan semua pun hangit. lepas seminggu nampak mata je!
wah, marah namfak akak tewww.. kannns
paklah balas dendam pada semua org yg tolak dia masa PRU12 lalu, semua kena..padan muka rakyat M'sia yg masih dok undi BN...bila dia menang ke, kalah ke lagi dia mengamuk..yg kaya memang tak terasa apa2 tapi yg susah akan semakin susah n menderita. Menteri2 apa tau sbb gaji mereka 3 org je setahun hampir 1.2 juta (Mahathir, Hamid Othman dan Shahrizat) Ini lah bala bila bg kuasa pada org yg zalim utk mentadbir negara..insaflah semua mari sama2 tolak BN...kempen hebatkan lagi..sblm anak cucu kita sengsara n sumpah kita dlm kubur kelak.
Janganlah terlampau marah sangat ... bukankah ramai yang pangkah dia waktu pilihanraya dulu ? Bila kita pangkah dia, maknanya kita setuju apa saja yang dia buat.
sue
tu lah pasal..
harap harap lepas ni pak lah pikirlah nak turunkan cukai dan segala tuk nenek tol.
Nak naikkan gaji memang tak relevan ler sebab harga barang akan terus naik..
Ada yang terpaksa berenti belajar, ada yang terpisah anak isteri bila minyak terus naik harga
ala,kalau tak naik gaji sekalipun,harga barang tetap naik..
lepas ni seme la naik..
xde yg turun2 dh..
we'll c from there..
>>> me:
tak marah aihhh... sayangggg.. we luv u paklah!
>>> abby:
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. (Al-Baqara [2:193]).
>>> kak zar:
turun cukai dgn tol? mimpilah... ada orang kata dia saje je naikkan tinggi2. pastu didesak rakyat, turun la sket sebab nak jaga hati. pastu rakyat pun mudah lupa!!
>>> ~*Krsty_Pinky*~:
ada yang turun la... turun tangga. hujan pun turun jugak. tak pernah naik2.. berat badan sekali-sekala turun, sekali-sekala naik!
Post a Comment